RUPANYA MUSIBAT DALAM AMANAH...



Antara yang kuat mengecam DSAI dan nak sangat Atuk balik jadi PM ialah Azhar MD Dali. Dia punya kecaman itu merosakkan nama Amanah dan melukakan hati penyokong PKR.

Aku ada dalam friend list dia, dan aku tak mau nak masuk komen dan bantai, biar aku luahkan dalam timeline Facebook aku sendiri.

Masa PH mula tadbir Malaysia, memang aku dan sepupu aku Yusuf Hj Mohamad Yussof Abd Ghani membawang pasal si Azhar ni sesama kami dan aku mula gali cerita sebenar.

Memang aku sedikit agak bengang kenapa abg Mat boleh merestui cara dan perbuatan dia tu. Sudah tentu hal itu dalam pengetahuan Abg Mat sendiri barangkali.

Mana mungkin boleh paw syarikat yang berurusan dengan pihak MINDEF semata-semata untuk melangsaikan hutang yang menyebabkan dia bangkrup dengan insolvensi.

Permulaan sudah menunjukkan kerosakan, akhirnya banyak hal yang perlu diperbaiki oleh PH kerana kerosakan imej oleh puak yang seperti Azhar Md Dali.

Kini dia dalam tahanan reman, dan kerana dia seorang, puaslah Amanah nak menjawab kecaman dan kata nista.

Beberapa hal yang paling basic dalam pakatan politik yang kita semua kena diingatkan dan saling ingat mengingati ialah, jika awalnya berlaku kecurangan, jangan biarkan ia merebak.

Cantas di saat awal. Lantak mampoih pi kat dia tak ada kerja ke apa, jangan sampai dia rosak teruk dan menjadi perosak kepada organisasi.

Aku marah! Sebabnya si Azhar ni antara orang yang saban kali siarkan posting Di Facebook mesti kecam atau perli DSAI. Bukan aku taksub Anwar, tapi beliau adalah pemimpin tertinggi PH. Kau tak suka, diam, bukan perli dan kutuk menghina. Kalau ada idea pembetulan sila kritik dan bagi saranan.

Ini tidak, dah la perangai macam celaka, merosakkan lagi ada.

Amanah mesti jadi parti yang murni politik, kena ada sedikit kekerasan dan ketegasan. Tak boleh jadi asobiyah, kalau geng kita buat pejam mata dah la, khalayak tak tahu.

Sorry ya! Dalam politik kau kentut bau apa pun khalayak cepat menghidu dan sebarkan keburukan.

Sekali sekala aku jadi give up dengan Amanah. Tapi aku sayang dengan pemimpin yang kuat berjuang sejak dulu, dan hormati penasihat Umum kerana melalui beliau aku dapat tambahan ilmu agama, ilmu politik Islam, ilmu berbakti kepada masyarakat.

Perbaiki balik Amanah. Lakukan seperti PKR, jangan sampai ada ahli yang melompat beberapa kolam. Kaki kanan kolam A, kaki kiri kolam B yang banyak masyukkk. Podahh! Lahanat semua tu..

Sekian, lama dah pendam baru ni ada daya nak menulis. Harap maaf bahasa agak kesat.

Thank you
Abg Aim 😎