WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..

MENANGIS DI TEPI LONGKANG! KEM MUHYIDDIN KEPANASAN CUBAAN LEBAI PAS TĒMB...

PN PERLU PECAT ANGGOTA KABINET PERTAHAN CHINA


KENAPA KITA TERHEGEH HEGEH

 

MOHD MUKHLIS


Singapura dah umum 3 minggu lepas, Indonesia sudah umum 2 minggu lepas, kita baru terhegeh-hegeh nak umum. Tapi kita fahamlah menteri nikah kawinkan sibuk dengan urusan RUU355 sampi lupa bab penting ini.

Cumanya yang sampai pergi Mekah bawa entourage berbelas-belas orang siap naik chartered jet yang di taja cukong, apa faedahnya?

Kalau tanya super ولعون teknokarat, depa pasti akan puji apa-apa sahaja, orang isim sahaja yang percaya dapat kuota Haji tambahan waktu Mekahpun tengah lockdown.

Macam TGV Cinema offer ticket wayang percuma untuk sekeluarga tapi tarikh dia waktu PKP3.0; kalau dapat ke Jurutera Ir. Ts. Khairil Nizam , depa dah siap takdir dululah, siap suruh anak bini pakai baju lawa-lawa drive kereta semua siap sampai depan pawagam; tengok pawagam tutup.

Rindu pula dengan zikir chanting adik-adik Hamis aka ولعون in-training

"Mereka semakin berani!"




KEPUTUSAN UNDI ..TAPI RASANYA BELOM LAGI TAMAT

May be an image of text that says "Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai? by SS Topui 1 day ago The results after 6710 people voted: Tidak Ya 93.29% (6260 votes) 6.71% (450 votes) Total votes: 6710"


KAK IDA ABDULLAH



May be an image of car and road


Yang dok merah mata hati berulat dengan Jaguar terpakai Anwar Ibrahim, mai sini.

Taulah walaun ni otak entah dok tang mana dan kaki fitnah.

========================

ANWAR IBRAHIM ADALAH ' PAKAR PERUNDING KEWANGAN ' YANG DIAKUI OLEH BANK DUNIA SUDAH TENTU MAMPU MEMBELI KERETA MEWAH.

1. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia PERTAMA yang diakui sebagai ' PAKAR PERUNDING KEWANGAN ' oleh Bank Dunia Pada tahun 2008.

2. Anwar pernah menjadi KONSULTANT selama 6 bulan di Bank Dunia.

3. Selepas Anwar diakui sebagai Pakar Perunding Kewangan oleh Bank Dunia, puluhan negara dan syarikat-syarikat besar di dunia mohon KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN dari Anwar malahan ada NEGARA yang mengambil Anwar sebagai penasihat EKONOMI dan KEWANGAN seperti Negara Turki,UAE dan banyak lagi.

4. Beberapa negara yang pernah mohon khidmat nasihat kewangan dari Anwar seperti Indonesia,Bosnia,Arzabijan,Hong Kong,Taiwan,Afrika Selatan,Nigeria dan banyak lagi.

5. Salah satu negara yang pernah mohon khidmat nasihat kewangan dari Anwar adalah Negara Singapura.Singapura membayar Anwar sebanyak SD100 RIBU setiap satu jam.

Sila rujuk Dato Saifuddin Nasution yang pernah bersama Anwar ke Singapura.

Duit saman pun dah berlambak DSAI dptDescription: 😃Description: 👍

Asyik menang saman pun berjuta. Baru2 ni dgn Papagomo DSAI menang RM1juta bersama kos?

Ertinya DSAI dapat bersih RM1juta,baru je dilunaskan melalui peguam DSAI.

========================

** DSAI tu kat mana pun laku sebab beliau sebutir permata bukan macam Lebai yang hanya berdagang agama!**

 

APANAMA...APANAMA...APANAMA....ORANG LAIN YANG DESAK...DIA TAK MAU JAWATAN ...


0:13 / 0:43

SEMUA PENYOKONG YG SURUH, OT BUKAN MAU BERTANDING ATAU BUAT SEMUA TU....ITULAH AYAT "CLICHE" OT tu selain dari "APANAMA" dan "TERTENTU"....




INI APANAMA?? FAKTA....

1) OT bukan nak ambik tindakan terhadap DSAI, tapi polis yg siasat dan tunjuk bukti kes DSAI.

2) OT bukan nak pecat DSAI dari UMNO cuma buang dia dari kabinet tapi Ahli-ahli MT yg buat keputusan suruh pecat.

3) OT bukan nak jatuhkan Pak Lah, dia dah pencen tapi org TERTENTU pi jumpa suruh dia buat sesuatu.

4) OT bukan nak jatuhkan Najib, tapi org tertentu mai jumpa suruh dia lakukan sesuatu juga.

5) OT bukan nak bertanding mulanya, tapi MP PH yg suruh OT bertanding di PRU14 dan penyokong yg minta bertanding di Langkawi.

6) OT dah taknak bertanding dah di PRU15 tapi penyokong dia memg payah sket nak let go, depa yg suruh dia bertanding.

7) PELIK BUKAN? SEJAK bila OT tu buat perkara-perkara mcmtu sbb ikut cakap org atau org suruh? Sejarah OT ni org kena dengaq cakap dia. Kalau tak dengaq....OUT YOU GO...!!

8.) Oh ya....kalau kawan2 penyokong dan anak2 OT yg suruh OT bina bangunan berkembar Petronas tu dgn bermacam2 bahan binaan dan kemasan2 (finishes) yg mahal mcm tiles, marbles, screenshades, aluminium cladding, tempered glass dll bagi kontrak supply kat depa...agak2 OT akan ikut tak?

9) PANjilat OT tu JANGAN le marah, TANYA JER KOT? Kan OT PEMURAH sangat tak sanggup tolak permintaan penyokong2 "TERTENTU"?? Kot la ada yg mintak lagu tu? Mana nak pi tau?

10) TAPI...sape dan berapa ramai penyokong dia yg TERTENTU yg dok suruh dia buat itu dan buat ini? Sape nama "penyokong" yg suruh tu? Mahathir? Hadoi la...sampai bila la OT ni nak temberang rakyat? Sampai abg Jamil mamposs..!! APANAMA? Pekak.

- Zus Din

13 June 2021

 

TUBUH JAWATANKUASA DARURAT TETAPI JEMAAH MENTERI NASIHATI AGONG?


LEBAI MALANG RAZMAN :Penyokong kecam pemimpin PAS, dalam keadaan masjid dikunci, boleh buat-buat bodoh, sibuk pasal GST

 

Panas! Penyokong kecam pemimpin PAS, dalam keadaan masjid dikunci, boleh buat-buat bodoh, sibuk pasal GST


Nak buat macamana… depa lanie bercakap dalam mulut ada dedak sagon taik ayam… tuu yang bunyi lain dah skearang nie….

ujian ALLAH nak tunjuk kelaku hodoh puak penunggang agama untuk tembolok depa kat atas aja…

hangpa kat bawah jenoh tadah tin milo laa jawab dia.....

Terkini! PKR dan Umno capai sepakat

 


Terkini! PKR dan Umno capai sepakat

Pemimpin Pakatan Harapan dan Umno membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang berkata Kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan darurat.

Mereka berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan darurat pada Januari lalu menyatakan jawatankuasa bebas khas yang akan menasihati Agong berhubung perkara itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan Takiyuddin itu menyimpang daripada Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan amat mengelirukan serta menimbulkan beberapa persoalan.

Ini kerana, katanya, kerajaan memberi pengecualian untuk Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menasihati Agong berbanding Kabinet.

Beliau yang turut menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat itu, mempersoalkan jika fungsi jawatankuasa itu sudah diambil alih Kabinet.

“Sehingga sekarang, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini masih wujud dan berfungsi menjalankan tugas dengan matlamat akhirnya mempersembahkan laporan kepada Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara, Arifin Zakaria, mempunyai 19 anggota.

Semalam, Takiyuddin dilaporkan berkata, kerajaan akan menasihati Agong sama ada darurat akan disambung sehingga 1 Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Umno Selangor, Noh Omar yang juga ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menyelar Takiyuddin dengan berkata, kenyataannya adalah penghinaan kepada ahli jawatankuasa itu yang diperkenankan Agong.

“Jika Baginda bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada menteri, kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?

“Adakah menteri merujuk kenyataan perdana menteri mengenai peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Saya minta menteri jelaskan apa sebenarnya peranan kami?” soalnya di Facebook.

Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa Muhyiddin tidak boleh dipercayai, jika beliau tidak boleh mengotakan janjinya berhubung perkara itu ketika mengisytiharkan darurat pada Januari lalu.






SELAIN MAHIADDIN YANG GILA KUASA, PUNCA MASALAH NEGARA JUGA KERANA MAHATHIR YANG SENTIASA KEMARUK KUASA

 

Di samping dibelenggu oleh pentadbiran kerajaan yang gagal sehingga hampir semua perkara dalam negara jadi celaru dan haru-biru, kita juga sebenarnya berdepan dua masalah pokok yang lain.

Pertama, Mahiaddin Md Yasin yang bukan saja gagal dan tiada keupayaan kepimpinan di mana faktor tersebut memberi sumbangan paling besar kepada lahirnya kerajaan yang gagal, lebih buruk beliau juga menampakklan ciri-ciri seorang yang gila kuasa.

Apabila kedudukan sokongannya diragui, kalau pun tidak mahu mengambil sikap paling terpuji iaitu mengundurkan diri, beliau sepatutnya berani membawa usul percaya atau membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan terhadapnya.

Dengan yang demikian, kedudukannya selepas itu tidak lagi menjadi pertikaian sesiapa.

Menangguh-nangguh sidang Parlimen, tidak membenarkan usul percaya atau tidak percaya dan kemudian menggantung Parlimen melalui perlaksanaan darurat di ketika keabsahannya diragui adalah pendekatan pengecut dan “tak bertelor” seorang pemimpin.

Seorang pemimpin mesti berani dan tidak takut menghadapi apa juga cabaran, termasuk kemungkinan dijatuhkan kerana disitulah letaknya tunjang kewibawaan.

Orang penakut bukan saja tidak layak menjadi pemimpin, kalau jadi pengikut pun biasanya hanya memilih tempat di barisan paling belakang sekali.

Memimpin negara adalah suatu amanah, jika gagal, peranan seseorang itu akan dipersoalkan, malah di akhirat nanti pun pemimpin akan menjadi antara golongan pertama dipanggil mengadap Tuhan untuk ditanya berkaitan kepimpinan dan perlaksanaan amanah yang dipertanggungjawab terhadapnya.

Dengan apa yang dilakukan Mahiaddin untuk mengekal dan mempertahankan kuasanya selama ini, tanpa keraguan beliau adalah seorang yang boleh dikategori sebagai gila kuasa sebenarnya.

Sudahlah tidak mampu memimpin, negara jadi haru-biru dan rakyat jadi tambah derita, sokongan majoriti pula menjadi keraguan dan kemudian melakukan perkara-perkara luar biasa untuk menongkat jawatannya, tidak rasa malukah dalam hati Mahiaddin mengambil gaji dan elaun lumayan setiap bulan untuk menyara hidup dan keluarganya?

Masalah kedua negara kita ialah Tun Mahathir Mohamad yang masih kemaruk dan tak puas-puas mahu mengejar kuasa.


Beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali – kali pertama antara 1981 hingga 2003 iaitu selama 22 tahun dan kemudian selama 22 bulan antara 2018 hingga 2020 yang lalu.

Selepas kali pertama meletakkan jawatan pada 2003 dan berulang kali mengatakan akan bersara sepenuhnya serta tidak akan bertanding semula dalam pilihanraya, dalam tempoh persaraannya, beliau bukan saja memusuhi semua Perdana Menteri selepasnya, bahkan kembali menjadi Ahli Parlimen pada 2018 lalu.

Setelah menjadi Perdana Menteri, meski diikat dengan janji yang disaksikan malaikat di langit dan manusia di bumi, pelbagai usaha cuba dilakukannya untuk menjadi pemungkir demi tak puas dengan kuasa dan untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi penggantinya.

Berikutan berlakunya Langkah Sheraton, beliau telah meletakkan jawatannya, meski dinasihat oleh Agong agar jangan berbuat demikian.

Sebelum itu, pada petang hari berlangsungnya Langkah Sheraton, semua pemimpin politik yang telah dijinakkannya sejak 22 bulan beliau berkuasa telah pun berkumpul di kediamannya di Sri Kembangan untuk tujuan meletakkannya semula sebagai Perdana Menteri melalui gabungan baharu.

Ia adalah fakta yang menunjukkan Langkah Sheraton memang sebahagian perancangan yang direstui Tun Mahathir, cuma di saat-saat akhir beliau menyerlahkan niat sebenarnya mahu mewujudkan kerajaan perpaduan yang disokong semua parti.

Itulah sebabnya beliau berkeras mahu meletakkan jawatan dan menolak nasihat Agong agar tidak berbuat demikian.

Sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir tidak berlengah lagi memperkenalkan idea mahu menubuhkan kerajaan perpaduan yang menjadikannya bukan saja Perdana Menteri lebih berkuasa, malah tidak lagi terikat dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar.

Cuma, malangnya perkara itu tidak dipersetujui oleh UMNO dan Pas yang membuatkan kedua-dua parti itu menarik sokongan mereka.

Oleh kerana ideanya itu ditolak, di situlah terbukanya peluang Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, sedangkan perancangan pada peringkat awal menjatuhkan PH ialah hanya untuk membuang PKR, DAP dan Amanah serta mengenepikan janji kepada Anwar dengan Tun Mahathir masih kekal sebagai Perdana Menteri, sementara Mahiaddin akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Disebabkan perancangan kerajaan perpaduan itu gagal, Tun Mahathir kemudiannya kembali mendapatkan sokongan PH, tetapi beliau tetap enggan meletakkan Anwar sebagai calon timbalannya.

Setelah Mahiaddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan kedudukan majoritinya kekal dipertikaikan, Tun Mahathir tidak berhenti lagi berusaha mahu menjadi Perdana Menteri, kali ini dengan janji hanya selama enam bulan dan selepas itu akan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Beberapa kelompok dalam PH sendiri ramai terpedaya dengan janji enam bulan itu, bahkan ada yang lantang memberi tekanan kepada Anwar bahawa mereka akan menarik sokongan dan menjatuhkan Tun Mahathir selepas enam bulan kiranya janji itu tidak dipenuhi.

Alhamdulillah, Anwar dan PKR tidak terpedaya dengan janji manis yang cuba memperdayanya itu.

Gagal memujuk Anwar dan PKR, Tun Mahathir kemudian mencuba lagi untuk berkuasa dengan bergabung pula dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Entah apa yang dijanjikannya kepada Ku Li sehingga ramai rasa hairan bagaimana Ahli Parlimen Gua Musang itu sanggup tampil mengadakan sidang media secara bersama Tun Mahathir.

Apabila usaha tersebut tidak menjadi kenyataan, Tun Mahathir dengan selamba akhirnya menyalahkan Ku Li dengan mendakwa bekas Menteri Kewangan itu gagal menarik walau seorang pun Ahli Parlimen UMNO untuk bersamanya.

Langkah terbaru Tun Mahathir untuk kembali berkuasa tiba-tiba muncul dengan beliau mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dengan menawarkan dirinya sebagai ketua, namun berikutan kecaman banyak pihak berkaitan cadangan yang merupakan langkah ke belakang itu, beliau kemudian menukar idea Maheran kepada penubuhan Majlis Pemulihan Negara.

Yang menjadi persoalan, ketika menghadap Agong baru-baru ini, yang dipersembahkannya adalah Mageran atau Majlis Pemulihan Negara?

Apa yang jelas, semua langkah, usaha dan tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir sejak meletak jawatan dan menolak nasihat Agong supaya tidak berbuat demikian, hanyalah semata-mata untuk kembali berkuasa semula.

Jika apa yang dilakukan itu bukan kerana mengalami gejala tak puas-puas dengan kuasa, barangkali ia lebih tepat dinamakan kemaruk kuasa.

Kalau dengan adanya Mahiaddin yang gila kuasa membuat negara jadi celaru dan haru-biru, selagi adanya Tun Mahahir yang kemaruk kuasa pula, maka selagi itulah negara ini tidak akan ke mana-mana.

Tindak-tanduk Tun Mahathir sejak 2003 hingga sekarang langsung tidak membawa kebaikan untuk negara, malah mencipta lebih banyak kerosakan dan kekacauan, sementara sejak 14 bulan berkuasa pula, Mahiadrin hanya berjaya memperkenalkan Malaysia sebagai negara gagal semata-mata.

Tanpa mereka berdua, lebih-lebih lagi masalah utama dalam negara sekarang ialah kepimpinan negara yang tidak berupaya sehingga terlahir kerajaan yang gagal, itulah sebenarnya penyelesaian untuk mara dan bergerak ke hadapan.

Bagaimana dengan Anwar, tidakkah beliau juga gila kuasa dan kemaruk kuasa?

Oleh kerana Anwar belum menjadi Perdana Menteri, beliau sama sekali bukan seorang yang gila kuasa, jauh sekali dijangkiti simpton kemaruk kuasa.

Anwar lebih sesuai dipanggil pemburu kuasa dan perkara itu adalah biasa bagi mana-mana pemimpin selagi mereka mempunyai sokongan serta dokongan yang munasabah di belakangnya untuk diangkat menerajui negara.

Anwar hanya akan menjadi seorang yang gila kuasa jika setelah menjadi Perdana Menteri nanti, beliau turut melakukan seperti apa yang Mahiaddin lakukan atau kalau setelah bersara, tetapi meniru sama perangai seperti Tun Mahathir. 


(ShahbudinHusin 13/06/2021)




KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA

13 Jun 2021

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri yang akan menasihati KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Sedia maklum bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan peranan atau tugas menasihati Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan kepada Jemaah Menteri sesuai Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan yakni KDYMM Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat.

Pada 12 Jan 2021 Perdana Menteri mengumumkan darurat berkuatkuasa di negara kita. Hal ini setelah KDYMM Yang di-Pertuan bersetuju dengan nasihat Jemaah Menteri yang disampaikan oleh Perdana Menteri dan sesuai Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan telah diisytiharkan Proklamasi Darurat. Seterusnya pada 14 Jan 2021 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dibuat dan berkuatkuasa.

Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 ini diperuntukkan penubuhan jawatankuasa Khas Bebas Darurat. Dengan penubuhan ini kerajaan telah membuat pengecualian untuk Jawatankuasa ini menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat berbanding dalam keadaan biasa peranan menasihati ini adalah peranan Jemaah Menteri. Jawatankuasa ini memikul tanggungjawab yang sangat jelas dan spesifik iaitulah “menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat atau penamatannya”. Sehingga sekarang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini masih ujud dan berfungsi menjalankan tugas dengan matlamat akhirnya mempersembahkan laporan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Sudah tentulah kenyataan Menteri Takiyuddin ini amat mengelirukan sekaligus menimbulkan beberapa persoalan:

• Apakah fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat untuk menasihati KDYMM Yang di-Pertuan Agong tentang tarikh darurat ditamat atau disambung kini diambilalih oleh Jemaah Menteri?

• Apakah ini bermaksud ketika darurat berjalan di bawah kuasa Ordinan Darurat 2021 sekalipun, kuasa Jemaah Menteri menasihati KDYMM Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan dianggap terpakai termasuk dalam perkara menamatkan atau melanjutkan tempoh darurat?

• Jika itu benar apa keperluan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini diujudkan?

Sebagai seorang ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dilantik oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong saya ingin memohon Menteri Takiyuddin Hasan segera tampil memberikan penjelasan. Hal ini akan membantu saya untuk membuat keputusan bersabit kedudukan dan peranan saya dalam jawatankuasa ini.

Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agong KEADILAN

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

Pemimpin Umno makan gaji, naik kereta rasmi kerajaan, tapi mimpi lain-lain, kata Syed Hamid


Syed Hamid Albar menyifatkan kerajaan PN unik dan ‘politik Malaysia sekarang kena buat tesis’.

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu, Syed Hamid Albar berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menyokongnya.

“Macam mana mahu tubuhkan Majlis Presiden sedangkan Umno dan BN tidak menyokong PN? Ini kerajaan yang dipimpin oleh PN, tapi orang Umno duduk makan gaji dalam kerajaan, naik kereta rasmi kerajaan, tetapi mimpi lain-lain.

“Jadi, saya fikir ini pelik dan unik, dan saya tak boleh salahkan sesiapa. Tapi kalau ditanya kepada saya sebagai rakyat biasa, tak boleh sebenarnya ada kerajaan macam ini,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu berkata, apabila kerajaan berasaskan parti ditubuhkan, ahli parti itu akan dilantik menganggotai kerajaan.

Tetapi, katanya, pemimpin Umno yang tidak menganggotai kerajaan bertindak “hentam PN teruk-teruk”.

“Tidak pernah saya lihat dalam dunia ada kerajaan macam ini. Kita adalah kerajaan yang berasaskan parti, bila berasaskan parti, ahli parti itu duduk dalam kerajaan, tapi satu kaki di sebelah sini dan satu lagi kaki di sebelah sana. Jadi, dalam keadaan itu, mana ada nilai kolektif?”

Beliau bagaimanapun berkata, Bersatu atau Umno tidak boleh dipersalahkan atas keadaan itu.

“Tidak boleh salahkan Bersatu atau Umno sebab dia punya perkahwinan ini, bila mereka dah kahwin, sepatutnya tidur atas tilam sama, bantal yang sama, tapi mimpi lain-lain?“Kerajaan ini memang unik, dunia luar yang tengok pun akan kata, ‘politik Malaysia sekarang ini memang kena buat tesis’,” kata bekas menteri luar itu.