JOM SEMUA JEMAAH MENTERI- PAKAT PAKAT KAWAL REGA AYAM DAN JUGA SAYOQ- TU PUN TAK BOLEH KAWAL....AWAT TERUK SANGAT ?

 Terkini! Selepas ayam, sayur pula naik harga mendadak



Terkini! Selepas ayam, sayur pula naik harga mendadak

Selepas berlaku kenaikan harga ayam dan ikan di beberapa pasar di sekitar daerah ini, harga beberapa jenis sayur turut dilaporkan meningkat.

Tinjauan di Pasar Kedai Payang, di sini, mendapati beberapa jenis sayur seperti cili merah, salad, lengkuas dan bunga kobis menunjukkan peningkatan antara RM2 hingga RM4 dalam tempoh seminggu bermula 11 September lalu.

Sebelum ini, cili merah dijual dengan harga RM10 sekilogram (kg) namun kini harganya mencecah RM14 sekilogram manakala bunga kobis yang sebelum ini dijual dengan harga RM8.70 meningkat kepada RM10 sekilogram.

Peniaga, Nor Nadia Musa, 25, berkata, harga beberapa jenis sayur itu mula meningkat sejak seminggu lalu apabila permintaan dikatakan meningkat secara tiba-tiba.

“Kenaikan mula berlaku sejak Sabtu lalu (11 September) dan harga sayur sebagai contoh cili merah naik 50 sen bagi setiap kilogram dan dalam tempoh seminggu ini, ia sudah naik sehingga RM4.

“Memang tidak semua sayur naik dan apa yang saya boleh cakap ada lima jenis sayur ini mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan sebagai peniaga memang rasa terjejas memandangkan saya membeli dalam tempoh yang banyak,” katanya ketika ditemui di Pasar Kedai Payang di sini hari ini.

Bagi Mohd Zaki Ali, 50, kenaikan harga beberapa jenis sayuran itu meningkat secara berperingkat menyebabkan pendapatan mereka merosot sehingga 20 peratus selain terpaksa menanggung kerugian jika sayuran berkenaan tidak terjual.

“Walaupun kenaikan itu hanya 50 sen sehari tetapi bila hari-hari naik, memang terjejas pendapatan dan pelanggan juga bertanya mengenai kenaikan itu.

“Saya tidak tahu apa punca kenaikan ini tetapi mungkin sebab kekurangan barang,” katanya.

Pengusaha kedai makan, Suzila Mohd Zin, 35, berkata, peningkatan harga sayur sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya memandangkan dia membeli sayuran dalam kuantiti yang banyak.

“Kalau beli secara runcit, mungkin tidak terasa sangat kenaikan tetapi sebagai peniaga, saya perlu membeli dalam jumlah yang banyak.

“Situasi ini menyebabkan saya tersepit kerana saya tidak boleh menaikkan harga makanan dengan sesuka hati walaupun harga sayuran naik,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan harga ayam mentah di Terengganu meningkat kepada RM10 sekilogram berbanding RM8 sekilogram manakala harga beberapa jenis ikan di Pasar Kedai Payang turut mengalami kenaikan harga sehingga RM2 sekilogram.

No comments: