MSO
Menitik Malam.
Menurut Ketua Penerangan Keadilan Fahmi Fadhil presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas beberapa ahli parlimen parti itu yang memberi pendapat bertentangan dengan kerajaan. Sebalik katanya Anwar menyeru agar ahli parti menerima perbezaan pendapat itu sambil “move on”.
Sikap diambil Anwar itu sudah tentu mengecewakan pihak tertentu khasnya pembangkang yang mahu melihat berlaku keretakan dalam Keadilan.
Sebelum ini pembangkang sedang menanti dengan doa dan qunut nazilah agar berlaku perpecahan besar dalam Keadilan. Harapan syaitan itu memberi petunjuk bahawa pembangkang tidak ada isu dan kekuatan untuk melawan kerajaan secara profesional, selain daripada menanti perpecahan dalam Keadilan.
Walaupun begitu baik dan terbukanya sikap presiden Keadilan itu, diharap ahli lain yang ada sedikit rasa kekecewa dn tidak senang dengan tingkah laku dan keputusan dibuatnya, sedia untuk mengmbil sikp sama demi kebaikan presiden prti itu.
Ingatlah tidak ada guna dan labanya berbalah sesama sendiri, kalau cara itu menguntungkan musuh. Pejuangan melawan musuh selama ini sia sia sahaja. Jangan terhasut dengan hasutan orang menggelingi kita sedang mereka membawa niat tidak baik. Trims.
No comments:
Post a Comment