KEH KEH KEH


 

Bajet 2026 Kedah: Kerajaan Madani Lulus RM1.425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah




1. Akhirnya! YB Kuala Nerang, Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan. 


2. Projek Kerajaan Pusat di Kedah; Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1.425 bilion




1. RTB Sg Kedah - Anak Bukit - RM641 juta

2. RTB Pendang - RM350 juta 

3. RTB Baling - RM15 juta

4. RTB Bandar Jitra Selatan - RM45 juta

5. RTB Baling Fasa 2 - RM156 juta 

6. RTB Sg Bongkok - RM68 juta

7. RTB Bandar Baru - RM150 juta 





3. Projek Kerajaan Kedah 


1. Tebatan Banjir Pengkalan Lebai Man - Kuala Muda - RM3 juta.


4. Bab banjir kalini, baru nampak sangat Kerajaan Madani dipimpin PMX Dato Seri Anwar Ibrahim memang serius membantu rakyat Kedah. Walaupun beliau dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selalu di’serang’ oleh pimpinan Pas terutamanya MB Sanusi, YB Alor Setar, YB Pendang, YB Baling.


5. Usaha atasi banjir di Kedah ini memang diberikan penumpuan serius oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail sejak beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Kedah merangkap Menteri Dalam Negeri. 


6. 7 Rancangan Tebatan Banjir ini dijangka mampu selesaikan rungutan lebih 100,000 orang rakyat terjejas dengan banjir besar hingga kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dan kejatuhan nilai hartanah setiap tahun.


7. Bab RTB, PMX Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin juga tidak lupa Kulim Bandar Baru, penduduk di Bandar Baru akhirnya dapat projek RTB Bandar Baru bernilai RM150 juta (projek baru) di sekitar Sungai Serdang, Sungai Chekong dan Sungai Kechil Hulu untuk dilaksanakan segera. 


Ia dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir besar yang dialami lebih 20,000 orang penduduk sejak 2017 hingga sekarang.


8. Antara kampung terlibat adalah Kg Serdang, Kg Bukit Kechil, Kg Sg Lembu, Kg Baru Jaya, Kg Serdang Raya, Taman Beringin, Taman Setia Jaya, Kg Permatang Keling, Kg Permatang Pasir, Kg Lahar Sg Kechil, Kg Permatang Ara, Kg Relau, Kg Kechil Hulu, Kg Kechil zikir, Kg Kechil Tengah, Kg Selarong, Kg Sg Kechil Jaya dan Taman Kechil Indah.


Jadi rakyat Kedah dah boleh nilai mana kaca dan permata. 


Syam Ghaz




KIOK LA...


 

KEPUTUSAN AWAL NAIK CUKAI ALOR SETAR DAH DIBUAT 1 OKTOBER 2025?



Pelik je Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor Kedah tanya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan YB Teh Swee Leong bila lulus kadar cukai taksiran baru bawah MBAS? 








1. Kamu sebagai MB takkan tak baca Akta Kerajaan Tempatan 1976? Atau kamu buat buat tak faham untuk pekena lawan politik kamu? 


2. Untuk PBT keluar notis nak naik cukai, mereka akan keluar Notis Senarai Nilaian Baru Seksyen 141 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).


3. Ini flow yang Sanusi/Kerajaan Kedah dan MBAS kena lalu, mereka tahu dah ataupun buat buat tak tahu dah lulus?


Notis yang dilampirkan terang terang dah buat Mesyuarat MMK pada 1 Oktober 2025 lalu, ia diterbitkan oleh MBAS bukannya Kerajaan Pusat ataupun YB Teh.


Nak tahu detail flownya rujuk sini: 


4. SEKSYEN 130(3)(a) – KADAR MESTI DILULUSKAN KERAJAAN NEGERI


(INI BUKTI JELAS “MMK PERLU LULUS DAHULU”)


Akta 171: Seksyen 130(3)(a)


“Kadar hendaklah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, tetapi hendaklah mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.”


Ini seksyen paling penting. Kadar tak boleh diguna pakai tanpa kelulusan MMK. Bila dokumen MBAS tulis “menggunapakai… selaras keputusan MMK 1 Oktober 2025”, itu bermaksud kelulusan dasar telah diberikan.


5. SEKSYEN 137 – KEWAJIPAN BUAT SENARAI NILAIAAN BARU


(ASAS MBAS SEDIAKAN NILAIAN 2025)


Akta 171: Seksyen 137(1)


“Pihak berkuasa tempatan hendaklah menyediakan suatu senarai nilaian baru pada setiap lima tahun,

atau dalam tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.”


MBAS wajib buat nilaian baharu. Tetapi belum boleh kuat kuasa selagi MMK tidak lulus Seksyen 130.


6. SEKSYEN 141 – NOTIS SENARAI NILAIAAN KEPADA PEMILIK


(NOTIS HANYA BOLEH DIKELUARKAN SELEPAS MMK LULUS)


Akta 171: Seksyen 141(1)


“Setelah sesuatu senarai nilaian disediakan…

pihak berkuasa tempatan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap pemunya pegangan

suatu notis memberitahu nilaian pegangan itu.”


NOTIS tidak boleh dikeluarkan kalau kadar/nilaian belum diluluskan MMK.


Jadi apabila MBAS sudah mengeluarkan notis → kelulusan dasar telah sah diberikan.


7. SEKSYEN 142 – BANTAHAN OLEH PEMILIK


(SELEPAS NOTIS, BUKA RUANG BANTAHAN)


Akta 171: Seksyen 142(1)


“Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa nilaian dalam senarai nilaian itu boleh dalam masa yang ditetapkan membuat bantahan bertulis kepada pihak berkuasa tempatan.”


Notis MBAS baru boleh bantahan. Ini yang berlaku du Alor Setar, Ini fasa selepas kelulusan dasar, tetapi sebelum pengesahan akhir.


8. SEKSYEN 144 – PENGESAHAN / KEPUTUSAN MUKTAMAD OLEH KERAJAAN NEGERI - DISINI SANUSI KATA BELUM LULUS LAGI? 


Kita kena faham, ada 2 kelulusan, Kelulusan bawah Seksyen 130(3)(a)


(MMK SAHKAN SENARAI NILAIAN SELEPAS BANTAHAN)


Akta 171: Seksyen 144


“Sesuatu senarai nilaian hendaklah menjadi muktamad

apabila dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri.”


Ini peringkat final approval, bukan kelulusan dasar. Kelulusan dasar = Oktober 2025 dan Pengesahan akhir = selepas sesi bantahan selesai.


9. SEKSYEN 147 – TARIKH KUAT KUASA


(INI MENJAWAB ISU: 1 JANUARI 2026 BUKAN TARIKH LULUS, TAPI TARIKH KUAT KUASA)


Sini kita kena bezakan tarikh lulus dan tarikh kuatkuasa.


Akta 171: Seksyen 147(1)


“Sesuatu senarai nilaian yang telah disahkan itu

hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan.”


Tarikh ditetapkan lebih awal oleh MMK, Dalam kes MBAS: 1 Januari 2026. Ini bukan tarikh kelulusan, tetapi tarikh penguatkuasaan kutipan.


10. Kesimpulan:


1 Oktober 2025 = MMK lulus dasar (Seksyen 130(3)(a))


Adalah Kelulusan sebenar dan Memberi kebenaran MBAS “menggunapakai”


Selepas itu MBAS keluarkan notis Seksyen 141 (bukti kelulusan sudah ada)


Kemudian bantahan Seksyen 142, MMK sahkan muktamad Seksyen 144


1 Januari 2026 = tarikh kuat kuasa (Seksyen 147)


Bukan tarikh lulus, tarikh lulus untuk guna kadar baru cukai telah dibuat pada 1 Oktober 2026, 1 Januari 2026 adalah tarikh mula kutipan kadar baru bermula.


Syam Ghaz





TUUU DIA TERUK NO


 

Mujur la anak cucu Mahathir tak kutuk dia kerana mengkhianati UMNO...

 Che Ibrahim







Tubuh Bersatu untuk lawan UMNO, 

Tubuh Pejuang juga kerana nak lawan UMNO walaupun mampus pozek @ hilang deposit.




KALUT NOH JAWAB BARU HANGPA TAU.

 

Habis satu pejabat Sa Nu Si kerah untuk jawab.







Semalam Su Politik MB, pagi tadi Pegawai Khas MB.


Ni Pegawai Media MB dan Su Akhbar MB pula berdalih.


Huru hara Pas Kedah kalini. 


Rupanya kalut juga depa ya, bila kita sentuh Bajet 2026 Kedah.


Depa duk tibai PMX sedap takda fakta pun, main sentimen dan emosi ja.


Kita bagi fakta sentuh Negeri mereka tadbir mengelupor habis satu pejabat


Gini lah ajak Setpol, Su Akhbar, Pegawai Media dan Pegawai Khas debat dgn saya 1 orang ja

Isu Bajet Kedah ni. 


Kita buat live


Berani tak? Banyak benda nak tanya ni.





DULU TAK TUNTUT PULAK


Iswardy



 Setelah Sabah mendapat 40% peratus hak hasil sabah melalui mahkamah, demikian adalah hak-hak sabah Sarawak yang telah dinafikan sejak 1963 yang mana kerajaan GPS dan kerajaan sabah LANGSUNG tidak berbunyi malah bersetuju pulak dengan penghakisan hak ini. Selama puluhan tahun, pembangkang di Sarawak telah berbunyi dan inilah hak yang kami persoalkan kenapa di"jual" kepada semenanjung yang di senyapkan oleh kerajaan negeri. 


1. 40% hasil sabah - Peruntukan bawah Perkara 112D Perlembagaan persekutuan


2. 10% Royalti minyak kepada sabah dan Sarawak - kini kerana persetujuan Sarawak dan Sabah menandatangani 5% hasil minyak di bawah PDA 1974, maka Sabah dan Sarawak hanya menerima 5% dari tarikh tersebut. Ia adalah satu perbuatan khianat oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak yang kononnya "tidak tahu" padahal merekalah yang bersetuju.


3. Pemberian khas Sabah Sarawak kini dinaikkan sebanyak RM600 juta. Tetapi puluhan tahun Sabah Sarawak hanya menerima kurang dari 20 juta. Kalau ini bukan pengkhianatan saya tidak tahu apa lagi.


4. 30% Hasil kasatam sabah dan hasil khas lain perlu dibincang dan dirunding semula (Jadual Kesepuluh, Bahagian V, Seksyen (4))


Sekiranya dengan hasil 40% dan hasil kastam serta 10% setiap tahun, bagi tahun 2025 sahaja Sabah patut mendapat RM 8-10 billion pemberian WAJIB dari persekutuan TIDAK termasuk pemberian perbelanjaan pembangunan (Development expenditure) dan RM4 Billion ini WAJIB dalam bentu tunai masuk ke dalam Dana Negeri (State Consolidated Fund) Perkara 112C(1). 


Jangan salahkan federal semata-mata. Lihat siapa yang akan jadi kerajaan negeri nanti. Sama seperti Sarawak. Sayangnya Sarawak tidak ada pembangkang yang kuat untuk menuntut hak dan "mengetuk kepala" pemerintah agar jangan tunduk kepada kuasa luar.


Iswardy



WALAUN.. KENA JAGA STANDARD... JANGAN BAGI ORSNG ANGGAP ASAL WALAUN JA BODO..

 

Alif Jamil







Ada walaun cuba nak menipu kononnya Kerajaan Madani tak pernah bayar royalti Petroleum kpd Negeri Terengganu.


Meh sini kita telanjangkan kebodohan dia. 


Fakta ringkas yg boleh disemak:


1. Kementerian Kewangan sahkan bayaran kpd Terengganu pada April 2024 sebanyak RM172.3 juta (wang ihsan/Dana Khas) untuk emolumen + tambahan RM103.1 juta untuk obligasi kontraktor negeri. Ini bayaran terus ke akaun kerajaan negeri. 


2. MOF juga dah tegaskan bahawa tiada isu berkenaan bayaran tunai hasil petroleum kepada Terengganu bagi tahun 2023 & 2024. 

Maksudnya aliran bayaran berjalan, jadi tak timbul langsung isu kerajaan pusat tak bayar royalti nih. 


3. Dipihak negeri Terengganu sendiri, dokumen belanjawan dan penyata negeri ada merekodkan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (hasil petroleum) sebagai komponen hasil utama dan ini adalah pengakuan rasmi negeri sebagai bukti. 


4. Malah awal tahun 2024, perkara ini juga diakui oleh MB Terengganu sendiri bahawa MOF sudah membayar ratusan juta setakat bulan Mac dan ianya disahkan dalam sidang DUN. 


5. Soal istilah royalti, secara perundangannya bayaran 5% tertakluk kpd petroleum yg ditemui & diperoleh dalam negeri adalah berada dalam jarak 3 batu nautika.


Adapun perimeter luar had itu jatuh pada bidang Persekutuan , sebab itulah bayaran dibuat dalam bentuk Dana Khas atau wang ihsan. 


Ini garis undang² yg media arus perdana dah jelaskan berulang kali , jadi kenapa walaun bengal sangat susah nak paham ? 


Apa yg walaun cuba kelentong?


Mereka cuba samakan istilah “royalti” dalam negeri dgn semua telaga luar pesisir yg sebenarnya berada dibawah Persekutuan kemudian depa tuduh kononnya kerajaan Pusat tak bayar..


Padahal, mekanisme Dana Khas itulah instrumen yg menyalurkan hasil kpd negeri dan itulah bayaran sebenar "royalti" itu sendiri. 


Bukti bayaran ada pada rekod MOF, pengumuman rasmi dan bahkan dalam dokumen fiskal negeri sendiri pon ada. 


Jadi, isu sebenarnya bukan soal kerajaan Pusat tak bayar tapi....


Adakah kerajaan negeri urus hasil itu dgn telus & berkesan ??


Kalau rakyat masih dgr alasan “takdok pitih” untuk air, bantuan kebajikan, rumah rosak dan lain²,  itu maknanya kerajaan PAS Terengganu yg gagal mentadbir urus negeri , bukannya tak terima bayaran royalti minyak. 


Bahkan DUN sendiri yg selalu merujuk Dana Khas sebagai sumber besar hasil tahunan. Maknanya 32 org lebai yg mentadbir negeri ni takde otak langsung. 


Semua tak boleh pakai. 

Sekor pun takde idea nak tambahkan hasil negeri sendiri dan sebab itulah negeri terlalu jauh ketinggalan dalam semua benda. 


Jadi soal bayaran itu ada, rekod ada dan pengakuan pon ada. 


Yang takde cuma integriti pada naratif fitnah. 

Dan propaganda “Madani tak bayar royalti” itu hanyalah modal murahan untuk tutup kelemahan pentadbiran sendiri.


Rakyat Terengganu jgn duk termakan dgn fitnah dan propaganda puak² walaun tu, rujuk fakta & dokumen rasmi. 


MOF sendiri sudah bayar berkali² dan negeri sendiri pon dah ada rekod penerimaan bayaran tu.. 


Dan sepatutnya rakyat Terengganu kena tuntut tadbir urus yg telus dari 32 lebai tu supaya duit yg memang dah dibayar akhirnya sampai kpd rakyat.  




TINDAKAN SANUSI BAHAYA BUAT KEDAH


 Che Ibrahim


Jika tuntutan tersebut berjaya, maknanya Sanusi sengaja mahu serahkan Kedah kepada DAP.





Azmin Bakal Sireh Pulang Ke Gagang? Nurul Izzah Mula Sedari Kesilapan?

PAS Tak Tidur Malam! Terkejut Rafizi Dedah SKANDAL RM84 BILION!

ISWARDY ANALISA SIAPA BAKAL MENANG PRN17 SABAH ?

“Rakyat susoh ni…” – Penduduk Kelantan pasang kain rentang protes air tak ada


 

Beberapa kain rentang berbaur protes terhadap masalah gangguan bekalan air di Kelantan ditemui dipasang di sekitar Kampung Pak Keral, Tumpat.

Tidak pasti bila kejadian berlaku, namun difahamkan ia dipasang baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian tular, sebanyak 11 kain rentang dipercayai dipasang oleh penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan ketiadaan air bersih.


Kain rentang berkenaan dilihat tergantung pada papan tanda dan tepi jalan utama, dengan pelbagai tulisan kepada pihak berkuasa antaranya;


AKSB air kering sampai bila; YB Mumtaz air takdok ni; YB Wan Lan duk mana tu, dan YAB MB rakyat susoh ni.\



Ada juga kain rentang yang tertulis ‘selamat datang ke zon tiada air’.

Gambar-gambar itu dimuat naik laman Facebook Amrie Ist kelmarin sehingga menarik ratusan komen.




WAJARKAH KJ DITERIMA SEMULA DALAM UMNO

KAN DAH KENA BALUN!! - SOALAN ARAU YANG PMX MALAS NAK JAWAB | Parlimen

PMQT: PM Anwar Cadang Perjanjian Dagang REE Khazanah-China Disegerakan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 11 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Perjanjian berkaitan unsur nadir bumi (REE) antara Khazanah Nasional Berhad dan Kerajaan China dicadang untuk disegerakan seperti mana yang dirunding dengan syarikat dari Korea Selatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata demikian selepas terdapat permintaan memperluas dagangan REE membabitkan unsur magnet super diketengahkan syarikat JS Link yang berpangkalan di Korea Selatan.

“Di Pahang umpamanya, JS Link baru-baru ini, mahu melebarkan (dagangan) REE. Ia penting kerana ada orang anggap (Perjanjian Perdagangan Timbal Balik – ART) menyekat dagangan REE hanya kepada Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pengurusan Namhae Chemical Corporation, pengeluar terbesar baja kimia dan produk kimia industri Republik Korea, serta Samsung C&T Corporation di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto PMO

“Ini tidak betul kerana dalam rundingan saya di Korea Selatan dua minggu lalu, kita berikan ruang kepada JS Link buka (dagangan) tambahan REE ‘super magnet’ di Pahang dan ini selepas perjanjian (ART) ditandatangani dengan Presiden Donald Trump.

“Begitu juga dengan Premier China, Li Qiang. Saya usulkan supaya pelaburan China bersama Khazanah mengenai REE ini dipercepat. (Perjanjian ART bersama AS) ini tidak menghalang sama sekali,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai kemungkinan memindahkan beberapa sektor ekonomi yang sebelum ini dipusatkan di lokasi tertentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif JS Link Lee Jun Young dan Pengarah Urusan Lynas Malaysia Datuk Seri Mashal Ahmad di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto PMO

Ringgit terbaik Asia, tiada pujian kepada kerajaan

Sementara itu, Perdana Menteri ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berkata, ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar AS, sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi ringgit itu mampu dicapai biarpun kerajaan sebelum ini, dikecam apabila mata wang domestik mengalami penyusutan, berbanding dolar AS.

“Dulu kita diserang bertubi-tubi (kerana) ringgit jatuh (tetapi) sekarang bila ringgit mengukuh, tak sebut sepatah pun (pujian), inilah masalahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 11 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Jadi, kini (paras ringgit) RM4.16 berbanding satu dolar AS dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini, berpotensi mencapai paras lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi baik tahun ini.

“Ekonomi negara juga terus kukuh dan berdaya tahan, selain mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025.

Semakan prestasi ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat jam 12.40 tengah hari 11 November 2025. Foto Yahoo! Finance

“(KDNK) suku ketiga 2025 (dijangka pada) 5.2 peratus dan pertumbuhan keseluruhan tahun ini juga berpotensi mencapai paras lebih tinggi berbanding (kadar) diunjurkan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, trend perdagangan juga terus positif dengan jumlah dagangan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat 4.4 peratus kepada kira-kira RM2.24 trilion.

Beliau berkata, daya saing negara juga terus meningkat berdasarkan Indeks Daya Saing Dunia 2025 apabila Malaysia melonjak 11 anak tangga dan menjadi pencapaian terbaik, sejak 2020.

“Ini (dicapai) dalam keadaan ekonomi tidak menentu, terutama akibat pengenaan tarif Trump. Sebaliknya (keadaan ekonomi negara) masih meningkat kira-kira RM2.24 trillion,” katanya.



Apakah Ewon Malu Semalu Malunya Sekarang?

 


Terkedu Ewon Benedick dan kesombongannya sendiri setelah ugutannya langsung tidak bernilai sama sekali bersama UPKO yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

KOTA KINABALU, 11 Nov – Pengumuman rasmi telah dibuat bahawa Kerajaan Persekutuan Putrajaya tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah untuk menerima 40% hasil persekutuan yang dikutip daripada negeri itu.

Sudah tentu ini membuatkan Presiden Upko, Ewon Benedick, berasa malu sendiri bukan kepalang!

Hanya dua hari lalu beliau meletakkan jawatan secara ‘dramatik’ sambil menyatakan sebab peletakan jawatannya adalah apa yang beliau sifatkan sebagai sikap tidak peduli Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap hak perlembagaan Sabah untuk menerima 40% hasil persekutuan yang diperoleh daripada negeri itu.

Jeritan ‘berprinsip’ Ewon Benedick yang mengumumkan UPKO keluar daripada Pakatan Harapan kini langsung tidak bernilai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu terhadap keputusan bias Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 11 November 2025.

“Saya tidak boleh bersetuju dengan pendirian dan tafsiran yang diambil oleh AGC, yang berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada perdana menteri dan kerajaan persekutuan,” katanya dengan angkuh ketika itu.

Jadi, apa yang Ewon hendak katakan sekarang? Jadi syaitan bisu?

Jelas sekali beliau bertindak terlalu awal dalam usaha menonjolkan Upko mengatasi parti-parti Kadazan lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 11 November 2025.

AGC telah menyatakan bahawa kerajaan persekutuan menghormati prinsip perlembagaan berkaitan “geran khas” di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan dan telah bersetuju untuk memulakan rundingan dengan kerajaan Sabah dengan segera.

Jika Ewon kekal, beliau sebenarnya boleh memainkan peranan penting dalam rundingan tersebut, tetapi kini beliau hanya akan menyertai pengkritik taraf longkang seperti James Chin dan Bridget Welsh yang sekadar tahu mengeluh dari tepi gelanggang.

Fakta bahawa keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa kerajaan ini adalah yang paling ikhlas dalam usaha memulangkan hak rakyat Sabah.

Tidak pernah mana-mana perdana menteri sebelum ini mengiktiraf tuntutan yang sengaja dipolitikkan sama ada kerajaan pusat atau kerajaan negeri terdahulu, dan adakah Ewon kini malu semalu malunya?