ZUNAR TERBIT MAJALAH KARTUN TERBARU






Penerbitan majalah Isu Dalam Katak



Sepakat Efektif mengumumkan penerbitan majalah terbaru berjudul "Isu Dalam Katak (Kartun)". Seperti keluaran terdahulu, karya-karya kartun dalam keluaran ini mengupas isu-isu politik dan sosial semasa. Kulit depannya (dilukiskan oleh Zunar dan Nur) memaparkan lukisan watak seorang lelaki yang tertulis "PM" di bajunya kelihatan gembira dikelilingi beberapa ekor katak yang berbunyi "Ong! Ongkos!".





Selain itu, di dalam juga terdapat 10 muka surat yang dinamakan "wilayah katak". Seksyen ini dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik PR yang melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia, kartun "PM and Frog" dilukis seperti poster filem animasi Walt Disney "Princess and Frog" dan lain-lain lagi.Antara yang menarik dalam keluaran kali ini ialah 12 muka surat kartun khas tentang kes titnah Kedua terhadap Anwar Ibrahim.






Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 dahulu seperti watak hakim yang menolak apa saja bukti yang dikemukakan dengan ayat popular "tak relevan!", tawaran kepada peguam supaya bekerjasama dalam konspirasi, tilam diusung, kesalahan menaip dan lain-lain lagi. Kemudian episod konspirasi kedua bermula dengan kepincangan yang berlaku apabila laporan pakar perubatan menunjukkan tiada kesan tusukan tetapi pendakwaan tetap diteruskan, bagaimana si pendakwa tidak buang air besar tiga hari dan dolak-dalih PM tentang pertemuannya dengan si pendakwa.


Kartun khas yang dilukiskan oleh Jonos, Ronasina dan Art ini diakhiri dengan lukisan wajah ulama tersohor dunia Syeikh Yusof Qardhawi yang telah mengeluarkan fatwa khas tentang sesiapa yang menjayakan fitnah ini.


Keluaran kali ini juga menyiarkan komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi mata lebam Anwar Ibrahim ditumbuk Ketua Polis Negara pada masa itu. Gerakan Mansuh ISA (GMI) juga menyumbangkan idea untuk keluaran kali ini bagi menyedarkan masyarakat tentang zalimnya akta drakonian ini. GMI mengajak rakyat Malaysia berjuang agar ISA dihapuskan, bukannya dipinda seperti yang diomongkan kerajaan.




Ruangan-ruangan yang dikekalkan seperti keluaran sebelum ini ialah "Ragam Datuk Nazak" (kisah PM dan isterinya), 2 Tun dan Kutu Jebon (Ronasina), Warung Pak Emjal (Art), dan Nostalgia 98 (Enot). Kartunis penyumbang ialah Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy, Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih.Juga turut memuatkan artikel penulis-penulis seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok Wan.



Majalah ini adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185). Ia mempunyai ketebalan 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskah dan akan diedarkan ke seluruh negara.



Ia juga boleh dibeli secara online melalui


website cartoonkafe.com atau

talian 03- 22744931.
ZunarPengarah Urusan/Ketua Pengarang
Sepakat Efektif Sdn Bhd23 Mac 1003 22744931cartoonkafe@gmail.com

Melayu Johor diusir ke hutan

Melayu Johor diusir ke hutan

Tuesday, 23 Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Penduduk Kampung Baru Kuala Lumpur dinasihatkan mengambil pengajaran berhubung rampasan tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap tanah dan nasib orang Melayu di Kampung Plentong Tengah, Johor.

Ketua Angkatan Muda PKR Johor, Zabidie Abas berkata, situasi di kawasan Kampung Plentong kini ibarat Padang Jarak, Padang Tekukur apabila tanah yang dikosongkan selepas kerajaan negeri johor dan pemaju merobohkan perumahan rakyat hampir dua tahun lalu langsung tiada pembangunansehingga kini.

Menurutnya, penduduk yang dihalau itu kini terpaksa menjadi peneroka Bandar semula dengan membina rumah sendiri di kawasan hutan tanpa sebarang kemudahan asas seperti air dan elektrik.

“Kawasan hutan yang digantikan kerajaan negeri di Bukit Dagang itu bukan sahaja tidak berbaloi kerana tiada kemudahan asas termasuklah bekalan air bersih, elektrik malah tanah itu suatu hari nanti tidak musthil untuk dirampas semula seperti mana yang mereka alami di Kampung Plentong Tengah sebelum ini,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau turut memberitahu, penduduk yang diusir ke hutan itu juga langsung tidak diberikan sebarang pampasan dan jauh sekali geran tanah.

Berbanding di kampung Plentong, katanya, kedudukan rumah perkampung Melayu itu cukup indah dan teratur dengan setiap rumah memiliki jarak tersendiri selain kemudahan jalan antara rumah dengan rumah yang lain mudah untuk dilalui berbanding kawasan hutan yang terpaksa diteroka semula.

“Sejumlah lebih 300 rumah yang melibatkan ribuan keluarga terlibat dalam rampasan tanah itu penghujung tahun 2008,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di Kampung Baru Kuala Lumpur mengambil iktibar dengan kes yang berlaku terhadap nasib orang Melayu di Kampung Plentong Tengah, Johor, sebuah negeri yang diperintah oleh BN lebih 50 tahun serta terkenal sebagai kubu kuat dan sejarah Umno.

“Kalau di negeri yang majoritinya Orang Melayu dan kubu kuat Umno pun dan amat setia dengan kerajaan Barisan Nasional boleh mereka halau, roboh rumah dan menindas orang Melayu, apatah lagi di Kuala Lumpur yang nilai tanahnya mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Ditanya, mengapa penduduk Kampung Plentong begitu mudah tumbang dalam kes itu, beliau dengan tegas menyatakan;

“Penduduk Kampung Plentong terlalu baik dan sering bersangka baik dengan kerajaan BN yang akhirnya menyaksikan mereka ditipu berpuluh kali sehingga dihalau dan tanah mereka di rampas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan isu rampasan tanah dan penindasan kerajaan BN di Johor cukup banyak untuk dibongkar dan terbaru situasi sama hampir berlaku di Kampung Majidie, di Johor Bahru.

“Di Kampung Majidie, baru baru ini penduduk yang dihalau keluar dari tanah mereka diberikan pampasan sekadar RM18,000, namun yang mereka terima hanyalah RM15,000 daripada orang tengah.

Apabila ditanya siapa orang tengah itu, dia ialah Ketua Cawangan Umno.

Inilah budaya Umno, dari pemimpin atasan sampai bawahan semuanya sama, kerap mengambil kesempatan dalam kesempitan” katanya dalam nada kesal.

Berikut ialah Kronologi peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah, Johor :

1985
: Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 : KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.


1987 : Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.


1989
: Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.


1990
: Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.


1991 : Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.


1993 : Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.


1993 : Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.


1993
: Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.


1993 :
Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.


1994
Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimulakan.


1994 : Penduduk ditipu dengan "menghilangkan" RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.


1995 : TNB membekalkan elektrik ke KBPT.


1996 :
Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana nilai pampasan itu tidak setimpal dan jauh lebih murah dari nilai semasa.


1997 : Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.


1997 : Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.


1997 : Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).


1998 : Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.


1999 : Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.


2000 : Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.


2000
: Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.


2002 : Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.


2007 : Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.


2008 : Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.


Oktober 2008
: Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.

Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.

16 Oktober 2008 :
Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhimpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampung dan cuba berbincang dengan wakil penduduk.

Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan.

Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai.

Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk.

Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.

Akhirnya nasib orang Melayu di kampung itu dihalau oleh kerajaan negeri bangsanya sendiri yang kononnya menjaga orang Melayu tetapi bukan sahaja merampas tanah orang Melayu tetapi mengusir mereka ke hutan tanpa memberi pampasan dan jauh sekali geran tanah.

HANYA PERUBAHAN POLITIK AKAN BERJAYA MERUBAH EKONOMI NEGARA-KULI




KUALAU LUMPUR- KULI sekali lagi bikin Umno semput. Menurut beliau lagi, ekonomi hanya akan berubah jika politik negara berubah. Maksud beliau jelas,tukar sahaja pemerintah , maka keadaan ekonomi akan berubah. Sama macam Anwar cakap, jatuh sahaja Bn , maka sudah tentulah ekonomi negara akan kembali pulih dengan pelabur yang mahukan kerajaan yang bersih.

Beliau menempelak kerajkaan Najib Razak yang di katakan mengutamakan polirtik dari melakukan perubahan dalam bidang ekonomi.Menurut beliau "Jika kita mahukan perubahan yang ketara dalam ekonomi, maka kita perlu merubah suasana pilitik kita dengan cara yang lebih cepat"jelas beliau sewaktu berucap di pelancaran buku“No Cowardly Past” oleh peguam James Puthucheary.


Menurtnya , beliau telah menegaskan kepada Najib supaya memberikan jalan lebih terbuka buat sistem pentadbiran awam dan membetulkan serta melakukan perubahan sistem pendidikan, malah perlu juga mengkaji akta mesin cetak, dan akta keselamatan dalam negeri ISA.


Beliau juga berkata, harus melakukan perubahan yang radikal untuk pembahruan dalam negara dan bukannya perubahan "kosmetik" semata-mata



APA PULA UMNO NAK AMBIL TINDAKAN KEPADA TENGKU RAZALEIGH KALI INI.ADAKAH BELIAU AKAN DI PECAT SEBAGAIMAAN YANG BERLAKU KE ATAS ZAID IBRAHIM?????

PAKATAN BERSEDIA DI SARAWAK

PR Sarawak jamin sekali lagi pertandingan satu lawan satu

Tuesday, 23 March 2010 10:36 Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Pengarah Biro Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh memberi jaminan setiap komponen Pakatan Rakyat (PR) hanya akan bertanding satu lawan satu menjelang pilihanraya negeri akan datang kecuali ia disertai calon bebas atau calon daripada Parti Cinta Malaysia (PCM).

Fuziah yang juga Ahli Parlimen (MP) Kuantan berkata, lawatannya ke Sarawak minggu lalu untuk membincangkan persediaan serta merangka strategi bersama PR di negeri itu bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Saya sudah bertemu dengan pengarah Pusat Pilihan Raya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menyelesaikan isu peruntukan kerusi, dan kita telah bersetuju kita tidak akan menyentuh penyandang kerusi, malah calon penyandang daripada anggota PR akan dikekalkan.

“Kedua, kita komited dengan satu lawan satu di setiap kerusi, iaitu calon PR bertanding menentang calon BN.

“Dengan cara itu kita mempunyai peluang yang lebih baik untuk menewaskan BN,” kata Fuziah selepas melakukan lawatan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau turut memberitahu, perundingan sedang dijalankan dengan lancar di peringkat negeri dan keputusan muktamad terletak di tangan pihak PKR pusat.

Menurut Fuziah, komponen PR di Sarawak memiliki hubungan yang cukup erat dan ibarat satu keluarga yang cukup harmoni terutamanya selepas 8 Mac 2008.

“Kita akan mengusahakan formula dan kita mengamalkan demokrasi, sikap keterbukaan dan telus. Kita amat bersatu padu dan kita akan menjatuhkan BN.

Operasi di peringkat akar umbi terus berjalan dan semua semakin bersedia menjelang Jun ini, dan mereka sudah menyiapkan jentera dengan mengadakan latihan walaupun tarikh pilihan raya belum ditetapkan,” katanya.

PCM ejen BN

Ditanya mengenai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang banyak mensasarkan kawasan pedalaman untuk pilihan raya akan datang, beliau menyatakan bahawa parti itu tindak menimbulkan sebarang ancaman pada PR.

“PCM hanya sebuah parti yang kecil dan jika BN tidak menjadi dalang dalam mendorong mereka untuk membuat kacau, mereka tidak mempunyai peluang dan akan pergi,” katanya

Berbalik kepada formula PR, Fuziah menegaskan bahawa mereka tidak akan mengambil kira penyandang kerusi daripada PCM.

“PR merupakan gabungan PKR, PAS, DAP dan parti-parti kecil yang lain seperti Sarawak National Party (SNAP), Sarawak Reform Party (STAR), Malaysian Dayak Congress (MDC) serta parti-prti pembangkang lain yang ingin menyertai pakatan kami.

“Sesetengah parti terutamanya parti berasaskan Dayak atau parti yang berpangkalan di pedalaman kemungkinan besar tidak sempat untuk didaftarkan (MDC) untuk pilihan raya akan datang.

Oleh itu, semua calon bebas yang ingin bertanding boleh menghubungi kami untuk berbincang tentang langkah yang betul,” kata Fuziah.

Beliau menambah bahawa keputusan mengenai peruntukan kerusi kini selesai 70 peratus, tetapi meja perundingan tetap akan dibuka sekiranya ada pertukaran di saat-saat akhir.

“Yang paling penting ialah kita tidak mahu sebarang masalah timbul menjelang pilihan raya kali ini dan mengulangi kesilapan dahulu, di mana sudah terang Pakatan Rakyat adalah parti utama pilihan rakyat,” kata Fuziah.

HADI ON ALLAH ISSUE

PENJELASAN ANWAR

HIMPUNAN 1 JUTA UMAT DI KEDUTAAN SWEDEN


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 23 Mac — PAS dan Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaaan akan mengadakan Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata sempena himpunan itu juga satu memorandum bantahan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pihak kedutaan berkenaan.

“Mereka telah menyatakan komitmennya untuk sama-sama hadir pada perhimpunan tersebut,” katanya sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai tanpa mengira fahaman politik sama ada dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet.

“Ini adalah satu penghinaan. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya.

“Kita tidak boleh terima hakikat perbuatan melampau yang menyentuh sensitiviti melibatkan agama sebab kita sendiri yang selama ini mendokong perjuangan Islam tidak pernah menyentuh sensitiviti agama-agama lain.

“Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad membuatkan umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark.

“Kini Sweden nampaknya mengulangi kesilapan yang sama, seolah-olah mahu mencabar atau mahu mengajak umat Islam berperang,” kata Nasrudin.

Penyiaran karikatur seumpama itu oleh akhbar negara Denmark pernah mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam awal 2006 dengan membakar bendera negara berkenaan dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan bahkan barangan dari Denmark juga diboikot beberapa negara Islam.

Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan Jumaat lepas tetapi terpaksa ditunda ke Jumaat ini kerana masalah teknikal selain beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun masa dan tempatnya dikekalkan mengikut jadual asal di mana peserta akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke kedutaan Sweden.

“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bagi menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden itu tidak boleh diterima sama sekali.

Dalam pada itu tambah Nasruddin, himpunan tersebut juga akan mengutuk kekejaman terbaru Zionis menindas rakyat Palestin di bumi Gaza.