KALAU BUKAN PENYAMUN ..APAKAH YANG SESUAI ?

 Saya bukan penyamun, kata Najib


Saya bukan penyamun, kata Najib

Kegagalan kerajaan melucut hak barangan mewah yang disita milik Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya membuktikan bekas Perdana Menteri bukanlah ‘penyamun’ seperti dituduh dan dicanang pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Najib dalam hantaran di Facebooknya selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin meluahkan rasa kesyukuran.

“Syukur Alhamdulillah. Kami menang lagi pagi tadi.Entah dah berapa kali dah, kerajaan kalah kes berhubung lucut hak kononnya barang atau duit 1MDB dari zaman PH lagi.

“Terbukti sekali lagi bahawa propaganda pihak sebelah sana bahawa Najib penyamun yang samun duit untuk beli cincin, barang mewah dan sebagainya adalah fitnah.

“Kan dah dibuktikan bahawa kebanyakan wang yang saya terima dari Arab Saudi sudah diberi untuk tujuan CSR atau sedekah. Bukan untuk beli barang atau untuk saya simpan untuk kegunaan peribadi dan barang-barang yang disita adalah kebanyakannya hadiah yang diterima dari kawan-kawan dalam dan luar negara sejak berpuluh tahun lalu oleh saya dan keluarga saya,” catat Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, terbukti beberapa kali di mahkamah juga bahawa akaun atas nama beliau pernah terima sekurang-kurangnya diterima sekurang-kurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi manakala wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.

“Paling pelik ialah setelah pihak kerajaan siasat semasa mereka sita barangan tersebut dari rumah saya selepas PRU14, pihak pendakawaan serta polis telah mengaku bahawa barang-barang tersebut adalah hadiah.

“Tapi tidak dikembalikan pula supaya pihak sana boleh teruskan propaganda fitnah mereka terhadap saya. Hakim pun sebut perkara ini pagi tadi,” ujar Najib.

Memetik laporan media dalam penghakiman, Zaini juga berkata pihak pendakwaan tidak menunjukkan barangan mewah terbabit dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib.

“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.

“Mereka hanya menyenaraikan barangan yang disita dan nilainya, dan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa responden (Najib, Rosmah, dan anak-anak) tidak ada kemampuan untuk memiliki barang mewah tersebut berdasarkan pendapatan mereka.