FENOMENA KHAWARIJ DALAM PRU15. KENAPA ULAMA' DAN AGAMAWAN TIDAK LAWAN?




Ahmad Mursi


1. Rasanya dah 7 kali PRU, PRU15 saya rasa keimanan saya betul2 dipersoal hanya kerana saya undi PH dan ingin Anwar jadi PM.


2. Di TikTok bersepah kempen Takfiri. Penyokong PH dianggap "Islam hanya pada Kad Pengenalan".


3. Ustaz PAS pula kata "Undi PH/BN masuk neraka". Wow dahsyat!


4. Selepas PRU15 Anak balik sekolah menangis kerana dituduh oleh kawan2 dan Ustazah2 "ayah dia sokong puak kafir" hanya kerana mengaku ayahnya sokong PH. Budak2 kan bergurau je.


5. Saya geleng kepala. Belum pernah saya tengok keadaan seperti itu.


6. Walhal saya anggap diri saya individu yang menjaga agama kerana saya dididik dan ditarbiyyah dengan ketat di rumah, sekolah dan universiti. Mengaji juga dengan Ulamak.


7. Mungkin bagi orang UMNO hal itu dah biasa kerana fenomena kafir mengkafir dulu, tapi tidak untuk saya.


8. Saya mula belek Hadith2 perihal Khawarij, dengar ceramah DrMaza dll. Astaghfirullah!. Saya tepok dahi! Saya tersentak kerana selama ini saya tak ambil tau pun dan mereka kini di depan mata.


9. Pemimpin parti berslogan Islam mencaci, memfitnah, maki, mencarut, Qazaf dan selepas itu merasakan dirinya layak mati syahid. Pengikut2 bertakbir. Ulama2 mereka memuji muja dia pula. Ish!. Ciri2 ni ada dalam penerangan DrMaza Wajah Khawarij Moden.


10. Label Kafir, Munafiq, "Musuh Islam", "anti-Islam", Liberal, Sekular memang zikir walaun hari ni di medsos dan Whatsapp. 


11. Sejak dari itu, saya dedikasi sebahagian masa saya untuk lawan Fikrah Khawarij kerana Nabi SAW menyuruhnya dan menjanjikan pahala.


12. Asatizah2 kena kedepan berhujah, menulis, berdebat, jelaskan, tarik semula ramai masyarakat dari terjebak dengan apa yang disebut Nabi SAW "Khawarij ialah Anjing-Anjing Neraka"(HR. Ahmad 19415).


Ahmad Mursi