KALI NI RASANYA MAJLIS RAJA TAK LAYAN DAH KOT. KERAJAAN SUDAH BERJALAN BAIK DAN MEMBANTU RAKYAT.

 

Kami masih beraya dgn makanan di pelbagai lokasi rumah terbuka, banyak pula cerita nak rampas kerajaan, nak jatuhkan kerajaan, nak tukar kerajaan sampai ada gambar lebai kelarah pas tersebar tandatangan akujanji depan Mahathir.


Nak beritahu kpd kalian, kali ini Majlis Raja Raja & Yang Di Pertuan Agong tidak akan melayan polemik tersebut. Sebabnya YDPA sendiri dh panggil kesemua parti politik utk bersama dgn kerajaan perpaduan rancangan Majlis Raja Raja itu sendiri.


PH dapat majoriti kerusi parlimen, cuma tidak melepasi 112 kerusi. Maka hat majoriti tadi di angkat utk mengepalai, dan kemudian di panggil parti2 lain yg juga tak cukup majoriti kerusi, berbincang wujudkan kerajaan perpaduan.


👉 Cuma ada 2 saja cara yg ada utk tukar kerajaan, sama ada melalui pengundian di parlimen (biasa buleh juga di gunakan ketika sesi undi bajet @bahas keabsahan Anwar di Parlimen) atau melalui pilihanraya 5 tahun sekali. 👈


Selepas Anwar jadi PM, dia sendiri yg berani lantang cadang sesi undi keabsahan jawatan PM di parlimen, tapi apa yg jadi ? Pihak pembangkang yg hari ini kedengaran ada angka 126 itu tidak pula ambil bahagian mengundi.


Bukankah itu bodoh namanya ? Pembangkang dah ada peluang, dok kona baring. Lani kona mereng dgn angka 126. 🥴


Dgn akta lompat parti...proses keabsahan di parlimen yg dah pun di buat...di susuli dgn Majlis Raja Raja & Agong buat ketetapan kerajaan perpaduan pilihan YDPA sendiri...maka hal nak tukar kerajaan dalam proses "Tebuk atap 2.0" itu tidak akan kemana. 


Ramai yg bertanya, kenapa Anwar itu tenang ja tak risau cubaan setiap bulan rancangan jahat tebuk atap, jawapan utamanya dh ada melalui MRR termasuk YDPA itu sendiri. 


Tahun depan penggiliran Sultan Johor menjawat jawatan YDPA. Ketika Anwar sakit pun sultan Johor melawat, dan kekerapan Anwar berkunjung ke pelbagai istana apatah lg akrab dgn Pahang, Johor, Perak...berjayakah rancangan Mahathir & Daim utk mempergunakan Bersatu & Pas utk turunkan kerajaan perpaduan yg di ketuai Anwar ?


Jadi...lupakanlah impian nak tebuk atap tu. Lani kerajaan dlm merangka pelbagai inisiatif dan menyediakan ruang utk pelaburan. 


Dan sikit masa lg, kerenah birokrasi pelaburan di minimakan dgn syarat gaji & kebajikan pekerja tempatan di ambil bawah sektor pelaburan di jaga baik, KDNK berkembang...micro & makro ekonomi kembali bergerak positif. Siasatan PDRM & SPRM di perluaskan, negara sdg dlm perubahan impak positif.


Ehhh..., panjang pula menulis. Apa2 pun, usah di layan angka 126 tu. Kunci mangga di tangan Anwar, Agong & Majlis Raja Raja. Di sebabkan Anwar, MA 63 bagi Sarawak Sabah ini tercapai. Nak tarik parti Sabah & Sarawak tinggalkan arahan Agong dlm kerajaan perpaduan demi nak selamatkan nyawa Muhyiddin & Hadi Awang melalui kolaborasi Mahathir & Daim ? Sendiri fikirlah... 😏


Ok, cukup setakat ini. Nak sambung openhouse yg lain pula. 😁


Yang berkarya,

Gino Marvela