Awat Hadi tak ajak parti bunga jumpa Atok sekali. ? Dah chukuuuppppppp jhemmlah.... melebihi daripada chukup!!!!!




Kesian pula tengok puak-puak pertikaian nasional kemaruk nak jadi kerajaan, numbers pun boleh tak sekata, 126 ke, 125 ker atau 122?


Nak lantik Perdana Menteri baru ini bukan semudah kumpul SD lepas itu boleh jumpa YDPA, dalam perlembagaan persekutuan jelas sebut dalam perkara 43 PP:


4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Jadi nak jatuhkan Perdana Menteri yang sedia ada kena melalui undi tak percaya, sebab itu tempoh hari Anwar buat undi percaya dan dapat 2/3, sebab puak-puak ketagih tebuk atap inilah.


Mungkin mereka lupa zaman mereka memerintah, punya takut undi tak percaya sampai sanggup gantung parlimen, siap ada sidang parlimen pecah rekod sebab takut undi tak percaya.


Jadi nak lepas lantik Perdana Menteri yang baru boleh dengan syarat perdana menteri yang sedia ada kena resign, tak ada orang yang b0d0h hendak letak jawatan tanpa di uji keabsahan di parlimen, kecuali dia sendiri merancang untuk berkhianat atas amanah rakyat.


Assuming Pertikaian Nasional dapat bawa usul undi tak percaya, ada lagi halangan yang mereka perlu hadap, iaitu MOU Antara parti-parti dalam kerajaan Persekutuan yang di tandatangani Disember 2022. Intipati perjanjian itu menyebut yang dalam undi perbekalan atau undi percaya, AP wajib menyokong.


a) Setiap parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan


Kalau mereka tak sokong apa akan jadi? 


Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab ahli Parlimen secara individu kepada parti itu, yang dianggap sebagai peletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya kecil.


So assuming ada 125 - 74 = 51 AP kerajaan yang akan belot, maknanya SPR kena buat PRK untuk 51 tempat.


Nak buat PRK di musim selepas raya ini bukan benda mudah dan mana-mana Ahli Parlimen paling tak suka kalau ada balik PRN.


Kena ingat juga sentimen rakyat tak sama dengan PRU. Ingat fitnah Pertikaian Nasional waktu PRU yang kata kalah PH memerintah Azan akan di haramkan, fitnah LGGBTEE dan minta maaf di mahkamah, fitnah 13 Mei semua  itu terbukti tidak berasas, mereka pula yang kantoi rembat duit janawibawa bagi kroni, subsidi minyak masak pun mereka bedal. Nak masuk PRK dengan akaun kena beku? Maybe tak dapatlah bayar influencer berjuta-juta kan.


Sebenarnya mereka tak chukuppppp jlhemlahhh tapi saja nak buat berita konon-konon ada numbers nak bagi drag momentum sampai ke PRN. PRN Kali ini tak sama dengan PRU, ramai rakyat biasa dah tengok apa yang boleh kerajaan perpaduan buat dan mereka ini tidak taksub politik. Mereka ini boleh lihat contohnya indeks kebebasan media yang lebih baik, indeks logistik yang juga lebih baik dan macam-macam lagi yang menunggu pemulihan. 


Kalau rakyat mengundi pertikaian nasional, jangan harap isu air dapat di selesaikan. Kalau nak selesaikan isu air, rakyat wajib tukar pemerintahan di negeri-negeri pertikaian nasional. Isu kekurangan peluang perkerjaan di negeri sendiri juga hanya boleh di selesaikan oleh menteri besar yang kompetent yang sudah tentu dari kalangan kerajaan perpaduan. 


Jadi jangan di layan sangat puak-puak pertikaian nasional ini, yang pasti puak-puak Seluang ini tak pernah chukuppp jhemlah, hanya di undang dalam mimpi. 


Walllahualam.


MMMS



No comments: