AL JAHILIAH, PEMBODOHAN MELAYU BERTERUSAN?

FAKTA DARI MANA WANG RM70,000 DIRAMPAS DARI SETPOL MAT SABU?

Anwar Ibrahim: Projek ECRL, Kenapa Kerajaan Memilih Kembali Kepada Kos Asal Yang Jauh Lebih tinggi?



RUPANYA MUSIBAT DALAM AMANAH...



Antara yang kuat mengecam DSAI dan nak sangat Atuk balik jadi PM ialah Azhar MD Dali. Dia punya kecaman itu merosakkan nama Amanah dan melukakan hati penyokong PKR.

Aku ada dalam friend list dia, dan aku tak mau nak masuk komen dan bantai, biar aku luahkan dalam timeline Facebook aku sendiri.

Masa PH mula tadbir Malaysia, memang aku dan sepupu aku Yusuf Hj Mohamad Yussof Abd Ghani membawang pasal si Azhar ni sesama kami dan aku mula gali cerita sebenar.

Memang aku sedikit agak bengang kenapa abg Mat boleh merestui cara dan perbuatan dia tu. Sudah tentu hal itu dalam pengetahuan Abg Mat sendiri barangkali.

Mana mungkin boleh paw syarikat yang berurusan dengan pihak MINDEF semata-semata untuk melangsaikan hutang yang menyebabkan dia bangkrup dengan insolvensi.

Permulaan sudah menunjukkan kerosakan, akhirnya banyak hal yang perlu diperbaiki oleh PH kerana kerosakan imej oleh puak yang seperti Azhar Md Dali.

Kini dia dalam tahanan reman, dan kerana dia seorang, puaslah Amanah nak menjawab kecaman dan kata nista.

Beberapa hal yang paling basic dalam pakatan politik yang kita semua kena diingatkan dan saling ingat mengingati ialah, jika awalnya berlaku kecurangan, jangan biarkan ia merebak.

Cantas di saat awal. Lantak mampoih pi kat dia tak ada kerja ke apa, jangan sampai dia rosak teruk dan menjadi perosak kepada organisasi.

Aku marah! Sebabnya si Azhar ni antara orang yang saban kali siarkan posting Di Facebook mesti kecam atau perli DSAI. Bukan aku taksub Anwar, tapi beliau adalah pemimpin tertinggi PH. Kau tak suka, diam, bukan perli dan kutuk menghina. Kalau ada idea pembetulan sila kritik dan bagi saranan.

Ini tidak, dah la perangai macam celaka, merosakkan lagi ada.

Amanah mesti jadi parti yang murni politik, kena ada sedikit kekerasan dan ketegasan. Tak boleh jadi asobiyah, kalau geng kita buat pejam mata dah la, khalayak tak tahu.

Sorry ya! Dalam politik kau kentut bau apa pun khalayak cepat menghidu dan sebarkan keburukan.

Sekali sekala aku jadi give up dengan Amanah. Tapi aku sayang dengan pemimpin yang kuat berjuang sejak dulu, dan hormati penasihat Umum kerana melalui beliau aku dapat tambahan ilmu agama, ilmu politik Islam, ilmu berbakti kepada masyarakat.

Perbaiki balik Amanah. Lakukan seperti PKR, jangan sampai ada ahli yang melompat beberapa kolam. Kaki kanan kolam A, kaki kiri kolam B yang banyak masyukkk. Podahh! Lahanat semua tu..

Sekian, lama dah pendam baru ni ada daya nak menulis. Harap maaf bahasa agak kesat.

Thank you
Abg Aim 😎

ECRL: APA PERLU IKUT JAJARAN BN TINGKATKAN KOS PEMBINAAN?

SAHIHKAH BERITA YANG ANDA BACA INI ?


Melayu...

Sengaja saya masukkan sekali lagi artikel Prof Dr Mohd Tajuddin ini supaya kita sentiasa mengakui tentang pemikiran bangsa kita yg sgt pelik. Seperti slogan Perompak dipanggil Bosku, Pengkhianat dipanggil Abah dan Penipu dipanggil Tok Guru. Ia kata2 sindiran/sinis yg memperlihatkan kejelikan cara org kita berfikir....

Prof Dr Mohd Tajuddin...
Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp saya dan isteri dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 “group”, saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras, tidak tahu menilai secara kritis dan tak mahu fikir langsung jika sesuatu berita itu dikaitkan dengan isu Melayu dan Islam.

Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang.

Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam.

Melayu akan jadi tidak waras dan akan percaya bulat-bulat, akan tidak perlu selidik fakta atau sumber berita, akan percaya habis-habis dan tidak perlu tahu hujung pangkal; yang jahat memang Cina, Kristian, DAP, India, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Sekarang pula kita kena tambah senarai hitam musuh ketat orang Melayu yang disarankan seorang mufti seperti P Waytha Moorthy, P Ramasamy, M Kulasegaran dan V Ganavaritsu. Nasib baik Karpal Singh dah meninggal dunia, kalau tidak tsunami terjadi pun boleh dipersalahkan orang tua tu! Itulah lojik Melayu yang saya analisa.

Siapa orang Melayu yang tidak boleh berfikiran waras ini? Adakah mereka orang kampung? Adakah mereka sekolah setakat darjah 6? Adakah mereka ini kaki kedai kopi dan kedai mamak? Kalau itu sajalah golongannya, tuan-tuan, saya tak tulis artikel ini.

Kalau orang berpendidikan rendah berfikir macam tu memang kita boleh agak dan fahami dan maafkan. Tetapi sebaliknya, bukan golongan macam ini saja. Kebanyakan 99% Melayu kenalan saya yang pernah belajar di universiti luar negara, universiti tempatan, dah ada Master dan dah ada PhD, semuanya sama macam orang kampung dan kaki kedai kopi yang tidak berpendidikan tinggi.

Saya mempunyai ramai kenalan Melayu dan saya berani katakan yang tidak boleh berfikiran rasional, tidak tahu berfikiran kritis, tidak mahu berfikir panjang-panjang adalah orang-orang yang jawatannya tinggi-tinggi belaka.

Apa jawatan mereka? Guru sekolah menengah, guru besar, profesor madya, profesor VK7-6-5, arkitek, jurutera, pegawai tinggi GLC, pegawai eksekutif dan doktor. Bukan calang-calang pendidikan, tuan-tuan. Semuanya extra hebat belaka. Tapi fikiran? Macam tak sekolah tinggi pun. Percaya bulat-bulat, tunggang langgang dan habis-habis. Sebab? Nak menegak ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Dosa fitnah? Tak kisahlah. Dosa mencerca? Sikit saja. Dosa menyampai-nyampai? Tak ada hal punya beb.

Apa nak jadi dengan orang Melayu macam ini saya pun tak tahu. Negara kita ni bakal hancur dengan Melayu yang tak boleh nak urus emosi dan berfikiran rasional. Tengoklah kes Kuil Seafield dan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Waytha dituduh tak semena-mena. Kenapa tuduh dia bertanggungjawab? Dia pukulkah? Polis kata samseng yang pukul. Dia arah kah?  Tetapi orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp mempunyai “karamah” dan ilmu ghaib. Tak payah siasat. Tak payah soal suspek. Tak payah “post mortem”. Waytha salah. Dia perlu dipecat serta merta dan dihadapkan ke mahkamah. Boleh kita gantung dia minggu depan hari Jumaat? Begitu fikiran kaumku, orang Islam seagamaku. Malu saya dengan kawan-kawan bukan sekaumku, bukan seagamaku. Di mana nak sorok batang hidungku?

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menulis satu bab kegemaran saya. Tajuknya adalah Bencana Lisan. Kitab panjang lebar ini diringkaskan oleh seorang hamba Allah dan dibukukan dalam buku berjudul Bimbingan Mukminin. Dalam lebih 100 buku yang saya baca tentang Islam, ini adalah buku “favourite” saya. Saya khatam “cover-to-cover”.

Dalam bab Bencana Lisan, Imam Al-Ghazali menukilkan 20 bencana lidah kita yang bakal mengheret kita ke neraka. Tak kiralah kita dah pergi haji 4 kali, umrah 12 kali, lidah kita yang menginterpretasi maklumat berita dan cerita bakal menjerumus kita ke api neraka jahanam.

Saya amat takut dan berhati-hati dalam tulisan dan cakapan saya setelah membaca kitab itu. Pernahkah orang Melayu yang bukan ustaz atau ustazah menatap kitab ini? Saya berani kata kalau tanya 50 orang Melayu, mereka akan kata mereka tak pernah dengar pun kitab ini. Kalau tanya 100 Melayu ada kemungkinan yang kata pernah dengar tapi tak pernah beli. Kalau tanya 200 orang Melayu kemungkinan ada yang membeli tapi tak tahu simpan di mana. Kalau tanya 400 Melayu mungkin jawapan yang ada adalah pernah beli, ada kat rak buku tapi takut nak baca sebab ustaz kata kalau baca buku sendiri kita jadi sesat.

Minda kritis orang Melayu setakat itu saja. Mereka suka dengar ceramah dan celoteh Ustaz Kazim Elias, Ustaz Zamihan Mat Zin dan Ustaz Mat Don. Buat apa nak baca? Tanya ustaz sajalah. Kalau ustaz kata Ramasamy salah, maka salah Ramasamy lah tu. Kalau mufti yang ada PhD kata Waytha tu orang jahat maka jahatlah Waytha tu. Tak payah bukti, tak payah hujah panjang. Dua-dua mereka Hindu. Orang Hindu memang sembah berhala dan pakai sistem kasta. Zakir Naik pun cakap macam tu. Tapi Zakir Naik bukan ustaz. Tak apa, dia pandai cakap orang putih dan pandai ilmu agama Hindu. Kalau dia cakap dia memang betul dan tak ada yang salah. Dari orang Melayu jual goreng pisang sampai Pak Profesor mendokong Zakir, Azhar Idrus, Zamihan, Datuk Seri Hadi Awang dan siapa-siapa lagi yang pandai cakap Arab, serban besar, jubah panjang, selendang pula “style” Akil Hayy.

Kenapa orang Melayu suka sangat percaya pada fitnah dan dongeng WhatsApp? Tak takutkah pada dosa? Kenapa perlu takut? Tak pernah pun dengar khutbah Jumaat kata percaya kat WhatApp tu berdosa. Tak ada dalam kitab lama pun tentang bencana Instagram, WhatApp, Facebook atau Twitter. Maka itu tak berdosalah. Lagi pula kalau tersilap pun, kita nak jaga kedaulatan Melayu dan Islam. Perjuangan suci kononnya.

Aduhai, kesian orang Melayu, kata Datuk Ismail Kamus selalu. Beliau pernah berpesan, “Kita harus membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul”. Kata-kata hikmat itu saya pegang sehingga hari ini. Kita umat Islam harus ada integriti. Kita perlu menilai maklumat, cerita dan berita dengan kritis, jika tidak, kita tumpang sekaki di neraka nanti. Bagaimana berfikiran kritis? Ada 4 perkara perlu ditanya untuk memastikan sesuatu berita, cerita dan maklumat itu kemungkinan besar sahih atau tidak.

Pertama, tahukan sumber berita itu. Tanya di mana berita ini didapati. Siapa penulis? Di mana ia diterbitkan? Perlu ada nama penuh penulis, walaupun penulis itu menggunakan nama samaran. Perlu tahu di mana ia diterbitkan. Sinar Harian kah, Berita Hariankah dan sebagainya. Kalau Facebook, Instagram, Twitter, semua tak boleh pakai. Sebabnya? Tidak ada penyunting berita dan cerita. Tidak ada editor yang bertanggungjawab.

Kedua, tanyakan apakah cerita keseluruhannya? Jangan reaksi apabila dengar India pukul Melayu. Lepas tu pergi demonstrasi di Dataran Merdeka. Mungkin Melayu kacau anak dara India maka dia kena belasah. Itu cerita penuhnya. Kebanyakan orang Melayu suka dengan sekerat cerita, bukan separuh pun, sekerat. Orang Melayu hebat, ada firasat dan ilmu ghaib jin. Maklumat sekerat dia boleh jadikan satu buku ceritanya. Tak boleh macam tu. Tidak kritis namanya. Tahu cerita sepenuhnya sebelum bertindak.

Ketiga, apa niat pembawa cerita, penulis isu dan pembawa bicara? Kalau dia boleh untung dari berita itu kerana dia parti lawan maka itu ada “conflict of interest” atau konflik kepentingan peribadi. Kena cuba teka-teka niat orang yang tulis. Mungkin dia nak bodek supaya dapat jadi menteri atau dapat projek atau menang pilihan raya.

Kempat, rujuk sumber lain tentang isu dan berita yang sama. Sekali-sekala tu tengok dan baca Roketkini. Ini Roketkini pun tak tahu binatang apa, tahu DAP juga yang salah. Cuba rujuk FMT atau Malaysiakini, jangan asyik baca Kosmo, Sinar Harian atau Utusan Malaysia berkurun-kurun sampai cucu pun dah nak masuk universiti.

Itulah dia empat petua nak tahu cerita sahih ke tak sahih dan petua nak lindung dari kita tersadai di neraka. Tak laku solat kita, puasa kita, haji kita dan sedekah kita. Lidah kita melalui WhatsApp, Instagram, Facebook dan Twiter menjunamkan masa depan kita di dunia dan di akhirat. Nasib-nasib kena tangkap polis menyebar berita palsu. Dunia pun terbang akhirat entah ke mana.

Wahai orang Melayu, tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

- Dr Mohd Tajuddin
Professor of Architechture of local university



"SIDANG PARLIMEN 13HB JULAI - NASIB SPEAKER & NASIB PM DITENTUKAN?"


VIDEO : BENAR DAN SALAH DICATAT MALAIKAT WAHAI MENTERI AGAMA!



Merujuk kepada penambahan bajet untuk Pentadbiran Islam sebanyak RM1.3 bilion pada 2020 berbanding RM1.2 bilion pada 2019, Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata pendirian dasar Pentadbiran Islam PAKATAN HARAPAN adalah selari dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Mujahid merujuk kepada komitmen Kerajaan terhadap Guru KAFA yang terus diberi perhatian khusus, selain peruntukan elaun bagi tahun 2019 melebihi RM400 juta.


PN DAH MULA BERGADUH?

VIDEO: SELEPAS PILIH PERDANA MENTERI UMNO-BERSATU BERANTAKAN





"Pemuda UMNO tidak sesekali merelakan maruah parti terus dicabuli buat kali kedua dengan kata nista berupa penghinaan setelah perilaku pengkhianatan ke atas parti ini cuba kami kompromi," ujar Asyraf. Dalam video pendek itu Abdul Latiff berkata, ahli politik Sabah tidak menganggap perbuatan mereka berubah parti itu sebagai melompat, tetapi berhijrah.

MUHYIDDIN LANGGAR PERATURAN USUL NAMA SPEAKER BAHARU?

5 AGENDA TUBUH GERAK 98

PN, PH PELUANG SAMA RATA PRU 15

KADAR FAEDAH BANK TURUN, MELESET?

MOKHTAR ANAK SENIK DAH BERUBAH?


RAMZAN AHMAD

Baru-baru ni aku terbaca status Mokhtar Senik.  Terperanjat aku baca, begitu bersopan santun lagaknya bagaikan wanita bernama "Leena" tutur katanya.   Sopan sungguh beliau membela  Mat Sabu.  Perubahan tutur kata ini berlaku selepas isu drama vellfire pecut lari dari stesen petronas dan drama "Leena dan 7.5"" ber'episod' yang disiarkan melalui FB alex.  Kebetulan kot, atau mahu redakan keadaan, maka kena pamerkan kesopanan. 

Tapi, aku tak lupa semua status-status beliau sebelum kes "Leena" ini.  Semua status yg jijik dan busuk bagaikan bangkai.  Apa yg beliau katakan sewaktu PH jadi kerajaan, itulah yg dijilat oleh puak-puak ini.  Usahkan golongan LGBT, lihat saja si Sajat.  Bertambah berani berbogel di era kerajaan pintu belakang.  Dulu, macam-macam kamu kata kat menteri agama.  Sekarang, menteri agama kamu buat apa?

Anwar yakin dapat sokongan, kata Khalid Samad

Anwar yakin dapat sokongan, kata Khalid Samad


APA JADI KALAU USUL PM KALAH 13 JULAI NANTI.


Cakap-cakap bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap-cakap kosong.
2. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya menerima melalui Poslaju pada hari ini 8hb Julai 2020 (5 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula) sebuah dokumen Parlimen Malaysia setebal 350 muka surat berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat bermula dari 13 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2020. Dokumen ini bukan dokumen rahsia dan tiada peraturan “embargo” dikenakan, maka saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca di luar sana supaya anda semua tahu apa yang akan berlaku di dalam Dewan Mesyuarat Parlimen.
3. Usul untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Arif merupakan Usul No.2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul pada 13 Julai 2020. Usul itu berbunyi: “ Perdana Menteri akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang di-Pertua.”
4. Usul No. 2 tersebut diikuti dengan Usul No.3 dari Perdana Menteri yang mohon mencadangkan Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
5. Usul No.4 pula bertujuan untuk mengenepikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Nga Kor Ming. Manakala usul No.5 untuk mencadangkan Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang sebagai Timbalan Speaker. Kedua-dua usul ini, No.4 dan No.5 juga dibentangkan oleh Perdana Menteri.
6. Bagaimana jika usul No.2 itu ditolak oleh Dewan Rakyat atau keempat-empat usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu mengalamai kekalahan? Jika Perdana Menteri kalah bermaka Kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya juga kalah. Adakah Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan jika kesemua usul yang beliau bentangkan itu atau salah satu daripadanya ditolak oleh Dewan Rakyat?
7. Tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau amalan bersifat konvensi yang menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan. Muhyiddin Yassin akan berasa kecundang dan Kerajaan PN akan menerima tamparan dari blok pembangkang jika usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker berkesudahan dengan kekalahan. Tetapi dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berani membentangkan usul-usul tersebut memberi isyarat awal bahawa kerajaan PN pimpinannya padu dan kukuh dan beliau sebagai Perdana Menteri mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang menyokong kerajaan pimpinannya.
8. Ujian yang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin pada 13 Julai ini besar. Pakatan Harapan Plus walaupun nampak ada masalah dalaman sesamanya tetapi dalam soal menghadapi Usul mengenepikan Speaker Mohamad Ariff dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming yang dibawa oleh Perdana Menteri, mereka bersatu dan akan memberi tentangan yang hebat di Parlimen nanti pada 13 Julai ini.
9. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu merajuk dan patah hati jika usul-usulnya itu nanti menghadapi kekalahan. Beliau boleh merujuk sejarah. Pada tahun lepas 2019 usul dari Kerajaan Pakataan Harapan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan juga menghadapi kekalahan apabila gagal mendapat kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat kerana mendapat tentangan dari blok pembangkang ketika itu. Tun Dr Mahathir tidak meletak jawatan kerana kekalahan itu dan tidak juga pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen.
10. Muhyiddin Yassin pun perlu berbuat hal yang sama iaitu terus mentadbir negara jika usul-usulnya itu tewas di Parlimen. Malu sedikit tidak apalah kerana reputasinya sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN tercalar. Tetapi Muhyiddin Yassin tidak perlu sampai terpaksa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 yang mengejut kerana terkejut.Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen. Perdana Menteri tentu tahu hal ini dan beliau tentu akan berhati-hati.
11. Secara peribadi saya selaku Ahli Parlimen dari PH dan Parti Keadilan Rakyat pernah menyuarakan tuntutan terbuka supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakan jawataan sekira usulnya mengenepikan Speaker Mohamad Ariff menemui kegagalan. Tetapi siapalah saya untuk mendesak tuntutan sedemikian terhadap Perdana Menteri memandangkan usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker Mohamad Ariff dan Nga Kor Ming bukanlah usul yang bersifat kewangan seperti Belanjawan Tahunan Negara yang menuntut Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya meletakkan jawatan sekiranya usul berkenaan Belanjawan Negara itu kalah di Parlimen.
12. Tetapi bagaimana jika Usul-usul Perdana Menteri itu beroleh kemenangan dan Speaker serta Timbalan Speaker yang ada sekarang berjaya diketepikan melalui proses pengundian yang telus dan adil di Parlimen? Ini tentu satu suntikan semangat yang kuat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN pimpinannya. Dan ia merupakan satu tamparan hebat kepada blok pembangkang PH Plus.
13. Tetapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak berada dalam keadaan selesa pada 13 Julai nanti. Kerana di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada tarikh tersebut terdapat satu usul No.27 yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi yang akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli yang Berhormat Dewan Rakyat.”
Persoalan berkenaan prosedur ialah adakah pada 13 Julai nanti usul No.27 yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir sempat dibentangkan dan dibahas serta diputuskan dengan undi atau terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain?
Sama-samalah kita ikuti perkembangaan menarik di Parlimen nanti.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Rabu 8 Julai 2020


(function() { var d = document, w = window; w

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM-MENOLAK ELAUNS SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG BERTARAF MENTERI

 Kenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan k...