PELIK TAPI BENAR.
MSO
Adalah pelik dan ganjil kalau Umno Johor bubar DUN bukan atas keyakinan parti itu akan menang. Kenapa Onn Hafiz nak nafi, yang tindakannya bukan atas perkiraan akan menang besar.
Apakah dia sudah sedar bahawa peluang untuk UBN mengekalkan 40 kerusi sudah lebur ekoran keceluparan dan kelantangannya cabar orang Cina menerusi DAP.
Itulah cakap siang kena pandang pandang cakap malam kena dengar dengar.
Hari ini juga Onn Hafiz buat lawatan ke TV3 dan kumpulan Media Perima, kenapa nak minta bantuan publisiti ke? Trims.
BEKUBUR.
Habis madu sepah dibuang,
Dahan patah tidak dipandang,
Saat perlu datang menjulang,
Bila senang terus menghilang.
PALESU
Amin Ahmad
Ada pihak sengaja mengulang-ulang cerita pelawaan DAP kepada YAM Tunku Zain. Saya tahu cerita ini kerana pada waktu itu saya berkhidmat di IDEAS yang dipengerusikan beliau. Waktu itu juga Wan Saiful masih ahli seumur hidup PAS menjadi CEO IDEAS dan Wan Mohd Firdaus mantan Presiden UKEC, seorang ahli UMNO berkhidmat dengan Najib Razak menjadi pengasas bersama. Nama IDEAS menjadi besar antaranya kerana ia menghimpunkan anak-anak muda pelbagai parti dan YM Tunku Zain sendiri adalah kerabat. Malah Lembaga Penasihat IDEAS memang terdiri rentas parti cuma dipilih berdasarkan keyakinan bahawa mereka positif kepada prinsip-prinsip yang dipegang oleh IDEAS.
Beliau tidak pernah menyertai DAP, atau menunjukkan minat menyertai DAP. Tetapi beliau kekal menjadi seorang kerabat yang bersuara dalam banyak isu demokrasi, Perlembagaan, hak asasi, pendidikan, seni-budaya dan pelbagai lagi melalui tulisan-tulisannya malah penglibatan beliau sendiri dengan pelbagai pertubuhan, sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya belajar di London School of Economics and Political Science dan bekerja di luar dan dalam negara termasuk antaranya Bank Dunia dan Bangsa Bersatu.
Ramai tidak tahu YAM Tunku Zain juga ada bersuara kepada pentadbiran Madani dalam beberapa isu. Dakwaan konon beliau mahu menyertai DAP adalah tuduhan jahat untuk mencemar reputasi beliau dan ayahandanya terutama dalam krisis semasa di N9.
MTEN Teliti Impak El Niño, Kesiapsiagaan Akar Umbi Dipertingkat – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya pada 11 Jun 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 11 Jun – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memutuskan Kerajaan mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) supaya memperhebat usaha penerangan berkaitan fenomena El Niño di seluruh negara bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat menghadapi cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat itu yang turut meneliti pembentangan METMalaysia mengenai fenomena El Niño serta implikasinya terhadap negara, menerusi perkongsian di media sosial hari ini.
“Mesyuarat bersetuju agar METMalaysia segera memperhebat usaha penerangan dan turun ke semua negeri bagi menyampaikan taklimat serta pencerahan yang menyeluruh selain kesiapsiagaan di peringkat akar umbi mesti diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mendepani kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu,” ujarnya.
Turut diteliti dalam mesyuarat itu, pembentangan daripada Malaysia Petroleum Resources Corporation berhubung hala tuju syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) negara.
“Kerajaan berpandangan bahawa urusan perniagaan serta pengembangan industri wajar dipacu oleh kecekapan, ketangkasan dan kebijaksanaan para penggiat industri sendiri, dengan Kerajaan terus menyediakan dasar yang jelas, kondusif dan menyokong pertumbuhan ,”menurut hantaran itu.
Beliau menegaskan bahawa dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan geopolitik dan pelbagai krisis antarabangsa, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar dengan penuh kebijaksanaan dan berpandangan jauh agar kepentingan rakyat sentiasa terjaga, ekonomi negara kekal mampan, berdaya tahan serta teguh menghadapi sebarang cabaran mendatang.
Ini Nasihat PM Anwar Kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO
PUTRAJAYA, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika menerima kunjungan hormat di pejabatnya di sini, hari ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau menekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.
“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam.

“Tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan,” katanya.
Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkasa SPRM sebagai institusi berwibawa dan dihormati dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi.
“Demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Abdul Halim memulakan tugas secara rasmi bermula 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM.


