TAMAT SUDAH DRAMA 126 KERUSI LEPAS BERANGKAT KE LONDON JUMPA RAJA PETRA...

 

Gino Marvela.

Untuk makluman rakyat Malaysia, semua ketua parti & ahli parlimen Pee End dari Bersatu, Pas, cina Gerakan + GTA akan berangkat .

 London esok utk Hadi mengadap Raja Petra bagi mengangkat sumpah sebagai PM11. 


Dengan ini tamatlah spekulasi angka 126 yg heboh di perkatakan beberapa hari. 


Sekian, terima kasih. 😑


#ajergampang

#PMoutside



SANUSI MB PERTAMA BERSTATUS BANGRUPSI JIKA TAK BAYAR SAMAN


Kalo tak bayaq jugak... lama2 ade nama baru nanti.. 

NU-SI, the BANKRUP-SI‼️

#KeranaMulutMuraiBadanBinasa



STATUS ANNUAR MUSA TIMBUL TANDA TANYA

 



Status Anuar Musa ni ada maksud lain ke? Kalau harum manis ni luar hijau dalam oren eh? Rasa lain macam pulak status ni. Ada ramai orang PAS nak beralih ke Amanah ke dekat utara nu? Hahaha... Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KENYATAAN DIBIDAS



Nordin Kardi.


Pernyataan melabel begini rasanya seperti kurang sesuai dijadikan pernyataan awam oleh seorang penjawat awam yang mengetuai sebuah jabatan kerajaan.


Jabatan kerajaan tegak dari hasil mahsul negara atau cukai yang dibayar oleh rakyat yang termasuk juga dibayar oleh rakyat yang bukan penyokong parti kerajaan.  Maksudnya, pembangkang dan pengikutnya juga membayar cukai membiayai keperluan kewangan operasi dan pembangunan jabatan kerajaan seperti jabatan itu.


Mungkin boleh sebagai Profesor dulu dan katakan itu ulasan akademik tetapi tidak lagi apabila mengetuai sebuah jabatan kerajaan yang jelas charter penubuhannya. 


Juga mendahului Kementerian Dalam Negeri.


Hanya mengingatkan sahaja kalau kalau terlupa peranan sebagai penjawat awam. Mungkin PD salah.



TUKAR KERAJAAN TIDAK MUSTAHIL TAPI TERSANGAT-SANGAT SUKAR, MUNGKIN BOLEH JADI KENYATAAN JIKA PEMIMPIN SARAWAK DIANGKAT CALON PM


Sekali lagi menumbangkan kerajaan menjadi juadah perbualan seluruh negara di ketika rakyat secara umumnya masih seronok menikmati lemang, ketupat dan rendang dalam jamuan rumah terbuka yang diadakan di sana sini.


Walaupun kerajaan perpaduan sekarang boleh dikira stabil dengan sokongan majoriti dua pertiga atau sejumlah 148 Ahli-Ahli Parlimen, ia nampaknya tidak menyekat agenda jatuh-menjatuhkan daripada terus dirancakkan.


Begitu juga dengan adanya Akta Lompat Parti yang menghalang Ahli Parlimen memberi sokongan berbeza daripada pendirian parti dan menjaja Akuan Bersumpah atau SD tidak lagi diterima, melainkan perlu mengosongkan kerusi Parlinen masing-masing, semua itu tidak menghalang keghairahan untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim.


Apa lagi dalam sehari dua lalu, di sebalik derasnya cakap-cakap kononnya kerajaan bakal tumbang pada bila-bila masa, sekumpulan pemimpin Pas yang diketuai Hadi Awang sendiri telah berkunjung ke kediaman Tun Mahathir Mohamad untuk berhari raya dengan menandatangani Proklamasi Melayu sebagai hidangan utamanya.


Kunjungan pimpinan Pas terhadap Tun Mahathir itu sekaligus menghangatkan lagi isu pertukaran kerajaan, meskipun bekas Perdana Menteri itu secara realistiknya sudah tiada taring kerana kalah sehingga hilang deposit pada PRU15 yang lalu.


Berkedudukan sebagai Ahli Parlimen atau tidak, yang semua orang tahu ialah Tun Mahathir tetap mempunyai iltizam yang tidak berubah untuk menjatuhkan Anwar.


Panasnya isu menjatuhkan kerajaan itu sehingga Sultan Johor turut bertitah dengan mengingatkan – cukup-cukuplah berbuat demikian serta mahu semua Ahli Parlimen lebih memikirkan masa depan negara berbanding soal berebut kuasa.


Sekali lagi, meskipun sudah kerapkali ditanyakan – persoalannya bolehkah kerajaan dijatuhkan dalam keadaan berkuatkuasanya Akta Lompat Parti sekarang ini?


Pada 29 Mac lalu, saya ada menulis berkenaan hal yang sama dan boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/03/29/awassswalau-ada-akta-lompat-parti-kerajaan-rupanya-masih-boleh-dijatuhkan.html


Secara umumnya, menjatuhkan kerajaan bukanlah sesuatu yang mustahil, walaupun dalam keadaan adanya Akta Lompat Parti berperanan sebagai benteng penahan kepada ribut serta taufan segala jenis nafsu dan keinginan.


Hakikatnya, Akta Lompat Parti masih ada kelompongan dan tidak merupakan benteng penahan yang benar-benar kebal yang menjadikan kerajaan tidak boleh dijatuhkan sama sekali.


Cuma, ia menjadikan usaha menjatuhkan kerajaan tersangat-sangat sukar dan boleh jadi kos untuk melihatnya sebagai realiti juga teramat-amat mahal.


Pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan mestilah sedia membuat tawaran yang luar biasa serta dalam masa yang sama, mestilah juga ada sejumlah Ahli Parlimen yang mempunyai keberanian luar biasa untuk membuat tindakan yang sama sekali di luar jangkaan sesiapa.


Persoalan lain ialah siapakah calon Perdana Menteri yang ingin diketengahkan untuk menggantikan Anwar?


Dalam keadaan sekarang, PN sebagai blok utama pembangkang yang difahami secara semulajadi sebagai kelompok nombor satu mahu menjatuhkan kerajaan mempunyai 74 Ahli Parlimen, manakala blok kerajaan disokong oleh seranai 148 Ahli Parlimen.


Untuk menjadikan PN sebagai daripada pembangkang kepada kerajaan, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 38 peralihan sokongan Ahli Parlimen yang sekarang berada dalam kerajaan bagi memungkinkan sebuah kerajaan majoriti mudah 122 sokongan Ahli Parlimen dapat dibentuk.


Bagaimana untuk memperolehi angka tersebut?


Oleh kerana ada Akta Lompat Parti, peralihan sokongan Ahli Parlimen secara individu tidak lagi terpakai, sebaliknya mesti parti yang membuat keputusan tersebut.


Dalam hal ini, mahu tidak mahu, sebagai permulaan, PN mesti mampu memancing dan meyakinkan GPS di Sarawak (23 Ahli Parlimen) dan GPS (6 Ahli Parlimen) serta Warisan (3 Ahli Parlimen) di Sabah untuk mengumumkan penarikan sokongan mereka daripada kerajaan perpaduan.


Bermakna, jika itu berjaya dilakukan, matematiknya ialah 74+23+6+3 iaitu blok pembangkang sudah mempunyai sokongan 106 Ahli Parlimen.


Selebihnya, ia hanya memerlukan tindakan berani dan luar biasa daripada sejumlah Ahli Parlimen UMNO dan BN untuk mencukupkan angka menjadi 112 bagi membolehkan sebuah kerajaan baru dapat dibentuk.


Soalnya, apakah tawaran yang boleh membuat tiga parti daripada Borneo itu tertarik untuk beralih menyokong PN?


Sekarang ini, selain GPS dan GRS beroleh jawatan menteri dan timbalan menteri, Fadilah Yusof daripada GPS juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili Malaysia Timur.


Hanya wakil Warisan yang tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinet.


Sudah tentu dalam hal ini, ia lebih mungkin menjadi kenyataan jika wakil Borneo – GPS, GRS atau Warisan – ditawarkan untuk diangkat calon Perdana Menteri yang baru.


Jika PN ingin menjatuhkan kerajaan dan sekadar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga kepada wakil Malaysia Timur, keadaan pasti tidak berubah kerana ia tiada bezanya dengan kedudukan yang mereka nikmati sekarang.


Diberi “menu” jawatan Perdana Menteri adalah satu-satunya pilihan yang mungkin mampu mendorong wujud kesatuan daripada parti-parti Malaysia Timur itu untuk sepakat berpindah meja makan.


Persoalannya, sediakah PN yang didalamnya ada Mahiaddin Md Yasin, Hamzah Zainuddin dan Hadi Awang untuk menyokong dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada wakil Malaysia Timur?


Mahukah juga Hamzah misalnya yang mewakili PN yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen seramai 74 orang tetapi sekadar diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri daripada calon GPS yang hanya mempunyai 23 Ahli Parlimen?


Dalam keadaan politik Melayu di Semenanjung sentiasa berpecah, satu persoalan lain ialah jika jawatan Perdana Menteri sudah diberi kepada wakil Malaysia Timur, bilakah jawatan itu boleh kembali semula kepada Semenanjung?


Sekali lagi, sementara banyak persoalan lagi boleh dibangkitkan, ia memerlukan suatu tolak ansur yang luar biasa jika benar-benar mahu menukar kerajaan.


Tanpa tawaran yang luar biasa, tanpa tolak ansur yang luar biasa dan tanpa keberanian luar biasa sejumlah Ahli Parlimen BN, apa juga usaha untuk menumbangkan kerajaan pasti sukar menjadi kenyataan.


Ia tidak lebih sekadar sedap dibuat modal untuk Ahli-Ahli Parlimen berangan-angan untuk kembali jadi menteri semula. – ShahbudinHusin 04/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



BUAT LAH MACAMANA PUN .TAK JADI LAH.


 

22 TAHUN 33 BULAN SEBELUM INI.MANA DIA MELAYU YANG KAMU JADIKAN JUTAWAN


 

KISAH 126 DARI MANA- SUDAH ADA RUNDINGAN SEBAHAGIAN MP PAS BERSAMA UMNO.


 

TAK KAN PAK LEBAI NAK MENIPU


 

KETIKA WALAUNCHAI GEMBIRA BILA OPR NAIK KONONNYA KEGAGALAN DAN AKIBAT RUJUKAN KITAB HARAMJADAH MEREKA. TIBA TIBA PENJELASAN INI ADALAH UNTUK KEBAIKAN.




 


NAK CARI MANA LAGI NAK BAGI CUKUP JOMMLAH.


 

DEKLARASI MELAYU MUDAH LUPA


 

LAAA..GERAKAN TAK SUKA HADI SOKONG...MCA KAWAN KITA PULA LAGU MANA?


 

BILA HILANG KUASA, KEDUDUKAN GAGAL MENJAGA MELAYU, MAKA SENTIMEN BANGSA DIJADIKAN ISU. PADA HAL, KEGAGALAN MENJAGA MELAYU ITU ADALAH KEGAGALAN PEMIMPIN SENSDIRI.



Tok, Melayu yang makan pancing tu cuma walaun dan chaibunge. Sebab dorang kan seluang. Bagi umpan najis pun mereka bedal.


Walaun tu dapat umpan syurga, terus rela tak dapat bekalan air bersih. Rela hidup dalam kekurangan sedangkan pemimpin tukar kereta mewah.


Kuasa politik dah berada di landasan yang betul sekarang ni. Yang menjadi kerajaan terdiri daripada mereka yang layak, yang berintegriti.


Bukan lagi pemimpin yang sebelah tangan berdoa, sebelah tangan lagi sakau duit rakyat. Tiada lagi duta khas yang makan gaji buta duduk di rumah.


Bila negara makmur, seluruh rakyat tak kira bangsa dapat kecapi nikmatnya. Tapi kalau pilih pemimpin yang jahat, walaupun Melayu, bukan sahaja yang bukan Melayu susah, orang Melayu pun turut sama menderita. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



RAYA HABIH LAMA DAH. TOK TOK IMAM PUN LUPA HABIH DAH...HANG BARU NAK CARI DUIT KA ?

 


Dah habis raya dah MB oi. Dah orang nak raya lagu mana? Bagitau pun lewat dah. Len kali habaq awai biaq tak kalut...


Cuba kalau kerajaan pusat yang lewat bayar. Mau hingaq dia kata kerajaan mungkir janji, tak peduli nasib rakyat.


Tapi bila dia buat, macam tak salah pun. Itu pun aku tengok dekat komen ada juga yang tulis Terbaik MB. Tak faham otak walaun ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KENAPA OPR NAIK. WALAUN BACA DARI KITAB WALAUN SENDIRI. KEH..KEH

 


Untuk walaun yang tak faham kenapa OPR naik, ini ada penjelasan dari kitab suci agama walaun. Baca la mana tahu boleh terang sikit hati. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


PELAKON ' KING' MENINGGAL DUNIA.



 Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Mendapat perkhabaran duka,pelakon terkenal tanah air,Ridzuan Hashim telah meninggal dunia hari ini pada jam 1.57 tengah hari di Hospital Kuala Lumpur.Salam takziah buat ahli keluarga.Al-fatihah




SKETSA DEPAN ISTANA

 


GAMBAR SEKADAR HIASAN FB USIN.


Usin.


Hari ni, tok iring guru tok pegi ke istana bawak 126 SD sokong guru tok jadi PM.  Sesampai je pintu pagar istana, pengawal tu sergah guru tok.


Pengawal:  Pok cik nak ke mana ni? 


Guru Tok:  Ana ulamak pewaris nabi.  Ana nok jumpe Agong.

Pengawal: Ada buat temujanji ke?


Guru tok:  Tak perlu sbb ulamak mengatasi raje2.  Raje2 bukan "Qati'e".


Pengawal:  Sori pok cik.  Ini bukan nak jumpa ketua kampong Rusila.  Ini Agong.  Jangan main terjah2 je.  


Guru tok:  Ana ada dalil.  Boleh jupe dok ni?


Pengawal:  Pok cik, pertamanya hari ini hari cuti.  Kedua, pok cik tak tau ke Agong pergi London.  Lambat lagi balik.


Guru Tok:  Errr....dah tu, bile bleh jumpe?  Udah cukup jumlohh ni...lebih dari cukup ni....


Pengawal: Dah...dah...berambus...tak habis2 dengan SD...orang dah tak main Sd2 ni...


Guru tok pun beransur pelan2 balik bertongkat sambil dipimpin oleh kawan tok yang kelihatan merah muka menahan ketawa.  Tok pun berasa nak terguling2 ketawa depan istana tu, tapi bila teringat api neraka, tok tahan je...


TOK USIN


KITA SEBARKAN CINTA.

 Laskar cinta...

Sebarkanlah benih-benih cinta

Musnahkanlah virus-virus benci

Virus yang bisa rusakkan jiwa

Dan busukkan hati


Laskar cinta...

Ajarkanlah ilmu tentang cinta

Karena cinta adalah hakikat

Dan jalan yang terang bagi semua

Umat manusia


Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita

Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda


Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati

Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata..


RozyRazit 🌹



ANTARA SEBAB UMNO DAN BERSATU TIDAK BOLEH BERSAMA ADALAH KERANA BERSATU TIDAK MEMBERI JAWATAN KEPADA ZAHID. GOLONGAN INI MASIH BERUSAHA UNTUK MENJADI PM.


 

APA PENYOKONG UMNO ANGGAP KERANA JAWATAN HAKIKI INI PEMIMPIN UMNO TIDAK DIBERI JAWATAN.


 

SISTEM KEKAYAAN INI TIDAK DIKACAU DAN DIGUGAT DAN GOLONGAN OLIGARKI TIDAK LAGI BOLEH MENGUASAI KERAJAAN.


 

MAHATHIR MAHU ORANG YANG DILANTIK BOLEH DIKUASAINYA- PRU KE 14 ANWAR SEPATUTNYA KERJAYA POLITIK ANWAR TAMAT


 

BAGAIMANA NAK JATUHKAN ANWAR DIBAWA MASUK KE DALAM UMNO.


 

TEBAL BETUL MUKA PAS. PARTI DAN ORANG YANG HINA PARTI, DENGAN ORANG ITULAH MEREKA BERCIUM. ADA ANWAR KATA KE PAS ?

 



Tebal betul muka PAS. Mahiaddin kata PAS parti ajaran sesat, dengan Mahiaddin dia berpeluk. Wan Fayhsal kata penyokong PAS bodoh, menang budak tu bertanding atas tiket PAS.


Sekarang ni, Mahathir yang pernah kata PAS parti kafir, dengan Mahathir pula dia bercium. Ini bukan berita lama ni. Berita bulan September 2022. Baru lapan bulan punya cerita.


Pelacur pun marah kalau orang panggil dia pelacur. Perompak pun tak mahu digelar perompak. Tapi PAS tak kisah segala gelaran tak baik yang diberi kepada mereka. Hebat! Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


RENTASAN 1358 | KINI MAHIADDIN CUBA SEMBUNYI KEBENARAN PERJANJIAN PENYEL...



MENARIK DALAM RENTASAN 1358
1. LAGI KALAH FITNAH, ULAMAK JENIS APAKAH INI? 2. SIAPA SABOTAJ HAK 1MDB? 3. BN TIDAK AKAN PORAK-PERANDAKAN KERAJAAN 4. DAULAH TERPENDAM MACHIAVELLI PUN KAGUM?




ISHHHH- GADUH PULAK DAH....

 


Betulkah ada perbalahan berlaku di antara Hadi dan Mahiaddin? Dengarnya perbalahan terjadi apabila Hadi tandatangan Proklamasi Mahathir.


Kalau betul pun, bukanlah mengejutkan. Malah jika Hadi tinggalkan Mahiaddin terus dan pelu Mahathir pun bukan mengejutkan sebab kita pun tahu akaun Bersatu telah disita oleh SPRM.


Cuma kalau benar terjadi, lepas ini kita akan dengar walaun kutuk Mahiaddin sebagai kluster mahkamah lebih dari kita lagi. Silap-silap kena kafir terus di Mahiaddin tu. Tengok la nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



KALI NI RASANYA MAJLIS RAJA TAK LAYAN DAH KOT. KERAJAAN SUDAH BERJALAN BAIK DAN MEMBANTU RAKYAT.

 

Kami masih beraya dgn makanan di pelbagai lokasi rumah terbuka, banyak pula cerita nak rampas kerajaan, nak jatuhkan kerajaan, nak tukar kerajaan sampai ada gambar lebai kelarah pas tersebar tandatangan akujanji depan Mahathir.


Nak beritahu kpd kalian, kali ini Majlis Raja Raja & Yang Di Pertuan Agong tidak akan melayan polemik tersebut. Sebabnya YDPA sendiri dh panggil kesemua parti politik utk bersama dgn kerajaan perpaduan rancangan Majlis Raja Raja itu sendiri.


PH dapat majoriti kerusi parlimen, cuma tidak melepasi 112 kerusi. Maka hat majoriti tadi di angkat utk mengepalai, dan kemudian di panggil parti2 lain yg juga tak cukup majoriti kerusi, berbincang wujudkan kerajaan perpaduan.


👉 Cuma ada 2 saja cara yg ada utk tukar kerajaan, sama ada melalui pengundian di parlimen (biasa buleh juga di gunakan ketika sesi undi bajet @bahas keabsahan Anwar di Parlimen) atau melalui pilihanraya 5 tahun sekali. 👈


Selepas Anwar jadi PM, dia sendiri yg berani lantang cadang sesi undi keabsahan jawatan PM di parlimen, tapi apa yg jadi ? Pihak pembangkang yg hari ini kedengaran ada angka 126 itu tidak pula ambil bahagian mengundi.


Bukankah itu bodoh namanya ? Pembangkang dah ada peluang, dok kona baring. Lani kona mereng dgn angka 126. 🥴


Dgn akta lompat parti...proses keabsahan di parlimen yg dah pun di buat...di susuli dgn Majlis Raja Raja & Agong buat ketetapan kerajaan perpaduan pilihan YDPA sendiri...maka hal nak tukar kerajaan dalam proses "Tebuk atap 2.0" itu tidak akan kemana. 


Ramai yg bertanya, kenapa Anwar itu tenang ja tak risau cubaan setiap bulan rancangan jahat tebuk atap, jawapan utamanya dh ada melalui MRR termasuk YDPA itu sendiri. 


Tahun depan penggiliran Sultan Johor menjawat jawatan YDPA. Ketika Anwar sakit pun sultan Johor melawat, dan kekerapan Anwar berkunjung ke pelbagai istana apatah lg akrab dgn Pahang, Johor, Perak...berjayakah rancangan Mahathir & Daim utk mempergunakan Bersatu & Pas utk turunkan kerajaan perpaduan yg di ketuai Anwar ?


Jadi...lupakanlah impian nak tebuk atap tu. Lani kerajaan dlm merangka pelbagai inisiatif dan menyediakan ruang utk pelaburan. 


Dan sikit masa lg, kerenah birokrasi pelaburan di minimakan dgn syarat gaji & kebajikan pekerja tempatan di ambil bawah sektor pelaburan di jaga baik, KDNK berkembang...micro & makro ekonomi kembali bergerak positif. Siasatan PDRM & SPRM di perluaskan, negara sdg dlm perubahan impak positif.


Ehhh..., panjang pula menulis. Apa2 pun, usah di layan angka 126 tu. Kunci mangga di tangan Anwar, Agong & Majlis Raja Raja. Di sebabkan Anwar, MA 63 bagi Sarawak Sabah ini tercapai. Nak tarik parti Sabah & Sarawak tinggalkan arahan Agong dlm kerajaan perpaduan demi nak selamatkan nyawa Muhyiddin & Hadi Awang melalui kolaborasi Mahathir & Daim ? Sendiri fikirlah... 😏


Ok, cukup setakat ini. Nak sambung openhouse yg lain pula. 😁


Yang berkarya,

Gino Marvela



LAAAA...TAK APA HAL..KAMI LEBIH PENTINGKAN ISLE....PADAN MUKA MU.

 

Gino Marvela.


Lebih 1000 penduduk kampung di Tumpat Kelantan mengeluh air takda. Bukan Tumpat saja, wilayah jajahan lain pun sama. Balik beraya di kampung, naik angin siap guncang tangki air, mengamuk kata dh 20 tahun berlarutan. Bila mengadu pd pihak berkaitan, jawapan yg sama ja di terima.


Lantak pi lah... Tak lama lg dah pilihanraya negeri, hanggpa undi lah lebai tu lg. Nak marah buat apa, anak2 hangpa juga yg balik undi pilih ketuanan lebai. 


Berapa lama pas memerintah Kelantan tp masalah air puluhan tahun tak mampu nak di selesaikan. Masalah kebersihan jauh sekali.


Usah pening2...pilihanraya negeri tu hangpa undi lah pak lebai kelarah tu lg. 


Padan la muka hangpa! 


Degil tu pekat sangat mcm pengat tahi dlm kawah. Bukan kami tak simpati, tapi hangpa yg sendiri duduk Kelantan tu juga yg gagal fikir & simpati ataih diri sendiri.



KALAU NAJIB DIBERI PENGAMPUNAN, APAKAH DENDA RM210 JUTA KIRA ‘DIAMPUNKAN’ SEKALI?



Susulan pengampunan Najib Razak tidak dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 28 April lalu, dilaporkan perkara tersebut akan diangkat semula pada suatu tarikh dan masa lain yang bersesuaian.


Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Khairul Dzaimee Daud mengesahkan pengampunan Najib tidak dibincangkan ketika mesyuarat pada 28 April lalu di Istana Negara.


“Urusetia Lembaga Pengampunan juga ingin memaklumkan bahawa kertas rayuan pengampunan Najib tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini.


“Sebaliknya, kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai,” kata Khairul Dzaimee yang juga Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam kenyataannya.


Berdasarkan kenyataan di atas, isu pengampunan Najib masih lagi terbuka dan tidak terus tertutup di sebalik ia tidak dibincangkan pada 28 April lalu.


Difahamkan juga, Lembaga Pengampunan bermesyuarat sebanyak tiga kali dalam setahun.


Boleh jadi ia mungkin diangkat untuk dibincangkan pada mesyuarat yang berikutnya atau pada masa lain yang sesuai.


Menoleh ke belakang, sebelum Najib dijatuhi hukuman penjara, beberapa personaliti politik negara ini juga pernah menerima hukuman penjara yang kemudian diampunkan kesalahan mereka.


Antaranya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris; bekas Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim dan PMX sekarang, Anwar Ibrahim.


Tetapi, semua mereka diberi pengampunan setelah masing-masing menjalani lebih separuh daripada hukuman penjara yang dijatuhkan.


Harun Idris dihukum penjara selama enam tahun pada 1977 dan diberi pengampunan diraja pada 1981.


Mokhtar Hashim dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh Speaker DUN Negeri Sembilan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1982.


Hukuman itu kemudian ditukar kepada penjara seumur hidup oada 1984 dan diberi pengampunan diraja pada 1991.


Anwar pula dihukum penjara selama lima tahun pada 2015 dan diberi pengampunan diraja pada 2018 setelah PH berjaya menumbangkan BN pada PRU di tahun tersebut.


Dalam kes semua di atas – Harun Idris, Mokhtar Hashim dan Anwar – hukuman yang mereka terima ialah penjara semata-mata.


Bila diberi pengampunan diraja, bermakna mereka berhak hidup bebas seperti rakyat biasa.


Berbeza dengan Najib, selain dihukum penjara selama 12 tahun, beliau juga didenda sebanyak RM210 juta.


Tidak kira bila pengampunan bakal diterimanya – tahun ini, tahun depan atau selepas PRU16 akan datang – jika beliau diberi pengampunan diraja, apakah ia melibatkan hukuman penjaranya saja atau denda RM210 juta itu kira “diampunkan” sekali?


Atau bolehkah hukuman penjara 12 tahun saja diberi pengampunan, tetapi denda RM210 juta masih wajib dijelaskan kepada kantung kewangan negara, sesuai dengan skandal 1MDB yang membawa beban dan sengsara kepada rakyat seluruhnya? – ShahbudinHusin 03/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



RASA DI BAWAH PMX- KES TAK MUDAH LEPAS DAN LUPA...

 



Berita lama. Tahun 2018. Tapi satu bukti kukuh apa yang terjadi bila PN diberi kuasa memerintah. 


Waktu ini mereka tiada kuasa cuma ada hubungan baik dengan PM waktu itu, Mahathir Mohamed. Pun dah berperangai sebegini.


Kalau SPRM tak dibenarkan siasat, bagaimana kita nak tahu ada berlaku penyelewengan dan ketirisan wang rakyat. Kalau begini, sedaplah mereka makan duit rakyat dan menyakau.


Sebab itu masa PN memerintah banyak kecurangan yang berlaku. Dan SPRM pula tak diberi kuasa untuk menyiasat. Berbeza dengan PH yang mana SPRM nak siasat menteri pun boleh.


Sebab itu rakyat yang sayangkan negara ini wajib tolak PN kerana ternyata dalam kalangan pemimpin mereka, integriti dan ketelusan adalah dua perkara yang asing. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Awat Hadi tak ajak parti bunga jumpa Atok sekali. ? Dah chukuuuppppppp jhemmlah.... melebihi daripada chukup!!!!!




Kesian pula tengok puak-puak pertikaian nasional kemaruk nak jadi kerajaan, numbers pun boleh tak sekata, 126 ke, 125 ker atau 122?


Nak lantik Perdana Menteri baru ini bukan semudah kumpul SD lepas itu boleh jumpa YDPA, dalam perlembagaan persekutuan jelas sebut dalam perkara 43 PP:


4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Jadi nak jatuhkan Perdana Menteri yang sedia ada kena melalui undi tak percaya, sebab itu tempoh hari Anwar buat undi percaya dan dapat 2/3, sebab puak-puak ketagih tebuk atap inilah.


Mungkin mereka lupa zaman mereka memerintah, punya takut undi tak percaya sampai sanggup gantung parlimen, siap ada sidang parlimen pecah rekod sebab takut undi tak percaya.


Jadi nak lepas lantik Perdana Menteri yang baru boleh dengan syarat perdana menteri yang sedia ada kena resign, tak ada orang yang b0d0h hendak letak jawatan tanpa di uji keabsahan di parlimen, kecuali dia sendiri merancang untuk berkhianat atas amanah rakyat.


Assuming Pertikaian Nasional dapat bawa usul undi tak percaya, ada lagi halangan yang mereka perlu hadap, iaitu MOU Antara parti-parti dalam kerajaan Persekutuan yang di tandatangani Disember 2022. Intipati perjanjian itu menyebut yang dalam undi perbekalan atau undi percaya, AP wajib menyokong.


a) Setiap parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan


Kalau mereka tak sokong apa akan jadi? 


Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab ahli Parlimen secara individu kepada parti itu, yang dianggap sebagai peletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya kecil.


So assuming ada 125 - 74 = 51 AP kerajaan yang akan belot, maknanya SPR kena buat PRK untuk 51 tempat.


Nak buat PRK di musim selepas raya ini bukan benda mudah dan mana-mana Ahli Parlimen paling tak suka kalau ada balik PRN.


Kena ingat juga sentimen rakyat tak sama dengan PRU. Ingat fitnah Pertikaian Nasional waktu PRU yang kata kalah PH memerintah Azan akan di haramkan, fitnah LGGBTEE dan minta maaf di mahkamah, fitnah 13 Mei semua  itu terbukti tidak berasas, mereka pula yang kantoi rembat duit janawibawa bagi kroni, subsidi minyak masak pun mereka bedal. Nak masuk PRK dengan akaun kena beku? Maybe tak dapatlah bayar influencer berjuta-juta kan.


Sebenarnya mereka tak chukuppppp jlhemlahhh tapi saja nak buat berita konon-konon ada numbers nak bagi drag momentum sampai ke PRN. PRN Kali ini tak sama dengan PRU, ramai rakyat biasa dah tengok apa yang boleh kerajaan perpaduan buat dan mereka ini tidak taksub politik. Mereka ini boleh lihat contohnya indeks kebebasan media yang lebih baik, indeks logistik yang juga lebih baik dan macam-macam lagi yang menunggu pemulihan. 


Kalau rakyat mengundi pertikaian nasional, jangan harap isu air dapat di selesaikan. Kalau nak selesaikan isu air, rakyat wajib tukar pemerintahan di negeri-negeri pertikaian nasional. Isu kekurangan peluang perkerjaan di negeri sendiri juga hanya boleh di selesaikan oleh menteri besar yang kompetent yang sudah tentu dari kalangan kerajaan perpaduan. 


Jadi jangan di layan sangat puak-puak pertikaian nasional ini, yang pasti puak-puak Seluang ini tak pernah chukuppp jhemlah, hanya di undang dalam mimpi. 


Walllahualam.


MMMS



KALAU ISTANA PUN MELUAT. RAKYAT BOLEH TANYA MACAMANA.

 



MMMS


Istana Negara pun dah malas nak layan geng-geng Pertikaian Nasional, jadi mohon kalau mereka rasa sudah chukuppp jhemlahhh, boleh bawah calon Belukang Prime dan Kabinet Seluang angkat sumpah di Istana Budaya Jumaat ini. 


#PertikaianNasional #takchukupjhemlahhh



HADI NAK TINGGAI MAHIADDIN PULAK KA? NI ORANG KATA. HABIH MADU SEPAH DI BUANG. DEPA BARU SAIN SURAT JA ....NAK KENA TANGKAP TAK TAU LAGI BILA.

 

Betulkah ada perbalahan berlaku di antara Hadi dan Mahiaddin? Dengarnya perbalahan terjadi apabila Hadi tandatangan Proklamasi Mahathir.


Kalau betul pun, bukanlah mengejutkan. Malah jika Hadi tinggalkan Mahiaddin terus dan pelu Mahathir pun bukan mengejutkan sebab kita pun tahu akaun Bersatu telah disita oleh SPRM.


Cuma kalau benar terjadi, lepas ini kita akan dengar walaun kutuk Mahiaddin sebagai kluster mahkamah lebih dari kita lagi. Silap-silap kena kafir terus di Mahiaddin tu. Tengok la nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


OTAK PUNYA KEMETOT. ORANG UTARA KATA OTAK KECIK. KERAJAAN NAK BINA NEGARA.DIA DOK KEDAI KOPI ANGAN ANGAN NAK JATUHKAN KERAJAAN. AKAI TAK DAK.KALIH GAMBAQ SUPAYA ORANG TAHU, TAK BOLEH PAKAI PUNYA MP.

 



PM dan ramai menteri cerita macamana nak baiki kehidupan rakyat, nak tarik pelaburan, hapuskan rasuah dan macam-macam lagi untuk rakyat.


Tiba MP pembangkang, ceritanya cuma macamana nak berkuasa. Ceritanya berkisar sekitar jatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat ini.


Rakyat tiada dalam hati dan fikiran mereka. Hanya ada soal kuasa. Bila dapat kuasa, mereka makan gaji buta dan sakau. Inikah yang rakyat mahukan? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

MANA PARTI BUNGA ..AWAT TAK AJAK SAMA BUAT PERJANJIAN DEKLARASI MELAYU ?







Rafizi Ramli.


Sudah 2 minggu [ +/- 14 hari ] dari 17April Sdr Anwar sahut cabaran jumpa @Mahkamah.....


I. Tun M masih belum kemuka kan Saman


II. Adakah Tun M tidak yakin akan menang @Mahkamah ?


III. Adakah Tun M yakin Sdr Anwar [ bekas Menteri KEWANGAN 1991-1997 ] mempunyai maklumat cukup lengkap ?


Tun M mungkin berfikir [ bersama² Tun DAIM ] hanya dengan menjatuhkan PMX & Kerajaan Perpaduan dapat menyelamatkan dirinya , DAIM & lain².



OPR DINAIKKAN UNTUK KAWAL INFLASI AKIBAT TIDAK DIKAWAL PENGGUNAANNYA


NAK CARI IKUT MANA LAGI NAK TEBUK SIMEN ATAP BAGAI-JOM DENGAR LOKMAN ADAM.




DI BAWAH PMX , INDEKS PRESTASI LOGISTIK KINI MENINGKAT


 

PM ANWAR MEMANG STEADY....


 

SETAKAT TANDATANGAN DEKLARASI MELAYU. PEMBOHONGAN SEMATA MATA.


 

KERAJAAN PMX TAMBAH LAGI BANTUAN PEMBINAAN MASJID DI KEDAH


 

NOOOHHH...LEWAT BAGI BANTUAN PADA TOK IMAM TOK SIAK BAGAI


 

SEMUANYA DILANTIK DIZAMAN MUHYIDDIN. KENAPA KATA PENDAKWAAN TERPILIH.


 

PMX TIDAK PERNAH LARI DARI PRINSIP BELIAU. BELIAU TIDAK LEBIH DARI PAS


 

BELAJAR AGAMA, TAPI TEMPA PINTU NERAKA.