HARAMKAN UTUSAN ..TANGKAP PENGARANG KE ISA


Haramkan Utusan Malaysia – Sofi Wahab


Friday, 11 December 2009 12:19 PM



Oleh Roziyah Mahamad



KUALA LUMPUR, 11 Disember: Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana memainkan sentimen perkauman dalam artikel dan berita yang disiarkannya. Utusan Malaysia dilihat telah memutarbelitkan fakta yang ada dan menggunakan isu itu untuk mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara kaum-kaum di Malaysia.




Hal ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.
Menurut beliau, Utusan sering memutarbelitkan dan menyiarkan berita yang bersifat ‘rasis’. Utusan contohnya telah memanipulasi kenyataan isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini.
“Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak,” jelas Sofi Wahab.
Utusan Malaysia dilihat sengaja memutarbelitkan isu ini supaya rakyat melihat DAP dan Pakatan Rakyat sebagai parti yang anti di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.




Bagi Beliau, isu-isu seperti ini dimain dan dibangkitkan Utusan Malaysia semata-mata demi kepentingan Barisan Nasional yang menjadi tuannya selama ini.
“Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif.



Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suara Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN,” tegas beliau.




Utusan kini dilabelkan sebagai ‘rasis’ kerana sering memainkan isu perkauman dalam artikel siarannya. Terkini, tulisan Zaini Hassan yang menghina kaum India di Malaysia telah membangkitkan kemarahan kaum India.






AMKPP DESAK ADILI ANWAR DI MAHKAMAH SYARIAH






AMKPP mendesak pihak berkuasa agar mejindahkan perbicaraan DSAI ke mahkamah syariah.

Hampir 50 pemuda AMk Pulaua Pinang dan penyokong yang bersimpatai dengan DSAI mengadakan rapat umum di hadapam masjid Seberang Jaya bagi menyokong agar kes DSAI di bicarakan di mahkamah syariah.Para penyokong mengadakan demontrasi aman tersebut di hadapam Masjid Jamek Seberang Jaya selepas selesai sembahayang Jumaat .Turut serta ialah Shamsul Iskandar selaku ketua AMK negeri dan juga Amir Ghazali sebagai ketua AMK Pulau Pinang serta penyokong.

Dengan menggunakan pembesar suara , Shamsul mendakwa bahawa proses mahkamah haruslah di adakan serentak dengan mahkamah sivil berhubung dengan kes liwat ke 2 DSAI.Menurut Shamsul Iskandar kes Anwar tidak di jalankan mengikut prosedur dan mendakwa bahawa ada plot untuk menjatuhkan beliau .

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menteri di jabatan perdana menteri Mohammad Jamil Khir Baharum menyatakan bahawa kes di mahkamah syraiah hanya boleh di dengar setelah keputusan dibuat oleh mahkamah sivil dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menggangu proses yang adil.

Malah menurut AMK lagi proses ceramah tanpa henti selama 40 hari berturut-turut akan di adakan di 40 parlimen terpilih akan di adakan sedikit masa lagi.Ianya bermula di Kulim baru-baru ini.



KETUA PELINGKUP DUIT RAKYAT BELUM DI CEKUP


Mereka yang masih bebas adalah pemimpin kanan Kuala Dimensi Sdn Bhd yang menjadi penjual tanah kepada PKFZ dan kemudiannya menjadi pemaju kepada projek yang menelan wang rakyat sekurang-kurangnya RM4.6 bilion ini.Pengerusi Kuala Dimensi adalah Bendahari Umno, Datuk Seri Azim Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan BN, Datuk Seri Tiong King Sing dan timbalannya adalah Ketua Pemuda Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah.Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O. C.
Phang petang semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85juta antara Oktober 2004 dan Januari 2005.
SUMBER HARAKAHDAILY: SEKURANG-KURANGNYA BAGI KREDIT KERANA MENGAMBIL BERITA DARI PIHAK LAIN.ADA YANG SAPU BERITA TAK BAGI KREDIT,SEOLAH-OLAH MACAM BERITA DIA YANG PUNYA.
WARTAMAYA PERNAH MENGGELAR BLOGGER CIPLAK