Celakalah Sang Pemejam Mata”


Khairul Azri






Manusia yang satu ini tak pernah berubah.


Yang berubah? 


Yang sanggup pejam mata demi kuasa.


2007 – Tubuh HINDRAF. Tuduh Malaysia paksa Hindu masuk Islam, roboh 10,000 kuil, diskriminasi pelajar India.


2008–2011 – Lari ke luar negara. Jaja fitnah Malaysia ke India & Eropah. Siap mohon suaka politik di UK.


2013 – Balik peluk BN. Najib bagi jawatan Timbalan Menteri.


2018 (PH 1.0) – Lompat ke PH. Jadi Menteri Perpaduan. Isu ICERD, mishandle kuil, berkali ulang kenyataan perkauman. Bila PH tumbang, dia lenyap.


2022 (sebelum PRU15) – Peluk Zahid. Umumkan MAP + HINDRAF sokong BN. Sebab PH tak layan, mesej Saifuddin bluetick, Anwar pun tak peduli.


Lepas PRU15 – BN kahwin dengan PH. Terkebil. Dia sokong BN, tapi BN tidur dengan musuh dia.


Tiada kerusi, tiada jawatan, tiada tempat. Kena tinggal.


2025 – Sekarang dijemput berdiri atas pentas pembangkang. Duduk megah berbincang sebelah ‘wira bangsa dan agama’.


Yang dulu maki dia, hari ini beri mikrofon dan pelukan.


Tukarlah baju kamu berkali-kali.

Tapi bau bangkai fitnah tetap sama.


Tidak sesekali dia minta maaf sejak dia diberi kuasa pada 2013, bukan setahun, dua tahun tapi 12 tahun.


Politikus mungkin lupa dia gigit tangan yang bagi makan.


Sekarang, tangan baru pula hulur dan sanggup digigit.


Barangkali mereka lupa apa Rasulullah ﷺ bersabda:


"Seorang Mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Tapi nampaknya, ada yang bukan saja rela disengat,


Malah sanggup gali balik lubang tu, siap bentang permaidani merah untuk binatang berbisa berucap atas pentas mereka. 


Kalau jenis ni pun boleh naik pentas, Jangan sembang soal prinsip.Yang Anwar pun tak mahu, 


Hangpa pula berebut?


Akhir kata.


Celakalah sang pemejam mata.


Yang tahu sejarah,

Tahu pengkhianatan,

Tahu kebusukan

Tapi tetap menyambut dengan tangan terbuka,

Hanya kerana lapar kuasa dan terlalu mudah lupa.


Celakalah sang pemejam mata.




Hari ni: Keputusan bijak 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮. Semalam: 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 campur tangan.




Bila benda tu buruk, PMX 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻. Dituduh dan difitnah macam-macam walaupun 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 akan keterlibatan PMX.


Bila elok, terus kata orang lain. Tak sentuh sikit pun nama PMX. Patut kalau salah, PMX, kalau betul pun PMX la. Baru kena.


Kalau hari ni tindakan bijak MRR, kenapa semalam tak ada yang berani tuduh 𝗠𝗥𝗥 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗹𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 perlantikan baharu?


Kan boleh nampak sifat 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 mereka ni. Macam aku kata sebelum ni. Bukan krisis apa pun. Cuma nak 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 DS Anwar je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KERAJAAN MADANI & PMX MESTI DIPERTAHANKAN HINGGA HABIS PENGGAL - RAFIZI

ATAS PAGAR SERANG POSTING TN IBRAHIM TN MAN


 Spark Nauza


Sekali lagi tengok diruang komen.. terkedu tak menjawab walaun.. 


Atas pagar mula bersuara, marah dengan sikap pembangkang yg mahu mengkucar kacirkan negara.


Atas pagar ni bukan walaun yang senang termakan adu domba fitnah.







JAWAPAN TOHMAHAN MAHATHIR KPD ANWAR

Sebab saya ajak semua boikot himpunan turun Anwar (Tonton sampai habis)

LCS2, LCS3, LCS4, LCS5 & LCS6 - Kapal Tempur Littoral Malaysia Terkini



LCS2 hingga LCS6 ialah siri kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship) yang dibangunkan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Projek LCS ini merupakan sebahagian daripada pemodenan armada TLDM, menggunakan reka bentuk kelas Gowind dari Naval Group Perancis. Setiap kapal dilengkapi dengan sistem peperangan moden, radar canggih, serta keupayaan tempur permukaan dan bawah permukaan. Walaupun mengalami kelewatan pembinaan, projek ini tetap menjadi tulang belakang strategi pertahanan maritim Malaysia masa h





PANAS BERSATU BELAKANGKAN PAS! ADAKAH HUBUNGAN PAS & BERSATU RETAK!?


Ketiadaan seorang pun pemimpin Pas dalam pertemuan yang diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bersama ketua-ketua parti blok bukan kerajaan semalam, menimbulkan tanda tanya. Menerusi hantaran di Facebook, Mahiaddin telah mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan tentang penubuhan sebuah barisan rentas parti yang akan mengambil pendirian bersama dalam isu berkaitan kepentingan rakyat dan negara. Beliau dalam kenyataannya berkata, penubuhan barisan rentas parti itu bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen. Namun, kelibat pemimpin utama Pas, parti komponen terbesar dalam Perikatan Nasional tidak langsung terlihat dalam beberapa keping gambar pertemuan yang dimuat naik Mahiaddin. Mahiaddin cuma menyebut beberapa nama yang hadir dalam posting beliau, dan tiada satu pun pemimpin Pas. Antara yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Punithan Paramsiven; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; dan Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya.






GEMPAK! PENDEDAHAN RAFIZI YANG RAMAI TIDAK TAHU ANTARA PH, BN DAN PN!

MAJLIS PERPADUAN DI PENANG

 

















Perpaduan tidak sekadar slogan, malah ia adalah pasak serta paksi yang menjamin kelangsungan mana-mana tamadun negara bangsa. Di Pulau Pinang, saya saksikan betapa terpaculnya keakraban rakyat antara kaum hadir menyambut Minggu Perpaduan. Terima kasih kepada Menteri Perpaduan serta barisan tenaga serta jentera negeri atas kerjasama dan komitmen yang padu. 


Kepelbagaian ternyata bukan penghalang, tapi merupakan kekuatan yang bersulam prinsip adil dan ihsan. Kita usul serta tekankan prinsip “harmoni dalam kepelbagaian” dan mengaku serta menginsafi cabaran sebenar yang dihadapi oleh semua; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, sebagai contoh. Pendekatan kita bukan retorik hasutan, tetapi merupakan penyelesaian yang nyata dan menyeluruh. Perumahan MADANI seperti di Batu Kawan dan inisiatif Teratai MADANI adalah bukti bagaimana pembangunan mampu dilaksana secara terangkum.


Malaysia semakin diyakini di mata dunia, tetapi bukan kerana saya, tetapi atas sebab usaha kolektif seluruh lapisan masyarakat yang menolak kebencian serta memilih kestabilan. Kita buktikan betapa kematangan di kalangan rakyat adalah teras keamanan dan keamanan adalah prasyarat kemasukan serta kemajuan. 


Di majlis yang sama, saya telah mengumumkan peruntukan tambahan segera sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan bagi memperkasa perpaduan di kalangan rakyat. Kita terus mara ke hadapan bukan dengan cercaan dan maki hamun, tetapi dengan dasar yang adil, tekad yang jelas dan perpaduan yang utuh. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




INI PENDEDAHAN TENGKU ZAFRUL. APA US MINTA UNTUK RENDAHKAN TARIF


 

JOM LUMBA DITREK YANG AKAN KITA BANGUNKAN


 

BUAT PALANG TAPI RAKYAT KENA SAILANG


 

LAWAN KEDEKUT MP PAS PUN TAK DAPAT..NAK LAWAN ANWAR MACAMANA.?


 

BERPOTENSI UNTUK KHIANAT TU PAS . SEMUA GABUNGAN DENGAN PAS AKAN KIOK.


Kami Viral


 Untuk rekod, kesemua gabungan politik yang pernah PAS sertai, kesemua mampos belaka akibat pengkhianatan PAS.





1. Angkatan Perpaduan Ummah - mampos 

2. Barisan Alternatif - mampos 

3. Pakatan Rakyat - mampos  

4. Gagasan Sejahtera - mampos  

5. Muafakat Nasional - mampos  

6. Perikatan Nasional - insya Allah akan mampos.


Sama-sama kita doakan.




Malaysia Hadkan Eksport Cip AI Berkuasa Tinggi Sebagai Sokongan kepada Langkah Sekatan AS


Zainuddin Omar




Selepas laporan menyatakan bahawa pentadbiran Trump ingin menyekat Malaysia dan Thailand daripada mengimport cip grafik canggih (GPU), Malaysia kini secara rasmi akan menghadkan eksport cip AI berkuasa tinggi seperti GPU tanpa lesen eksport khas.


Cip-cip seperti yang dikeluarkan oleh syarikat NVIDIA sangat bernilai di seluruh dunia. Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, tidak bersetuju dengan sekatan ini, kerajaan AS telah lama menyekat penjualan GPU canggih ke China kerana bimbang ia akan digunakan untuk tujuan keselamatan atau ketenteraan.


Tindakan Malaysia ini datang selepas pihak berkuasa Singapura menyiasat rangkaian penyeludupan cip-cip canggih ke China, memandangkan sekatan dari AS terus memberi kesan.


Sebelum ini, saham NVIDIA turun sedikit apabila pentadbiran Trump menghalang penjualan model GPU khas untuk China (H20). Namun selepas laporan kewangan NVIDIA menunjukkan impak kecil terhadap pendapatan, saham syarikat itu melonjak semula. Malah, NVIDIA kini antara syarikat paling bernilai di dunia.


Semalam, NVIDIA mengumumkan ia sudah mula menerima tempahan untuk GPU H20 sambil berharap kerajaan AS akan meluluskan lesen eksportnya. Berita ini menaikkan semula keyakinan pelabur.


Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mana-mana pihak yang ingin mengeksport cip AI canggih dari Malaysia perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal. Langkah ini adalah kawalan eksport yang bertujuan mengelakkan penyalahgunaan teknologi tersebut.


Langkah ini turut menguntungkan NVIDIA dari sudut pelaburan, kerana ia menunjukkan kawalan ketat terhadap penyeludupan dan penggunaan teknologi sensitif. Bank pelaburan UBS menganggarkan sehingga 12% daripada pendapatan NVIDIA mungkin datang dari Malaysia kerana perkembangan pesat AI di negara ini.


AS bimbang cip-cip AI ini mungkin digunakan untuk tujuan ketenteraan oleh China. Walaupun CEO NVIDIA memberi amaran bahawa menyekat akses China terhadap GPU mungkin melemahkan kedudukan AS dalam persaingan global AI, pihak kerajaan tetap berpendapat bahawa keselamatan negara lebih penting.


 - Wccftech.com




IKUT KEHADIRAN CHAT GPT


Zainuddin Omar 


Anggaran ChatGPT orang yang hadir perhimpunan Turun Anwar di Alor Setar dengan kehadiran MB Kedah:





Aanggaran kasar seperti berikut:

 • Dalam setiap barisan mendatar, terdapat kira-kira 40 hingga 50 orang.

 • Terdapat sekitar 20 hingga 25 barisan orang yang kelihatan dalam gambar ini.


Jadi anggaran jumlah keseluruhan:


40 orang x 20 barisan = lebih kurang 800 orang

50 orang x 25 barisan = lebih kurang 1,250 orang


Maka, anggaran munasabah ialah sekitar 800 hingga 1,200 orang walaun tegar berada dalam perhimpunan ini.


Walau di kubu kuat walaun dengan kehadiran Sanusi pun yang hadir lebih kurang 1000 orang sahaja. 


Ahaks.



DIA BANGGA TAPI DIA PUN KENA TPU

 Aliff Jamil


Lim Sian See bangga bukan main kononnnya Indonesia ni hebat sebab tarif eksport turun dari 32% ke 19%. 







Dia taktau ke tu semua perangkap Trump ?

Trump sengaja letak angka tinggi dulu nak bagi gempak lepas tu bagi “diskaun” dgn syarat kau kena beli senjata, buka pasaran dan layan US macam raja. 


Prabowo pun setuju, balik kampung riuh konon berjaya runding. 


Padahal satu Indonesia tengah maki dia sebab deal tu berat sebelah. 


Akhirnya US untung besar, rakyat sendiri tercekik.


Malaysia pulak tak main game macam tu. 


Kita tak tunduk dan tak gadai maruah dan ekonomi semata² nak nampak macam menang. 


Zafrul tetap jumpa wakil dagang US dan berunding cara betul bukan joging suka². 


Kita memang tegas tak bersetuju dgn syarat berat sebelah Trump. 


Sebab itu tarif untuk Malaysia kekal pada 25%.

Biar tarif tak turun asalkan kita lindungi pengeluar tempatan dan kita tak tunduk pada tekanan dagang US seperti yg berlaku pada Indonesia. 


Dan kalau Zafrul jogging pon , itu baguslah untuk kasi badan dia fit. 


Bila badan fit , otak pon cergas. 


Bukan macam Lim, pemalas nak exercise. 

Otak pon slow.




BERBEZA PENDAPAT DALAM PARTI POLITIK BUKAN MERUNTUHKAN, IANYA ADA PANDANGAN UNTUK SEMAK DAN IMBANG DALAM PARTI....PKR BUKAN MACAM WALAUN


MSO 



Menitik Malam.


Menurut Ketua Penerangan Keadilan Fahmi Fadhil presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas beberapa ahli parlimen parti itu yang memberi pendapat bertentangan dengan kerajaan. Sebalik katanya Anwar menyeru agar ahli parti menerima perbezaan pendapat itu sambil “move on”.


Sikap diambil Anwar itu sudah tentu mengecewakan pihak tertentu khasnya pembangkang yang mahu melihat berlaku keretakan dalam Keadilan. 


Sebelum ini pembangkang sedang menanti dengan doa dan qunut nazilah agar berlaku perpecahan besar dalam Keadilan. Harapan syaitan itu memberi petunjuk bahawa pembangkang tidak ada isu dan kekuatan untuk melawan kerajaan secara profesional, selain daripada menanti perpecahan dalam Keadilan.


Walaupun begitu baik dan terbukanya sikap presiden Keadilan itu, diharap ahli lain yang ada sedikit rasa kekecewa dn tidak senang dengan tingkah laku dan keputusan dibuatnya, sedia untuk mengmbil sikp sama demi kebaikan presiden prti itu.


Ingatlah tidak ada guna dan labanya berbalah sesama sendiri, kalau cara itu menguntungkan musuh. Pejuangan melawan musuh selama ini sia sia sahaja. Jangan terhasut dengan hasutan orang menggelingi kita sedang mereka membawa niat tidak baik. Trims.




CUMA BESANYA PAS TIDAK BERSAMA. MUNGKIN KUGA PUNYA PANDANGAN BERBEZA. JENTERA PAS YANG PUNYASAMPAI BILA NAK JADI BALACI.



 

APABILA YANG BERBEZA SUDAH BOLEH BERSAMA, INI PETANDA BAHAYA


19 July 2025


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin semalam mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti di kalangan parti-parti pembangkang.


Pemimpin pembangkang yang hadir ialah Tmbalan Presiden Bersatu dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan, Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Punithan Paramsiven; Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali; Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran; Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim; Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy.


Turut sama hadir ialah pemangku Presiden Muda, Amira Aisya dan Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan.


Menurut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, pertemuan itu adalah bagi membincangkan penubuhan barisan rentas parti yang bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.


“Semua yang hadir telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap cadangan itu.


“insya Allah, saya akan membawa pandangan-pandangan yang diutarakan dalam pertemuan itu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang,” katanya dalam kenyataan media.


Bagaimanapun, wakil Pas tidak hadir dan tidak diketahui sebab sebenar ketidakhadiran itu.


Tetapi, dua tiga maklumat yang dihubungi berkata, ketiadaan wakil Pas tidak bererti blok pembangkang sudah berpecah.


“Pas akan tetap bersama PN,” kata seorang yang dekat dengan gabungan tersebut ketika dihubungi.


Walaupun pertemuan itu mendapat kritikan daripada pihak pro kerajaan, khususnya kerana kehadiran beberapa sosok yang sebelum ini didapati sering mengeluarkan kenyataan ekstrim berkenaan kaum dan sering berbalah sesama sendiri, tetapi kesediaan mereka untuk duduk bersama adalah perkembangam yang sihat kepada rakyat dan negara.


Setidak-tidaknya blok pembangkang menjadi lebih bersatu dan mampu menjalankan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan lagi.


Kejayaan menyatukan semua parti dalam blok pembangkang untuk bergerak bersama dan dengan matlamat yang sama serta untuk bersama menentang musuh yang sama, mahu tidak mahu, ia adalah sesuatu yang positif dalam usaha mengejar kejayaan.


Sudah tentu, ia juga merupakan tanda bahaya kepada kerajaan madani.


Lantaran itu, jangan pandang rendah atau melekehkan apa yang dilakukan Muhyiddin dan PN ini kerana ia tidak mustahil boleh menjadi gelombang yang mampu meruntuhkan apa jua tebing dan tembok pada PRU16 akan datang.


Tambahan lagi, parti-parti dalam blok kerajaan sendiri berdepan masalah dalaman yang tak berkesudahan, selain sering bercakaran sesama sendiri.


Kalau tanya pengampu dan penjilat, memang mereka akan kutuk dan pandang rendah cadangan mewujudkan barisan rentas parti ini, namun jangan lupa bagaimana BN tumbang pada PRU 2018 dulu.


Pengampu dan penjilat ketika itu hampir-hampir sama dengan pengampu dan penjilat yang ada di sekeliling madani hari ini. – ShahbudinHusin 19July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/apabila-yang-berbeza-sudah-boleh-bersama-bermakna-ini-tanda-bahaya/




MASIH ADAKAH PN MENJELANG PRU 16?


Che Ibrahim







Setakat ni semua gabungan politik melibatkan Pas berkubur separuh jalan.... 


1. Angkatan Perpaduan Ummah (APU)  (1990 - 1996) melibatkan Pas, S46, Hamim dan Berjasa.


2. Barisan Alternatif (BA) ( 1998 - 2004) melibatkan Pas, PKR, PSM dan Dap (setakat 2001).


3. Pakatan Rakyat (PR) ( 2008 - 2015 melibatkan Pas, PKR dan Dap.


4. Gagasan Sejahtera ( 2016 - mati tak berkubur) melibatkan Pas dan Ikatan. 


5. Muafakat Nasional (MN) ( 2018 - 2022) melibatkan Pas Dan UMNO. 


6. Perikatan Nasional (PN) (2022 - sekarang) melibatian Pas, Bersatu dan Gerakan.




PERJUMPAAN ULAMAK BERSAMA PM ANWAR SWMALAM...


Che IbRahim


Syeikh Wazir dijangka akan mengetuai ulama' pondok Kelantan dlm satu perjumpaan ulama Kelantan dgn PMX di UITM Machang pada 9/8 ini



Ridzuan Abu bakar


Malam tadi, ada pertemuan PMX dengan para ulama, salah seorang yang hadir adalah Tuan Guru Syeikh Wazir - seorang Ulama dari Negeri Kelantan -, beliaulah yang berfatwa bahawa Fardhu Ain mengundi 'perjuangan' Islam (yang dimaksudkan oleh beliau adalah PAS kerana ucapan beliau dalam siri kempen PAS PRN 15 yang lalu). 




Dato' Sri Anwar tak 'ambil pot' pun dengan 'fatwa' tersebut, demikian juga Tuan Guru ! Inilah sikap terbuka antara Ulama dan Umara'. 


Untuk catatan, Asatizah PH 'jarang²' dapat peluang ini, kerana DSAI bukan jenis pilih bulu hanya nak jumpa orang yang menyokong beliau.



KEH..KEH..KEH

 


LEBAI DOLLAH MALU..SERAMBI MEKAH ANJUR PESTA GAY. PIMPINAN DIA SIBUK NAK JATUH ANWAR


 

NOHHHH..PERELIS DARUL KAYANGAN..AWAIT JADI LAGU TU? NOH HAIH


 

PM ANWAR BAGI SEBULAN 100...


 

PERBINCANGAN RENTAS PARTI. MENANTU LARI TAK BALIK BALIK.PAS. PI MANA ???.

 

Mahyiaddin Yasain





Saya telah mengadakan perbincangan bersama ketua-ketua parti blok bukan kerajaan petang ini untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti yang akan mengambil pendirian bersama dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.


Antara yang hadir ialah YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Parti GERAKAN, Punithan Paramsiven, Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), S Arutchelvan a/l Subraniam, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), YB Amira Aisya, Pemangku Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Sathiah Sudakaran, Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Haji Zamani Ibrahim, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Prof. Dr. P Ramasamy, Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Waytha Moorthy, Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP),   


Penubuhan barisan rentas parti ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.


Semua yang hadir telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap cadangan ini.


InsyaAllah, saya akan membawa pandangan-pandangan yang diutarakan dalam pertemuan ini dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang.


TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Pengerusi

Perikatan Nasional


18 Julai 2025




KATA-KATA MUTIARA PEMIMPIN PARTI POLITIK BARISAN MERENTAS PARTI



Adrian Lim


Waytha Moorthy:

"Tiada kebebasan beragama di Malaysia, banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama!"


P Ramasamy:

"Hantar Zakir Naik balik India!"


Syed Saddiq:

"Saya didakwa kerana tidak sokong Muhyiddin!"


Muhyiddin Yassin:

"Perjuangan ini bukan untuk saya, tetapi Melayu, Islam."





Turun! Turun! Turun Anwar!" jerit mereka. Tapi siapa yang sebenarnya turun?"


De de


 Turun! Turun! Turun Anwar!"  jerit mereka. Tapi siapa yang sebenarnya turun?"












Setiap tahun, para ulamak besar dari serata dunia turun ke Malaysia bukan untuk bersandiwara politik, tapi untuk menyemarakkan majlis ilmu & cinta Rasul.


Majlis Turath, Selawat, Halaqah, Tazkirah…

Majlis yang penuh dengan keberkatan & adab.


Dan hampir setiap kali, PMX Anwar Ibrahim juga hadir.


Tak duduk jauh. Tak sekadar tengok dari luar.


Tapi betul-betul hadir dalam majlis, bersimpuh, mendengar, mengambil manfaat dari para alim ulamak.


Sedangkan di luar sana ada yang meraung:

"Turun Anwar! Turun Anwar!"


Mereka jerit macam histeria. Tapi mereka tak pernah pun "turun" ke majlis ilmu.


Yang mereka turun cuma ke pentas ceramah, menabur fitnah & kebencian.


PMX kisah? Tak. Lantak pi lah.


Yang penting:

✅ Negara terus ditadbir

✅ Ekonomi dibina

✅ Majlis ilmu dimuliakan

✅ Para ulamak dihormati


Kita nak pemimpin yang tahu beza antara politik sumbang dan adab ilmu.


Dan dalam hal ini, kita tahu siapa yang "naik", dan siapa yang sebenarnya jatuh, dalam akhlak, adab dan nilai perjuangan.


#PMX #AnwarIbrahim #MajlisIlmu #MalaysiaMadani



LEPAS ANWAR TUMBANG 26 NANTI. INI LAH SOSOK NAK GANTI ???

Pheonix


 Setelah Pmx diturunkan 26hb ni, inilah sosok yang akan diangkat menjadi PM ke-11.




TAHNIAH PM ANWAR DEKATI ULAMAK. BUKAN ULARMAK.



Che Ibrahim







Hakim sudah dilantik, tak perlu timbul lagi desakan tubuh RCI – KANUN


 

Pelantikan hakim-hakim kanan yang diumumkan semalam akhirnya telah menyelesaikan kontroversi berpanjangan yang sebelum ini cuba dipolitikkan sesetengah pihak, kata Biro Undang-Undang AMANAH (KANUN).



Ketua Kluster Komunikasi KANUN, Noorazmir Zakaria berkata, dengan pengumuman pelantikan tiga tokoh tertinggi dalam badan kehakiman itu maka tidak relevan lagi usaha sesetengah pihak yang mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“KANUN menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang bertindak di bawah Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan untuk memperkenan pelantikan Ketua Hakim Negara baharu serta Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.


“KANUN menzahirkan rasa gembira kerana pelantikan tersebut telah dibuat dengan penuh tertib dan adab yang sepatutnya dan ini telah menyelesaikan kontroversi yang begitu hangat diperkatakan malah cuba dipolitikkan oleh sesetengah pihak.


“KANUN juga menyatakan dengan pelantikan ini maka tidak timbul lagi usaha sesetengah pihak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini atau mengadakan apa-apa perhimpunan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Noorazmir berkata, KANUN berharap hakim-hakim yang dilantik dapat menyelesaikan isu-isu kehakiman yang berbangkit seperti isu kekurangan hakim dan isu untuk mendapat tarikh bicara yang kini pihak litigan terpaksa menunggu lama.



WAKIL PAS SIBUK NAK ATUR HIMPUNAN TURUN ANWAR , TAK SEMPAT HANTAR WAKIL. BINCANG DULU, MENANG NANTI KAMI IKUT SIAPA MENANG JADI KERAJAAN KIOK


 Di mana wakil Pas dalam pertemuan Mahiaddin dengan parti pembangkang?

Ketiadaan seorang pun pemimpin Pas dalam pertemuan yang diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bersama ketua-ketua parti blok bukan kerajaan semalam, menimbulkan tanda tanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Mahiaddin telah mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan tentang penubuhan sebuah barisan rentas parti yang akan mengambil pendirian bersama dalam isu berkaitan kepentingan rakyat dan negara.


Beliau dalam kenyataannya berkata, penubuhan barisan rentas parti itu bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.


Namun, kelibat pemimpin utama Pas, parti komponen terbesar dalam Perikatan Nasional tidak langsung terlihat dalam beberapa keping gambar pertemuan yang dimuat naik Mahiaddin.

Mahiaddin cuma menyebut beberapa nama yang hadir dalam posting beliau, dan tiada satu pun pemimpin Pas.

Antara yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Punithan Paramsiven; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; dan Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya.


Selain itu, Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali; Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan; Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran; Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim; Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Prof. Dr. P. Ramasamy; dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P. Waytha Moorthy.


Ketiadaan Pas dalam pertemuan itu menimbulkan persoalan, apatah lagi apabila parti-parti sekutu dalam PN seperti Bersatu dan Gerakan hadir dalam perbincangan penting itu.







APA PUNYA LEMAH- BERAPA KALI NAK SIASAT. KALAU FITNAH SAMAN SAJA RATU BADAK KA NAGA HATTA RIMAU SEKLI PUN

 

Hantaran Jelik: SKMM Siasat ‘Ratu Naga’



SKMM menyiasat aktivis dikenali sebagai Ratu Naga yang hadir memberi keterangan di IPD Petaling Jaya dipercayai berkaitan hantaran media sosial mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan jawatan badan kehakiman. Foto SKMM

KUALA LUMPUR, 18 Jul – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat seorang individu kerana disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melampau membabitkan institusi kehakiman negara di media sosial.

SKMM dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima aduan individu tersebut memuat naik hantaran palsu berkait isu pelantikan ketua hakim negara di Instagram.

“Sesi rakaman percakapan ke atas individu berkenaan dijalankan di IPD Petaling Jaya pada 2.30 petang tadi.



“Turut disita satu unit telefon bimbit dan satu unit kad sim,” kata kenyataan itu.

Menurut SKMM, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

SKMM menegaskan, pihaknya memandang serius terhadap penyebaran kandungan palsu dan jelik melampau yang menyentuh integriti institusi kehakiman negara.

Terdahulu, aktivis dikenali sebagai Ratu Naga dilaporkan hadir memberi keterangan di IPD Petaling Jaya dipercayai berkaitan hantaran media sosial mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan jawatan badan kehakiman.



Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Zaid Malek selaku peguam mewakili Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah berkata, anak guamnya itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat yang dimaklumkan kepada kami, siasatan ini berkaitan satu video yang dimuat naik oleh Syarul Ema Rena yang mengkritik peranan perdana menteri dalam krisis kehakiman yang sedang berlaku,” katanya.