Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar

Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar

(Oleh: Fiza Halim)

KUALA LUMPUR  NOV:  Kartunis Zunar berkata, lebih 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 memberi kesan mendalam kepada kerajaan sehingga semua karyanya ditarikbalik dan diharamkan.

Meskipun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berupaya menghalang beliau daripada terus mengkritik kerajaan melalui medium kartun.

Zunar pc


“Saya ini artis dalam menghasilkan karya kartun. Saya hanya melukis apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan. Mereka buat rasuah, saya cuma kartunkan sahaja, dan bukan saya punca rasuah itu.

“Ini hak saya dan undang-undang tidak boleh haramkan pemikiran saya untuk menghasilkan karya saya dalam ‘mengkartunkan’ kerajaan,” ujarnya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Loke Yew, hari ini.

Hairan dengan kerajaan yang disifatkan terlalu takut dengan kartun, Zunar menegaskan beliau akan terus berkarya dan segala halangan tidak akan menjejaskan hasil karya beliau.

Bahkan katanya, beliau gembira apabila rakyat menerima kartun yang dihasilkan dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan.

Zunar dalam pada itu turut mengingatkan kerajaan bahawa kartunis politik mempunyai peranan dalam sesebuah negara demokrasi, termasuk di Amerika Syarikat.

“Saya pernah dipanggil dalam forum kartunis di luar negara, ada kartunis di sana mengkritik (Barrack) Obama. Malah Presiden mereka memberi anugerah ke atas kritikan itu, bukannya mengenakan tindakan undang-undang seperti yang kerajaan Malaysia lakukan,” ujarnya.

Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual dua buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “.

Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque sebelum ini pernah ditemuramah dalam satu forum di San Fransissco, Amerika Syarikat kerana karya yang dihasilkan.

Beliau juga merupakan kartunis Malaysia yang menerima anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa.


MENJELANG PERHIMPUNAN PARTI POK AMAI AMAI

Pak Samad: Jangan taksub 'Melayu terancam'

Sejak aku kecil sampai ke hari ini, isu cina nak ancam Melayu, isu Melayu hilang kuasa , semua ini mainan menjelang perhimpunan umno. Tak mampoih pun Melayu selama ni tanpa Umno . Melayu P Pinang tak mati pun tanpa Umno. Melayu makin cerdik dan peruntukan makin banyak ada.
Yang aku faham, Umno ni kalau menang, macam tok kong nak kena orang sembah kalau nak minta sesuatu. Wah bukan kemain sombong lagi. Kini isu lain pula , bila Mahathir sarankan UmnoSelangor  bubar. Itu tanda bagaimana Mahathir jangkakan bahawa , jika Umno jatuh kepada Pakatan Rakyat , jangan harap la nak ambil semula, Tetapi ada rakan komponen dalam Pakatan telah termakan racun dan mula berbincang untuk meyatukan Umno dan Pas. Usaha ini berterusan, sebab itu Nasaruddin Mat Isa belum dipecat sehingga ke hari ini...Ini kena Faham.Nasaruddin adalah duta Pas ke dalam Umno untuk berbincang.
 
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya  yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.

“Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Kebimbangan seperti itu antara lainnya dibangkitkan oleh anggota majlis tertinggi Umno, Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang percaya orang Melayu tidak akan dapat menguasai pentadbiran sekiranya Umno dan BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mendakwa orang Melayu kini berasa tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang dipimpin sebuah parti pembangkang.

Walau tidak menyatakan parti khusus, beliau dipercayai membayangkan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.