JASA DAN JKOM SAMA KAH ?




Nik Ainul


 Saya tak ada masa nak sucikan JASA. Benda ni 2x5. Dua benda yang hampir sama. Pointnya, saya masih tak nampak apa manfaat langsung kepada rakyat biasa.







Tapi janganlah dulu kata JASA propaganda guna duit rakyat, lepas tu hari ini pertahankan J KOM sebab bajet lebih kecil.


Isunya bukan angka. Tapi isunya prinsip dan cakap biar serupa bikin.


Kalau wang rakyat tak patut digunakan untuk jentera komunikasi politik masa lawan pemerintah, kenapa tiba-tiba boleh bila kita memerintah?


JASA ke, J KOM ke, rakyat nampak benda yang sama iaitu wang rakyat. 


Kalau dulu fungsi JASA adalah untuk menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat, menjawab fitnah, melawan naratif jahat dan mempertahankan kerajaan daripada serangan politik, apa bezanya dengan JKOM hari ini?


Bukankah hujah yang digunakan untuk mempertahankan kewujudan JKOM hari ini hampir sama dengan hujah yang digunakan untuk mempertahankan JASA dulu?





No comments: