KATA ANWAR TAK DAPAT MALUMAT-RUPANYA DIA SENDIRI MENGAKU TAK DAPAT MAKLUMAT JUGA..APA DAAA-ANWAR TURUT SINDIR BAB BELI MERCEDES

 


Kenyataan Anwar sindir Kelantan tersasar, kata Ahli Parlimen PAS





Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim agak tersasar tanpa maklumat yang tepat.

PETALING JAYA: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) menegur Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya mendapatkan fakta dan maklumat lebih tepat mengenai kadar vaksinasi di Kelantan.

Beliau berkata, kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu yang sebelum ini mendakwa kadar pemberian vaksin di Kelantan paling rendah adalah tidak tepat dan kurang cermat.

“Kenyataan ketua pembangkang agak tersasar tanpa mendapat maklumat yang tepat dan tanpa segan silu menyindir rakyat Kelantan sebagai antara negeri yang rendah peratusan penerima vaksin.

“Wajarkah beliau menghamburkan sindiran demikian? Sepatutnya beliau menyemak fakta dengan lebih mendalam dan memberikan solusi yang lebih baik ,” kata wakil rakyat PAS itu ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa dakwaan mengenai isu kerosakan Jalan Dabong-Jelawang bukan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan adalah tidak benar.

“Saya menerima begitu banyak kecaman selepas pertanyaan saya mengenai jalan itu dan jawapan diberikan Kementerian Kerja Raya ditularkan di media sosial.

“Mereka (warganet) mendakwa saya tidak menyemak fakta sehinggakan tidak tahu bahawa laluan itu bukanlah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Saya sudah membuat semakan dengan pihak berkaitan dan adalah jelas bahawa jalan berkenaan adalah jalan persekutuan dan baru disiapkan pada Ogos lalu.

“Justeru, saya minta pihak Kementerian Kerja Raya mengambil maklum perkara ini dan melakukan kerja baik pulih segera memandangkan jalan berkenaan bukan sahaja rosak, tetapi permukaannya beralun dan membahayakan keselamatan pengguna,” katanya.

Pada 14 September lalu, Abdul Latiff dalam pertanyaan lisan kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof mengenai cadangan kerajaan untuk membaiki kerosakan Jalan Dabong-Jelawang dan berapa kos bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Fadillah memaklumkan laluan tersebut bukan jalan persekutuan dan tanggungjawab penyelenggaraan jalan itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil semakan kementerian ini bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap status Jalan Dabong-Jelawang, didapati bahawa laluan tersebut merupakan jalan negeri, iaitu laluan D29 dan tanggungjawab penyelenggaraan jalan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” jelasnya.

No comments: