Barang naik: Kerajaan BN tidak tahu guna big data pantau bekalan - Sim Tze Tzin

 Rakyat Malaysia rugi apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan oleh BN dan PN melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020.


Sekiranya kerajaan PH masih berkuasa, pemantauan harga dan agihan bekalan makanan ketika ini telah dilakukan menggunakan teknologi big data atau data raya yang mampu menyekat kenaikan harga.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin, data raya adalah kaedah terbaharu yang digunakan oleh banyak negara untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran. Namun, katanya, penggunaan data raya perlukan menteri yang berpengetahuan untuk memandu kementeriannya.


"(Seimbangkan bekalan) dia kena menggunakan big data


"Contohnya, kita tahu bahawa sekarang musim hujan. Jadi kita boleh agak bulan Disember musim hujan maka sayur akan kurang. Kita tahu 20 hari sebelum bahawa 20 hari kemudian harga sayur akan naik, misalnya sayur sawi akan berkurangan.


"Maka kita boleh galakkan orang Sabah contohnya, di Kundasang, mereka tanam sawi lebih banyak dan sawi itu boleh dihantar ke Semenanjung untuk jual," katanya.


Begitu juga, kata Sim, menjelang musim perayaan tertentu maka permintaan produk makanan akan meningkat dan kementerian boleh melihat di kawasan mana terdapat lebihan bekalan, atau pun berusaha untuk mengimport.


"Contoh orang suka makan kobis, kita kena tingkatkan pengimportan kobis daripada China atau dari mana.


"Ini menggunakan big data untuk mengawal harga, itu satu cara yang bagus.


"Cuma koordinasi, semua kementerian, semua pegawai kena faham tugas kerana ini adalah teknologi yang baru.


"Kementerian selalu working silo (bekerja dalam komuniti sendiri), mereka hanya fokus kepada tugas diberikan tetapi belum boleh koordinat dengan semua jabatan. Itu satu cabaran tetapi hala tujunya menggunakan big data," katanya.


Tinggal kenangan... harga ayam sekitar RM5 sekilogram ketika pemerintahan PH

Untuk rekod, ketika Sim menjadi Timbalan Menteri Pertanian, kementerian tersebut telah mewujudkan pasukan bersama KPDNHEP yang diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam mengawal harga.


Biarpun tiada penggunaan data raya pada waktu itu, pasukan Kementerian Pertanian dan KPDNHEP tetap berjaya mengawal harga bahan makanan daripada melambung sama ada pada musim perayaan atau hari hari biasa.

No comments: