SIAPA KATA RINGGIT JATUH MEMBIMBANGKAN. ? YANG PANDAI BUAT DUIT TENANG SAHAJA...TETAP UNTUNG BESAR

 



Ibrahim Mat Isa


Emas: Tak selamanya seluang melaut kata bidalan, menjunam pasti menjongket. Dah sampai ke dasar nak pergi mana lagi. Kannn. Chart harian sudah mendasar, tapi bulanan USD masih gagah. Kerajaan US pun dah selamat dari bangkrup 😅


Hati kering trader: kau jatuh terpuruk pun aku untung, naik meroket pun aku buat untung!


Emas, Euro, GBP, JPY termasuk Ringgit mengalah berhari-hari dengan kegarangan USD. Bezanya Malaysia ada minyak yang dieksport yang mana harga satu barrel melepasi 90 dollar.. Selamat Malaysia.


Rakyat Malaysia jangan banyak mengeluh dengan kejatuhan RM. Cuba raih pendapatan dalam Euro atau USD mesti senyum tiap hari..


Banyak cara Kut. Ada ramai kengkawan aku meniaga kain batik, meniaga mi meggi, meniaga rempah cap O, meniaga batu akik pun ada dekat eBay. Untung berkepuk!