Berkata kepada agensi berita Interfax, Ketua ROSOBORONEXPORT Alexander Mikheev menyatakan bahawa pelanggan eksport pertama pesawat pejuang Su-57E itu akan menerima dan mengoperasikan pesawat pejuang pelbagai guna canggih itu pada tahun ini.
Panglima TUDM kita Adapun Medekati Jet Pejuang Su-57 Pada Airshow China 2024.
Semasa di acara tersebut, Panglima Tentera Udara dan delegasi turut menyaksikan pertunjukan udara dan yang paling mencuri tumpuan adalah jet pejuang generasi kelima Russia, SU-57 yang membuat penampilan sulung pada pameran tersebut Lebih unggul.
“Panglima Tentera Udara turut mengambil peluang melihat pameran statik pesawat SU-57 dan mendengar penerangan berkaitan spesifikasi dan keupayaan pesawat tersebut.
Sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa kemajuan terkini pembinaan pesawat pejuang ringan FA-50M milik TUDM itu adalah lebih cepat daripada jadual asal, menggambarkan keberkesanan program pembinaannya oleh syarikat KAI.
seronok Bagi Negare Malaysia menanti kehadiran fa 50M Tudm Tiba Di Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan proses penghantaran 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M yang diperolehi Malaysia daripada Korea Selatan itu dipercepatkan.
Beliau mahukan proses penghantaran pesawat pesawat pejuang ringan milik TUDM yang dibangunkan oleh KAI itu disegerakan.
“Kita meminta disegerakan (proses) pembelian yang beberapa tahun lalu diputuskan (iaitu) 18 unit pesawat FA-50M, yang sepatutnya sampai pada 2026.
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan kepada Supian Saman yang memerlukan bantuan meringankan beban ketika sesi Ziarah Madani di Cherating, Kuantan pada 26 Februari 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi
KUANTAN, 27 Feb – Seorang nelayan di Pahang yang diuji dengan pendapatan terjejas akibat keadaan cuaca tidak menentu, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tampil membantu bagi meringankan bebannya seisi keluarga.
Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Supian Saman, 39, di Kampung Darat Sungai Ular, Cherating dekat sini ketika mengunjungi rumahnya bersempena dengan Ziarah Madani.
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan kediaman Supian Saman yang memerlukan pembaikan segera di Cherating, Kuantan pada 26 Februari 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi
“Hidup sebagai nelayan bukan mudah, apatah lagi apabila laut bergelora. Saya turut dimaklumkan sudah empat hingga lima bulan mereka tidak dapat turun ke laut kerana ombak kuat menyebabkan pendapatan seharian terjejas teruk,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata, keadaan rumah Sufian juga serba daif dengan dinding semakin rapuh, malah bumbung juga seolah-olah tidak mampu menahan hujan lebat turut memerlukan pembaikan struktur.
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan kediaman Supian Saman yang memerlukan pembaikan segera di Cherating, Kuantan pada 26 Februari 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi
Menurut Ahmad Farhan, pihaknya akan bekerjsama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang akan membantu membaik pulih rumah Supian supaya lebih selesa dan selamat untuk didiami.
Sementara itu, Ahmad Farhan berkata, program Ziarah Madani bukan sekadar menziarahi, tetapi ia juga membawa harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
“Diharapkan Encik Supian sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu, di Perdana Putra, Putrajaya pada 27 Februari 2025. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 27 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu, di Bangunan Perdana Putra di sini bagi bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
Ketibaan Shoigu di prasarana yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira jam 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu disertai delegasi kedua-dua negara di Perdana Putra, Putrajaya pada 27 Februari 2025. Foto Bernama
Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.
Turut hadir Duta Besar Russia ke Malaysia, Nail Latypov serta delegasi dari Russia dan Malaysia dalam pertemuan yang disifatkan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu diberi kawalan kehormatan setempat selepas disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya pada 27 Februari 2025. Foto Bernama
Pada November tahun lalu, Anwar mengadakan lawatan ke Vladivostok, Russia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) dan berucap bersama-sama Presiden Vladimir Putin atas undangan beliau.
Pada 2023, Russia adalah rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (AS$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (AS$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.
Kempen ini membabitkan puluhan institusi zakat dan kemanusiaan adalah hasil dialog sejak tiga bulan lepas bagi memulakan gerakan solidariti yang diselaraskan dalam mengagihkan bantuan ke Palestin. Foto Antara News
JAKARTA, 27 Feb – Kementerian Luar Indonesia dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) melancarkan kempen bagi mengumpul AS$200 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan untuk Palestin, lapor agensi berita Antara.
Timbalan Menteri Luar Anis Matta pada majlis pelancaran kempen itu di Jakarta pada Rabu menyatakan keyakinannya untuk mencapai sasaran pengumpulan dana berkenaan.
Kementerian itu tidak menetapkan tempoh bagi pengumpulan dana, namun kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.
“Kami memulakannya pada Ramadan untuk dua program. Terdapat program kecemasan sekarang ketika tempoh gencatan senjata dan juga kemudian untuk program pembinaan semula Gaza selepas itu,” kata Matta.
Beliau menjelaskan bahawa kempen itu, yang turut membabitkan puluhan institusi zakat dan kemanusiaan adalah hasil dialog sejak tiga bulan lepas bagi memulakan gerakan solidariti yang diselaraskan dalam mengagihkan bantuan ke Palestin dengan tiga matlamat utama.
“Yang pertama ialah program strategik, diikuti oleh program yang memberi impak, iaitu membawa manfaat kepada rakyat Palestin, manakala yang ketiga bersifat simbolik dengan mewakili kehadiran kami sebagai negara Islam terbesar di dunia,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Baznas bagi Perancangan, Kajian dan Pembangunan Zainul Bahar turut melahirkan keyakinan terhadap pengumpulan dana itu.
Bahar memaklumkan Baznas berjaya mengumpul dana untuk Palestin berjumlah lebih 320 bilion Rupiah (AS$19 juta), Daripada jumlah itu, 200 bilion Rupiah (AS$12 juta) akan diagihkan untuk pendidikan, pembinaan hospital dan perumahan di Gaza.
Sembang Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyebut ‘the Fourth Estate’ dan ‘the Fifth Column’ hanya dihujani sindiran meme memaparkan angka 26.
“Media bukan sekadar “the Fourth Estate” tapi juga dapat dijadikan sebagai “the Fifth Column”.
“Perbahasan RUU Majlis Media Malaysia oleh Ahli Parlimen Machang,” menurut kapsyen di akaun X Wan Ahmad Fayhsal.
Jargon “the Fourth Estate” merujuk kepada media atau kewartawanan sebagai kuasa keempat dalam sesebuah negara, selain tiga cabang utama kerajaan iaitu eksekutif, legislatif, dan kehakiman.
Sementara itu, “the Fifth Column” merujuk kepada kumpulan atau individu dalam sesebuah negara atau organisasi yang berkhianat atau bekerjasama dengan musuh dari dalam.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata meninggalkan sindiran dan meme tertera angka 26 yang difahamkan merujuk kepada hanya 26 undi diperoleh Wan Fayhsal dalam pemilihan bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang pada 22 Februari lalu.
Dalam pemilihan pada 22 Februari lalu, Wan Fayhsal menerima tamparan hebat apabila tewas kepada penyandang jawatan itu Kamaruddin Ab Kadir atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din yang mengaut sebanyak 103 undi.
“Tak habis-habis nak tunjuk seolah-olah kamu pandai, kamu hebat! Kalau kamu pandai/hebat tak kan kalah dgn Cikgu Din? 26/103? Satu Malaysia kutuk kamu, masih boleh buat muka selamba badak?
“Malu weii angka 26 kena kutuk berjemaah di peringkat akar umbi Bersatu.
“Lagak saja lebih tong kosong dapat 26 undi saja rakyat tahu dia penipu,” demikian antara kata warganet.
Turut tersebar meme angka 26 di atas logo Pas serta suntingan menyerupai wang kertas versi “Bank Negara Machang”.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dalam masa terdekat. Foto Facebook Amirudin Shari
SHAH ALAM, 26 Feb – Selangor mempertimbang pemberian ‘duit raya’ atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2 tambahan kepada semua penjawat awam negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dalam masa terdekat.
“Ada lagi berita baik, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan selain daripada BKK yang dilaksanakan.. kita turut memberikan tambahan duit raya kepada seluruh penjawat awam termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri.
“Perkara ini akan dibawa ke dalam MMK negeri nanti dan akan pertimbang duit raya yang kita panggil BKK 2 khas,” katanya pada Persidangan DUN Selangor di Wisma DUN Selangor di sini hari ini.
Pada masa sama, Amirudin merakamkan penghargaan kepada semua ADUN sama ada di Blok Kerajaan mahupun Pembangkang yang mengambil bahagian dalam persidangan itu.
“Terima kasih kepada Ahli Dewan kerana kita sudah menamatkan semua pembentangan, perbahasan dan juga soalan yang dijawab oleh Yang Berhormat.
“Bagi pihak kerajaan negeri dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak bagi yang menyambut puasa khususnya pada Sabtu atau Ahad nanti,” katanya.
November tahun lalu, Amirudin mengumumkan penjawat awam negeri Selangor akan menerima BKK dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025.
Pemberian berkenaan akan meliputi pelbagai syarat-syarat ditetapkan dengan satu bulan dibayar pada 31 Disember 2024 dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac depan bersempena Aidilfitri.
Menteri Besar (MB) Perlis Shukri Ramli dlm sebuah majlis rasmi bersama rakyat telah secara terbuka, mengajak para pesawah utk tukar tanaman padi kpd napier atau kenaf.
Ini sebagai reaksi terhadap isu harga lantai padi yg kononnya masih tidak cukup walaupun sudah dinaikkan oleh PMX dari RM1300 ke RM1500 baru2 ini…
Timbul 3 persoalan dari saranan MB ni..
Apakah dia telah buat kajian secara mendalam untung rugi bila menggantikan tanaman padi dengan napier atau kenaf.
Dia tengok tak pro n con bagi tanaman-tanaman yang dia sebut tu, atau dia sekadar dengar saranan dari entah walaun mana, bisik kat dia masa singgah di markas Pas Sanglang sebelum dia ke majlis tersebut.. maka terus dia petik saranan itu dlm ucapan dia.
Dalam keadaan negara kita masih mengimport beras dalam peratusan yang banyak dari luar, dan dalam keadaan negara sedang bertungkus lumus untuk menambahkan jumlah pengeluaran beras domestik, tiba-tiba seorang MB dari sebuah negeri pertanian, membuat cadangan utk menggantikan padi dengan tanaman lain.
Apakah MB ni dia tak tengok, bagaimana pengeluaran padi di kawasan seperti Sekinchan, Sungai Burung, Tg Karang dan Sabak Bernam serta di lembah Krian semakin tahun, semakin meningkat hasil mereka.
Barangkali dia ni tak tau kot, apa perkembangan yang sedang berlaku dlm industri tanaman padi di luar sana, sehingga dia tergamak utk lontarkan cadangan seolah-olah dia hanya tahu dan dengar dari rungutan pesawah-pesawah dari kalangan walaun tegar di kawasan dia sahaja?
Sepatutnya sebagai MB, dia perlu berbincang dengan Exco pertanian, tampil untuk mencari jalan, bagaimana untuk meningkatkan hasil bagi setiap ekar. Kalau sebelum ini dapat 2 ke 3 tan bagi setiap ekar, usahakan mcm mana nak bagi jadi 4 ke 5 tan…
Kalau Selangor boleh capai 8 tan, takkan Perlis tak boleh buat 6 tan? Lekeh sangat ker Perlis?
Kalau sblm ni, buat 2 kali setahun.. lepas ni ikut saranan kerajaan pusat… mcm mana utk membolehkan tanaman padi 5 kali utk 2 tahun… barulah ada peningkatan pendapatan kpd petani.
Itu sepatutnya cara fikir seorang MB.
Kapt (B) Hj Muhammad Yahaya ialah Pengarah Biro Komunikasi AMANAH Perlis
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjualan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai KWSP oleh Jabatan Ekuiti pada 2023 di Bursa Malaysia adalah dagangan aktif KWSP. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tuduhan mengatakan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sebagai tidak berasas.
Perdana Menteri berkata, tuduhan itu juga jelas ditolak KWSP melalui kenyataan akhbarnya pada 12 Februari lalu, di mana mencatat keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan merekodkan jumlah pendapatan pelaburan bersih RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023.
“KWSP juga mengisytiharkan dividen 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus bagi Simpanan Shariah.
“Secara keseluruhan, sejak 2014 jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB telah mencapai nilai RM650 juta,” katanya melalui jawapan bertulis disiarkan melalui laman web Parlimen.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai rasional yang mendorong KWSP menjual 163.36 juta sahamnya pada harga RM6 sesaham dan kemudian membeli semula pada harga lebih tinggi iaitu RM11.
Tambah Perdana Menteri, penjualan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai KWSP oleh Jabatan Ekuiti pada 2023 di Bursa Malaysia adalah dagangan aktif KWSP untuk memanfaatkan pergerakan harga saham dan menjana pendapatan pelaburan jangka pendek.
Prestasi lebih baik pada suku ketiga 2024 dijangka memberi khabar gembira kepada para pencarum KWSP bagi 2024 yang dijangka diumumkan awal Mac ini.
“Saham MAHB dijual pada harga antara RM6.70 sen seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.
“Prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus turut menjadi faktor utama strategi ini,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan tahun ini adalah dua pelaburan berbeza iaitu dari segi matlamat pelaburannya serta dari segi jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan berkenaan.
Beliau berkata, tawaran sukarela oleh Konsortium yang dianggotai KWSP untuk mengambil alih semua saham MAHB yang belum dimiliki pada harga RM11 setiap saham merupakan pelaburan baharu jangka panjang KWSP.
“Penglibatan KWSP kali ini mengambil kira aspek penciptaan nilai tambah yang lebih strategik atau ‘value creation’ dan strategi baharu, serta pelaksanaan pelan pemulihan dan penambahbaikan MAHB yang akan memastikan MAHB berada landasan yang tepat untuk disenaraikan semula pada harga lebih tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan tahun ini adalah dua pelaburan berbeza. Foto Facebook Anwar Ibrahim
“Ini hanya boleh dikecapi melalui transformasi operasi MAHB. Sejurus penyahsenaraian ini selesai, Konsortium akan memberi sepenuh perhatian untuk meningkatkan infrastruktur, ketersambungan serta pengalaman penumpang.
“Mungkin secara kasarnya, perkara ini seperti tidak memainkan peranan penting kepada pemulihan MAHB, tetapi sebenarnya perubahan inilah yang menjadi asas kepada transformasi strategik MAHB,” katanya.
Dalam meningkatkan pelaburan dan menambah baik pengalaman penumpang, rakyat dan pelancong, Perdana Menteri berkata usaha tidak hanya tertumpu kepada lapangan terbang antarabangsa utama seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, tetapi akan turut dilaksanakan penambahbaikan di lapangan terbang lain antaranya di Tawau, Kota Bharu dan Ipoh.
KWSP amal tadbir urus tegas
“Sehingga pengumuman Tawaran Sukarela (VGO) pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti dagangan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWSP.
“KWSP mengamalkan proses tadbir urus tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai ‘Chinese wall’ yang merupakan amalan piawaian standard di kalangan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) dan institusi kewangan.
“Di bawah protokol perintang maklumat, Jabatan Pelaburan Strategik yang bertanggungjawab ke atas VGO MAHB ini dilarang sama sekali berkongsi maklumat sensitif dan bukan umum kepada Jabatan Ekuiti.
“Protokol ini memastikan pemisahan maklumat agar tidak berlaku sebarang percanggahan kepentingan yang boleh membawa risiko berlakunya ‘insider trading’ yang merupakan kesalahan jenayah di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA),” katanya.
Tegas Perdana Menteri, protokol perintang maklumat tidak sewajarnya diperlekehkan kerana ia langkah kawalan penting sebagai pertahanan terhadap ‘insider trading’ seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 190 CMSA.
Kesalahan ‘insider trading’ satu kesalahan jenayah yang jika disabitkan boleh membawa kepada hukuman mandatori penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
“Sekiranya KWSP menggunakan maklumat dalaman untuk membuat dagangan saham, ini boleh merosakkan integriti dan keadilan pasaran saham di Malaysia memandangkan penyertaan KWSP adalah sebanyak 38 peratus daripada keseluruhan pasaran ekuiti tersenarai domestik.
“Kawalan dalaman ketat yang diwujudkan dan dipraktikkan dengan penuh integriti oleh KWSP inilah yang menyumbang kepada keteguhan KWSP sebagai sebuah institusi pelaburan yang disegani sepanjang hampir 75 tahun penubuhannya.
“Sebagai institusi pelabur terbesar di Malaysia, KWSP mengambil berat peranannya dalam menyumbang kepada kestabilan pasaran kewangan. Apa-apa tindakan tidak wajar oleh KWSP bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan KWSP, malah boleh menjejaskan prestasi pasaran kewangan negara,” katanya.
Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan RM378.5 bilion pada 2024, paras tertinggi dalam sejarah negara.
Ia meningkat 14.9 peratus dari tahun ke tahun dan jumlah pelaburan itu menjangkau 6,700 projek merentas sektor utama dan dijangka mewujudkan lebih 207,000 pekerjaan baharu, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.
Kalau trend dan momentum ini berterusan, Insya-Allah Malaysia akan kembali semula ke landasan yang cemerlang.
Ekonomi meningkat, peluang pekerjaan meningkat, kadar pengangguran menurun, inflasi mereda dan pelaburan meningkat.
Hari ini MB Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari menerima permohonan maaf daripada MB Kedah Sanusi Muhammad Noor yang memfitnahnya dalam satu ucapan semasa kempen pilihan raya negeri dua tahun lalu.
Sanusi mengaitkan Amiruddin dengan ahli perniagaan Vincent Tan berkaitan projek pembersihan Sungai Kelang.
Ekoran itu Amiruddin menyaman Sanusi dan menuntut ganti rugi RM10 juta.
Bagaimana pun saman itu diselesaikan dengan baik, apabila Sanusi memohon maaf kepada Amiruddin dalam mahkamah dan Amiruddin menerima permohonan itu dengan tukus ikhlas.
Apa ditunjukkan Amiruddin itu satu akhlak terpuji yang mencerminkan ketinggian nilai budaya dan tamadun seorang ahli politik Keadilan dan pemimpin tertinggi negeri Selangor. Sesungguhanya rasa ihsan Amiruddin itu perlulah disyukuri oleh Sanusi kerana tidak menyukitkannya dan perpanjangkan perkara itu.
Cuma apabila mengenang episod ini apakah pemberian maaf kepada MB Kedah itu merupakan satu pakej dengan pengampunan diberikan oleh Sultan Selangor kepada Sanusi sebelum ini. Sebelum ini Sanusi dihadap ke mahkamah kerana dikatakan menghina Sultan Selangor dalam ceramahnya.
Bagaimana kes itu itu ditarik apabila Sultan Selangor berkenaan memberi pengampunan kepada Sanusi. Maka apa dilakukan Amiruddin itu tepatlah, kalau sultan memberi pengampunan kepada MB Kedah itu, mengapa pula tidak baginya berbuat hal yang sama. Amiruddin mengikut jejak Sultan negerinya.
Bukan itu sahaja sifat pemaaf yang ditunjukkan Amiruddin itu juga sama
dengan sifat pemaaf yang ditunjukan oleh bossnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai sifat maaf tahap dewa.
Semoga Sanusi mengambil iktibar daripada apa yang berlaku itu, tahu malu kepada MB Selangor yang jauh lebih muda usia daripadanya. Seperti mana diharapkan Amiruddin kepada Sanusi, berpolitiklah dengan mengguna fakta yang benar demi kebaikan masyarakat dan negara dan tidak memgadu domba dan membuat fitnah.
Dan esok kita mahu tengok bagaimana gaya Sanusi sambut lawatan Anwar ke Kedah untuk meluncur Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahu di Kawasan Mada Fasa 1. Semoga esok Sanusi mencerminkan sebuah keinsafan mendalam yang akan mengirangkan semua orang. Trims.