Keresahan untuk hidup sejahtera

Keresahan untuk hidup sejahtera

Tan Lee Ooi

Beberapa hari yang lepas, jiran menelefon ibu saya pada kira-kira jam tiga awal pagi. Dia ternampak seorang pencuri sedang memanjat pagar, dan cuba memecah masuk ke rumah saya. Dengan cepat ibu saya memasang lampu, dan pencuri itu cabut kerana terkejut. Pada keesokannya, ketika jiran bersembang tentang apa yang berlaku semalam - rupa-rupanya dua kes pecah rumah telah berlaku di kawasan perumahan yang kecil itu dalam tempoh satu malam. Barangkali rumah saya juga menjadi mangsa seandainya jiran saya tidak bangun untuk buang air di tengah malam.

Menurut ibu saya, yang menceritakan semula apa yang diceritakan jiran, si saksi nampak pencuri itu memerhatikan dua rumah di sebelah, sebelum menuju ke arah rumah saya. Sepatutnya dia menelefon untuk meminta pertolongan daripada polis. Tapi akhirnya beliau memilih untuk menaruh kepercayaannya kepada bantuan sesama jiran. Berkali-kali dia mendial nombor kepada pasukan sukarelawan membanteras jenayah, tetapi panggilannya tidak dijawab.

Sering kali tersebar khabar berlakunya kes pecah rumah di kawasan perumahan saya. Penyebaran khabar sedemikian menimbulkan ketakutan pada larut malam. Ia bukan sekadar kebimbangan seandainya kehilangan harta benda, tetapi ancaman nyawa, terutamanya untuk rumah yang hanya didiami orang tua dan kanak-kanak.

Pernah saya dengar daripada seorang kawan, bahawa kawasan rumah yang didiaminya di Klang sering menjadi sasaran pencuri dan perompak. Penduduk setempat mengupah pegawai keselamatan sendiri, setelah kecewa dengan "ketidakcekapan" polis. Bagaimanapun, kediaman mereka tetap tidak terselamat daripada kes pecah rumah. Masing-masing meninggalkan tempat itu. Kini, kawasan perumahan itu bagaikan "kota hantu" dalam filem, dibiarkan begitu sahaja.

Polis bukan sahaja gagal untuk mencegah kes pecah rumah daripada berlaku, malah tidak lagi mampu untuk tiba di tempat kejadian dalam masa yang tersingkat. Pernah penduduk menubuhkan satu pasukan sukarelawan. Mereka lebih berkredibiliti dan lebih efektif daripada polis. Sayangnya, akhirnya saluran ini juga tidak berfungsi. Rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada kerajaan, penduduk pula tidak terdaya untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk kita hidup sejahtera?

Bergantung kepada publisiti

Masalah yang dihadapi Barisan Nasional bukannya masalah imej, tetapi politik yang "bercanggah dengan prinsip yang paling asas dengan pentadbiran", iaitu pemerintahannya telah menjadikan rakyatnya gagal hidup dalam kesejahteraan.

Makanan tengahari 1Malaysia dengan RM3 baru-baru ini telah mencungkil pertikaian "lebih indah dari rupa". "Sandiwara" makanan RM3 ini membuktikan bahawa Malaysia di bawah Barisan Nasional sudah menjadi sebuah negara yang sedang merudum prestasinya, malah kelas menengah semakin miskin. Hanya pemerintah yang gagal menjamin hak makanan rakyatnya yang akan menggunakan taktik "perhubungan awam"; sementara media pula menari mengikut irama yang didendangkan, bersama mewujudkan ilusi khayalan itu.

Cuba bayangkan, kos yang ditelan sebermula wujudnya idea untuk cuba menggunakan taktik tersebut. Dari peringkat perbincangan idea ini, sehinggalah berita dikeluarkan dan didemonstrasi di tempat kejadian, lebih-lebih lagi peruntukan ke restoran kroni - setelah diagih-agihkan, kepentingan yang sampai ke perut rakyat hanyalah sisa-sisa.

Berapa banyak sumber sebenarnya yang digunakan BN untuk "sandiwara" ini? Bolehkah makanan 1 Malaysia sedemikian diluaskan ruang lingkupnya ke kawasan 1 Malaysia? Rakyat hanya perlu berjalan untuk beberapa langkah jauhnya untuk sampai ke Restoran 1Malaysia? Seandainya tidak, maka kos yang diperlukan untuk menaiki pengangkutan awam ke restoran sedemikian, mungkin lebih tinggi daripada harga makanan tersebut.

"Dasar" sebegini dibuat pada asas yang tidak realistik. Dana yang digunakan untuk "publisiti politik", seandainya digunakan dengan lebih baik, misalnya diperuntukkan kepada pertubuhan amal, mungkin mampu membantu lebih ramai orang. Kos publisiti politik ini lebih tinggi, malah mengorbankan kepentingan rakyat. Maka "kepura-puraan" untuk menipu orang termasuk diri ini pada hakikatnya gagal menyelesaikan masalah untuk kesejahteraan orang Malaysia.

Imej lebih diutamakan

Apabila pemimpin lebih mengutamakan imej daripada efisiensi, maka agensi kerajaan yang lain akan hilang fungsinya. Tidak lama sebelum ini saya berdepan dengan kerumitan untuk memperbarui passport saya. Pada mulanya saya dijanjikan untuk mengambil passport saya dalam masa satu jam. Namun, setelah sistem komputernya tergendala, kakitangannya berkata, entah bila sistem itu siap diperbaiki, mungkin sekejap, mungkin pada waktu petang, mungkin juga keesokannya.

Saya tanya orang yang bertanggungjawab di pejabat imigresen, sama ada passport boleh diperbaharui melalui internet. Jawapannya adalah, "tidak jelas, sepatutnya tak boleh". Setelah menyemak di internet, saya mendapati rupa-rupanya passport boleh diperbaharui melalui internet, namun dengan syarat yang tidak wajar, iaitu seandainya timbul masalah dalam prosedur pembaharuan, misalnya kesilapan maklumat atau gambar, maka kesemua bayarannya tidak akan dipulangkan.

Apakah imigresen berkuasa mengambil wang kita hanya kerana kesilapan maklumat? Adakah ia bercanggah dengan hak-hak asas yang terjamin dalam urus niaga biasa? Mungkin syarat inilah yang menjurus kepada keengganan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan internet ketika memperbaharui passport, sehingga kakitangan pejabat imigresen juga tidak sedar dengan wujudnya perkhidmatan ini. Akhirnya kemudahan ini menjadi logamaya, wujud semata-mata untuk iklan bahawa perkhidmatan internet disediakan, dan bukan dasar mesra rakyat yang sebenar.

Dasar yang mengutamakan "publisiti" melambak sejak kebelakangan ini, tanpa keinsafan diri. "Kemudahan" atau "langkah yang diambil" itu belum sampai ke tahap "dasar", maka dengan mudah rupa sebenarnya terbongkar. Apa yang perlu sebenarnya adalah dasar yang sempurna dan rasional, tetapi BN asyik mengelakkan diri daripada menyentuh perkara ini.

Kerajaan gagal menyediakan kemudahan asas untuk keperluan rakyat, sebaliknya tanpa segan silu mendakwa dirinya sedang berkhidmat untuk rakyat. Pengaliran keluar bakat bukan sahaja menyebabkan kekurangan ahli akademik yang unggul dalam institusi pengajian tinggi, atau kekurangan sumber manusia yang bermutu di bidang perdagangan, tetapi juga kualiti politikus yang menurun. Kini, ahli politik kita dikelilingi orang bawahan yang tidak berkualiti, malah dirinya juga kelihatan berpuas hati dengan mutunya yang tidak ke mana itu.

Berdepan dengan BN yang rupa indah tapi tak berisi, apakah anda boleh tidur dengan lena malam ini? Moga-moga tiada pencuri yang pecah rumah malam ini.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 26 Oktober 2011.

Anwar : Keadilan Dalam Islam



IPOH, 1 NOV : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beberapa konsep keadilan di dalam Islam ketika beliau berucap dalam satu ceramah perdana berkaitan isu-isu semasa di Ipoh baharu-baharu ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila KLIK VIDEO dibawah ini.

Pakatan Mahu Kerajaan Potong Gaji PM

SHAH ALAM, 1 NOV : Pakatan Rakyat akan membentang satu usul bagi memotong gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran "masalah dan kepincangan" yang berlaku sejak dia menjawat jawatan itu pada April 2009.

Usul yang telah dibawa Ahli parlimen Batu, Tian Chua bakal dimasukkan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan,"katanya.

Tian Chua berkata usul pindaan ke atas Bajet 2012 untuk mengurangkan gaji sebulan Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65 telah diterima oleh pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

(function() { var d = document, w = window; w

HIMPUNAN LAPORAN KERUGIAN- LINK LAPORAN DISEDIAKAN...BANYAK DUIT KITA DISALAHURUS OLEH KERAJAAN LEMAH-RAKYAT MELAKA APA KHABAR KALAU BACA INI ?

  KERUGIAN 1 Laporan audit: Jabatan Imigresen rugi lebih RM81 juta tak kenakan penalti Bernama  - October 28, 2021  Laporan Ketua Audit Nega...