Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Perikatan Nasional (PN) boleh mengkritik apa sahaja terhadap pentadbirannya namun kerajaan perpaduan akan kekal sehingga PRU akan datang.
Ahli Parlimen Tambun turut menegaskan beliau tetap perdana menteri walaupun berdepan segala cacian dan fitnah pembangkang.
“Jangan kacau rosakkan (rencana pembangunan kerajaan) nak lawan tunggu empat tahun.
“Syukur kamu bising, bagaimanapun kerajaan perpaduan akan kekal hingga pilihan raya umum akan datang. Ini penting.
(Pemansuhan hutang) Felda bukan pengumuman baharu, yang lama. Ada kata PMX bodoh, PMX tipu…tidak apa, saya tak rugi sedikit pun, saya masih PMX,” katanya dalam ceramah mega perpaduan Madani PRK DUN Pelangai.
Beliau sebelum itu menjelaskan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin hanya membuat pengumuman untuk memansuhkan hutang peneroka RM8.3 bilion ketika menjadi perdana menteri namun ia tidak dilaksanakan.
“Pada 23 Jun saya yang tandatangan, kalau Jemaah Menteri sudah luluskan tak payah saya bawa (minta kelulusan mereka, setiausaha agung DAP) Loke Siew Fook, dia pun sokong, katanya ini cara nak selamatkan Felda, yang kamu tiga tahun (jadi kerajaan) kenapa tak lulus,” katanya.
Sehubungan itu katanya, pengundi DUN Pelangai khususnya warga Felda perlu memberikan Barisan Nasional (BN) peluang meneruskan perkhidmatan mereka di kawasan tersebut.
Anwar berkata, kemenangan BN di kawasan itu bukan sahaja penting buat kerajaan perpaduan tetapi bukti rakyat Pahang yakin kepada kepimpinan Wan Rosdi Wan Ismail sebagai menteri besar.
Katanya, Wan Rosdi yang juga Adun Jelai adalah pemimpin memberikan fokus kepada pembangunan perumahan generasi kedua Felda.
“Di Pelangai saya betul-betul harap pengundi beri peluang supaya (menangkan BN), keyakinan bukan sahaja negeri tapi kerajaan persekutuan dan kepada Wan Rosdi.
“Saya hormat dia, dia satu-satunya pemimpin negeri paling jaga kepentingan Felda, anak muda kamu boleh dengar orang jerit seronok maki orang, perbodohkan orang lain tetapi jangan lupa dengan cara demikian kamu diperbodohkan.

Orang yang bercakap hina orang itu satu rumah pun belum dibina, di sini kita ada kerajaan negeri dan ini undi kepercayaan kepada kepimpinan menteri besar Pahang,” katanya.
PRK DUN Pelangai dijadual berlangsung 7 Okt ini susulan kematian penyandang Johari Harun dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam.
Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/03/bising-macam-mana-pun-saya-tetap-pm-anwar-beritahu-pembangkang/