KITA ROMBAK BUKAN ROMPAK


 

TUUUU...DIA BANYAKNYA DUIT....MANA DAPAT TU ?

 


Najib dedah aset RM4.49 juta





Najib Razak turut mendedahkan beliau memiliki wang sebanyak RM1.24
 juta dalam akaun Affin Bank dan wang deposit pelaburan Amanah
 Saham Nasional Berhad berjumlah RM2.52 juta. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Najib Razak mendedahkan aset dimilikinya termasuk beberapa lot tanah serta rumah di Pahang dan Selangor, beberapa kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz dan Bentley Continental Flying Spur serta wang tunai yang semuanya bernilai RM4.49 juta.

Pendedahan itu dibuat selepas SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, selaku plaintif memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib selaku defendan memindah atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.

Injunksi mareva merupakan perintah sementara yang mengekang Najib daripada melupuskan asetnya sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Pada 24 Mac lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arief Emran Arifin, yang membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari dalam saman ke atas Najib turut mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam plaintif secara bertulis aset beliau di dalam atau luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah tersebut diserahkan kepadanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Arief Emran turut mengarahkan Najib supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu dibenar mengeluar dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman.

Berdasarkan dokumen diperoleh pihak media hari ini, Najib, 69, mendedahkan aset dimiliki beliau sehingga 30 Jun tahun ini di dalam afidavit tambahan yang difailkannya pada 20 Jul, menerusi Tetuan Shafee & Co.

Antaranya, beberapa lot tanah dan rumah di Pekan, Kuantan, Bentong dan Genting Highlands di Pahang serta Semenyih di Selangor yang keseluruhannya bernilai RM460,987; lima kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz dan sebuah Bentley Continental Flying Spur dengan empat daripadanya adalah hadiah besan Najib dari Kazakhstan, sebuah motosikal Honda EX-5 dan motosikal Kawasaki ZG (hadiah), yang keseluruhannya bernilai RM252,000.

Najib turut mendedahkan beliau memiliki wang sebanyak RM1.24 juta dalam akaun Affin Bank dan wang deposit pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad berjumlah RM2.52 juta.

Menerusi afidavit yang difailkan pada 25 Apr lalu, Najib mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai aset berjumlah RM42 juta.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, ketika dihubungi, hari ini.

Farhan berkata, pada prosiding di hadapan Hakim Amarjeet Singh, pihaknya memaklumkan bahawa permohonan bagi penangguhan prosiding kes saman SRC terhadap Najib ditarik balik.

“Kami menarik balik permohonan itu dengan syarat pernyataan pembelaan untuk menjawab saman itu perlu difailkan dalam tempoh dua bulan bermula hari ini,” katanya yang turut memaklumkan pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 13 Okt ini.

SRC, anak syarikat 1MDB dan Gandingan Mentari Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SRC, memfailkan writ saman pada 7 Mei tahun lepas mendakwa Najib melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa serta memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Pada 28 Jul 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC.

Kes itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

TIKTOK : PAS KHIANAT. HAKIKATNYA JIKA PAS BERSAMA PR , PAS MENANG..TAPI KINI PAS KIOK


 

TIKTOK : PENGGUMUMAN ISTERI SULTAN KELANTAN






 

TIKTOK : LTAT PEGAWAI JANGAN MAKAN GAJI BUTA...H20 NGANGA


 

AMPU ADALAH BUDAYA KITA - FAHMI REZA



 



LAPORAN POLIS TERHADAP TS. HADI AWANG (PRESIDEN PAS) ATAS FITNAH PAKATAN HARAPAN CUBA MERUNGKAI PERLEMBAGAAN NEGARA




       BOLEH HABIS DUIT GAJI DUTA KHAS .....MAKAN GAJI BUTA BAYAR SAMAN.....







Seperti video ucapan Presiden PAS sewaktu Pelancaran Perikatan Nasional Negeri Terengganu yang menyatakan Pakatan Harapan cuba merungkai perlembangaan negara ketika memerintah 22 bulan.

Oleh itu, setiap negeri & kawasan diminta untuk membuat laporan polis atas fitnah tersebut di seluruh negera secara serentak seperti ketetapan berikut :-

3 Ogos 2022 (Rabu)

2.30 petang

Seluruh negara

Mohon tindakan setiap negeri & kawasan.

YB. SANY HAMZAN

Pengarah

Biro Mobilisasi

Parti Amanah Negara

#AmanahProgresifPeduli

 

1MDB – SATU MALAYSIA DALAM BAHAYA, FAEDAH HUTANG TAHUN INI SAJA RM1.57 BILION

 


Lebih RM1.57 bilion akan dibelanjakan kerajaan pada tahun ini bagi membayar faedah daripada hutang 1MDB.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberitahu anggaran itu dibuat dengan andaian kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia dengan dolar AS ialah pada kadar RM4.50 bagi setiap AS$1.

“Pembayaran faedah dibuat dua kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Tengku Zafrul memberitahu Dewan Rakyat mengenai hal itu sebagai jawapan kepada soalan Pang Hok Liong (PH-Labis).

Terdahulu Pak bertanya kepada Kementerian Kewangan mengenai bayaran faedah bulanan yang diperlukan kerajaan untuk membayar hutang 1MDB.

Sebelum ini media melaporkan setakat 30 Jun lalu, baki komitmen hutang 1MDB ialah sebanyak RM32.08 bilion.

Kata Tengku Zafrul antara April 2017 dan Mei 2022 kerajaan menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah RM10.85 bilion melalui Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) untuk melunaskan komitmen hutang dan faedah 1MDB.Zafrul berkata sehingga 30 Jun, jumlah dana 1MDB yang berjaya diperolehi semula ialah berjumlah RM19.28 bilion termasuk dalam pelbagai mata wang asing, seperti dolar AS, dolar Singapura dan dolar Australia.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/630536





Tuntutan Cuepacs kakitangan awam naik gaji sebelum PRU, ini penjelasan JPA

 

Tuntutan Cuepacs kakitangan awam naik gaji sebelum PRU, ini penjelasan JPA


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah melaksana beberapa penambahbaikan gaji penjawat awam sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenal pada 2002, membabitkan penetapan gaji permulaan terendah, pelarasan gaji dan penambahbaikan jadual gaji.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, contohnya pada 2016, faedah pemindahan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) juga diberikan kepada penjawat awam.

“Penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam merangkumi semakan saraan (gaji, elaun dan kemudahan) serta laluan kerjaya juga sedang dibuat secara holistik dengan mengambil kira kesesuaian dan situasi ekonomi serta kedudukan kewangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau mereka akan berpiket.

Mengulas lanjut, Mohd Shafiq berkata, dasar berkaitan kebajikan penjawat awam seperti kemudahan bekerja dari rumah (BDR), waktu bekerja fleksibel, penambahbaikan kemudahan cuti seperti cuti jaga anak dikuarantin atau memerlukan pengasingan serta elaun, turut dipanjangkan kepada penjawat awam.

“JPA komited dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terpelihara dan ditambah baik dari semasa ke semasa selaras dengan aspirasi keterangkuman Keluarga Malaysia,” katanya.

JPA juga kata beliau, sentiasa prihatin dan terbuka dengan pandangan semua pihak yang berkepentingan berkaitan kebajikan penjawat awam.

“(Ini termasuk dari) Majlis Bersama Kebangsaan (MBK), Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan sesi konsultasi secara berterusan dengan agensi kerajaan dan kesatuan pekerja secara langsung dan tidak langsung,” katanya.


JANGAN KATA DI SELANGOR SAHAJA BANJIR ...DI JOHOR PUN BANJIR..DI KEDAH..PAHANG BANJIR...DI PENANG HARI TU WALAUN BUAT REPORT DAH....TAPI LA NI DIAM MEMBISU

 

Hujan lebat cetus banjir kilat, ratusan kenderaan terkandas di Johor Bahru.



Siti Nur Aqilla Omar
Hujan lebat cetus banjir kilat, ratusan kenderaan terkandas di Johor Bahru
Tinjauan Astro AWANI di kawasan tempat letak kereta di Jalan Ayer Molek mendapati, orang ramai sedang berusaha membawa kenderaan mereka ke tempat yang lebih tinggi. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Lebih 500 kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Johor Bahru hari ini.
Hujan lebat kira-kira satu jam sejak pukul 12 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air.
Antaranya Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Mahmoodiah, Jalan Kolam Ayer, Kampung Mohd Amin dan kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Sementara itu seorang pekerja swasta, Aliyas Said berkata kejadian banjir kilat ini adalah yang terburuk dialaminya dalam tempoh 10 tahun.
Katanya sebelum ini, pernah terjadi kejadian banjir kilat tetapi tidak sehingga kereta ditenggelami air sehingga ke paras bonet.
"Kejadian berlaku tengah hari waktu rehat, masa tu hujan turun lebat sangat, tengok dah tenggelam.
"Paras separuh melepasi tayar, kerja di bangunan sini, tunggu reda sikit panggil kawan-kawan tolak ke tepi...dah banyak kali dah (berlaku)," katanya.
Tinjauan Astro AWANI di kawasan tempat letak kereta di Jalan Ayer Molek tengah hari tadi mendapati orang ramai sedang berusaha membawa kenderaan mereka ke tempat yang lebih tinggi.
Kelihatan juga Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang turut membantu membersihkan saliran air yang tersumbat di kawasan tersebut.

DSAI DI SEBUAH STADIUM MENYAMPAIKAN CERAMAH DI TURKI

Anwar dijemput ke Ibn Haldun Universiti Turki




 

PENDEDAHAN


 

LTAT perlu pengurusan lebih baik, elak ketirisan, pastikan veteran tentera dapat manfaat



Pindaan undang-undang yang memberi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kuasa pelaburan yang lebih luas perlukan kawal selia lebih baik daripada pihak Kementerian Pertahanan.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) berkata, pengurusan LTAT mesti lebih bertanggungjawab agar kelemahan lalu tidak diulangi.


"Boleh disokong (pindaan) tetapi dengan beberapa peringatan, kurang jelas dengan peranan LTAT, skop lebih luas (dalam pindaan)


"Skop ekonomi kebajikan bekas tentera itu mencakup satu bidang yang cukup luas selain bidang pesaraan yang disebutkan.


"Saya sendiri sebagai (mantan) Menteri Kewangan bila ada saham Bumiputra maka LTAT diberi keutamaan. Itu berbeza dengan pendekatan mantan Menteri Kewangan sebelum saya yang memberikan saham kepada individu tertentu yang maha kaya.


"Saya alihkan kepada badan yang mewakili ribuan orang. Tetapi hasrat saya bukan untuk beberapa kerat tokoh besar dalam tentera.


"Hasrat adalah untuk membantu ratusan ribu orang dalam tentera yang tahapnya B50 ke bawah. Jadi saya nak kepastian dari Menteri Pertahanan kerana di antara kerusakan dalam LTAT kerana campurtangan politik, Menteri Pertahanan, PM sibuk cari harta, kontrak untuk kepentingan mereka sehingga mengorbankan LTAT dan pesara," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah petang.


Anwar juga membawakan laporan tahunan 2019 menunjukkan kerugian LTAT lebih RM800 juta dan masalah dalam pelaburan LTAT sebelum ini yang terkait kumpulan Boustead.


Beliau menyatakan kerana masalah ketirisan dalam pelaburan itu, veteran tentera baru baru ini terpaksa berpiket. Veteran juga berpiket kerana layanan yang tidak wajar diterima ke atas mereka oleh tabung yang menjaga kebajikan pesara tentera


"Soal saya tekankan ini soal saham Bumiputera diberikan ratus juta ringgit, kontrak besar diberikan kepada mereka. Tetapi tahap pengurusan itu mesti dibetulkan bukan guna kedudukan di Kementerian peralatkan LTAT dan sekarang perbadanan. Ini prinsip yang perlu ditekankan


"Diwujudkan LTAT pada 1973 itu khusus menjaga kebajikan tetapi kalau peranan Kementerian sendiri lembab dan ada unsur mengaut keuntungan dari syarikat LTAT maka kebajikan sosio ekonomi pesara tidak dapat ditunaikan sebagimana dijanjikan," katanya lagi.


Selain itu, Anwar juga membangkitkan dan meminta kerajaan menjelaskan keperluan untuk membenarkan LTAT memasukkan dana dalam akaun luar pesisir, dan sama ada ia sudah berbuat demikian.