HOSPITAL JANJI NAK BUAT TAK BUAT...SEBAB TU JADI LAMBAKAN DOKTOR...UMNO JANJI PENIPU PUN BANYAK JUGA

 Panas! Dr Zaidi tempelak Khairy, tidak benar berlaku lambakan doktor, sebetulnya tempat amat terhad


Panas! Dr Zaidi tempelak Khairy, tidak benar berlaku lambakan doktor, sebetulnya tempat amat terhad

Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata, kerajaan perlu memaksimumkan sebaik mungkin kepelbagaian kepakaran yang ada pada golongan muda yang berilmu.

Beliau mempertikaikan dakwaaan bahawa Malaysia mengalami masalah lambakan doktor sebaliknya menegaskan mereka berdepan masalah tempat dan peluang.

“Kerajaan seharusnya buka mata dan menggunakan peluang yang ada khususnya bagi doktor perubatan dengan memastikan kemudahan perubatan mudah diperolehi oleh masyarakat, disamping mewujudkan perubatan berkualiti tinggi untuk semua.

“Adalah tidak betul dakwaan yang mengatakan negara mempunyai lambakan doktor kerana yang sebenarnya, tempat dan peluang bagi doktor-doktor tersebut tidak disediakan dengan mencukupi oleh kerajaan dan ianya adalah terhad.

“Hospital dan klinik kesihatan tidak banyak dan penuh serta jumlah yang telah dinaik taraf sebagai hospital pakar maupun hospital rujukan adalah amat terhad sama sekali dan ia boleh dibandingkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, samada ianya tiada perbezaan ataupun adanya perubahan mendadak, ” tanya beliau.

Tambahnya dahulu, Kelantan mempunyai dua hospital pakar iaitu, Hospital Kota Bharu dan Hospital Kuala Krai dan Terengganu pula adalah Hospital Kuala Terengganu dan Hospital Kemaman.

Manakala Perak pula, ujar beliau mempunyai hospital pakar di Hospital Ipoh dan Hospital Taiping serta Kedah pula ialah Hospital Alor Setar dan Hospital Sungei Petani.

Walau bagaimanapun katanya, dengan pertambahan pesat penduduk, hospital-hospital baharu perlu diwujudkan dan hospital-hospital lama perlu dinaik taraf kepada hospital pakar oleh kerajaan.

Dr Zaidi yang juga merupakan pengamal perubatan di Pulau Pinang turut berkata, sebenarnya banyak peluang dan kelebihan lambakan doktor perubatan yang berkualiti dan mudah dicapai oleh masyarakat jika kerajaan memaksimumkan ruang yang ada bagi mengisi kekosongan yang wujud secara serius.

No comments: