TOLAK MN, PILIH PN BUKTI PAS TAK MAHU BERKONGSI KERUSI DENGAN UMNO DI KELANTAN, TERENGGANU DAN KEDAH


 Rasa tidak puas hati UMNO terhadap Pas kerana akhirnya memilih bersama Perikatan Nasional atau PN dan tidak bersama Muafakat Nasional (MN) dalam PRN Melaka masih lagi berlanjutan, walaupun hari penamaan calon sudah berlangsung semalam.

Seharusnya, selepas saja penamaan calon diadakan, semua parti mesti fokus kepada hari pengundian dan melupakan perkara lalu yang mungkin menyakitkan.

Mengenang cerita semalam yang melukakan tentu saja merupakan gangguan yang menghalang kelancaran untuk terus melangkah ke hadapan.

Tetapi hari ini melalui laporan media, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Naib Presidennya, Khaled Nordin masih lagi memperkatakan mengenai pendirian Pas itu.

Kedua-duanya, secara langsung dan tidak tidak langsung, tampak kekal menyalahkan Pas kerana menolak kerusi yang ingin diberi UMNO di PRN Melaka serta keinginan parti itu pada waktu yang sama mahu mendamaikannya dengan Bersatu.

Bagi UMNO, sikap Pas itu tidak boleh diterima, sama seperti UMNO juga tidak pernah cuba mahu mendamaikan Pas dengan Amanah.

Realitinya, walaupun semua orang boleh menjangka masa depan Pas akan lebih cerah jika bersama UMNO, tetapi mengapakah parti itu lebih memilih Bersatu melalui PN berbanding MN?

Tidak cukup dengan itu, Pas juga sanggup melupakan lambangnya sendiri dan setuju menggunakan logo PN dalam pertaruhan di Melaka ini.

Apakah Pas tidak lagi mementingkan penyatuan ummah?

Sesungguhnya apa yang dilakukan Pas ini adalah suatu pengorbanannya yang besar kepada Bersatu dan PN.

Di waktu yang sama, sementara masih kedengaran suara-suara dalam Pas sendiri yang mengatakan MN masih belum mati, namun Presiden Pas, Hadi Awang telah memberi isyarat yang jelas agar ahli dan penyokong parti itu memberi undi mereka kepada PN pada 20 November depan ini.

Dengan itu, pertempuran di Melaka ini bukan saja melibatkan PN dan BN, selain PH, tetapi juga khusus antara UMNO dan Pas.

Tambahan itu, UMNO dan Pas akan berlawan sesama sendiri di tujuh daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Dengan itu, bukan saja pertempuran, cerca-mencerca dan menuruh sesama sendiri tidak lagi dapat dielakkan, bahkan luka serta calar-balar akibat daripadanya juga pasti akan berpanjangan.

Sekaligus, berbanding untuk memulihkan MN selepas PRN Melaka, lebih mungkin yang berlaku ialah putus hubungan terus antara Pas dan UMNO.

Sebagaimana BN ingin solo di PRN Melaka kerana berasakan mereka boleh memenanginya tanpa bekerjasama dengan sesiapa, Pas juga sebenarnya ada perkiraan tersendiri dalam hal ini.

Pas lebih memilih bersama Bersatu melalui PN di Melaka adalah semata-mata kerana tidak mahu terhutang budi dengan UMNO dalam berkongsi kerusi di negeri-negeri yang sedang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jika Pas setuju bekerjasama dengan UMNO di Melaka dan terhutang budi menerima kerusi yang diperuntukkan parti itu, mahu tidak mahu, Pas juga harus membalasnya dengan memberi sebahagian kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada UMNO.

Di ketiga-tiga negeri itu, Pas bukan saja sukar berkongsi kerusi, malah secara sendirian pun mereka mampu untuk mengekalkan kuasa serta memenangi beberapa kerusi Parlimen.

Secara mudahnya, bersama Bersatu sudah lebih daripada cukup untuk Pas bertahan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRU15 akan datang.

Dengan menolak bekerjasama dengan UMNO di Melaka, maka UMNO selepas ini jangan haraplah untuk mendapat belas ihsan Pas mendapat sebarang perkongsian kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dalam hal ini, Pas sebenarnya tidak peduli pun siapa jadi kerajaan pusat selepas PRU15 akan datang kerana mereka bila-bila masa boleh menyesuaikan diri dan mencipta dalil untuk menghalalkan laluan ke arah bekerjasama dengan sesiapa saja yang menjadi kerajaan.

Begitu juga dengan lain-lain negeri, ia tidaklah sepenting mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang memang merupakan tapak kukuh bagi Pas.

Yang penting bagi Pas, mereka mesti ada sejumlah kerusi Parlimen dalam genggaman agar boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana parti dan tidak hilang cengkaman di tiga negeri ia bertapak kukuh itu.

Semua cita-cita itu sudah boleh mereka dicapai melalui hubungan dengan Bersatu melalui PN dan tidak memerlukan pun kekuatan MN atau pertolongan daripada UMNO. – ShahbudinHusin 09/11/2021.


Mencari signifikan Pirane Melaka


.

TUMPUAN umum kini kepada pilihan raya negeri (Pirane)

 Melaka. Pirane Melaka kali ini adalah yang ke-15 sejak

 Merdeka. Ia berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, yang

 selalunya diadakan serentak bersama pilihan raya umum

 kebangsaan. Jadi pilihan raya kali ini hanya membabitkan

 pemilihan wakil rakyat di 28 kerusi Dun sahaja, tidak

 termasuk kerusi parlimen. 

Hari ini adalah hari penamaan calon dan hari pengundian 20 November. Proses penamaan calon sudah pun selesai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 112 calon yang bertanding dalam pilihan raya itu, di mana sebahagian besar kerusi berlaku pertandingan tiga penjuru antara komponen BN, PH dan PN. Walaupun ada penyertaan beberapa calon bebas dan parti lain, ia seperti tidak penting. 

Piliharanaya itu diadakan apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu. Pembubaran dibuat atas perkenan Yang diPertuan Melaka Mohd Ali Rustam setelah menerima nasihat bekas ketua menteri Sulaiman Md Ali

Sulaiman menasihat Ali Rustam agar membubarkan Dun Melaka bagi mengelakkan pembangkang (PH) menubuh kerajaan. Walaupun tindakan Ali itu dipertikaikan sampai dibawa ke mahkamah, (lusa akan diputuskan apakah pembubaran itu berperlembagaan atau tidak) namun pilihan raya diteruskan juga seperti mana kehendak perlembagaan. 

Ada mempersoalkan tindakan Ali itu tidak bijaksana dan motif politik? Boleh jadi Ali bersedia membubar Dun Melaka atas perkiraan ia akan menguntungkan BN dan memberi kemenangan kepada partinya, Umno. Ali Rustam adalah bekas ketua menteri Melaka di zaman BN.   

Kunci menyebabkan Dun Melaka dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan, apabila empat orang Adun terdiri daripada dua wakil Umno, Idris Haron (Sungai Udang) bersama Nor Azman Hassan (Pulau Kundor) serta Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Nor Effandi (Bersatu - Telok Mas) menarik diri daripada menyokong kerajaan BN. Dengan penarikan sokongan mereka itu menyebabkan BN hilang majoriti, tumbang.  

Sebelum BN membentuk kerajaannya, Melaka diperintah oleh PH yang mendapat mandat rakyat melalui Piraum ke-14. Apabila berlaku penarikan sokongan empat Adun itu PH bercadang untuk menubuh kerajaanya kembali. Bagaimana pun impian itu tidak sempat tercapai dihalang dengan pembubaran Dun. 

BN dahulu berjaya menumbangkan kerajaan PH apabila tiga Adun yang sebelum ini mewakili DAP (Norhizam Hassan Baktte), Keadilan (Muhammad Jailani Khamis - Rembia) dan Bersatu (Rafiq Naizamohidden (Paya Rumput) dan Nor Effandi Ahmad -(Telok Mas) menyeberang bersama BN. Dengan penyeberangan mereka itu BN bentuk kerajaan dengan kelebihan 17 suara. 

Pilihan raya unik. 

Pilihan raya Melaka kali ini sedikit unik dan agak asing bukan sahaja kerana ia tidak seperti selalunya, tetapi diadakan dalam norma baru waktu negara masih diancam pandemik Covid-19. Ramai yang tidak terfikir pilihan raya itu boleh diadakan. Mereka yang putih dengan politik tidak mengira SPR sedia mengadakan pilihan raya. 

Walaupun begitu apa yang tidak terfikir itu, difikir oleh orang politik. Pilihan raya itu seperti sengaja diadakan untuk memberi peluang kepada Umno menunjukkan kekuatannya serta mengembalikan semula kerajaan yang hilang dan sekaligus menghalang PH membentuk kerajaannya semula. Ada munasabahnya kalau pilihan raya itu disengaja diadakan memandangkan ada hubungan sentimental antara TYT dengan Umno.

Disebabkan keadaan pandemik masih belum reda, menyebabkan timbul persoalan apakah pilihan raya itu akan mendapat perhatian pengundi atau tidak?  Ada kemungkinan pengundi bimbang untuk keluar mengambil bahagian memandangkan keadaan semasa, Covid belum habis. Peraturan dan SOP yang dikenakan sedikit sebanyak menyebabkan pengundi malas untuk keluar mengundi.

Apa yang berlaku di Sabah dahulu boleh menghantui mereka. Sewaktu negeri di bawah Bayu itu mengadakan Piranenya menyebabkan berlaku penularan Covid yang dahsyat. Kejadian itu turut disinggung sama oleh negara luar, di mana pihak di Singapura mencatatkan penularan Covid di Malaysia gara-gara Pirane Sabah itu. 

Walaupun ada SOP ketat sepanjang pilihan raya itu, tetapi tidak dapat dijamin ia mampu membendung wabak berkenaan yang sukar untuk dihapuskan. Justeru timbul persoalan oleh sesetengah pihak apakah Pirane itu akan menerima kesan tersendiri, seperti kurangnya peratus keluar mengundi. Sekiranya peratus keluar mengundi ia akan  memberi kesan tidak langsung kepada mana-mana kumpulan (parti) mengambil bahagian.

Kebiasaannya dalam pilihan raya kecil sekiranya peratus mengundi kecil ia tidak akan memberi kebaikan buat pembangkang.  Dan sekiranya peratus keluar mengundi rendah bolehlah dianggap pilihan raya itu tidak memuaskan.

Pirane Melaka itu mempunyai beberapa signifikan dan ada implikasi tersendiri kepada berbagai pihak. Ia juga akan merumuskan beberapa perkara baru yang mungkin boleh diguna pakai untuk pilihan raya yang akan datang sebagai panduan. Situasi ini menjadikan pilihan raya itu sebagai medan untuk melihat sesuatu yang baharu dalam sistem politik demokrasi negara ini. 

Pertama, ia akan menjadi indikator kepada Piraum akan datang. Keputusan pilihan raya itu nanti akan dijadikan pedoman dan formula kepada parti-parti politik terbabit. Dalam pilihan raya itu berlaku pertanding tiga penjuru BN, PH dan PN. Keputusan dengan percubaan pembentukan tiga gabungan itu akan dibawa ke Piraum akan datang. 

Justeru pilihan raya itu akan memberi jawaban secara langsung kepada Umno dan Pas yang sebelum ini beriya-iya untuk bekerjasama, berakhir dengan berlawan antara satu sama lain. Pas telah meletakkan tujuh calonnya sebagai menentang calon BN. Tindakan itu menjadikan Muafakat Nasional yang digagaskan demikian rupa tidak berjaya. Pas memilih untuk bersama Bersatu menerusi PN walaupun dalam masa sama mengakui mempertahankan BN. 

 

Tidak sah lagi sekiranya PN berhasil memenang beberapa kerusi dalam Pirane itu, walaupun tanpa dapat membentuk kerajaan kemungkinan Pas akan kekal bersama Bersatu dan tidak dengan Umno. 

 

Sebaliknya kalau BN berjaya membentuk kerajaan, Pas tidak akan malu-malu untuk berpaling semula dengan Umno dengan memetik pelbagai hadith dan ayat-ayat Quran untuk menjustifikasi tindakan rujuknya. Jangan pelik dan harian dengan politik klu klik Pas. Soalnya BN akan terima atau tidak tidak dapat dipastikan. Tetapi yang nyata Pas boleh melakukan dan bertindak demikian kerana ia mengamalkan politik "tidak tahu malu?"

 

Sebaliknya sekiranya Pirane Melaka itu dimenangi PH dan dapat membentuk kerajaan, mungkin BN, PN atas usaha Pas akan membawa mereka ke titik temu semula untuk menghadapi PH dalam pilihan raya umum akan datang. Kemenangan PH memberi rahmat buat mereka. 

 

Bagi PH pula kemenangan itu menjadi tanda jelas bahawa rakyat bersedia memberi peluang kepada mereka untuk memimpin Malaysia. Kemenangan kepada PH juga memberi semangat kepada mereka untuk terus bersolidariti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15. Kemenangan itu juga tanpa ada wave dan pengaruh Dr Mahathir Mohamad seperti Piraum ke-14 dulu menunjukkan yang PH sebenarnya mempunyai pengaruh yang mencukupi.

 

Kedua, disebabkan pilihan raya ini dijalankan dengan peraturan khas (SOP) bagi mencegah Covid, maka tidak ada kempen terbuka, baik himpunan atau rumah ke rumah seperti biasa. Sekatan ini secara tidak langsung boleh membendung pemberian rasuah politik, wang dan barang keperluan. Ini satu langkah positif. Kempen dibenarkan hanya boleh dilakukan menerusi media sosial semata-mata. 

 

Bagaimana pun sekatan ini tidak memberi kesan baik kepada pembangkang kerana mereka sudah pasti tidak dapat menggunakan media kerajaan seperti mana diberikan kepada parti-parti kerajaan, BN dan PN. Parti kerajaan pasti akan mendapat liputan dan ruang yang luas daripada alat propaganda kerajaan itu. 

 

Bagaimana pun dalam hal ini peluang itu tidak begitu kondusif buat BN dan PH kerana mereka bertanding antara satu sama lain ini menyebabkan media kerajaan kekok untuk melayan pihak mana. Inilah pula kebaikan buat pembangkang apabila PN dan BN tidak bersama.

 

Ketiga, beberapa signifikan lain akan terhasil daripada pilihan raya itu, sekiranya peratus mengundi turun sehingga kurang 60%. Jika itu berlaku mungkin kerana masalah Covid atau kerana ada protes daripada pengundi khususnya pengundi muda dan golongan cerdik pandai yang sudah bosan dengan politik tidak bermoral berlaku hari ini. 

 

Fenomena itu pasti akan terbawa ke dalam pilihan raya akan datang. Keadaan ini memberi petanda buruk kepada sistem demokrasi negara ini di masa akan datang. Mungkin ketika itu nanti, generasi muda akan mula membentuk dan membawa gerakan politik mereka sendiri dan perlahan-lahan akan hilang kepercayaan kepada parti-parti lama dan cara otai bermain politik. Atau pun mereka mulai keliru dan tidak berminat untuk menyertai parti politik. [wm.kl.6:16 pm 08/11/2021]

 

Harap serban besar otak kosong, veteran Umno kecam Pas

 


Oleh FAZLI RADZI / November 9, 2021

Veteran Umno dilihat berang dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penolakan parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Zaharin Mohd Yasin membidas Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu supaya usah menjadi burung tiung.

“Jangan pandai komen. Umno tidak mahu kerjasama dengan Parti Bersatu.

“Kamu dahulukan contoh, terima AMANAH jadi rakan strategi Pas. Baru kami dalam Umno akan berkerjasama dengan parti Bersatu.

“Kamu harap serban besar.. otak kosong,” tempelak Zaharin, 69, terhadap Hadi, 74, yang juga Duta Khas ke Timur Tengah dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Zaharin Mohd Yasin

Pada 6 November lalu, Pas mempersoalkan pendirian Umno menolak Bersatu sedangkan parti itu boleh menjalinkan kerjasama dengan parti bukan Islam sebagai rakan komponen dalam BN.

Bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Pas ke-67 di Terengganu, Hadi berkata, penolakan terhadap Bersatu tidak seharusnya berlaku kerana sehingga kini Pas teguh bersama prinsip Muafakat Nasional (MN) yang mahu bekerjasama dengan parti Melayu Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Jika Umno boleh bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk kerajaan, mengapa tidak boleh bersama Pas dan Bersatu,” kata Hadi.

Dia juga menyangkal dakwaan bahawa Pas melupakan MN selepas menyertai PN bahkan menegaskan, asas penyatuan tiga parti Melayu iaitu Pas, Umno dan Bersatu sehingga dapat membentuk kerajaan kerajaan Persekutuan wajar dipertahankan.

Walau bagaimanapun, seperti gesaan Zaharin agar Pas menerima AMANAH sebagai rakan strategi, parti diwakili 18 anggota Dewan Rakyat itu umum dikenali bermusuh besar dengan AMANAH.

Bahkan, pemimpin dan pengikut tegas Pas memanggil AMANAH sebagai PAN sejak parti itu dilancarkan penubuhan pada 16 September 2015.


PN tidak patut lawan BN, Pas pula ‘mengekor’ sebab tidak ada prinsip

 



Oleh MALAYSIA DATELINE / November 9, 2021

Keputusan PN untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekaligus memperlihatkan siapa sebenarnya PN apabila bertindakan melawan ketuanya sendiri iaitu BN.

AJK AMANAH Nasional Zolkharnain Abidin berkata, secara logiknya ketua kerajaan Persekutuah adalah BN, jadi PN tidak sepatutnya lawan ketuanya.

“Lagi pun satu keluarga. Sebab apa gaduh sesama sendiri? Ini yang MP Pokok Sena sebut sebagai kerajaan caca merba,” kata beliau.

Katanya, jika sebelum ini Bersatu telah mengkhianati Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton sekarang Bersatu pula mengkhianati BN dengan melawannya di PRN Melaka.

“Begitulah kalau biasa khianat. Ibarat anjing yang sudah terbiasa makan bangkai,” kata beliau.

Melihat kedudukan Pas yang nekad melawan BN di Melaka Zokharnain berkata Pas hanya mengekor sahaja seperti tidak ada prinsip.

“Pas hanya mengekor saja. Tak ada prinsip. Sekejap MN, sekejap PN. Sekejap dua-dua sekali. Siapa banyak bagi tulang, di situlah Pas “menjelir”.

“Sembang sana-sini Melayu – Islam konon, perpaduan ummah konon. Sembang bolehlah, tapi amalannya bagaimana?
Sembang perpaduan ummah tapi jika sesama sendiri pun bertelagah, macam mana nak uruskan ummah?

“Tapi tak apalah, setakat nak sembang boleh saja. Lagi pun semua orang dah tahu, P45 memang pandai sembang.
Sembang bukan kena bayor,” katanya lagi.

Pas memutuskan untuk menggunakan lambang PN di PRN Melaka sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada BN dan juga Umno.

Sehinggakan Ulama Pas Mokhtar Senik membangkitkan siapa sebenarnya Umno di mata mereka dan mahu Umno kecundang dalam PRN 20 November ini.

Pas dan Bersatu masuk bertanding untuk menang sekali gus terpaksalah mengalahkan BN.

 

ANWAR BUKAN MELOMPAT TAPI DIPECAT!!ASTRO KALAU NAK RUJUK JANGAN PADA ORA...

KAW! KAW! YB KHALID SAMAD BALUN UMNO & PAS DI PARLIMEN (KERAJAAN MELAYU ...

KHIANAT KEPADA SIAPA? SOAL ANWAR



“Semuanya berlaku dengan jelas. Ini penipuan yang akan menyebabkan Umno ditolak mentah-mentah dalam PRU akan datang. Saya percaya dan yakin rakyat menyedari hakikat ini,” kata Idris, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dalam program bual bicara Agenda Awani, 5 Oktober lalu. Ujar Anwar pihaknya sudah memilih calon yang dianggap ada track record terbaik, berdisiplin dan berakhlak serta setia kepada perjuangan PAKATAN HARAPAN.



SEDANG TRENDING DI SOSMET!!MALU APA BOS KU! [NAJIB SAMPAI PENGUNJUNG LAR...


NAJIB SAMPAI...PELANGGAN BARUN DAN CABUT...KEDAI PUN TUTUP

APA PUNYA MALANG LAH NAJIB...NAMPAK SANGAT ORANG MELUAT PADA UMNO





Surat 'Idris sebagai KM' tersebar ketika kempen PRN Melaka semakin sengit


Diterbitkan:  Nov 9, 2021

 

PRN MELAKA | Surat yang dikatakan menunjukkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mengesyorkan Idris Haron sebagai ketua menteri Melaka telah diedarkan secara tanpa nama kepada beberapa media di tengah-tengah kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Surat bertarikh 30 Sept itu - sebelum pembubaran DUN Melaka - ditujukan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam. Bagaimanapun, cop yang tertera pada dokumen itu bertarikh 4 Okt.

Kempen PH dalam PRN dilihat bertumpu menjelaskan kerjasama gabungan itu dengan Idris, seorang veteran Umno yang baru-baru ini dipecat daripada partinya.

Edaran surat itu dilihat akan menjadi asakan baru terhadap PH berhubung isu berkenaan Idris.

ADS

Surat itu didakwa dihantar oleh pengerusi PH Melaka Adly Zahari.

Pejabat Adly, ketika dihubungi, menyifatkan ia sebagai "isu lama" dan enggan mengulas lanjut.

Ketua DAP Melaka Tey Kok Kiew, ketika dihubungi mengenai perkara itu, berkata pertanyaan berhubung isu itu perlu ditujukan kepada Adly.

Sementara itu, Ketua PKR Melaka Halim Bachik tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Surat itu mengisytiharkan Sulaiman Md Ali dari Umno telah kehilangan sokongan majoriti dan mencalonkan Idris Haron sebagai ketua menteri yang baharu.

Ia menyenaraikan nama semua Adun PH serta Nor Azman Hassan dari Umno dan Noor Effandi Ahmad dari Bersatu Selain wakil bebas Norhizam Hassan Baktee. Nor Azman dan Noor Effendi telah dipecat dari parti mereka.

Pada 4 Okt, Idris mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada kerajaan yang dipimpin Sulaiman.

Perwakilan PH turut hadir pada sidang media itu apabila Idris dan tiga yang lain mengumumkan meninggalkan kerajaan Umno-Bersatu pimpinan Sulaiman.

Selepas pengumuman itu, sumber PKR pada masa itu juga memberitahu Malaysiakini bahawa mereka bersedia untuk menyokong Idris sebagai ketua menteri berdasarkan kepercayaan bahawa dia boleh meyakinkan lebih ramai Adun Umno untuk menyertai pihaknya.

Adun-adun yang berpaling tadah itu dan wakil dari PH membentuk 15 daripada 28 perwakilan di DUN, cukup untuk meraih majoriti.

Bagaimanapun, Sulaiman bertindak balas dengan meminta pembubaran DUN, yang dipersetujui Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam, yang membuka jalan kepada pilihan raya baru.

Walaupun rampasan kuasa itu gagal, PKR memutuskan untuk meletakkan Idris di Asahan dan Amanah memilih Nor Azman di Pantai Kundor sebagai calon PH untuk PRN Melaka. Keputusan itu mendapat bantahan DAP, yang akhirnya terpaksa akur dengan dua parti sekutu dalam PH.

Setiausaha penganjur DAP Anthony Loke, pada sidang media sebelum ini di Kelebang, Melaka, mengakui rasa tidak senang akar umbi terhadap keputusan sekutu mereka mencalonkan bekas pemimpin Umno itu.

Loke menegaskan bahawa DAP telah membuat bantahan secara lantang dan jelas dalam mesyuarat majlis presiden PH tetapi telah terpaksa akur dengan keputusan yang disokong oleh PKR dan Amanah.

"Ia adalah persepsi negatif terhadap PH. Apa yang kami temui dalam kempen, beberapa penyokong kami telah menyatakan rasa tidak senang mereka tetapi kami perlu menjelaskan kepada mereka bahawa pendirian DAP telah dijelaskan.

"Tetapi kita tidak boleh hanya berdasarkan pertimbangan pengundian kita kepada dua Adun ini. Apa yang lebih penting ialah jika mereka tidak keluar untuk mengundi PH, anda akan memilih kerajaan yang bukan pilihan kami dan PH tidak akan mempunyai peluang untuk mendapatkan semula mandat di Melaka.

“Kami memahami rasa tidak senang di kalangan penyokong kami atas keputusan ini dan kami mengakuinya tetapi kami telah mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan mereka bahawa terdapat isu yang lebih besar yang dipertaruhkan,” katanya.

Loke mengulangi sokongan parti itu kepada Adly sebagai calon ketua menteri PH.

Idris berkhidmat sebagai ketua menteri kerajaan BN dari 2013 hingga 2018. Adly mengambil alih jawatan ketua menteri apabila PH membentuk kerajaan pada 2018.

Bagaimanapun, kerajaan Melaka pimpinan PH telah digulingkan pada 2020 melalui pembelotan, membuka jalan kepada pembentukan kerajaan Umno-Bersatu pimpinan Sulaiman.

Sehingga kini, PH belum mengumumkan secara rasmi Adly sebagai calon ketua menteri walaupun parti Adly, Amanah memberi jaminan bahawa sudah ada kata sepakat dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

 

KAU NAK JADI SAMSENG JALANAN PULA YA...POLIS SEDANG BURU. SABUN JATUH LANTAI JANGAN KUTIP YA

 

‘Samseng jalanan’ sepak penunggang motosikal diburu polis

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilihat bertindak kasar terhadap penunggang motosikal di jalan raya berhampiran Bandar Teknologi, Kajang, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima video berdurasi 58 saat yang memaparkan lelaki berkenaan bertindak seperti samseng jalanan terhadap mangsa.

Katanya, kejadian ini telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

“Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut.





PH KELANTAN MENUJU PRU15


NOJJAH


Masa , adat dia gak, berjalan dan bergerak ke hadapan.. takdok lagi dlm sejarah masa berjalan ke belakang.. kok mana pun , akan ttemu la kita dgn Pru15, kalu panjang umur gak..
Dlm kesibukan dok perang dgn walaun dlm media sosial, dlm kekalutan tak puas hati sama sendiri, dlm riuh rendah wak nganying ko Pas pelacur politik mengangkang sana sini kiri kanan, dalam keseronokan berkempen utk Prn Melaka , harap jugak PH Kelantan mulai mengemaskini jentera masing2 utk menghadapi 'perang' paling
hebat
dlm sejarah Malaysia nanti ..
Dibanding dgn Pru14, jangkaan aku perang Pru15 nanti jauh lebih keras dan kasar mainannya..
Kenapa aku katakan demikian? Byk faktor, nanti ada masa aku ulas.. hari ni kita ccaro hal nak kemaskinikan gerak kerja PH saja dulu..
Pertama sekali, mula-mula sekali, no wahid sekali.. pimpinan mulakanlah gerakan mengumpul semula akar umbi..Tanya khabar anak2 buah masing2 di segenap ceruk kampung...selepas kemenangan PH, setelah direnggut kerajaan PH jatuh sedemikian rupa, tidak sedikit akar umbi penyokong pendokong terkeduh hati, putus asa , hilang semangat, rasa takdok angin dan macam2 rasa lagi yg tak mampu aku gambarkan semuanya..
Tanya la khabar semua penggerak yg sebelum Pru14 hari tu bertungkus lumus, masa dan tenaga tidak berkira, wang dan ringgit tidak berkira.. Sekarang sudah boleh merentas negeri, rentas daerah, rentas segenap jerung.. sementara buleh ni, gi la jumpa mata blaka adik kakok kita hok mana masih lagi ada no keahlian PH.. demo ni walau kata marah staro mana pong, kalau dah darah politik, semangat juang tu, tetap mengalir dlm diri..pasti akan bangkit kembali semangat dan pasti menggelegak kembali perjuangan mereka utk mengembalikan PH sebagai kerajaan..
Ramai sudah pejuang2 kita yg meninggal, kembali ke pangkuan ilahi, ada yg sedang sakit, ada yg sedang berhadapan dgn pelbagai ujian, datangi la mereka.. Yg sudah meninggal, santuni la waris2 mereka, anak2 yatim yg ditinggalkan.. tanya khabar pejuang2 yg uzur , tanya khabar keadaan mereka.. kunjungi mereka walau skodar singgah 10 minit saja. Bukan emas segunung intan yg pejuang2 ini mahukan, hanya la sisi keikhlasan pimpinan dan rakan2 satu perjuangan yg sgt diperlukan.. pemimpin2 ketua2 cabang, ketua2 kawasan kena ambik cakna , ambik tahu keadaan anak buah masing2 ..jgn sampai anak buah sakit demam, mati relai pun ada hok tidak tahu tidak kaba tidak perasan..
Seperti apa yg berlaku di Melaka, seluruh peluang berkempen bagi pembangkang dlm Pru15 nanti jugak akan ditutup sekemas mungkin .. Maka mereka kerajaan haram yg menguasai media akan sewenang2 nya mempergunakan aset2 kerajan ..Pada masa itu, siapa yg akan menggerakkan usaha kalau bukan akar umbi PH di setiap ceruk negeri.. Kerana itu apakah ada ruginya, kalau sekarang kita luangkan seminit dua dr kesibukan , utk berkunjung dan membakar kembali ukhuwah yg kalau pun tidak terputus, mungkin sudah bertahun tidak bertaut..
Masa, di akhir zaman ini, ditarik2 seolah2 roti canai kosong harga rm1.. Hanya sedikit saja adunannya, ditarik nipis kembang selebar dulang, tapi hakikatnya sedikit saja fizikalnya ...3,4 kali suap habis la tak nninggal bekas..
Hari ni sudah 8 November 2021.. tetiba saja kita sudah berada dlm bulan January 2022. Sedar tak sedar kita kemudiannya sudah berada dlm penghujung bulan Mac 2022..Tiba2 , suatu hari kita bangun2, sudah pada hari penamaan calon Pru15.. jgn sampai menggelabah puyuh tak tahu nak petaq' mmana ..
Jgn harap kokre lain..Pimpinan paling atas PH kena gerakkan.. jgn harap kokre lain, pimpinan cabang dan kawasan kena mulakan .. jgn harap kokre lain, ajk2 negeri kena mulakan..jgn harap kokre lain, setiap ahli PH kena mulakan .. cari la jalan .. penting sekali, kumpul balik segala kekuatan yg ada.. kita pernah berjaya menumbangkan kerajaan Umno BN yg konon nya keramat.. Tidak mustahil kita berjaya lakukan sekali lagi ..kali ni kita pancung kasi putus Kerajaan haram puaka so called keluarga malaysia pulak..
Hidup Pakatan Harapan!



ADA BENARNYA PKR ADA TERSILAP LETAK CALON

 Syamsul Iskandar bertanding di Melaka utk apa?

ADA BENARNYA PKR ADA TERSILAP LETAK CALON
Dalam senarai calon yg saya sukar menerimanya apabila Shamsul Iskandar bertanding. Bukannya saya ada masalah peribadi dgnnya tetapi persoalannya kenapa dia? Sudah kering pimpinan atau calon PKR di Melaka ?
Saya gusar kerana Syamsul atau dikenali sebagai Sam, dia memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan parti di pusat. Dia juga ahli Parlimen.
Fokus sepatutnya dia perkuatkan parti dgn pelbagai strategi dgn turun ke semua DUN bukan berkempen utk diri sendiri. Malah dia sepatutnya dia fokus utk penerangan parti menjelang PRU15 yg semakin dkt. Dia diperlukan di pusat bukan di DUN yg dia bertanding skg ini.
Bila dia bertanding sudah pasti team penerangan lebih lebih ditumpukan di kawasannya. Sudah pasti Sam lebih tertumpu berkempen utk dirinya di kawasan dirinya bertanding. Sdgkan teamnya penerangan dari serata negeri telah berkampung di negeri Melaka.
Saya Insyallah akn kembali ke Melaka beberapa hari lagi utk bertanya sendiri dgn org Melaka dan ahli parti mengenainya. Ia perlukan sekurang kurangnya pandangan 10 pemimpin2 PKR negeri dan Amanah nanti.
Utk saya sendiri persoalannya adakah team penerangan boleh bergerak seadil adilnya utk semua calon PKR atau hanya melepas batuk di tangga sahaja. Itu yg kita bimbangkan
Malah timbul persepsi rakan2 dari Amanah dan PKR sendiri berbual dgn saya mengapa tidak kita fokuskan Adly sebagai calon KM. Bila Syamsul bertanding dan Idris sudah ada suara2 bertanya adalah PKR juga mahu calonnya menjadi KM. Itu yg kita tak mahu ia berlaku.
Saya lebih suka kita buat pertandingan mudah dan isu yg mudah org2 Melayu luar bandar di Melaka. Mahu Adly atau Rauf? Ia lebih mudah fokus kita sb imej Rauf sgt teruk di mata pandangan org Melayu Melaka khabarnya.Tentang Idris dan calon muda saya ulas isu yg lain pula.



LIVE!! PRN MELAKA- MISI BALAS DENDAM!!

KALAU BUKAN PENYAMUN ..APAKAH YANG SESUAI ?

 Saya bukan penyamun, kata Najib


Saya bukan penyamun, kata Najib

Kegagalan kerajaan melucut hak barangan mewah yang disita milik Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya membuktikan bekas Perdana Menteri bukanlah ‘penyamun’ seperti dituduh dan dicanang pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Najib dalam hantaran di Facebooknya selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin meluahkan rasa kesyukuran.

“Syukur Alhamdulillah. Kami menang lagi pagi tadi.Entah dah berapa kali dah, kerajaan kalah kes berhubung lucut hak kononnya barang atau duit 1MDB dari zaman PH lagi.

“Terbukti sekali lagi bahawa propaganda pihak sebelah sana bahawa Najib penyamun yang samun duit untuk beli cincin, barang mewah dan sebagainya adalah fitnah.

“Kan dah dibuktikan bahawa kebanyakan wang yang saya terima dari Arab Saudi sudah diberi untuk tujuan CSR atau sedekah. Bukan untuk beli barang atau untuk saya simpan untuk kegunaan peribadi dan barang-barang yang disita adalah kebanyakannya hadiah yang diterima dari kawan-kawan dalam dan luar negara sejak berpuluh tahun lalu oleh saya dan keluarga saya,” catat Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, terbukti beberapa kali di mahkamah juga bahawa akaun atas nama beliau pernah terima sekurang-kurangnya diterima sekurang-kurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi manakala wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.

“Paling pelik ialah setelah pihak kerajaan siasat semasa mereka sita barangan tersebut dari rumah saya selepas PRU14, pihak pendakawaan serta polis telah mengaku bahawa barang-barang tersebut adalah hadiah.

“Tapi tidak dikembalikan pula supaya pihak sana boleh teruskan propaganda fitnah mereka terhadap saya. Hakim pun sebut perkara ini pagi tadi,” ujar Najib.

Memetik laporan media dalam penghakiman, Zaini juga berkata pihak pendakwaan tidak menunjukkan barangan mewah terbabit dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib.

“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.

“Mereka hanya menyenaraikan barangan yang disita dan nilainya, dan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa responden (Najib, Rosmah, dan anak-anak) tidak ada kemampuan untuk memiliki barang mewah tersebut berdasarkan pendapatan mereka.

“SPR GAGAL, SOP PRN MELAKA KETINGGALAN ZAMAN”

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan pilihan raya Melaka pada 20 November 2021 yang “bebas, adil, dan bersih” dengan SOP ketinggalan zamannya yang menghalang sebarang bentuk kempen secara fizikal.

Melaka kini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Adakah ini fasa yang melibatkan sekatan menyeluruh kepada aktiviti kempen fizikal dalam pilihan raya?

Sekiranya ya, bilakah kempen fizikal akan dibenarkan semula?

Mengapa SPR tidak mampu untuk mencari titik perseimbangan di antara memastikan terdapatnya pilihan raya yang “bebas, adil, dan bersih” dan pada masa yang sama, mengekang penularan wabak Covid-19?

Kementerian Pendidikan telah mengumumkan yang institusi pendidikan di bawah Kementerian tersebut di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, dan Kedah akan meneruskan operasi bermula 21 dan 22 November, selari dengan peraturan dibawah Fasa 4 PPN.

Juga telah diumumkan baru-baru ini yang Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan untuk mereka yang telah menerima vaksin, Vaccinated Travel Lane (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November 2021.

Tetapi SPR masih terus menyorokkan kepalanya di dalam pasir, tanpa mengambil kira keperluan untuk negara kita “hidup bersama Covid” dalam tempoh peralihan di antara fasa pandemik dan endemik.

Larangan menyeluruh SPR ini memberikan kesan yang amat buruk kepada parti-parti Pembangkang, yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan radio dan televisyen.

Jelas sekali SPR telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan PRN Melaka ini diadakan secara “bebas, adil, dan bersih”, sebaliknya membenarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dalam PRN ini.

Para peguam telah mengatakan yang sekatan Kementerian Kesihatan terhadap semua bentuk kempen secara fizikal di Melaka ini bertentangan dengan undang-undang dan kerajaan sebaliknya patut membenarkan aktiviti di mana penjarakan boleh diadakan dengan mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Adakah SPR akan akhirnya mendengar dan menyemak semula SOP pilihan raya untuk PRN Melaka, dengan rakyat Melaka yang kini dijadualkan mengundi pada 20 November?

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri

KEMPEN BIASA TAK BOLEH, BERI KEBENARAN GUNA MEDIA RASMI – PH


(function() { var d = document, w = window; w

KERJA BUAT TAK JALAN LAGI PPUN- KABINET PUN TAK PENUH LAGI-LEBAI KALUT MINTA DUIT....AKAI ...TAK CERDIK..

  Kerajaan PH merubah segalanya bila jadi kerajaan 2018, di mana peruntukan sama rata untuk parti kerajaan dan pembangkang. Datang kerajaan ...