DARI SUMBER BILIK PM-BOLEH PERCAYAKAH BERITA INI ? MUNGKIN JUGA.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

HADI AWANG PERLU BERI PENJELASAN SEGERA ATAU BELIAU MAHU TUN MAHATHIR DEDAHKAN SURAT YANG DITANDATANGANINYA?


Dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa Hadi Awang membuat perakuan kepadanya Pas tidak akan memberi sokongan kepada UMNO dalam PRK Semenyih adalah suatu tuduhan yang serius.

Kata Tun Mahathir, perakuan itu dibuat oleh Hadi kepadanya dalam pertemuan yang berlaku semalam di Kuala Lumpur.

Malah, dakwa Tun Mahathir lagi, perakuan itu juga dibuat dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh Presiden Pas tersebut.

Tidak cukup sekadar berjanji mulut saja, rupa-rupanya ada surat bertulis sekali.

Wahhh...ini sudah benar-benar serius!!!

Benarkah semua ini Tuan Guru?

Bagaimanapun, persoalan umum yang berlegar-legar di fikiran ramai ialah, jika benar apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu, mengapakah Pas begitu cepat mahu berpaling tadah daripada meneruskan kerjasama dengan UMNO?

Tidakkah Pas sendiri menyaksikan kerjasamanya dengan UMNO itu telah membuahkan hasil kemenangan di Cameron Highlands sebelum ini dan tidak mustahil berulang lagi di Semenyih ini?

Adakah dengan tidak berkempen itu bermakna Pas mahu Bersatu menang di Semenyih kerana menganggap parti itu bukan musuh sepertimana DAP yang dihadapi bersama UMNO di Cameron Highlands lalu?

Adakah semua perkiraan ini ada kaitan dengan siasatan yang sudah dimulakan oleh SPRM terhadap beberapa pemimpin Pas berhubung dakwaan menerima wang berjumlah RM90 juta daripada Najib Razak?

Tetapi, jika dakwaan Tun Mahathir itu benar juga, mengapakah masih ada pimpinan Pas hadir memberi sokongan kepada UMNO ketika penamaan calon di Semenyih pagi tadi?

Ataukah ketika itu pimpinan Pas belum mengetahuinya lagi dan perkara itu hanya diketahui setelah didedahkan oleh Tun Mahathir?

Apakah jika dakwaan Tun Mahathir itu ternyata benar, maka selepas ini Pas akan segera menarik diri secara rasmi daripada bekerjasama dengan UMNO?

Apa pun, Hadi Awang dalam hal ini tidak boleh terlalu lewat memberi penjelasan berhubung perkara yang sedang menjadi bualan ramai ini.

Kenyataan pemimpin lain yang menafikan dakwaan Tun Mahathir itu tidak sah sama sekali kerana yang bertemu dengan Perdana Menteri ialah Hadi Awang sendiri.

Jika betul apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu, mengaku saja serta berilah sebab-sebabnya. Sekurang-kurangnya itu suatu tindakan yang jujur.

Kiranya tak betul pula, nafikanlah dengan segera. Mudah saja.

Mengapa sehingga ini setelah lebih lima jam berlalu, belum lagi ada sebarang kenyataan daripada Hadi Awang mengenainya?

Tunggu apa lagi?

Apakah Hadi Awang mahu menunggu Tun Mahathir sendiri mendedahkan surat pengakuan bertulis yang siap bertandatangan itu? (ShahbudinHusin 16/02/2019)

BUKAN MUDAH MENDAKWA NAJIB YANG ‘TIADA KES’

TURUN KOS SARA HIDUP: LEBIH BANYAK BARANG AKAN DIKAWAL HARGA

BADAN KEHAKIMAN MINTA POLIS SIASAT DAKWAAN HAKIM

TUN MAHATHIR SUDAH TEPU, UNDUR AWAL BAWA LEBIH KEBAIKAN KEPADA NEGARA

Image result for anwar


Dalam satu temubual dengan Bloomberg beberapa hari lalu, Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, kata Presiden PKR itu, sehingga tempoh peralihan kuasa tersebut berlaku, Tun Mahathir Mohamad harus diberikan sokongan agar dapat memimpin kerajaan dengan efektif.

"Sudah tentu (peralihan kuasa) bukan dalam tempoh lima tahun kerana Tun Mahathir telah menjelaskan tempohnya memegang jawatan tidak akan melebihi dua tahun," jelas Anwar lagi.

Mesej yang jelas daripada kata-kata Anwar ini ialah Tun Mahathir tidak harus lupa mengenai janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya itu.

Malah, ia juga suatu isyarat kepada pendokong Tun Mahathir agar jangan cuba-cuba mengheret Perdana Menteri ke arah perlanjutan tempoh khidmatnya melebihi daripada dua tahun.

Realitinya, selagi semua janji dipatuhi dan tidak cuba diengkari, kedudukan PH akan terus stabil serta kekal menjadi pilihan rakyat.

Lagi pula, melihat kepada kedudukan kerajaan sejak sembilan bulan lalu yang dipimpin Tun Mahathir yang semakin hari semakin jauh daripada hati rakyat - jujur cakap - sebenarnya adalah lebih baik jika beliau sedia memberi laluan lebih awal lagi kepada Anwar.

Tun Mahathir dilihat sudah jadi pemimpin yang tepu dan tidak mampu pergi lebih jauh lagi. Tun Mahathir sekarang bukan lagi Tun Mahathir yang dulu.

Auranya sebagai pembangkang dan alat ketika mahu menumbangkan Najib Razak mungkin diperlukan, tetapi apabila sudah mengetuai kerajaan, situasinya sudah jadi berbeza.

Kegagalan beliau mengurus kerajaan dengan baik sehingga pelbagai kekecamukan berlaku dengan sendirinya menjadikan auranya telah meluntur.

Di sebalik pemotongan segala macam kemudahan kepada rakyat dengan alasan kerajaan tiada wang, ideanya untuk mewujudkan kereta nasional ketiga dan mengembalikan perlumbaan F1 misalnya, tidak lebih menunjukkan Tun Mahathir masih dengan gaya pemikiran lama atau seperti era 80-an lagi.

Dunia kini sudah banyak berubah dan lebih memerlukan industri baru yang sesuai dengan perkembangan teknologi maya, mesra alam serta mampu menjana lebih peluang pekerjaan dan pendapatan. Dua syarikat kereta yang sedia ada pun tercungap-cungap, menambah lagi kepada tiga bukanlah keputusan yang bijak dalam suasana ekonomi semasa yang muram ketika ini.

Ketepuan itu jugalah yang dalam waktu yang singkat saja telah menjadikan Najib lebih dikerumuni rakyat sejak akhir-akhir ini. Dulu, ke mana saja Tun Mahathir pergi, pasti berkerumun orang ramai mahu bersalam, bergambar dan berselfie dengannya.

Namun, kebelakangan ini nampaknya beliau tidak lagi dipedulikan sebagaimana dahulu. Ketika singgah ke Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan minum pagi di Kelana Jaya baru-baru ini misalnya, ternampak tiada lagi yang ghairah mahu mendekatinya.

Sebaliknya aura itu sudah berpindah kepada Najib. Ke mana saja Najib pergi, sambutan hangat yang Tun Mahathir biasa terima sebelum ini sudah berpindah kepada anak Tun Razak itu.

Rakyat, terutama anak-anak muda mengerumuni Najib hanyalah untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan dan kepimpinan Tun Mahathir yang jelas telah gagal memberi khidmat lebih baik berbanding BN dahulu.

Untuk itu, dalam keadaannya yang sudah tepu itu, selagi Tun Mahathir ada, keadaan negara tidak mungkin jadi bertambah baik. Beliau semakin tersisih daripada hati rakyat.

Tun Mahathir juga tidak perlu lagi terus atau terlalu ghairah mahu mencatur kuasa dalam usianya sekarang ini. Dapat menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sudah merupakan sebesar-besar rahmat buatnya.

Jangan lagi sibuk-sibuk mahu menentukan pemimpin lain selain Anwar sebagai penggantinya. Tumpu saja bekerja untuk negara. Tun Mahathir harus ingat kepada pengakuannya sendiri yang beliau selama ini tidak pernah betul dalam memilih penggantinya.

Tun Abdullah Badawi dan Najib adalah dua pengganti yang dipilih dan diusahakannya sehingga berjaya, tetapi akhirnya begitu mengecewakannya sehingga bertukar menjadi musuhnya.

Maka itu, Tun Mahathir perlu menitikkan noktah dalam soal ini. Penggantinya sudah ada. Anwar sebagai pengganti yang dipilih dan dipersetujui Majlis Presiden PH harus diterima dengan sepenuh hati tanpa keraguan oleh Tun Mahathir. 

Hanya itu yang dapat menjamin PH akan kekal stabil dan negara tidak terjerumus ke dalam kancah ketidaktentuan yang berpanjangan. (ShahbudinHusin 16/02/2019)

RANTAIAN 'CASH IS KING' MELIPUTI HAKIM2 ??


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri





KOMPLOT KERAJAAN, HAKIM, SWASTA TIPU DUIT RAKYAT
Dalam satu tuduhan mengemparkan, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa bahawa terdapat hakim-hakim tertentu yang membantu pihak swasta untuk menipu duit rakyat.
Beliau menyebut tentang perkara itu dalam satu afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo hari ini untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman berhubung dua kejadian campurtangan dalam badan berkenaan.
Hamid mendakwa cara penipuan itu dilakukan melalui penama politik yang memeterai kontrak dengan kerajaan.
Sebaik kerajaan membatalkan kontrak, beliau mendakwa, pihak swasta akan mengheret kerajaan ke mahkamah untuk menuntut pampasan.
"Saya akan memberikan contoh. Kerajaan akan membuat kontrak dengan seorang penama politik tanpa hasrat untuk menghormatinya.
"Selanjutnya kerajaan akan menamatkan kontrak dan penama akan menyaman kerajaan untuk melanggar kontrak.
"Kerajaan boleh merekodkan penghakiman persetujuan yang menerima liabiliti dan bersetuju untuk menilai ganti rugi.
"Modus operandi ini terus berlaku untuk menafikan tuntutan palsu oleh tuntutan palsu," katanya.
Hamid yang masih berkhidmat sebagai seorang hakim, berulang kali menegaskan perlunya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat perkara ini.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks



Dalam usaha untuk menggagalkan kes-kes seperti itu, hakim tersebut berkata bahawa beliau membuat jurisprudens supaya perjanjian yang tidak adil dengan kerajaan, yang akan menyebabkan kontrak tidak dapat dilaksanakan berdasarkan kepentingan dasar awam.
"Modus operandi ini bukan sahaja haram tetapi juga tidak berperlembagaan.
"Untuk menangkap tindakan-tindakan ini, saya membangunkan perundangan yang berkaitan dengan penipuan ke atas memasuki perjanjian terma tidak adil dengan kerajaan.
"Ini akan membuat kontrak tidak dapat dikuatkuasakan berdasarkan dasar awam. Doktrin ini dikembangkan dan disebut dalam beberapa kes," katanya.
Hamid mendakwa bahawa hakim kanan tertentu yang dirujuknya sebagai "ARLC" pernah cuba memalukannya selepas jurisprudens beliau menghalang hakim itu membantu penama ahli politik tertentu.
“Banyak penghakiman saya mengenai perkara-perkara komersial yang menyokong kerajaan telah diabaikan oleh hakim-hakim tertinggi.
“Sebabnya ialah parti-parti swasta yang secara langsung menjadi alat ahli politik mencipta kontrak dengan kerajaan untuk menipu dana awam. Mahkamah tertinggi dianggap bersimpati kepada mereka,” katanya.