Rasuah Busters | Bila rasuah menang, negara akan malang


Bila rasuah menang, negara malang & rakyat jadi sengsara. Kita mampu hentikan kereputan moral bangsa ini. Tolak pemberi & penerima rasuah! Itu antara gesaan dalam kempen Rasuah Busters atas keprihatinan untuk bersama-sama memerangi rasuah di negara ini.

NAK SAMBUNG BALIK ...

 

KHAIRUL ANWAR

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan, kata rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong.

Perdana menteri sebelum ini Muhyiddin Yassin membatalkan projek itu dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura.
Lee berkata cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan kepadanya dalam pertemuan dengan Ismail di Singapura hari ini.


May be an image of 2 people, people standing and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH TA mk BERITA Lee Hsien oong Facebook Lepas bayar pampasan RM300 juta, M'sia nak teruskan balik projek HSR Dikemaskini: 4:35 PM Diterbitkan: Nov 29, 2021 4:28 PM"


[DIKEMASKINI] Harga barang naik gamatkan Dewan Rakyat



BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2021 Sesi Dewan Rakyat hari ini riuh ketika sesi soal jawab mengenai kenaikan harga barang Muzik: www.bensound.com

Gabungan Politik | Gabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbang


Cadangan menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mendapat pertimbangan kedua-dua pimpinan parti politik. Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata kedua-dua parti berkenaan dilihat mempunyai agenda yang sama termasuk penekanan terhadap kebajikan rakyat.


Anwar Ibrahim: Krisis Terkait Harga Barang, Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti...



Anwar Ibrahim: Krisis Terkait Harga Barang, Kerajaan Dah Gagal Kerana Tidak Mengambil Langkah Segara

LEBAI NI GAGAI BAYAQ SAMAN FITNAH

 


May be an image of 8 people, people sitting and text that says "Gagal Bayar Saman Fitnah EXCO Perak Bakal Berdepan Tindakan Bangkrap PARTIS SR rakyat suara "Keseluruhan yang perlu dibayar Razman RM254, 150. Itu sudah termasuk kos dan faedah lewat bayar sekali" -Peguam"



Pakai kopiah, dahi hitam tak semesti hatinya putih.😔😔😔
Razman Zakaria - Exco Perak gagal bayar saman RM254,150.00 bakal berdepan tindakan bankrap
Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia selama empat tahun (2004 hingga 2008). Kemudian dilantik ke jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak (2008 hingga kini). Jadi ADUN Gunung Semanggol (2018 hingga kini). Masuk Pas terus dapat title Ulama..💪💪💪
Sejarah MULUT LONGKANG/Mulut Fitnah beliau :
1) November 10, 2017 - Razman kena bayar RM254,150.00 kepada Nizar berkaitan kes saman fitnah.
2) 20 Jun 2017- Razman Zakaria PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH)
3) September 10, 2020 - Razman kena saman lagi, kali ini dengan Guan Eng!
4) November 18, 2021 - Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria atas dakwaan memfitnah.
5) Disember 11, 2020 - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Perak yg diketuai oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria KURANG AJAR Derhaka kepada Sultan bila ENGGAN MENGADAP walau dititah menghadap oleh Sultan Perak.
POWER sungguh si Razman ni...kan, kan, kann !!😝😅😁😂😂
......................................................................
Senarai Pemimpin Pas kalah saman mulut longkang/fitnah
Senarai pemimpin Pas kalah saman fitnah
28/02/2021 10:27 AM
25 Feb 2014- Abdul Hadi Awang, diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta ($768,469) kepada calon PKR DUN Bukit Besi Encik Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnah
22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang
11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang
25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.
20 Jun 2017- Razman Zakaria PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH)
10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap DS Nizar
26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah
7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima dana UMNO
25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman
22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang
11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang
31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report bayar Rm1.4 juta dengan Claire
26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat
31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report bayar Rm1.4 juta dengan Claire
26 Feb 2020 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok DAP hari memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman fitnah difailkannya terhadap Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel Anti Islam di dalam akaun Facebook milik Ketua Pemuda Pas Selangor itu tahun lepas
21 May 2020 – Editor Sarawak Report, Clare Recastle Browm Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang dikenakan bayaran sehingga 2.5 juta pound (RM13.2 juta) oleh firma guaman beliau dalam kes saman mereka di England
9 Jul 2020 – Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula kalah saman fitnah gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen
10 Feb 2021- Saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan Masri Che Yusoff PAS dan menetapkan nilai lebih tinggi Peguam Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000


HAAAA..TANDA RAKYAT DAH KAYA

 May be an image of food

Barang naik: Kerajaan BN tidak tahu guna big data pantau bekalan - Sim Tze Tzin

 Rakyat Malaysia rugi apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan oleh BN dan PN melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020.


Sekiranya kerajaan PH masih berkuasa, pemantauan harga dan agihan bekalan makanan ketika ini telah dilakukan menggunakan teknologi big data atau data raya yang mampu menyekat kenaikan harga.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin, data raya adalah kaedah terbaharu yang digunakan oleh banyak negara untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran. Namun, katanya, penggunaan data raya perlukan menteri yang berpengetahuan untuk memandu kementeriannya.


"(Seimbangkan bekalan) dia kena menggunakan big data


"Contohnya, kita tahu bahawa sekarang musim hujan. Jadi kita boleh agak bulan Disember musim hujan maka sayur akan kurang. Kita tahu 20 hari sebelum bahawa 20 hari kemudian harga sayur akan naik, misalnya sayur sawi akan berkurangan.


"Maka kita boleh galakkan orang Sabah contohnya, di Kundasang, mereka tanam sawi lebih banyak dan sawi itu boleh dihantar ke Semenanjung untuk jual," katanya.


Begitu juga, kata Sim, menjelang musim perayaan tertentu maka permintaan produk makanan akan meningkat dan kementerian boleh melihat di kawasan mana terdapat lebihan bekalan, atau pun berusaha untuk mengimport.


"Contoh orang suka makan kobis, kita kena tingkatkan pengimportan kobis daripada China atau dari mana.


"Ini menggunakan big data untuk mengawal harga, itu satu cara yang bagus.


"Cuma koordinasi, semua kementerian, semua pegawai kena faham tugas kerana ini adalah teknologi yang baru.


"Kementerian selalu working silo (bekerja dalam komuniti sendiri), mereka hanya fokus kepada tugas diberikan tetapi belum boleh koordinat dengan semua jabatan. Itu satu cabaran tetapi hala tujunya menggunakan big data," katanya.


Tinggal kenangan... harga ayam sekitar RM5 sekilogram ketika pemerintahan PH

Untuk rekod, ketika Sim menjadi Timbalan Menteri Pertanian, kementerian tersebut telah mewujudkan pasukan bersama KPDNHEP yang diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam mengawal harga.


Biarpun tiada penggunaan data raya pada waktu itu, pasukan Kementerian Pertanian dan KPDNHEP tetap berjaya mengawal harga bahan makanan daripada melambung sama ada pada musim perayaan atau hari hari biasa.

VICEO PENDEK; MALANG LAGI MAT NAJIB


 

VIDEO PENDEK : APA CERITA PRAMUGARI...APA YANG DISEBUT IDRIS DAN YB KAK LAH...ADALAH RETORIK..SOQANG MAT SAJAT JA TAK LEH SELESAI


 

BARANG NAIK


 

Jangan pertikai kedaulatan P Pinang, kata Chow

 



Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kanan) dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ketika menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja ke-257 di Istana Negara pada 24 Nov lalu. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Chow Kon Yeow mahu semua persoalan mengenai kedaulatan Pulau Pinang oleh Kedah dihentikan.

Beliau hari ini menggesa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mempertahankan kedaulatan negeri itu sebagai anggota persekutuan Malaysia.

Chow berkata, dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah oleh kerajaan negeri itu mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu dilihat dari perspektif perundangan.

Katanya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan seterusnya Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) mengukuhkan lagi hakikat bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang tersendiri.

Malah perkara itu tidak dipertikaikan, katanya.

Chow berkata, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor juga tidak membuat sebarang tuntutan berhubung Pulau Pinang pada Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri, baru-baru ini.

Kenyataan Chow itu adalah kali pertama beliau dilihat mengetepikan diplomasi dalam menyelar isu berkenaan sejak Kedah pertama kali membuat dakwaan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak daripada Kedah.

Chow menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubok) mengenai tuntutan Kedah dan sama ada Sanusi menuntut bayaran royalti atau pampasan daripada Pulau Pinang pada Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri itu.

Ketua Pembangkang Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua) kemudian berkata, Chow perlu duduk berbincang dengan Menteri Besar Kedah itu untuk menyelesaikan isu berkenaan, malah menyoal sama ada Ketua Menteri itu mempunyai fakta tepat berhubung perkara itu.

Chow menjawab, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, kedaulatan Pulau Pinang jelas dan tidak dipertikaikan.

Sanusi baru-baru ini menuntut bayaran “pajakan” lebih tinggi sebanyak RM100 juta daripada Pulau Pinang. Beliau turut menuntut pampasan untuk air yang diambil dari Sungai Muda.

Nasib Melayu P Pinang bukan seperti orang Palestin di Tebing Barat, kata ADUN PKR.PAS cuba serang Pulau Pinang kerana naratif Melayu Kedah Kelantan dan Terengganu miskin berbanding Pulau Pinang

 Statistik Penduduk



No photo description available.

Aku rasa pak lebai ni bukan orang Pulau Pinang. Aku rasa dia orang Kedah. sebab tu dia tak berapa cerdik pasal kisah Melayu Pulau Pinang berbanding era 70an dan era 80an. Seba era tu Umno jadi broker nak juai tanah Melayu Pulau Pinang.Nak bandingkan kemajuan melayu atau apa sahaja antara Kedah Kelantan dan Terengganu , memang jauh dari segi kemudahan awamnya dan sosialnya.


Kalau nak banding dengan kedah dan kelantan rasanya  melayu pulau pinag lebih  berjaya .



Gooi Hsiao Leung (PH- Bukit Tengah) berkata kebajikan orang Melayu dijaga di Pulau Pinang. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: PAS perlu berhenti menggunakan naratif orang Melayu ditindas di Pulau Pinang, termasuk menyamakan nasib mereka dengan orang Palestin di Tebing Barat, kata Gooi Hsiao Leung (PH-Bukit Tengah).

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Gooi menyifatkan

tindakan wakil PAS terus menimbulkan naratif itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Katanya, realitinya kebajikan orang Melayu dijaga baik di Pulau Pinang, dengan peruntukan berkait hal ehwal Islam lebih banyak diberikan, iaitu hampir 2,000% lebih tinggi berbanding Kedah.

Gooi berkata, peruntukan kerajaan negeri dalam hal ehwal Islam di negeri ini tahun depan berjumlah RM71 juta, manakala yang disediakan Kedah menerusi majlis agamanya, hanya RM3.5 juta.

Beliau berkata, komitmen tahunan kerajaan negeri berhubung hal ehwal orang Melayu jelas membuktikan naratif digunakan PAS berhubung nasib orang Melayu di negeri berkenaan, sebagai tidak benar.

Gooi juga menyatakan kekecewaan dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang mendakwa pemimpin Muslim walaupun seorang yang zalim, lebih baik daripada pemimpin bukan Muslim.

“Bila kita mahu hentikan politik kebencian dan perkauman? Pulau Pinang jadi sasaran PAS, tak henti-henti menyerang Pulau Pinang.

“Dan juga, mengapa Menteri Besar (Kedah) cukup obses dengan Pulau Pinang? Banyak projek mega tertangguh sejak 2011, seperti projek Kedah Rubber City. Mengapa tidak beliau selesaikan dulu isu itu. Jangan ganggu kita,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Alor Setar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022.

Awal bulan ini, Ahli Jawatankuasa PAS negeri, Abdul Razib Abd Rahim, mendakwa kerajaan Pulau Pinang cuba menghalau orang Melayu dari negeri berkenaan menerusi projek pembangunan.

Abdul Razib ketika berucap dalam muktamar partinya, mendakwa antara projek dimaksudkan termasuk ladang babi yang besar di penempatan orang Melayu, tebus guna tanah dan projek infrastruktur lain.

Beliau juga kecewa wakil bukan Melayu Pulau Pinang mendominasi kedua-dua DUN dan persekutuan.