JUMLAH UNDI HANYA 111,KERAJAAN MUHYIDDIN RAPUH,BOLEH JATUH BILA BILA MASA SAHAJA


Berdasarkan undian 111-109 antara kerajaan dengan blok pembangkang dalam usul membuang Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md. Yusoff, adalah jelas kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sangat rapuh dan tidak stabil.
Angka 111 itu tidak pun melebihi 112, angka majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Daripada jumlah 222 Ahli Parlimen yang ada, 111 bermakna kedudukan adalah di tengah-tengah atau tergantung.
Lebih buruk, angka 111 itu diperolehi melalui lantikan yang besar untuk jawatan menteri, timbalan menteri, duta bertaraf menteri dan pengerusi GLC di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional atau PN.
Oleh kerana usul membuang Speaker itu dibawa sendiri oleh Muhyiddin, bermakna jumlah undi 111 yang diterima itu adalah cerminan langsung sokongan terhadapnya.
Bayangkan apa jadi jika tiada habuan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan serta GLC yang dilonggokkan oleh Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen?
Jumlah undi yang diperolehi Muhyiddin ini juga memperlihatkan tempoh hampir 5 bulan beliau memegang jawatan Perdana Menteri sejak 1 Mac lalu langsung tidak menunjukkan peningkatan sokongan yang diperolehinya.
Dengan rapuhnya sokongan yang dimilikinya sekarang, Muhyiddin sentiasa berada dalam bahaya serta boleh jatuh bila-bila masa.
Jika naik usul undi tidak percaya terhadapnya selepas ini, pastilah sukar beliau untuk membendung arus penolakan terhadapnya.
Begitu juga dalam undian berkaitan kelulusan rang undang-undang dan Belanjawan 2021 di Parlimen nanti, Muhyiddin tentunya juga akan berhadapan keadaan yang mencemaskan.
Gagal mendapatkan kelulusan dalam rang undang-undang atau Belanjawan ditolak adalah sama dengan penolakan terhadap kerajaan.
Kedua-dua keadaan itu terdedah kepada perlunya diadakan pilihanraya semua.
Secara mudahnya, sokongan 111 yang dimiliki itu adalah tidak selamat bagi Muhyiddin untuk terus bertahan serta tidak baik bagi sebuah kerajaan yang dipimpinnya.
Sesebuah kerajaan perlu sokongan yang lebih kuat dan stabil untuk memudahkannya bergerak dan merancang sesuatu yang difikirkan baik untuk rakyat serta negara melalui Parlimen.
Tanpa mampu berbuat apa-apa atau seringkali usulnya ditolak akan memperlihatkan sebuah kerajaan yang gagal.
Untuk itu, dengan terbukti hanya 111 sokongan yang dimilikinya, Muhyiddin tidak harus memangsakan rakyat dengan terus meletakkan dirinya sebagai ketua kerajaan dan PN sebagai kerajaan.
Pilihan yang terbaik dan bermoral baginya ialah segera membubarkan Parlimen agar pilihanraya semula dapat dapat diadakan.
Biarlah rakyat membuat pilihan yang wajar siapa yang mereka mahukan sebagai kerajaan untuk mentadbir negara ini.
Tidak perlu beliau menunggu sehingga usul undi tidak percaya dibentangkan, rang undang-undang tidak lulus dan Belanjawan 2021 ditolak baru hendak membubarkan Parlimen.
Lagi pula, PN ini bukanlah kerajaan yang pernah diberi mandat secara sah oleh rakyat – ia tidak lebih sekadar campuran antara pengkhianat dan penebuk atap yang sanggup bersekongkol untuk memenuhi nafsu tak bertepi masing-masing saja. (Shahbudindotcom 13/07/2020)

LIUAHAN HATI ANAK PAK CIK JAGUNG

IZLIN IDRIS


𝙄𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙋𝙖𝙠 𝙘𝙞𝙠 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙪𝙖𝙡 𝙟𝙖𝙜𝙪𝙣𝙜 𝙮𝙜 𝙙𝙞𝙠𝙖𝙨𝙖𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙜𝙖𝙬𝙖𝙞 𝙋𝘽𝙏 𝙩𝙪..
Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu.
Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia degil dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain-lain .
Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retinitis Pigmentosa yang menggaggu penglihatan ayah saya .
Untuk pengetahuan kalian ayah saya marah dalam video ni sebab mereka datang tinggikan suara dan cakap "𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙀𝙉𝙂𝙆𝘼𝙐 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙤𝙣 𝙗𝙪𝙩𝙖 ?" Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati .
Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya .
Dia memang sangat tertekan kerana tak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata macam tu .
Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya . Kalau dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni .
Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan merompak . Saya sangat kecewa dengan semua ni .



TERIMA KASIH TUAN SPEAKER- ANWAR IBRAHIM


25 min
 Dikongsi dengan Awam
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker Mohd Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming kerana berkhidmat dengan penuh integriti dan adil.
Tahniah kerana telah berjaya mengangkat agenda reformasi Parlimen ke satu tahap yang lebih baik dan tinggi.

KENAPA PERLU BERGAYUT LAGI -SEJAUH MANA BERSATU BOLEH HIDUP LAMA

HAMDAN TAHA

Apabila DAP dan AMANAH juga WARISAN masih bergantung harapan dengan Dr Mahathir maka mereka apa keadaan pun akan bergayut dengan kononnya kekuatan extra Dr m....dan mereka sendiri merasakan Anwar Ibrahim tidak akan mampu menjadi PM Malaysia....
Maka bagi saya jika ada pemikiran begitu itu tanda PH akan berdepan dengan gabungan yang lemah sama ada sekarang mahu pun menghadapi pru ke 15. Tetapi PKR boleh mulakan dengan strateji dan pendekatan baru untuk berdepan pru ke 15 dan 16....
Di dalam PN pula jika ada ramai pimpinan Pas dan Umno merasakan TSMY dan Azmin Ali adalah tokoh extra yang ada faktor x dan boleh menyebabkan umno dan Pas menjadi kerajaan sehingga selepas pru ke 15 maka Pas dan Umno sendiri merasakan mereka lemah dan tidak punya kekuatan. Maka ini akan melemahkan Umno secara keseluruhan dan mereka menjadi parti yang bergayut ke dahan yang sangat rapuh. Sebenarnya umno lah yang menjadi dahan dan TSMY dan Azmin yang menjadi daun derduit yang menjalar menumpang di dahan dahan yang kukuh....sehingga ada dahan yang menjadi reput apabila pokok derduit atau parasit menumpang dan memakan zat zat yang ada di dahan tersebut....sedar sedar dahan itu mati dan jatuh...tapi pokok yang menumpang terus hidup dengan mencari dahan dan pokok yang baru....
Ye jika PRU berlaku sebulan dua lagi Umno Pas dan Bersatu perlu bersama dan saling bergantung sesama sendiri. Itu pun sebenarnya hanya untuk memberi ruang kepada TSMY terus menjadi PM kerana kononya sekarang ini rakyat telah jatuh cinta kepadanya....tapi bukan kepada Azmin Ali atau pun ahli parlimen Bersatu yang lainnya....bagi saya hanya terpakai kepada TSMY sahaja....itu pun jika kajian itu betul....bagi saya bukan kerana TSMY tetapi kerana pengalaman rakyat kepada kerajaan PH yang Tun Dr M telah berjaya merosakkan imejnya....dan rakyat kehilangan kepercayaan kepada PH....itu pun orang Melayu sahaja....Melayu yang mana...Melayu yang ada dalam Pas dan Umno...Melayu yang ada dalam PKR...Amanah tetap juga tidak percaya kepada PN....
Kekuatan PN bukan kepada TSMY tetapi kepada penyatuan Pas dan Umno itu sebenarnya. Jika TSMY masih bersama PH pun jika ada PRU belum tentu dia boleh menang di Pagoh jika dia berdepan dengan MN. Yang nampak kuat sekarang ini ialah usaha mengadakan pertandingan satu lawan satu....Pas dan Umno menjadi satu....maka kawasan Melayu akan menjadi kuat....itu sebenarnya....Bersatu hanya penumpang sahaja...apakah PEJA kali ini boleh menang jika dia bertanding mengunakan lambang Bersatu...dan bertembung dengan MN dan PKR di DUN Chenderiang dan parlimen Tambun....silakan jika yakin boleh menang...
Tapi jika PN boleh berunding baik baik dan bersepakat bersama tidak meminta kerusi melampau dan TSMY tidak terlalu mempertahankan rakan rakan lompat beliau saya yakin ianya lebih kuat dan mantap...tapi tak boleh lah minta sampai 50 kerusi...jika 50 Bersatu dah ambil....dan guna pula kekuatan Umno dan Pas.....maka lepas pru ke 15 Bersatu lah yang akan kuat dan Umno juga Pas alruyupppp lah nampak gayanya....kerana 50 kerusi yang Bersatu minta semua ada potensi menang semua....kerana sokongan MN....
Jadi pokok pangkalnya berganding bahu....sekarang ini PH pun berpecah belah...PN juga sama sebenarnya tetapi terikat dengan kuasa....PN sekarang ini sama 100 peratus seperti Pakatan Rakyat Selangor di zaman sebelum PRU ke 14. Kerajaan sama tapi Pas dan DAP dan PKR dan Amanah tak bersama....tapi dalam kerajaan bersama cium mulut....umum jer pru ke 14 masing masing dengan haluan masing masing....
Tapi jika pru tiga tahun lagi TSMY dan Haji Hadi dan Tun dr M atau pun Anwar Ibrahim entahkan ada atau tidak pun kita tak tahu....yang pasti Najib dan Zahid kemungkinan untuk berehat itu ada kemunkinan....hanya Allah yang mengetahui.....



Dulu Zafrul kata kewangan kukuh, sekarang kena pinjam RM35 bilion pula

Tengku Zafrul thanks PM for opportunity to serve Malaysia as ...

Kerajaan akan meminjam sehingga RM35 bilion dari dalam negara untuk membiayai inisiatif rangsangan ekonomi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang keseluruhannya bernilai RM295 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, daripada keseluruhan nilai inisiatif itu, sejumlah RM45 bilion akan disuntik terus oleh kerajaan dengan RM35 bilion akan dikumpulkan daripada pinjaman tempatan.
Beliau berkata, Malaysia tidak akan mengeluarkan sebarang bon dalam denominasi mata wang asing untuk membiayai suntikan fiskal memandangkan negara mempunyai kedudukan mudah tunai yang kukuh.
“Walaupun kita boleh, secara teknikal, ini memandangkan had kita adalah RM35 bilion dan pendedahan semasa kita dari segi pinjaman asing kira-kira RM13 bilion. Kita (masih) mempunyai kapasiti sebanyak 15 peratus lagi untuk meminjam.
“Berdasarkan mudah tunai setakat ini, terutama bagi ringgit, kita melihat (tidak ada) sebab mengapa kita perlu mengeluarkan bon mata wang asing,” katanya.
Turut hadir ialah Pengerusi KWSP, Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.
Tengku Zafrul berkata, suntikan fiskal di bawah Penjana sahaja bernilai RM10 bilion yang akan dikumpulkan menerusi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan setakat ini tidak merancang untuk mendapatkan dividen khas daripada syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Menteri Kewangan juga optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan meningkat semula pada suku ketiga dan keempat tahun ini susulan aktiviti ekonomi tempatan dan global kembali beroperasi.
“Amat diharapkan kita dapat menyaksikan angka yang lebih baik pada Jun dan momentum itu berterusan sehingga Julai, Ogos dan September.
“Jadi suku ketiga akan mengalami pertumbuhan lebih baik, saya amat yakin,” katanya.
Tengku Zafrul juga menjangkakan defisit fiskal meningkat kepada 5.8 hingga 6.0 peratus susulan pelaksanaan Prihatin dan Penjana.


UMNO TERKILAN SIKAP AZMIN DI SELANGOR?

Dulu Pas gelar Art Harun liberal, sekarang?

Dulu Pas gelar Art Harun liberal, sekarang?

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berpendapat antara hikmah daripada penguguran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof adalah mengambarkan sikap sebenar Pas.
“Asal bersama mereka liberal pun tidak mengapa,” ujarnya dipetik dari Facebook hari ini.
Azhar juga dikenali sebagai Art Harun merupakan peguam hak asasi manusia sudah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi SPR, 29 Jun lalu.
Sehubungan itu, Ustaz Ridzwan menyifatkan Pas tidak memperjuangkan Islam sebaliknya hanya menunggang agama.
“Nampak tak? Pas tak berjuang Islam pun, Pas hanya tunggang agama (macam kata Muhyiddin Yasin).
“Art Harun yang bakal diundi oleh Pas (dan sudah pastinya akan disoalkan di akhirat seperti yang sering diceramahkan) adalah seorang yang dikatakan ‘liberal’ oleh Pas.
“Ertinya apa? Liberal sudah ok atau Pas sudah gelong?” bidasnya sambil menyertakan gambar yang ‘pernah’ disebarkan oleh Pas sebelum ini.
“Bersama Art Harun adalah Siti Kasim yang pernah diisytiharkan oleh bekas calon Pas sebagai musuh Allah,” tambah Ustaz Ridzwan lagi.

HANYA MENANG SATU UNDI ? KERAJAAN PINTU BEAKANG AMAT LEMAH DAN BILA2 MASA BOLEH TUMBANG



Walaupun majoriti MP telah dapat upah jadi menteri, timbalan menteri dan pengerusi-pengerusi GLC, namun Usul undi tukar speaker, kerajaan pintu belakang, mereka hanya menang 1 undi saja?  Yang sokong tukar speaker hanya 111 MP saja  Seorang MP tidak hadir.  Ertinya, kerajaan pintu belakang ini bila-bila masa boleh tumbang.  Jangan lupa, usul tidak percaya kepada PM akan menyusul.  Adakah speaker baru termasuk tomboy itu mnghalang usul ini nanti?  Begitulah rakyat negara ini digadaikan oleh pengkhianat pintu belakang

WFAUZDIN NS


111-109ARLIMEN MULA BERSIDANG HARI INI, TETAPI ADA KALANGAN PEMIMPIN POLITIK MULA MENUNJUKKAN KEBODOHAN TENTANG SISTEM PARLIMEN WESTMINSTER.



Usul kontroversi yang akan dibentangkan adalah pemecatan dan penggantian Speaker Dewan Rakyat. Di kedua-dua belah pihak sudah ada yang berhujah bahawa kegagalan Perikatan Nasional menukar Speaker adalah satu bentuk undi tidak percaya, sementara kejayaannya pula adalah satu bentuk undi percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan kabinetnya.

Dalam persidangan Dewan Rakyat, sebenarnya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mengikut Konvensyen Westminster hanya boleh berlaku dalam lima keadaan:

1. Kegagalan mendapat kelulusan dalam usul pembekalan/pembekalan tambahan (ini termasuk pakej rangsangan).

2. Kegagalan mendapat kelulusan dalam pembentangan Bajet Tahunan.

3. Kegagalan mendapat kelulusan dalam usul menjunjung Titah DiRaja.

4. Kegagalan mendapat kelulusan dalam usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, atau kejayaan mendapat kelulusan dalam usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

5. Kerajaan sendiri menggerakkan usul mempersoalkan kepercayaan terhadap seorang Perdana Menteri dan disokong oleh ahli Dewan Rakyat.

Nyatanya hal pemecatan dan perlantikan Speaker tidak termasuk dalam Konvensyen Kepercayaan Westminster. Tetapi usul menjunjung Titah DiRaja dan usul pembekalan tambahan (pakej ransangan Covid-19) sepatutnya ada dalam sidang kali ini.

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor
Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan

MENANG ATAU KALAH - BENARKAH ADA MP UMNO DAN PAS TOLAK USUL MUHYIDDIN PAGI INI?



Pagi ini merupakan hari penentuan bagi masa depan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Cubaannya membawa usul menukar Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof bakal menjadi perhitungan hidup mati kepada masa depan politiknya.

Jika menang, kekallah beliau lagi sebagai Perdana Menteri, tetapi jika kalah, berakhirlah segala-galanya.

Di atas kertas berdasarkan perhitungan tradisional, undi yang ada di belakang Muhyiddin ialah 115, manakala blok pembangkang yang merangkumi PH dan blok bebas pula mempunyai 107 undi.

Walaupun Presiden UMNO, Zahid Hamidi menjanjikan sokongan 100 peratus terhadap usul Muhyiddin itu, terdengar juga desas-desus ada Ahli Parlimen tertentu daripada UMNO enggan mematuhi kata-kata itu.

Selain kerana inginkan pilihanraya mengejut, UMNO ternampak tidak berapa setuju dengan calon Speaker baru yang dinamakan Muhyiddin iaitu Azhar Azizan Harun.

Selain kerana beliau merupakan bekas Pengerusi SPR lantikan Tun Mahathir Mohamad sebelum ini, UMNO turut mempertikaikan mengapa Muhyiddin tidak memberikan jawatan tersebut kepada individu lain yang lebih berpengalaman seperti bekas menteri daripada UMNO misalnya.

Kenapa mesti Azhar yang tidak cukup pengalaman dan masih muda ditonjolkan untuk menjadi Speaker? soal beberapa pihak dalam UMNO.

Dengan demikian, jika ada tiga atau empat Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong, berkecuali atau tidak hadir ke Parlimen pagi ini, kalahlah usul Muhyiddin itu.

Apabila kalah, pilihan yang paling mungkin ialah Muhyiddin mesti berundur atau membubarkan Parlimen.

Di waktu yang sama, pencalonan Azhar sebagai Speaker juga dikhabarkan turut mendatangkan rasa kurang senang daripda Pas.

Ini berikutan dalam beberapa tulisannya sebelum ini, Azhar dilihat seorang yang berpendirian menentang perlaksanaan hukum hudud di negara ini.

Apakah pagi ini akan ada dua atau tiga Ahli Parlimen Pas akan berpendirian menolak sama usul Muhyiddin kerana tidak setuju Azhar sebagai calon Speaker?

Atau demi kuasa dan ingin kekal dalam jawatan bersama kerajaan, Pas tidak berapa kisah dengan latar belakang Azhar selama ini?

Menang atau kalah usul Muhyiddin pagi ini – sama-sama kita nantikannya? (Shahbudindotcom 13/07/2020)

LIBATKAN PEMBANGKANG DALAM AGENDA BASMI KEMISKINAN

KELUARGA ADIB TIDAK SETUJU POLIS SIASAT KEMBALI KEMATIAN

BN TETAP ALERGI DAFTAR PN?

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...