JENIS BUAT BAIK TAK KENANG BUDI NI ....MUDAH SAJA...BOLEH BLAH LA....BAIK TOLONG YANG MENGHARGAI

 

Kita sebagai lelaki la kan, katakanlah kita buat baik kepada seorang perempuan ni, kita layan elok-elok, belikan hadiah, sekali dia pilih orang lain. Apa perasaan?


Nak tambah pedih, dia hina pulak kita. Dia kutuk kita macam-macam, yang bukan -bukan. Siap reka fitnah lagi. Kalau kita boleh sabar, memang hebat la. Ye tak?


Katakanlah satu hari perempuan tu jumpa kita, rayu minta tolong, hidup susah tak makan, suami dia tak pedulikan dia, minta simpati, apa kita akan buat?


Tolong mungkin tolong tapi minimum. Selebihnya tu usahalah sendiri. Dulu hina kita, maki kita, fitnah kita macam-macam, hari ni menagih simpati. Kalau setakat tolak tu ok lagi. Tapi siap dengan hina dan fitnah. Awak ingat saya ni batang pisang ye?


Sebab tu aku heran bila orang yang hina PMX, dok salahkan PMX sebab tak beri bantuan bila dilanda bencana. Sedangkan sebelum ni, dia paling kuat hina PMX. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAIN KALI DENGAR JUGA PENULIS PROBONO.

 


Gino Marvela


Pada awal September bulan lepas GM dh beritahu kenapa beras tempatan meruncing sedangkan harga tak naik. Yg harga naik utk beras import saja.


Pada penulisan tersebut, dah cakap jelas ada pemborong/pengilang yg sekat hantar beras tempatan ke pengedar/penjual...dah beritahu ada pengilang yg campurkan beras tempatan ke dalam plastik beras import demi mengaut lebihan keuntungan. Kalau pengedar/penjual order beras 10tan, yg dapat 2-3 tan saja.


Tapi sapa yg nak dengar ? Ada Mat Sabu dengar ? 


Dia hanya dengar pegawai "deep state" saja. Apa yg pegawai tu kata, maka Mat Sabu ikut saja tanpa menyiasat lebih. 


Hari ini bila kerajaan umum ada jawatankuasa khas yg akan menyiasat isu beras tempatan, berderai  pengilang cuba turunkan harga dan jika di dapati terdapat beras tempatan di campur dgn beras import atau tukar kampit, tindakan segera akan di ambil. 


Sebab itu bang Mad Sabu, lain kali suluh sikit kami yg menulis probono ini. Kadangkala kami di lapangan mmg menerima beberapa maklumat. 


Dalam beberapa jam lepas tadi GM ada menulis dgn kos RM70k baik pulih/ubahsuai tandas bawah KPM...berlakunya kes penipuan. Hanya tukar kepala paip dan cat saja. Kadangkala ada sekolah repair hanya satu dua tandas saja. Bila di tanya PPD kenapa repair tandas banyak tu saja...dia salahkan ke guru besar/pengetua sekolah. Bila tanya sekolah, ternyata kos pembaikan tandas hanya dari duit PIBG. 


Minta KPM dan menteri masuk campur audit setiap projek yg dah siap. Kita tak mahu masih ada Napoleon kecil yg asyik nak baham rasuah. 


Usah kata tak ada, kelak silap haribulan wujud pula jawatankuasa khas siasat dan audit RM70k itu sebagaimana isu beras bulan lepas.


Hari ini dah mula dengar gula & tepung di sorok. Itu juga GM telah tulis, awal tahun hadapan menjelang Ramadhan, saban tahun akan ada manipulasi sektor ayam, telur, gula, tepung. 


Minta jabatan kementerian terbabit, sentiasa peka. Rakyat dh muak dgn perangai pengilang & pengedar sorok barang semata nak wujudkan kenaikan harga ketika permintaan meningkat.


Bakul & program Rahmah perlu di teruskan. SPRM perlu masuk campur, apabila terlibat sorok barang...lesen & pendaftaran perlu di tarik & senarai hitam. 


Kita wahai kerajaan PH & perpaduan, wajib jadi keras sikit. Selagi mana kita bertindak utk rakyat dgn baik, rakyat akan sokong. 


Isu kenaikan ringgit, isu FDI & ekonomi...itu kita bincang di hari lain. Yg perlu kerajaan tumpukan depan mata, sektor pertanian & makanan negara. FDI, ekonomi, pelaburan mikro, nilai ringgit tetap akan di teruskan. 


Rantaian dalaman itu yg perlu di perbaiki terlebih dahulu.



GODAAN SYAITAN IKUT DAREJAT

 

Cara syaitan menggoda ni banyak. Modus operandi syaitan berubah mengikut orang yang digodanya.


Orang yang level biasa-biasa godaannya supaya meninggalkan ibadah. Tapi untuk yang level ulama ni, goda tinggalkan ibadah tak berkesan.


Lalu digoda dengan melahirkan rasa ujud dalam diri si ulama. Mulalah rasa diri sendiri paling baik, yang paling alim, paling kuat beribadah.


Kemudian bila berjaya, digodanya supaya lahir rasa dia paling Islam. Orang lain semua jahil, semuanya munafik dan kafir. Cuma dia sempurna.


Ada juga mereka yang digoda untuk menutup mulut bila berlaku maksiat yang menguntungkan mereka. Rasuah ke, fitnah ke, qazaf ke, asalkan saja mereka untung, mereka akan diamkan.


Hari ini ramai mereka yang bergelar atau gelarkan diri sendiri ulama tewas kepada godaan begini. Kerana itu budaya Khawarij dan takfir subur dalam negara kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AKU NAK UCAPKAN PADAN MUKA HANG SANUSI.





 VINCENT TAN x SANUSI


Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Vincent Tan saman Menteri Besar. Tak lain tak bukan, Menteri Besar Kedah. 


VT bukan saja minta tuntutan maaf. Sekali mintak pampasan RM200 juta. Sebelum masuk Mahkamah. 


Sanusi masa tu kata dia akan dedah banyak bukti lain pasal VT. Dan dia takkan mintak maaf. 


Makanya, hadaplah saman di Mahkamah. 


Dah masuk Mahkamah, tetiba dia claim. Dia tak mengata pun VT atau Berjaya tu korup. Mana ada pun. Yang dia kata Kerajaan Negeri yang salah… pulak dah 😂😂😂😂


Tengoklah Pendekar sorang ni, pancit sebelum mula kes. Kena pada Tokeh Cina, kona pulak. 


Sahih2 dia sebut, Vincent Tan dapat tanah dan projek berbilion sebab “Menteri Besar cokia” bela dia. 


***********************


Pada Sanusi, yang beri tak salah. “Penerima” saja yang dia hentam 😅 tambah kalau “penerima” musuh dia. 


Ingat dulu sebelum PRU, bersepah gambar MB Terengganu dengan VT naik kapal mewah. Tu bukan level bela ya, tentuan. Itu bersiar2 bersama tokeh namanya. Pembaris pohon ulang baca. 


Politikus sorang ni bahaya. Propaganda mastery dia level lain. Tapi percayalah, takkan bertahan lama. 


Sebagaimana dia kena buang sekolah dua kali, kantoi beli Raptor ketika PKP, eventually orang akan tersedar juga. 


Jadi pemimpin ini bukan hanya untuk hentam orang lain semata2. Macam mana kita nak percaya dia mengetuai negara kalau mulut pun berpuaka. Mencarut sini sana. 


Tu sebab orang dulu2 cakap, kerana pulut santan binasa… 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



PAS KATANYA NAK LETAK CALON YANG RANAPKAN PARTI SENDIRI, KALAH DAN HILANG DEPOSIT DI NEGERI SENDIRI DAN SELURUH NEGARA.


 PAS berkemungkinan meletakkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calonnya pada PRK Kemaman, kata sumber rapat bekas perdana menteri itu.

Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PAS, dan sumber itu memberitahu FMT bahawa kehadirannya di Dewan Rakyat akan membolehkan ahli politik veteran itu “membangkitkan isu negeri dengan lebih baik”.

Sumber itu berkata jika bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kembali ke Dewan Rakyat, ia akan memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai “semak dan imbang yang lebih berkesan terhadap kerajaan perpaduan”, yang telah menjadi pengkritik hebatnya sejak ia mengambil alih Putrajaya November lalu.

“Rundingan telah dimulakan dengan pemimpin PAS mengenai pencalonannya,” kata sumber itu.

“Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pengundi Melayu dan pemimpin akar umbi. Jika menang, dia akan menjadi Ahli Parlimen tertua yang akan dipilih. (Mahathir berusia 98.)

“Paling penting mereka mahu meletakkan Dr M di Parlimen bagi mewakili kepentingan empat kerajaan negeri. Tidak ada gunanya bercakap di luar dewan.”

Sumber itu juga berkata PAS akan menang kerana Kemaman adalah kubu kuat PAS.

Che Alias Hamid dari PAS memenangi kerusi itu dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU15.


Bagaimanapun, mahkamah pilihan raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan itu bulan lepas selepas mendapati pembayaran bantuan i-Belia dan i-Siswa kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.

Semalam, PAS berkata ia tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, membuka jalan untuk satu lagi PRK parlimen di negeri itu selepas PRK Kuala Terengganu diadakan pada 12 Ogos.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/04/pas-letak-dr-m-jadi-calon-di-kemaman/

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan parti itu kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Katanya, tidak ada perbincangan setakat kini dan dia hanya mendengar spekulasi berkenaan menerusi media sosial.

“Kami pun sebenarnya belum ‘sit down’ (bincang) dalam kalangan pimpinan tertinggi (PAS) tentang persiapan menghadapi pilihan raya terutama penentuan calon.

“Tarikh nak bincang (calon) pun belum ada lagi, mungkin minggu depan saya akan ke Kuala Lumpur,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, hari ini.

Berita penuh di sini – https://m.malaysiakini.com/news/681489




TERIMA KASIH KERAJAAN PERPADUAN


 

SIAPAKAH KHAWARIJ- JOM DENGAR. PUAK PUAK INI SEDANG MENGHUKUM ORANG YANG TAK SEALIRAN DENGAN MEREKA.


 

JANGAN PERMAINKAN HUKUM QAZAF


 

RAKYAT SENDIRI MALAS. JANGAN SALAHKAN WARGA ASING. WARGA ASING TAK BOLEH BERNIAGA.


 

HABIS LAH MAHATHIR. SEGALA DOKUMEN TERKAIT ANAK BERANAK DALAM PERNIAGAAN SEJAK DULU TAK DAPAT.TUNGGU MASA DIBONGKARKAN


 

DOK KERIAU BERAS TAK DAK LA BAGAI. AWAT DOK MAKAN BERAS SEHARI SEKAMPIT KA? BUAT BUAT TAK FAHAM...SAJA NAK CARI ISU....


 

NI SANUSI. HANG TOK SAH DOK PEMBOHONG ORANG LA...HANG BUAT APA DI KEDAH ? APA PUN HANG TAK BUAT...HANG PALING KUAT PEMBOHONG


 

JANGAN DENGAR ORANG YANG GAGAL KETIKA MENJADI KERAJAAN


 

KATA LAH APA PUN. SAYA TETAP AKAN JADI PM SEHINGGA 2027

 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Perikatan Nasional (PN) boleh mengkritik apa sahaja terhadap pentadbirannya namun kerajaan perpaduan akan kekal sehingga PRU akan datang.

Ahli Parlimen Tambun turut menegaskan beliau tetap perdana menteri walaupun berdepan segala cacian dan fitnah pembangkang.

“Jangan kacau rosakkan (rencana pembangunan kerajaan) nak lawan tunggu empat tahun.

“Syukur kamu bising, bagaimanapun kerajaan perpaduan akan kekal hingga pilihan raya umum akan datang. Ini penting.

(Pemansuhan hutang) Felda bukan pengumuman baharu, yang lama. Ada kata PMX bodoh, PMX tipu…tidak apa, saya tak rugi sedikit pun, saya masih PMX,” katanya dalam ceramah mega perpaduan Madani PRK DUN Pelangai.

Beliau sebelum itu menjelaskan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin hanya membuat pengumuman untuk memansuhkan hutang peneroka RM8.3 bilion ketika menjadi perdana menteri namun ia tidak dilaksanakan.

“Pada 23 Jun saya yang tandatangan, kalau Jemaah Menteri sudah luluskan tak payah saya bawa (minta kelulusan mereka, setiausaha agung DAP) Loke Siew Fook, dia pun sokong, katanya ini cara nak selamatkan Felda, yang kamu tiga tahun (jadi kerajaan) kenapa tak lulus,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pengundi DUN Pelangai khususnya warga Felda perlu memberikan Barisan Nasional (BN) peluang meneruskan perkhidmatan mereka di kawasan tersebut.


Anwar berkata, kemenangan BN di kawasan itu bukan sahaja penting buat kerajaan perpaduan tetapi bukti rakyat Pahang yakin kepada kepimpinan Wan Rosdi Wan Ismail sebagai menteri besar.

Katanya, Wan Rosdi yang juga Adun Jelai adalah pemimpin memberikan fokus kepada pembangunan perumahan generasi kedua Felda.

“Di Pelangai saya betul-betul harap pengundi beri peluang supaya (menangkan BN), keyakinan bukan sahaja negeri tapi kerajaan persekutuan dan kepada Wan Rosdi.

“Saya hormat dia, dia satu-satunya pemimpin negeri paling jaga kepentingan Felda, anak muda kamu boleh dengar orang jerit seronok maki orang, perbodohkan orang lain tetapi jangan lupa dengan cara demikian kamu diperbodohkan.

Anwar berkata, kemenangan BN di kawasan itu bukan sahaja penting buat kerajaan perpaduan tetapi bukti rakyat Pahang yakin kepada kepimpinan Wan Rosdi Wan Ismail sebagai menteri besar.

Katanya, Wan Rosdi yang juga Adun Jelai adalah pemimpin memberikan fokus kepada pembangunan perumahan generasi kedua Felda.

“Di Pelangai saya betul-betul harap pengundi beri peluang supaya (menangkan BN), keyakinan bukan sahaja negeri tapi kerajaan persekutuan dan kepada Wan Rosdi.

“Saya hormat dia, dia satu-satunya pemimpin negeri paling jaga kepentingan Felda, anak muda kamu boleh dengar orang jerit seronok maki orang, perbodohkan orang lain tetapi jangan lupa dengan cara demikian kamu diperbodohkan.


Orang yang bercakap hina orang itu satu rumah pun belum dibina, di sini kita ada kerajaan negeri dan ini undi kepercayaan kepada kepimpinan menteri besar Pahang,” katanya.

PRK DUN Pelangai dijadual berlangsung 7 Okt ini susulan kematian penyandang Johari Harun dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/03/bising-macam-mana-pun-saya-tetap-pm-anwar-beritahu-pembangkang/











BILA OTAK MANDUL DAN BERKOMENTAR.

 



Bila si mandul idea berkomentar. Dia dulu masalah rakyat dia buat tak tahu. Bila kerajaan sekarang ni prihatin dan selesaikan masalah rakyat, dia sakit hati. Memang FAMA dulu jual sayur. Tapi kenapa sekarang FAMA jual beras sekali?


Apa masalah dengan beras ni? India henti eksport jadikan harga beras import naik. Disebabkan itu ada pihak tak bertanggungjawab yang sorok atau tukar sampul dengan niat untuk buat untung lebih atau pun nak naikkan harga beras tempatan.


Kerajaan berhadapan dengan kartel. Pengedar ni ada kumpulan mereka sendiri. Kalau mereka semua berpakat, macamana kerajaan nak desak supaya beras tempatan penuh semula di pasaran? Kerajaan kena jual sendiri. Tapi macamana?


Nak jual kena ada premis. Atau buat macam jualan Rahmah. Itu pun rasanya tapak kena sewa. Menelan kos. FAMA ada premis. Di bawah kementerian yang sama. Jadi kalau gunakan premis FAMA terus kan lebih senang dan lebih jimat?


Sekarang soalnya rakyat mengeluh tak dapat beli beras tempatan akibat permainan kartel. Kerajaan lawan kartel dengan gunakan premis FAMA untuk jual beras. Dekat mana dosanya? Dekat mana yang salah? Dekat mana songlap?


Yang penting rakyat terbanyak dapat faedah. Bukan macam Jana Wibawa dulu. Kontraktor kroni je yang dapat faedah. Itu pun ada cina bumiputera dapat sama. Yang untung Bersatu sebab komisen masuk akaun parti. Rakyat kibar bendera putih.


Mahiaddin masa jadi PM, otaknya mandul. Selain dari kurung rakyat, tak ada apa pun yang di mampu buat. Kes bunuh diri pun meningkat. Hari ini dia rasa jaki melihat Kerajaan Perpaduan bersungguh bantu rakyat hadapi masa sukar.


Dahlah tak membantu. Dia buat isu yang tak tentu. Memang busuk sangat hati orang tua ni. Anak ulama? Iman tak dapat diwarisi. Jangan lupa kisah anak Nabi Nuh as dan isteri Nabi Luth as. Anak ulama bukan jaminan hatinya suci. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HATI HATI GB,PPD DAN KONTRAKTOR BERKAITAN PEMBINAAN TANDAS.

 


Gino Marvela.


Bila tengok tandas sekolah cantik seperti duduk hotel, cantik mcm pusat peranginan high class...seronoknya! RM70k utk 1 sekolah. Ada kata terlebih cukup, ada yg kata tak cukup sebab PPD makan lebih.


Nak peringatkan, kalau ada mana2 laporan mengatakan pembaikan tak setimpal dgn tandas yg dh siap, SPRM akan masuk! Tak kira dia PPD ka, guru besar @ pengetua ka... buat perangai celup pengat tahi minta rasuah ja, SPRM akan siasat.


Ada kedengaran RM70k tandas di Selangor dapat super high class, tapi tandas yg sama di Kelantan hanya dapat cat & tukar paip saja walaupun bilangan tandas yg sama seperti sekolah lain, hangpa siaplah diri di siasat SPRM. 


Terpalit rasuah, pencen kerajaan hangpa akan hilang.


Apapun, baguslah tandas murid semakin bersih. Pihak sekolah lepas ini hanya pastikan maintenance supaya kekal sempurna.


Beruntung anak2 sekarang, tandas pun dh mcm pusat peranginan. GM dulu masa sekolah waktu kecik, masuk tandas waktu tengah hari ja...bukan air yg keluar, tapi darah yg keluar. Cangkung dalam tandas, lembaga hitam pula cangkung di tangki atas kepala. Kadangkala masuk pintu toilet, ada baju putih. Paling bagus, rambut sepanjangnya dari dalam toilet sampai ke pintu luar. 


Bila perut dah memulas tak tahan sangat, hanya itu saja tandas yg ada... takut mcm mana pun, tutup ja mata sampai lepas hajat selesai. Itu belum lg GM tengok kawan dalam kelas muka merah padam lari keluar tandas tahan sampai loceng balik sekolah. 🤣


Bagusnya budak2 zaman sekarang. Apa saja x lengkap, kerajaan perpaduan ini yg peningkepala siapkan sampai akhir.



ANAK KECIL MAIN API

 

Bila perkerjaan dan perniagaan dikuasai org asing





Beberapa hari ini sering terlintas di Tik Tok mengenai warga asing. Pada mulanya saya tidak bersetuju dgn tindakan Ustaz Sofian tetapi kini tidak lagi malah sgt menghargai apa yg dia lakukan.


Mana tidak jika dahulu peluang pekerjaan anak2 tempatan habis dirampas ‘org asing’ kini perniagaan juga dirampas oleh ‘warga asing’. Ia malapetaka sbnya kita di sini memerlukan pekerja asing tetapi bukan peniaga asing.


Malah mereka semakin berani mencabar org Melayu dgn mengatakan bangsa ini malas di sosial media. Lebih membuatkan saya berang apabila melihat PBT2 seperti pejam mata perkara ini berlaku di kawasan2 mereka.


Yg mereka ganggu peniaga2 Melayu tetapi warga asing seolah olah diberikan layanan istimewa… kenapa? Jika tanya org ramai mereka berkata ‘sudah dibayar’… saya berharap itu bukan alasannya.


Saya mula tidak berkenan dgn kehadiran warga asing apabila peluang pekerjaan utk warga tempatan telah diambil alih mereka hampir sepenuhnya di Lembah Klang. 


Dahulu selepas SPM anak2 tempatan akn bekerja sementara di Seven E, restoran2 dan hotel tetapi kini ia dipenuhi warga asing terutama warga Bangladesh.


Sepatutnya warga asing hanya dibenarkan bekerja di sektor pembinaan, pelandangan, pertanian dan perkhidmatan. Kilang, hotel dan kedai serbaneka sewajarnya kerajaan benarkan hanya utk warga tempatan atau nisbah 80-20. 


———————————————————————————


SALAH SIAPA?


Dalam soal ini salah siapa? Dasar kerajaan dahulu? PBT? Sikap warga tempatan yg Ali Baba kan lesen perniagaan? Atau sikap anak2 muda Melayu yg tiada disiplin bekerja hingga menyebabkan majikan lebih gemar menggunakan pekerja asing?


Bagi saya baik kerajaan, PBT, pemegang lesen perniagan dan sikap pekerja Melayu bertanggungjawab membuatkan jutaan warga asing terus masuk ke negara ini.


Demand warga asing telah membuatkan warga asing dari Bangladesh berduyun duyun dtg utk bekerja dan warga Pakistan dtg utk berniaga. Apa yg tinggal nanti utk generasi anak2 kita?


Jika polisi dan sikap PBT terus sebegini (pejam sebelah mata )… jgn terkejut negara ini nanti dipenuhi warga asing yg menguasai ekonomi negara. Lihat apa terjadi skg di sekitar Kotaraya dipenuhi warga asing.


Anak2 muda jgn malas bekerja dan bekerja lah dgn disiplin. Jika tidak apa yg kamu lakukan skg hanya akn membawa kehancuran ekonomi negara pada masa akn dtg. Ini baru dinamakan Anak Kecil Main Api.


Saya ingin ucap tahniah kpd Ustaz Sofian yg telah membuka mata rakyat Malaysia. Keberanian Ustaz Sofian wajar dipuji oleh kita semua di mana sepatutnya PBT tempatan yg lalukan.



SIAPA KATA RINGGIT JATUH MEMBIMBANGKAN. ? YANG PANDAI BUAT DUIT TENANG SAHAJA...TETAP UNTUNG BESAR

 



Ibrahim Mat Isa


Emas: Tak selamanya seluang melaut kata bidalan, menjunam pasti menjongket. Dah sampai ke dasar nak pergi mana lagi. Kannn. Chart harian sudah mendasar, tapi bulanan USD masih gagah. Kerajaan US pun dah selamat dari bangkrup 😅


Hati kering trader: kau jatuh terpuruk pun aku untung, naik meroket pun aku buat untung!


Emas, Euro, GBP, JPY termasuk Ringgit mengalah berhari-hari dengan kegarangan USD. Bezanya Malaysia ada minyak yang dieksport yang mana harga satu barrel melepasi 90 dollar.. Selamat Malaysia.


Rakyat Malaysia jangan banyak mengeluh dengan kejatuhan RM. Cuba raih pendapatan dalam Euro atau USD mesti senyum tiap hari..


Banyak cara Kut. Ada ramai kengkawan aku meniaga kain batik, meniaga mi meggi, meniaga rempah cap O, meniaga batu akik pun ada dekat eBay. Untung berkepuk!



KAH..KAH...

 




Ibrahim Mat Isa.


Gambar ini mewakili kesemua wakil lebai dalam parlimen. Mereka mampu setakat itu sahaja - makanya mereka dengki dengan revolusi tandas di masa PMX mentadbir..



HERO NOH...KEH..KEH


 

KEH..KEH..OTAK KEMETOT


 

NAK POLITIK TAK PAYAH BAGI CERAMAH AGAMA

 

Jamzuri Ardani.


Kalau nak mengajar di masjid jangan masuk politik.  Bila dah masuk politik, tak payah sibuk laa nak mengajar kat masjid lagi ... pecah belah masyarakat jadinya.


Simple jer ... mudah nak paham.






MESTI ADA SESUATU YANG KITA TIDAK TAHU.TETAPI KERAJAAN TAHU DALANGNYA.


 

FENOMENA KHAWARIJ DALAM PRU15. KENAPA ULAMA' DAN AGAMAWAN TIDAK LAWAN?




Ahmad Mursi


1. Rasanya dah 7 kali PRU, PRU15 saya rasa keimanan saya betul2 dipersoal hanya kerana saya undi PH dan ingin Anwar jadi PM.


2. Di TikTok bersepah kempen Takfiri. Penyokong PH dianggap "Islam hanya pada Kad Pengenalan".


3. Ustaz PAS pula kata "Undi PH/BN masuk neraka". Wow dahsyat!


4. Selepas PRU15 Anak balik sekolah menangis kerana dituduh oleh kawan2 dan Ustazah2 "ayah dia sokong puak kafir" hanya kerana mengaku ayahnya sokong PH. Budak2 kan bergurau je.


5. Saya geleng kepala. Belum pernah saya tengok keadaan seperti itu.


6. Walhal saya anggap diri saya individu yang menjaga agama kerana saya dididik dan ditarbiyyah dengan ketat di rumah, sekolah dan universiti. Mengaji juga dengan Ulamak.


7. Mungkin bagi orang UMNO hal itu dah biasa kerana fenomena kafir mengkafir dulu, tapi tidak untuk saya.


8. Saya mula belek Hadith2 perihal Khawarij, dengar ceramah DrMaza dll. Astaghfirullah!. Saya tepok dahi! Saya tersentak kerana selama ini saya tak ambil tau pun dan mereka kini di depan mata.


9. Pemimpin parti berslogan Islam mencaci, memfitnah, maki, mencarut, Qazaf dan selepas itu merasakan dirinya layak mati syahid. Pengikut2 bertakbir. Ulama2 mereka memuji muja dia pula. Ish!. Ciri2 ni ada dalam penerangan DrMaza Wajah Khawarij Moden.


10. Label Kafir, Munafiq, "Musuh Islam", "anti-Islam", Liberal, Sekular memang zikir walaun hari ni di medsos dan Whatsapp. 


11. Sejak dari itu, saya dedikasi sebahagian masa saya untuk lawan Fikrah Khawarij kerana Nabi SAW menyuruhnya dan menjanjikan pahala.


12. Asatizah2 kena kedepan berhujah, menulis, berdebat, jelaskan, tarik semula ramai masyarakat dari terjebak dengan apa yang disebut Nabi SAW "Khawarij ialah Anjing-Anjing Neraka"(HR. Ahmad 19415).


Ahmad Mursi



MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR TAK PEKA.






 Orang dah kata nak main politik, tak payah lagi nak mengajar. Sebab nanti ceramah dan kuliyah akan disulami dengan fitnah dan hasutan. Dan banyak kali berlaku kan.


Dia ni ada jawatan dalam PAS. Pernah bertanding di parlimen. Jadi secara rasminya telah menjadi ahli politik. Sebagai ahli politik, sewajarnya tauliah itu ditarik balik.


Tengok cara dia tulis posting ni. Nampak tak dia spin nak nampak macam dia dimangsakan? Dah macam ni, macamana nak percaya dia mengajar di surau lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HATI KERUH DAN GELAP ITU KAMU. FATWA KAMU MEMECAHBELAHKAN UMMAT. KAMU TANGGUNG DOSA AKHIRAT

 



Sesungguhnya kegelapan dan kekeruhan itu hanya ada dalam hati Hadi dan pemimpin PAS/PN. Bukan dalam PH atau BN. Kalau Hadi dan pemimpin PAS/PN boleh bersihkan hati, InsyaAllah Malaysia akan aman. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LIHAT TUAN TUAN. CUBA KERAJAAN BUAT DI BANGGUNAN MAJLIS AGAMA...SAHIH KENA KECAM NGAN WALAUN.

 


Che Ibrahim.


Lain macam sekarang, kat bangunan  MAIK pulak tu,


ukays ni dah tukar genre kot???





NANTI WALAUN KATA TINDAS MELAYU

 



Team belanjawan kerajaan madani.

Nanti lps belanjawan,pas dan PN kata dsai aniaya melayu.😅

Susah jadi walaun ni. Berfikir kena di luar otak...







Aku kira isu tandas ni tak boleh nak spin apa. Sebab benda elok. Untuk keselesaan anak-anak dan para guru di sekolah kan?


Rupanya walaun boleh fikir ikut lain. Siap ada yang boleh kata projek perindahkan rumah setan. Apa ni? Teruk sangat otaknya.


Nak benci kerajaan, nak dengki PMX, itu terpulang. Tapi sampai memandang buruk usaha yang baik, itu bukan sifat manusia. Apa lagi muslim.


Tandas yang tak sempurna boleh menyebabkan isu kesihatan. Kalau sampai berbau, mengganggu anak sekolah yang sedang belajar.


Masa kami pembangkang dulu, kalau nak serang isu begini, kita korek isu tender. Bagaimana tender diserahkan. Siapa dapat.


Tapi benda elok kita tak kutuk. Apa lagi spin untuk jadikan ianya kelihatan jelek. Kalau begini sekali la, maknanya jiwa dah rosak.


Rakyat ramai yang hargai. Para guru pun gembira. Nak buat isu tender, tak nampak penyelewengan. Malah ramai kontraktor kecil bumiputera yang dapat faedah.


Jadi tiada cara nak selamatkan pemimpin mereka yang tak reti nak buat kerja masa ada kuasa dulu selain bercerita begini.


Tak ada apa boleh dibuat lagi selain berdoa mereka ini diberikan hidayah. Teruk sangat kerosakan pada hati mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KERAJAAN BINA TANDAS CANTIK .WALAUN MAKI HAMUN. MASA MEREKA PERINTAH MENYAKAW SAJA KEEJA.TAK PA PULAK







Ibrahim Mat Isa


 Cuba korang tekan kanta kat FB ni dan search "Tandas sekolah cantik" lihat apa yang keluar..


Aku bukan sokong PMX membabi buta kerana aku lalui perjalanan politik beliau. Dari zaman beliau jadi Menteri Pendidikan dahulu lagi (kebanyakan walaun masih belum loceh waktu itu) antara hal pertama beliau ketika melawat sekolah ialah memeriksa toilet!


Ini baru sikit yang dipertontonkan, seluruh negara berlaku revolusi toilet. Semoga otak walaun tak berselepat dengan najis hati kotor!


Biar walaun nak kata inspektor tandas, nak maki nak tuduh dengan kata keji, lagi korang sebut lagi bertambah kemajuan yang digarap ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Pemimpin PAS buat apa masa jadi kerajaan tebuk atap? Cuba senaraikan..