GAMBAR GAMBAR PM ANWAR MENGERJAKAN UMRAH

 

Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi.

Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, inshaAllah.

#MalaysiaMADANI

 












SIAPA YANG LULUSKAN- SAIFUDDIN TEGAS! Kerajaan Batal Penganjuran HOT GUYS #nextstepshorts

FUH! Rafizi Ramli bertegas, perbelanjaan dibuat bukan untuk meraih popul...


Dalam pada itu, Rafizi menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan ekonomi negara adalah lebih teruk berbanding sebelum ini. Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, semua sektor kecuali pertanian dilaporkan kembali pulih dan Kerajaan ketika ini sedang mengukuhkan keadaan fiskal negara.

Dengar!! Ini Padu Balas Lokman Adam! Habislah Tun Mahathir

HUTANG BERTAMBAH BILA ANWAR JADI PM, KATA MAHATHIR. SAYA JAWAB...

TERBAIK YB RAFIZI! LEPAS NI MAKIN PANASLAH MB KEDAH SANUSI!


Majlis pelancaran dan lawatan tapak IPR Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) @ PJ City Food Valley, Rumah Pangsa Pelangi Damansara, Petaling Jaya Majlis di sempurnakan oleh YBM Ekonomi, Yb Tuan Rafizi Ramli.

KES PEGECUALIAN CUKAI-Sepandai Tupai Melompat Jatuh Juga Ke Tanah


Dalam video ini sdr iswardy memberikan kupasan berkaitan dengan isu2 politik semasa. muhyiddin kata lim guan eng batalkan pengecualian cukai yayasan bukhari. perdana menteri sahkan lim guan eng tidak batalkan pengecualian cukai yayasan bukhari. lim guan eng akan saman muhyiddin kalau gagal minta maaf dalam tempoh 7 hari. kenapa bukhari ekuiti sdn bhd masukkan rm200 juta ke dalam akaun bank ppbm. siapakah watak penting dalam ppbm yang bakal disiasat oleh sprm. kuat kuasa undang2 mengenai dana politik masuk ke akaun parti politik dalam proses.

LAWATAN RASMI PM KE ARAB SAUDI | Pertingkat Hubungan & Kerjasama Dua Hala

PM Anwar, isteri tiba di Jeddah

Senator Dewan Negara bidas tuduhan Presiden Pas


 

Kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang menuduh KEADILAN melawan al-Quran merupakan satu kenyataan tidak cermat.



Senator Mohd Hasbie Muda berkata, tuduhan susulan ucapan Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kongres Nasional Khas KEADILAN 18 Mac lalu itu berpunca daripada sikap Ahli Parlimen Marang tersebut yang tidak 'tabayyun' dalam menerima berita.



"Amatlah tidak betul apabila Presiden Pas mendakwa Saifuddin sebagai jahil dan buta al-Quran, atau KEADILAN melawan al-Quran sekali gus melawan Allah.



"Presiden Pas melakukan kesilapan besar dengan membuat komentar ke atas perkara sepenting ini tanpa merujuk terus rakaman ucapan Saifuddin sesuai dengan ajaran agama Islam yang menyeru kepada tabayyun.



"Tiada dalam mana-mana bahagian ucapan penggulungan Saifuddin Nasution di dalam Kongres Khas yang mewajarkan Presiden Pas membuat tuduhan berat berbunyi “KEADILAN Lawan al-Quran," katanya.



Tambah Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu, Abdul Hadi telah tanpa semakan teliti menyerang Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan kata-kata “hal ini jelas menunjukkan kejahilan dan sifat buta al-Quran yang lebih parah daripada sifat buta huruf”.



Sedangkan menurutnya, Saifuddin secara jelas telah menganjurkan kepada ahli parti itu bahawa tiada siapa boleh menafikan bahawa sebagai agama yang lengkap, politik sememangnya ada dalam Islam.



Malah Saifuddin dalam ucapannya turut menekankan tuntutan berpolitik secara Islam dan bukan mempolitikkan agama.



"Saya setuju dengan tulisan Haji Amidi Abdul Manan, Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN bahawa tulisan Minda Presiden Pas tersebut terbabas dari landasan.



"Saya juga setuju dengan tulisan Haji Amidi bahawa tulisan Minda Presiden Pas menunjukkan Presiden Pas sedang memperkukuh fahaman bercitra Khawarij yang ditolak oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.



"Jika perbuatan begini tidak dibendung segera, negara boleh kembali ke zaman ekstremisme agama yang membawa huru-hara seperti yang pernah berlaku sebelum ini," tegas Hasbie dalam kenyataan tersebut.

 

ANGKUH BILA BERCAKAP- TITAH SULTAN PUN NAK DILANGGAR- ALIRAN SONGSANG KONONNYA PANDANGAN SONGSANG MISKIN TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN


 

TERIMA KASIH KERAJAAN SELANGOR- INSURAN UNTUK RAKYAT


 

KERAJAAN TIADA KUASA MENGAWAL HARGA MAKANAN YANG TELAH DIMASAK


 

Pelajar STEM dan TVET perlu diberi pendidikan percuma


 

Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN menyarankan supaya kerajaan memberi pendidikan percuma kepada pelajar yang memilih jurusan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) di peringkat universiti.



Gesaan itu disuarakan Sim Tze Tzin dalam temubual secara Live di laman Tik Tok Free Malaysia Today.



Selain pelajar golongan itu, pendidikan secara percuma jelasnya turut wajar diberikan pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).



"Kerajaan jangan takut nak beri pendidikan percuma sebab pada masa depan, bila mereka dapat pendapatan yang tinggi, mereka akan bayar cukai. Nilai cukai ini lebih tinggi dan kerajaan akan dapat balik (pulangan pendidikan percuma).



"Kalau pekerja kita gaji rendah, kita (kerajaan) kena bagi BR1M, pelbagai subsidi. Tapi kalau mereka mendapat pekerjaan yang berkualiti, secara automatik isu-isu ini akan diselesaikan. Mereka bukan lagi B40 tapi sebaik tamat pengajian mereka M40," jelasnya.



Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru turut menyatakan kebimbangan berhubung kemerosotan jumlah pelajar yang memilih aliran STEM.



Jika tidak ditangani, jelasnya, akan menyebabkan negara ketandusan tenaga kerja mahir sekaligus merugikan negara.



Justeru beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan laluan pantas atau “express lane” untuk pelajar STEM memasuki institut pengajian tinggi (IPT).



"‘Express lane’ ini bermaksud semua IPTA menawarkan kursus STEM secara terus kepada semua pelajar SPM, tanpa melalui Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau matrikulasi. Keputusan baik dapat tawaran masuk universiti, yang kurang baik, masuk TVET," katanya yang mengutarakan tiga cadangan itu ketika membahaskan ucapan dasar Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.



"Saya cadangkan dekat Parlimen, dengan cara ini kita boleh lahirkan satu juta graduan STEM dan TVET dalam masa lima tahun. Saya yakin Malaysia akan maju. Pelabur akan berpusu-pusu masuk ke negara ini," jelasnya pada sesi temubual itu.

 

PADAN MUKA ATOK- PN TOLAH PENGASAS PARTI BERSATU


 

HAWAQ BETOI- BABI TERBANG KA LEMBU TERBANG HANG NAIK ? ANWAR NAIK HELI MASA KEMPEN BUKAN DIA JADI PM LAGI- KAWAN DIA YANG BAGI PINJAM NAIK HELI


 

TENGKU RZALIGH- KENAPA SAYA LAWAN MAHATHIR : DIA PERKAYAKAN KRONI TERPILIH DAN ANAK BERANAK


 

PESAN UNTUK RAKYAT KEDAH- NAK GAH ,ANGKUH DAPAT APA- MISKIN 60% RAKYAT-APA YANG LEBAI BUAT?


 

KERTIH PUN NAK MERUDUM


 

CARA PKR BANTU AHLI


 

KWSP: Kerajaan rela tidak populis elak impak buruk


 

Keputusan untuk membenarkan pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan memberi kesan kepada dividen pencarumnya.



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika ditemui media di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam semalam menjelaskan kerajaan tidak mengamalkan pendekatan populis dengan membenarkan pengeluaran simpanan itu walaupun berdepan desakan banyak pihak.



"Tiada langkah bersifat populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran yang membuat keputusan untuk mendapat sambutan dan ‘like’ di TikTok dan Facebook, dan kesannya kita merasainya sekarang," katanya.



Mengulas lanjut keputusan itu beliau berkata, sebarang langkah membenarkan pengeluaran simpanan pencarum hanya akan mengurangkan saiz dana secara mendadak.



Pengurangan dana itu bakal memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibiliti pelaburan sehingga mengehadkan strategi pilihan pelaburan yang kemudian menjejaskan dividen dinikmati pencarum.



"Sekiranya kita menempuhi situasi pasaran yang mencabar pada 2023 dan 2024, kita perlu mempunyai satu dana yang sama-sama berdaya tahan dan teguh supaya kita dapat melindungi kebanyakan daripada pencarum KWSP yang pada asasnya merupakan pencarum kecil.



"Jika kerajaan memilih pendekatan yang populis kerana kita mahu mengadakan pilihan raya negeri dan membenarkan pengeluaran tersebut, langkah itu akan memberi impak buruk kepada kemampuan KWSP untuk menguruskan dananya," katanya.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan dengan tegas bahawa tiada kebenaran akan diberikan untuk sekali lagi pengeluaran KWSP.



Beliau yang sebelum ini menyatakan kebimbangan dengan jumlah simpanan besar pencarum yang merosot susulan beberapa siri pengeluaran simpanan itu berkata, beliau boleh memilih langkah popular dengan membenarkanya.



Namun sebagai seorang pemimpin bertanggungjawab, beliau memilih untuk mempertahan simpanan bagi kegunaan selepas pesaraan pencarum itu.



Anwar pada pembentangan Belanjawan 2023 memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai RM10,000 ke bawah bagi membolehkan wang itu dilabur oleh KWSP.



Kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang benar-benar 'terdesak' menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

 

TARIKH LUPUT


 Zunar Cartoonist Fan Club.

REE ADA 43 TRILLION - KAYA BELAKA HANGPA LA NI- TAKAT NI APA PROJEK MB HANGPA DAH BUAT /


 

INI LAH DIA


 

MUDAH JAWAPAN USTAZ KAZIM- Baru Je Ustaz Kazim Tegur Isu Ustaz Azhar, Ust Wadi Annuar, Kerajaan Anw...

ULANGSIAR- BIARLAH SEJARAH YANG BERCERITA


Apabila dia kalah dalam Pilihanraya Umum tahun 1969 di Parlimen Kota Setar, Kedah, maka doktor muda itu berubah menjadi “ultra-Melayu”. Beliau menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Beliau menyerang Tunku selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

2. Lima puluh tiga tahun kemudian, apabila dia kalah di Parlimen Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022 sehingga hilang deposit, pemimpin yang telah lanjut berusia itu dengan pencapaian dua kali jadi Perdana Menteri Malaysia, kini menyerang pula Perdana Menteri ke-sepuluh Anwar Ibrahim.

3. Pada tahun 2019, apabila sudah sampai masanya sebagai Perdana Menteri Ketujuh untuk menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan oleh gabungan Pakatan Harapan, maka tokoh tersebut berdalih-dalih. Tetapi dalam masa yang sama dia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai pertubuhan dan NGO ke dalam suatu pertemuan yang diberi nama Perhimpunan Melayu Bermaruah.

4. Kesan dari perhimpunan itu maka berlakulah episod Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas itu.

5. Sekarang tokoh yang telah lanjut berusia ini terus mengasak, mengasak dan menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.

6. Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan.Kali ini tokoh tersebut terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.

7. Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan.

8. Nasihat saya kepadanya: Usahlah bermain api; nanti terbakar negara sendiri. Cukup-cukuplah.

9. Bagi saya, tidak ada salahnya untuk tokoh berusia ini berbincang dengan penyokong-penyokongnya berkenaan isu nasib orang Melayu sekarang dan akan datang. Berikan kepadanya dewan untuk perhimpunan itu boleh diadakan bagi mereka berbincang secara aman dan selesa.

10. Tetapi saya ingin bertanya kepadanya.Dia telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.

11. Sekali lagi pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan.Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?

12. Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu. Sedang peluang telah diberi dengan luas sehingga lebih dua dekad kepadanya sebagai Perdana Menteri.

13. Anwar Ibrahim baru empat bulan jadi Perdana Menteri. Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.

14. Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada

15. Kedudukan Bahasa Melayu terjamin. Kedudukan Islam terjamin. Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin.

16. Anwar Ibrahim menegaskan perkara ini berkali-kali sama ada di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Telinga ini mendengar. Diri ini menjadi saksi komitmen Anwar Ibrahim menjaga kepentingan Melayu. Bezanya, sebagai seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama, Anwar tetap tegas menjaga kepentingan dan hak-hak kaum-kaum lain dan agama lain seperti yang dijamin oleh undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.

17. Jadi apa salah Anwar Ibrahim sehingga dia hendak ditumbangkan secara tidak sah sekarang, di luar proses pilihanraya? Ini bukan demokrasi. Ini suatu tyranny gerombolan politik songsang.

18. Maka, adalah sangat wajar nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang secara tidak bertanggungjawab cuba membakar sentimen kaum dan agama sehingga menimbulkan ketegangan dan ancaman terhadap ketenteraman awam serta keselamatan negara.

19. Demi keselamatan Malaysia, saya menyokong ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

20. Hanya satu, saya berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melakukan kesalahan yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri ke-4 Mahathir Mohamad pada tahun 1988 apabila berhadapan dengan gugatan dan cabaran terhadap kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.

21. Mahathir telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1988 itu dengan menahan tanpa bicara lebih 100 orang pemimpin parti politik, pertubuhan NGO dan aktivis masyarakat. Satu titik hitam dalam sejarah demokrasi Malaysia.

22. Saya berharap dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau dapat mencari segala ikhtiar alternatif untuk mententeramkan suhu sentimen kaum dan agama yang panas sekarang ini.

23. Elakkanlah Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekarang ini dari menggunakan akta-akta draconian seperti Akta SOSMA untuk menangani tantangan dan cabaran dari pihak lawan.

24. Sebagai alternatif, gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah, berdiplomasi, berunding dan berlibat urus dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan sivil serta NGO yang kini menentang secara terbuka terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Gunakan kaedah perundingan bukannya perang.

Sekian.

*Hassan Abdul Karim*

Ahli Parlimen Pasir Gudang

19 Mac 2023 (Ahad)

 

NAK TANYA SIKIT

 

Ni nak tanya sikit, dgn pelbagai kes jenayah dan tangkapan melibatkan agensi PDRM & SPRM, mengapa tidak ada kenyataan media secara live di media2 utama ?

Jika dahulu ketika Abdul Hamid Bador jadi KPN, setiap isu keselamatan dan siasatan dia akan ke hadapan. Rakyat dengar suaranya di media elektronik dgn agak kerap.

Kami yg berada di sisi kerajaan seketika dan kemudian beralih sbg pembangkang selepas langkah Sheraton ketika itu beranggapan PDRM buat kerja walaupun ada antaranya juga menyusahkan kami sbg pembangkang sebab ikut arahan politik.

Ini dalam pentadbiran baru di bawah tangan sdra Anwar, rakyat lihat ketua polis negara yg ada, mcm tak ada ja. Tiba2 pemberita siap2 buat kenyataan ja, dari tuan empunya badan...yillek!!!

Sebagaimana menteri kerajaan perpaduan yg tidak terlepas dgn kritikan di sini, agensi yg menjalankan "rule of law" juga tidak ada bezanya selagimana berada di ruang lingkup kritikan yg membina.

 

GINO MARVELA


URUS NEGERI SENDIRI DULU BAGI JADI CONTOH


 

KERAJAAN MADANI AMBILALIH PROJEK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

 



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang, katanya."

Kalau dah hutang, bayarlah, kenapa nak suruh kerajaan pusat pula yang tolong bayar. Inilah dia kehebatan kepimpinan fulamak. Sebab itu air karat tak boleh settle, tapi ada hati nak anjur SUKMA walapun fasiliti masih belum siap sepenuhnya.

 

RENTASAN 1335 | GEMPAR!! INI AMARAN TERAKHIR ANWAR IBRAHIM BUAT TUN M?


MENARIK DALAM RENTASAN 1335
1. SUKMA 2028: PAS BERTERUSAN SEMARAK API PERKAUMAN 2. KEPADA TUN MAHATHIR, CUKUP-CUKUPLAH!! 3. SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK





WEE KA SIONG KENA SAMAN- KeMenangan HADI AWANG Parlimen Marang Di Batalkan. Wee Ka Siong Disaman ...

Mana Pergi Hishammuddin Hussein, Kapal LCS & RM6 Billion? (Where are His...

AWAT KERAJAAN MELAYU YANG ADA DI PENANG PEKAK DAN BUTA KOT-LILIT SERBAN BESAQ SIKIT


 

MMMMM- TU DIA NO-TAK PA KARAT PUN KARAT LAH- JANJI ISLE



 

HABIS LA IMPIAN SEMBURIT


 

KERAJAAN BOLEH HUTANG BUAT PROJEK BESAR- TAPI RAKYAT KENA TANGGUNG


 

JAUH BERJALAN NO-SAKAN


 

PASUKAN JIHAD PUN BERKUBOQ DAH....MAMPOIH SYAHID





Suatu ketika dahulu. Pasukan jihad yang akhirnya menyaksikan harga ayam dan telur melambung dan bekalan kedua bahan mentah itu tak mencukupi.

Pasukan jihad ini juga menyaksikan inflasi terus naik dari masa ke semasa serta kehidupan rakyat kian terhimpit kesan kenaikan kos sara hidup.

Ya. Mereka cuma saksikan tanpa berbuat apa-apa. Tapi hari ini mereka cuba jadi hero, setelah kerajaan ini aturkan solusi untuk membantu rakyat. Inilah dia hipokrasi level tertinggi. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

OOWHHHH- BUMIPUTELA BILA JOIN BERSATU




Subramaniam ni Melayu ke? Sebab dia beriya pulak ajak MCA dan MIC ikut gabungan yang rasis tu. Dia tak tahu dalam gabungan tu ada pihak yang anggap orang bukan Melayu Islam sebagai ancaman ke?

Cara dia menghasut pun kelakar juga. Dia kata dua parti tu diabaikan oleh pengerusi BN. Sebab tu tak dapat jawatan menteri dalam kabinet perpaduan. Tak seperti kebiasaan sebelum ini.

Memanglah tak dapat sebab kerajaan ini bukan BN yang pegang. Dulu bolehlah sebab BN berkuasa mutlak. Sekarang ini, PH sendiri pun tak dapat nak lantik sesuka hati. Apa lagi BN.

Lagi pun MCA & MIC cuma menang masing-masing dua dan satu kerusi dalam PRU15. Itu pun menang atas undi penyokong UMNO. Kalau nak harapkan penyokong sendiri memang tak adalah.

Kalau dah pencapaian sendiri pun buruk melampau, nak tuntut kerusi apa lagi? Kenalah sedar diri. Lagi pun PH bukan macam PN. Scheme of Things. Guna jawatan sebagai rasuah untuk dapat sokongan.

Sebenarnya kalau MIC dan MCA nak join PN, aku lebih suka. Lebih mudah kerja. Aku tengok Wee pun sekarang meroyan sama macam PN. Mungkin ada baiknya kalau mereka disatukan.

Bak kata orang, ada tak menambah, tiada pun tak mengurang. Guane boh?

Raja Gelap

 

PAS NAK PERANGKAP PERDANA MENTERI?? : MENGAPA SYED MOKHTAR SHJ YANG DIMI...

ALA 1200 AJE.




Alah cuma 1,200 orang je yang ditahan di bawah ISA. Tak adalah ramai mana pun. Mana ada kejam. DS Anwar lagi kejam sebab halang Proklamasi Melayu walaupun tak ada bukti nak tuduh beliau buat begitu. Guane boh?

Raja Gelap

.