JUDI 22 KALI DARI 8KALI JUGA ADALAH TAKDIR..APA NAK HERAN DENGAN BALAK....

 

Hamzah Rie Na


Jangan nak salahkan takdir, salahkan tangan-tangan yang tamak haloba menjarah balak sampai bukit bukau Tak ada penampan lagi. Tebang balak sesuka hati. Sampai balak-balak tu hanyut menunjukkan diri dimata rakyat. Lagi nak menipu dan salahkan takdir?



TIADA KATA SEINDAH BAHASA SELAIN...PADAN MUKA

Nor Azimah Razali

 

Dua fitnah tewas di mahkamah hari ini.


1.Tun Hanif Omar ex IGP memohon maaf dari Lim Kit Siang atas fitnah rusuhan 13hb Mei 1969.


2.Harakah pula perlu mohon maaf terhadap fitnah yg mereka hambur kpd mantan menteri Agama Mujahid tentang Mohd Sajat dlm masa 7 hari dgn gantirugi yg dirahsiakan.


Maka, kebenaran akan mengatasi fitnah .


TAK BAIK TAU KATA ORANG BODO

 

Hamzah Rie Na


Saya nak bagi tahu mak saya kata Tak baik panggil orang bodoh. Saya terpaksa akur dgn ajaran mak saya.



Anwar Ibrahim: Ada 'Political Will' Garis Untuk Menangani Masalah Pembal...

Saifudin Nasution : Perbezaan Antara CSA Muhyidin Dan MoU Ismail Sabri (BAGAIMANA NASIB KLUSTER MAHKAMAH )



Datuk Saifudin memberi pencerahan Mengenai keputusan PH yang setuju menandatangani MoU bersama Kerajaan Ismail Sabri

((TERBAIK-PANAS)) SIDANG MEDIA AHLI PARLIMEN PULAI - YB DS SALAHUDDIN AYUB

ELOK LANTIK TONY FERNANDES MENTERI AGAMA?


OWHHHH...SETUJU DAN SERTAI PENGKHIANATAN BAGAIMANA MOPTI ?

 


MOHD MUKHLIS

Sertu pengkhianatan dengan tujuan kebaikan, haram tak tuan mufti? Atau buat-buat prank Islam terancam masa masjid di buka setiap Jumaat, masa nak solat tak ada kuota, komedi kata nak haram dong zhong, karikatur menteri agama mengucap syahadah, bergurau cakna isu arwah bomba atau mati sebab pemandu mabuk ataupun parodi kata Kerajaan rahmat sebab PM pandai baca doa dan jadi imam solat. Jadi bila islam betul-betul terancam di bawah zaman kerajaan Melayu Isle, fatwa yang sama masih terpakai lagi tak?

Demikianlah mopti...


May be an image of 1 person and text that says "Harian Metro 32m LIVE #Kangar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bentuk gurauan pada masa kini yang dibenarkan seperti prank, karikatur, parodi, satira, komedi dan seumpamanya dengan tujuan membawa kepada kebaikan. t///7 /bergurau-haramjika-bercangah-syariat i HARIAN METRO Bergurau haram jika bercanggah syariat Harian Metro"

ORANG YANG TANGKAP RASUAH..MAKAN RASUAH-PATUT HANCUR NEGARA

 

NORMAN RADZUAN


Negara kita ni telah rosak hampir keseluruhan sebenarnya . Dirosakkan oleh tangan2 rakyat sendiri kerana mudah terpengaruh dgn dakyah bangsa dan agama. Mudahan anak cucu kita tidak bermegah dgn kemewahan dari duit rasuah akibat tangan atok bapa mereka.

Sejarah Melaka dijajah kerana tali barut bangsanya sendiri. Sejarah itu kembali ia bukan dari penjajah, bukan dari bangsa lain tapi dari tangan bangsanya sendiri. Bangsa yg kini selalu menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api.

 May be an image of one or more people and text

KAH..KAH....DASAR LAMA SANGAT JADI WALAUN BODO- NAK SALAHKAN TAKDIR TUHAN LA GAMAKNYA...TAK KE BANGGANG-VIDEO DIBAWAH

 



Bala di Jerai: Menteri kata takdir Allah, Anwar kata manusia rakus

Diterbitkan:  Sep 20, 2021 

"Kita amat dukacita dengan bencana yang berlaku.

"This is an act of god. Satu takdir Allah," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi

‘Bagaimana kamu tahu, soal Anwar’

Bagaimanapun, ketua pembangkang Anwar Ibrahim (Port Dickson) jawapan Takiyuddin itu.

"Masalah alam sekitar ini jangan salahkan tuhan. Ini pun masalah mantan menteri kerja raya dulu. Bila ada kerobohan, (jawab) perbuatan tuhan.

"Bagaimana kamu tahu perbuatan tuhan, bila manusia itu rakus dan merosakkan balak," katanya.

Anwar Ibrahim 

Namun, Takiyuddin menafikan terdapat aktiviti pembalakan di kawasan sekitar.

"Jerai ini ialah satu kawasan yang telah diisytihar sebagai National Geo Park of Jerai. Atas status ini aktiviti pembalakan memang tidak dijalankan di kawasan itu.

"Jerai terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Muda yang keluasannya 106,000 hektar yang mana 12%, iaitu 12,270 hektar merupakan kawasan perlindungan... 80% boleh diusaha hasil.

"Namun, saya mendapat pengesahan daripada kerajaan Kedah, sejak kebelakangan ini terutamanya tiga tahun kemudian, ia diputuskan tidak diberi lesen usaha hasil walaupun sejak 2014 hingga 2019 sebanyak 25,000 hektar telah diluluskan lesen untuk membalak di dalam HKS Kedah tapi hutan kekal tidak dibalak langsung," katanya.

Katanya, perkara itu boleh dilihat daripada kesan banjir apabila batang yang dihanyutkan bersekali dengan akarnya.

"Ini menunjukkan tiada pembalakan di kawasan Jerai. Ini sebutnya takdir Allah. Perbuatan Tuhan," tambahnya.

Pada 18 Ogos, fenomena kepala air secara mengejut di kawasan sekitar Gunung Jerai menyebabkan banjir meragut empat nyawa.

Antara lokasi terlibat ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Beberapa NGO menggesa kerajaan Kedah mengadakan siasatan awam bebas bagi memahami punca sebenar bencana itu berlaku, susulan dakwaan kegiatan penebangan hutan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor juga menafikan terdapat sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

PH akan tarik diri jika kerajaan gagal laksana MoU, kata Ahli Parlimen PKR

 



Hassan Abdul Karim berkata, jika memorandum persefahaman antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan berjaya dilaksanakan, ia akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR berkata, Pakatan Harapan (PH) akan menarik diri daripada memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai dengan kerajaan pada bila-bila masa, jika ia gagal melaksanakan perkara yang dipersetujui.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, terdapat klausa keluar daripada MoU itu jika kerajaan ingkar dan tidak mematuhi semua terma perjanjian.

Katanya, pembangkang akan memantau pelaksanaan semua terma yang dipersetujui dalam MoU itu dalam tempoh 10 bulan yang dilihat cukup ntuk menjayakan hasrat itu.

“Jika perkara ini dibawa ke mahkamah kerana kerajaan gagal melaksanakan perkara yang dipersetujui, PH tidak boleh pun tuntut ganti rugi.

“Tetapi kesannya jika siapa yang mungkir janji akan berdepan kemarahan rakyat. Jika MoU tersebut berjaya, ini adalah untuk manfaat rakyat keseluruhannya, bukan untuk manfaat perdana menteri,” katanya dipetik Utusan Malaysia selepas menyerahkan bakul makanan kepada lebih 20 ibu tunggal dan keluarga yang terputus bekalan makanan di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor.

Isnin lalu, sejarah baharu politik tanah air tercipta apabila buat pertama kalinya kerajaan persekutuan dan gabungan pembangkang utama memeterai MoU bagi membentuk kerjasama dwipartisan.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, MoU itu merangkumi enam aspek, iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Dalam pada itu, Hassan menempelak dakwaan bahawa PH hilang peranan semak dan imbang, malah tidak lagi lantang kerana dianggap menjadi “sebahagian” daripada kerajaan.

“Ini tidak betul. PH tetap meneruskan peranan semak dan imbang sebagai satu blok parti pembangkang yang terbesar di Parlimen. Menerusi usaha ini, kita dapat melaksanakan agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini.

“Antara agenda reformasi PH yang kerajaan setuju laksanakan dalam MoU itu adalah pelaksanaan Rang Undang-undang Antilompat Parti dan Undi18. Kerajaan setuju kerana berada dalam keadaan lemah dan tidak mahu tumbang,” katanya.

KATA ANWAR TAK DAPAT MALUMAT-RUPANYA DIA SENDIRI MENGAKU TAK DAPAT MAKLUMAT JUGA..APA DAAA-ANWAR TURUT SINDIR BAB BELI MERCEDES

 


Kenyataan Anwar sindir Kelantan tersasar, kata Ahli Parlimen PAS





Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim agak tersasar tanpa maklumat yang tepat.

PETALING JAYA: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) menegur Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya mendapatkan fakta dan maklumat lebih tepat mengenai kadar vaksinasi di Kelantan.

Beliau berkata, kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu yang sebelum ini mendakwa kadar pemberian vaksin di Kelantan paling rendah adalah tidak tepat dan kurang cermat.

“Kenyataan ketua pembangkang agak tersasar tanpa mendapat maklumat yang tepat dan tanpa segan silu menyindir rakyat Kelantan sebagai antara negeri yang rendah peratusan penerima vaksin.

“Wajarkah beliau menghamburkan sindiran demikian? Sepatutnya beliau menyemak fakta dengan lebih mendalam dan memberikan solusi yang lebih baik ,” kata wakil rakyat PAS itu ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa dakwaan mengenai isu kerosakan Jalan Dabong-Jelawang bukan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan adalah tidak benar.

“Saya menerima begitu banyak kecaman selepas pertanyaan saya mengenai jalan itu dan jawapan diberikan Kementerian Kerja Raya ditularkan di media sosial.

“Mereka (warganet) mendakwa saya tidak menyemak fakta sehinggakan tidak tahu bahawa laluan itu bukanlah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Saya sudah membuat semakan dengan pihak berkaitan dan adalah jelas bahawa jalan berkenaan adalah jalan persekutuan dan baru disiapkan pada Ogos lalu.

“Justeru, saya minta pihak Kementerian Kerja Raya mengambil maklum perkara ini dan melakukan kerja baik pulih segera memandangkan jalan berkenaan bukan sahaja rosak, tetapi permukaannya beralun dan membahayakan keselamatan pengguna,” katanya.

Pada 14 September lalu, Abdul Latiff dalam pertanyaan lisan kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof mengenai cadangan kerajaan untuk membaiki kerosakan Jalan Dabong-Jelawang dan berapa kos bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Fadillah memaklumkan laluan tersebut bukan jalan persekutuan dan tanggungjawab penyelenggaraan jalan itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil semakan kementerian ini bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap status Jalan Dabong-Jelawang, didapati bahawa laluan tersebut merupakan jalan negeri, iaitu laluan D29 dan tanggungjawab penyelenggaraan jalan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” jelasnya.

4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun

 

Hasimi Muhamad
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Rina berkata, daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 4,422 murid sekolah yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) telah kehilangan ibu bapa dan penjaga akibat COVID-19 sejak pandemik itu melanda negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Sehubungan itu, berliau berkata kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah dalam memberikan bantuan serta sokongan kepada kanak-kanak berkenaan.
"Jenis bantuan yang diberikan adalah tabung bantuan segera dan bantuan kanak-kanak.
"Kerajaan semasa pengumuman Belanjawan 2021 telah bersetuju menaikkan kadar bantuan bulanan di bawah skim bantuan kanak-kanak dan bantuan pesakit terlantar kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Bagi kanak-kanak yang berusia bawah tujuh tahun, kanak-kanak layak menerima sebanyak RM200 seorang manakala bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas akan memperolehi bantuan sebanyak RM150 bagi seorang kanak-kanak," katanya pada sesi pentanyaan-pertanyaan menteri bagi jawap lisan di sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Hannah Yeoh Tseow Suan (PH-Segambut) yang meminta beliau mendedahkan statistik jumlah kanak-kanak yang telah menjadi anak yatim akibat COVID-19 dan langkah kementerian dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak ini mengikut pecahan mereka yang kehilangan ibu dan ayah, kehilangan kedua-duanya atau kehilangan penjaga.
Mengulas lanjut, Rina berkata, untuk pertama kali juga menerusi Belanjawan 2021 itu, kadar bantuan maksimum kanak-kanak dinaikkan daripada RM450 sekeluarga kepada RM1,000 sekeluarga.
Selain itu, beliau menjelaskan, perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak yang menghadapi tekanan emosi akibat kehilangan ibu bapa atau penjaga turut diberikan.
"Bantuan kaunseling turut diberikan kepada anggota keluarga kanak-kanak sekiranya mereka memerlukan perkhidmatan tersebut.
"Antara perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah yang pertama intervensi psikologi dan kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok dan juga terapi psikologi.
"Yang kedua intervensi krisis dan sokongan psikologi. Intervensi ini termasuk sokongan pengurusan tekanan dan juga trauma. perkhidmatan kaunseling yang ketiga pula melibatkan psiko-pendidikan, program psiko-spritual serta 'art therapy'," jelas beliau.
Dalam pada itu, Rina menambah kanak-kanak turut boleh ditempatkan di institusi JKM sekiranya mereka tidak mempunyai waris atau saudara mara yang boleh menjaga mereka berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.
Kanak-kanak terbabit, katanya akan diambil perintah sementara melalui mahkamah dan diletakkan di bawah perintah sementara sama ada kepada keluarga ganti, orang yang layak dan sesuai atau institusi tempat selamat.

SETELAH 30 HARI TANPA APA2 KEMAJUAN, SEDIAKAH KITA HARUNGI LEBIH 100 HARI DIPIMPIN ISMAIL SABRI?

 

Hari ini genap sebulan Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatannya pada 21 Ogos lalu.

Dengan 30 hari yang sudah berlalu ini bermakna hanya tinggal 70 hari lagi daripada tempoh 100 hari yang diberi beliau kepada barisan anggota kabinetnya untuk menunjukkan prestasi kepada rakyat.

Apakah penilaian kita secara umum terhadap prestasi semua menteri-menteri lantikannya setakat ini?

Bagaimana pula dengan prestasi Perdana Menteri sendiri?

Sementara menunggu tempoh 100 hari itu, apakah ada sesuatu yang membanggakan kita telah ditunjukkan oleh Ismail Sabri selaku nakhoda sebuah kerajaan dalam jangka masa 30 hari yang telah berlalu ini?

Secara umum dan berdasarkan reaksi terbuka daripada pelbagai golongan, Ismail Sabri dilihat masih tidak memperlihatkan sesuatu yang meyakinkan atau ternampak kehadirannya memberi sinar keyakinan kepada masa depan negara ini.

Selain tiada apa-apa pembaharuan dan kemajuan, pengumuman demi pengumuman yang diumumkannya melalui kenyataan media ini setakat hanyalah sekadar menyambung kerja-kerja Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.

Krisis kesihatan yang melanda negara akibat Covid19 dan kesan pelbagai daripadanya masih belum ditangani dengan penuh meyakinkan, malah angka kes dan jumlah kematian masih lagi dikira tinggi hari demi hari.

Cuma yang berbeza, jumlah kematian yang tinggi sebelum ini dikatakan adalah disebabkan backlog atau tunggakan dan bukan angka sebenar pada hari hari berkenaan.


Dengan itu, angka kematian akibat Covid19 sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ini agak menurun sedikit yang dilaporkan berbanding sebelumnya.

Begitu pun, alasan tersebut masih menimbulkan kekeliruan serta tanda tanya di kalangan orangramai dan mengapa ia hanya dijadikan hujah setelah jawatan Perdana Menteri bertukar tangan?

Apakah ada drama dan konspirasi di sebalik semua ini?

Kelonggaran SOP dan sekatan rentas negeri yang masih dikuatkuasakan di sebalik hampir semua sektor ekonomi telah dibuka adalah isu yang menimbulkan paling banyak rungutan dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Jika sudah sekian banyak sektor ekonomi dibuka, logiknya tidak munasabah lagi pergerakan rentas negeri harus disekat kerana pelbagai urusan, perjumpaan, mesyuarat dan penghantaran adalah syarat utama dalam menggerakkan pernigaan.

Apa guna vaksinasi lengkap yang telah mencapai tahap hampir 80 peratus rakyat dewasa ketika ini jika mereka tetap tidak boleh bergerak ke mana-mana?

Tambahan lagi, sementara merentas negeri tidak dibenarkan, melancong di Langkawi telah diberi kelonggaran dan dibuka dengan seluas-luasnya.

Menambah lagi pertikaian terhadap kerajaan dalam hal ini ialah sementara menaiki kapalterbang bagi tujuan melancong itu dibenarkan duduk berapat-rapat tanpa penjarakan fizikal, mengapa surau dan masjid tidak dibuka seluas-luasnya?

Mengapa masih ada jumlah 100, 300 dan 500 orang untuk menunaikan ibadah, sedangkan ruang masjid begitu luas dan lapang?

Kenapa hanya memasuki masjid ada had tertentu, tetapi bebas sepenuhnya ketika menaiki kapalterbang dan memasuki pusat membeli belah?

Dalam isu ibadah ini, yang menimbulkan rungutan sebenarnya bukan saja berhubung pendaftaran dan keistimewaan kepada golongan kayangan yang boleh datang lewat ikut masa mereka, manakala rakyat marhaen berdasarkan siapa cepat dia dapat, tetapi juga kerana masjid dan surau tidak dibuka dengan sepenuhnya.

Meski kita memahami hal berkaitan agama adalah di bawah Sultan atau Raja di setiap negeri, tetapi biasanya jika MKN atau kerajaan pusat membuat keputusan memberi kebenaran masjid dan surau dibuka sepenuhnya, negeri-negeri juga akan mengikuti langkah yang sama.

Konon kerajaan Melayu/Islam dan menteri yang menjaga hal ehwal agama juga datang daripada parti Islam, tetapi kenapa dalam soal peribadatan ini terlalu lembab sel-sel otak mereka berfikir untuk memberi keselesaan dan ketenangan jiwa kepada rakyat?

Kalau merancang menjatuhkan kerajaan dan merebut jawatan, sanggup ke sana sini walau bertongkat dan dalam keadaan uzur, mengapa dalam menunaikan amanah kepada rakyat terlalu perlahan?

Dalam konteks lain, sepanjang tempoh 30 yang sudah berlalu ini juga menunjukkan Ismail Sabri masih gagal menzahirkan politik yang damai dalam kerajaannya sendiri.

Di sebalik berjaya mewujudkan MOU antara kerajaan dengan blok pembangkang yang mana harus difahami, penyumbang utama ia menjadi kenyataan ialah kerana PH yang dipimpin Anwar Ibrahim menunjukkan jiwa besar dan sedia berkompromi demi rakyat dan negara, malangnya Ismail Sabri sendiri gagal mendamaikan hubungan antara UMNO dengan Bersatu yang sama-sama berkongsi mengaut gaji lumayan dalam kerajaan.

UMNO dan Bersatu tidak ubah ibarat kucing dengan anjing yang sentiasa ingin bergaduh dan ada saja perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

Hasrat Ismail Sabri mahu memberi jawatan Timbalan Speaker Parlimen kepada Ahmad Maslan daripada kumpulan kluster mahkamah dalam UMNO telah mencetuskan penolakan daripada Bersatu sehingga pemilihannya terpaksa ditangguhkan untuk membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.

Tidakkah ini menunjukkan kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri sendiri dalam menanganinya?

Kemudian daripada itu dengar khabarnya beliau ada hati pula mahu melantik Najib Razak, pemimpin yang ditanggapi sebagai ketua kumpulan kluster mahkamah sebagai Penasihat Ekonominya yang bertaraf menteri, suatu jawatan yang sama taraf dengan Mahiaddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Jika pencalonan Ahmad Maslan pun ditolak oleh Bersatu, sediakah Ismail Sabri menerima penolakan yang lebih keras daripada Bersatu melalui pemberian kedudukan kepada Najib itu nanti?

Dengan 30 hari yang sudah berlalu dan tiada apa-apa pembaharuan, menunggu lagi 70 hari untuk melihat pewaris kerajaan gagal PN ini menunjukkan prestasinya, apa sudahnya nasib kita di bawah kepimpinan Ismail Sabri yang tidak pun menunjukkan beliau lebih baik daripada Mahiaddin sebelumnya?

Sediakah kita mengharungi lebih daripada 100 hari negara ini dipimpin oleh Ismail Sabri tanpa apa-apa bantahan? –


 ShahbudinHusin 20/09/2021.



OWHHH...INGAT TAK JUMPA DALAM KORAN AYAT HALANG JODI...OWH KALI INI PASAL KAUM PULAK YA.

 

Bekas KPN mohon maaf kepada Kit Siang atas kenyataan ‘bahagi negara ikut garis kaum’




Hanif Omar mengakui penahanan Lim Kit Siang pada 1969 tiada kena mengena dengan tuduhan yang disebutnya.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Hanif Omar membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Lim Kit Siang hari ini atas kenyataannya bahawa veteran DAP itu cuba “membahagikan Malaysia mengikut garis kaum”.

Di mahkamah, Hanif menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Lim pada 6 Sept 2018 pada forum yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Saya mengesahkan bahawa penahanan plaintif (Lim) pada 1969 bukan atas seruan beliau agar negara dibahagikan menurut garis kaum,” katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon.

Lim memfailkan saman fitnah terhadap Hanif pada 2018 atas dakwaan bekas KPN itu bahawa dia “mahu membahagikan Malaysia mengikut garis kaum”, dengan Pantai Barat untuk orang Cina dan Pantai Timur untuk orang Melayu.

Katanya, kenyataan Hanif telah merosakkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen dan tokoh masyarakat.

Menerusi samannya, Lim menuntut ganti rugi umum, teruk dan teladan, selain injunksi bagi menghalang Hanif atau mana-mana ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan tersebut.

Sementara itu, penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd, yang dinamakan sebagai defendan bersama, juga berkata, mereka akan menerbitkan permohonan maaf terbuka kepada Lim minggu ini atas laporan berita mengenai tuduhan palsu Hanif.

Sinar Karangkraf juga perlu membayar kos RM20,000 kepada Lim. Namun, tiada kos dituntut daripada Hanif.

Lim turut menarik balik kenyataan dibuatnya terhadap Hanif dengan beliau mendakwa bekas KPN itu mencipta “cerita karut” berhubung penahanannya pada 1969 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya menzahirkan kekesalan atas kejadian ini dan menarik balik kenyataan saya pada 7 Sept 2018 terhadap Tun Hanif,” katanya.

Terdahulu, Hanif memfailkan tuntutan balas terhadap Lim atas kenyataan tersebut.

BIASA KALAU SAMAN ...MEMANG KENA MAKAN SAMAN LAH YA- NAK TAU JUGA BERAPA KENA ...UTANG LAMA BERJUTA TAK TAU DAH LANGSAI KA BLOM....LAMA LAMA JADI CAM UTUSAN JUGA.

 


Mujahid selesai saman fitnah terhadap Harakah tanpa bicara



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Bekas menteri hal ehwal agama, Mujahid Yusof Rawa, memfailkan saman pada 12 Ogos 2020 berhubung sebuah artikel yang mengkritik kenyataannya mengenai pengusaha kosmetik, Nur Sajat.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri, Mujahid Yusof Rawa, menyelesaikan saman fitnahnya terhadap organ PAS, Harakah, tanpa menjalani perbicaraan.

Saman itu melibatkan isu pengusaha kosmetik, Nur Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah.

Peguam Mujahid, Noorazmir Zakaria berkata, kedua-dua pihak merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan hari ini dalam perbicaraan secara maya.

“Terma dan syarat penyelesaian ini akan kekal sulit seperti yang dipersetujui,” kata Noorazmir kepada FMT.

Bagaimanapun katanya, wartawan Harakah Aziz Muda akan menerbitkan permohonan maaf bertulis di Harakah dalam tempoh tujuh hari.

Peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Aziz, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob, dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai pengendali portal harakahdaily.net, juga mengesahkan penyelesaian itu.

Pada 30 Ogos, Zulqarnain memberi lebih masa kepada kedua-dua pihak untuk mempertimbangkan penyelesaian kes di luar mahkamah.

Perbicaraan dijadualkan bermula secara dalam talian dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sebagai saksi bagi pihak Mujahid.

Mujahid, yang juga bekas menteri hal ehwal agama, memfailkan saman itu pada 12 Ogos 2020 dengan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media Serbanika dan syarikat pencetak, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan.

Beliau mendakwa kata-kata fitnah terhadapnya diterbitkan dalam artikel bertajuk “Sajat: Mujahid dan K’jaan PH Patut dipersalahkan” serta “Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH” antara 10 hingga 13 Februari tahun lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menuntut permohonan maaf terbuka, penarikan balik artikel berkenaan serta ganti rugi.

Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka berkata, Mujahid tidak patut tersinggung dengan kritikan terhadapnya oleh orang awam terutama pengamal media berkaitan isu itu.

Defendan berkata, mereka tidak berniat jahat terhadap bekas menteri itu sebaliknya penerbitan artikel berkenaan adalah ulasan wajar.

“Defendan menegaskan mereka mempunyai kewajipan politik, moral dan sosial untuk menyampaikan pandangan berbeza rakyat dalam isu itu kerana ia turut melibatkan konsep Rahmatan Lil Alamin dan Amar Makruf Nahi Mungkar,” kata defendan.

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media