KAH..KAH....DASAR LAMA SANGAT JADI WALAUN BODO- NAK SALAHKAN TAKDIR TUHAN LA GAMAKNYA...TAK KE BANGGANG-VIDEO DIBAWAH

 



Bala di Jerai: Menteri kata takdir Allah, Anwar kata manusia rakus

Diterbitkan:  Sep 20, 2021 

"Kita amat dukacita dengan bencana yang berlaku.

"This is an act of god. Satu takdir Allah," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi

‘Bagaimana kamu tahu, soal Anwar’

Bagaimanapun, ketua pembangkang Anwar Ibrahim (Port Dickson) jawapan Takiyuddin itu.

"Masalah alam sekitar ini jangan salahkan tuhan. Ini pun masalah mantan menteri kerja raya dulu. Bila ada kerobohan, (jawab) perbuatan tuhan.

"Bagaimana kamu tahu perbuatan tuhan, bila manusia itu rakus dan merosakkan balak," katanya.

Anwar Ibrahim 

Namun, Takiyuddin menafikan terdapat aktiviti pembalakan di kawasan sekitar.

"Jerai ini ialah satu kawasan yang telah diisytihar sebagai National Geo Park of Jerai. Atas status ini aktiviti pembalakan memang tidak dijalankan di kawasan itu.

"Jerai terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Muda yang keluasannya 106,000 hektar yang mana 12%, iaitu 12,270 hektar merupakan kawasan perlindungan... 80% boleh diusaha hasil.

"Namun, saya mendapat pengesahan daripada kerajaan Kedah, sejak kebelakangan ini terutamanya tiga tahun kemudian, ia diputuskan tidak diberi lesen usaha hasil walaupun sejak 2014 hingga 2019 sebanyak 25,000 hektar telah diluluskan lesen untuk membalak di dalam HKS Kedah tapi hutan kekal tidak dibalak langsung," katanya.

Katanya, perkara itu boleh dilihat daripada kesan banjir apabila batang yang dihanyutkan bersekali dengan akarnya.

"Ini menunjukkan tiada pembalakan di kawasan Jerai. Ini sebutnya takdir Allah. Perbuatan Tuhan," tambahnya.

Pada 18 Ogos, fenomena kepala air secara mengejut di kawasan sekitar Gunung Jerai menyebabkan banjir meragut empat nyawa.

Antara lokasi terlibat ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Beberapa NGO menggesa kerajaan Kedah mengadakan siasatan awam bebas bagi memahami punca sebenar bencana itu berlaku, susulan dakwaan kegiatan penebangan hutan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor juga menafikan terdapat sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

No comments: