AMKPP DESAK ADILI ANWAR DI MAHKAMAH SYARIAH






AMKPP mendesak pihak berkuasa agar mejindahkan perbicaraan DSAI ke mahkamah syariah.

Hampir 50 pemuda AMk Pulaua Pinang dan penyokong yang bersimpatai dengan DSAI mengadakan rapat umum di hadapam masjid Seberang Jaya bagi menyokong agar kes DSAI di bicarakan di mahkamah syariah.Para penyokong mengadakan demontrasi aman tersebut di hadapam Masjid Jamek Seberang Jaya selepas selesai sembahayang Jumaat .Turut serta ialah Shamsul Iskandar selaku ketua AMK negeri dan juga Amir Ghazali sebagai ketua AMK Pulau Pinang serta penyokong.

Dengan menggunakan pembesar suara , Shamsul mendakwa bahawa proses mahkamah haruslah di adakan serentak dengan mahkamah sivil berhubung dengan kes liwat ke 2 DSAI.Menurut Shamsul Iskandar kes Anwar tidak di jalankan mengikut prosedur dan mendakwa bahawa ada plot untuk menjatuhkan beliau .

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menteri di jabatan perdana menteri Mohammad Jamil Khir Baharum menyatakan bahawa kes di mahkamah syraiah hanya boleh di dengar setelah keputusan dibuat oleh mahkamah sivil dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menggangu proses yang adil.

Malah menurut AMK lagi proses ceramah tanpa henti selama 40 hari berturut-turut akan di adakan di 40 parlimen terpilih akan di adakan sedikit masa lagi.Ianya bermula di Kulim baru-baru ini.



No comments: