Cubaan penyokong pembangkang, Lim Sian See menggambarkan kerajaan MADANI kononnya membazir wang rakyat melalui peruntukan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dilihat tidak selari dengan fakta sebenar apabila angka yang dibangkitkan jauh lebih rendah berbanding pentadbiran terdahulu.
Menurut laman Facebook Suara Rakyat, Lim Sian See yang merupakan pengendali akaun FB bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempersoalkan peruntukan sekitar RM16 juta bagi tahun 2025 dan 2026 untuk J-KOM dengan cubaan mencipta persepsi seolah-olah kerajaan hari ini sedang berbelanja secara berlebihan.
“Faktanya peruntukan J-KOM hari ini bukan sahaja lebih rendah berbanding era PN Mahiaddin, malah lebih rendah daripada peruntukan JASA ketika pentadbiran BN Najib Razak,” menurut Suara Rakyat.
Ketika PN mentadbir negara, agensi komunikasi kerajaan ketika itu menerima peruntukan mencecah RM81.55 juta, iaitu lebih lima kali ganda berbanding jumlah yang diperuntukkan kepada J-KOM pada masa ini.
Bukan itu sahaja, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Najib, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) turut menerima peruntukan sekitar RM30 juta, angka yang masih jauh lebih tinggi daripada peruntukan semasa.
“Jika RM16 juta dianggap membazir, mengapa RM81.55 juta era PN dan RM30 juta era BN kenapa kamu bisu?!” tempelak Suara Rakyat lagi.
No comments:
Post a Comment