Nasib Melayu P Pinang bukan seperti orang Palestin di Tebing Barat, kata ADUN PKR.PAS cuba serang Pulau Pinang kerana naratif Melayu Kedah Kelantan dan Terengganu miskin berbanding Pulau Pinang

 Statistik Penduduk



No photo description available.

Aku rasa pak lebai ni bukan orang Pulau Pinang. Aku rasa dia orang Kedah. sebab tu dia tak berapa cerdik pasal kisah Melayu Pulau Pinang berbanding era 70an dan era 80an. Seba era tu Umno jadi broker nak juai tanah Melayu Pulau Pinang.Nak bandingkan kemajuan melayu atau apa sahaja antara Kedah Kelantan dan Terengganu , memang jauh dari segi kemudahan awamnya dan sosialnya.


Kalau nak banding dengan kedah dan kelantan rasanya  melayu pulau pinag lebih  berjaya .



Gooi Hsiao Leung (PH- Bukit Tengah) berkata kebajikan orang Melayu dijaga di Pulau Pinang. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: PAS perlu berhenti menggunakan naratif orang Melayu ditindas di Pulau Pinang, termasuk menyamakan nasib mereka dengan orang Palestin di Tebing Barat, kata Gooi Hsiao Leung (PH-Bukit Tengah).

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Gooi menyifatkan

tindakan wakil PAS terus menimbulkan naratif itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Katanya, realitinya kebajikan orang Melayu dijaga baik di Pulau Pinang, dengan peruntukan berkait hal ehwal Islam lebih banyak diberikan, iaitu hampir 2,000% lebih tinggi berbanding Kedah.

Gooi berkata, peruntukan kerajaan negeri dalam hal ehwal Islam di negeri ini tahun depan berjumlah RM71 juta, manakala yang disediakan Kedah menerusi majlis agamanya, hanya RM3.5 juta.

Beliau berkata, komitmen tahunan kerajaan negeri berhubung hal ehwal orang Melayu jelas membuktikan naratif digunakan PAS berhubung nasib orang Melayu di negeri berkenaan, sebagai tidak benar.

Gooi juga menyatakan kekecewaan dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang mendakwa pemimpin Muslim walaupun seorang yang zalim, lebih baik daripada pemimpin bukan Muslim.

“Bila kita mahu hentikan politik kebencian dan perkauman? Pulau Pinang jadi sasaran PAS, tak henti-henti menyerang Pulau Pinang.

“Dan juga, mengapa Menteri Besar (Kedah) cukup obses dengan Pulau Pinang? Banyak projek mega tertangguh sejak 2011, seperti projek Kedah Rubber City. Mengapa tidak beliau selesaikan dulu isu itu. Jangan ganggu kita,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Alor Setar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022.

Awal bulan ini, Ahli Jawatankuasa PAS negeri, Abdul Razib Abd Rahim, mendakwa kerajaan Pulau Pinang cuba menghalau orang Melayu dari negeri berkenaan menerusi projek pembangunan.

Abdul Razib ketika berucap dalam muktamar partinya, mendakwa antara projek dimaksudkan termasuk ladang babi yang besar di penempatan orang Melayu, tebus guna tanah dan projek infrastruktur lain.

Beliau juga kecewa wakil bukan Melayu Pulau Pinang mendominasi kedua-dua DUN dan persekutuan.

No comments: