TERKINI



ANWAR TIDAK AKAN HADIR MAJLIS MAKAN MALAM HARAM KARTEL SI KITUL

Anwar Ibrahim berkata timbalannya, @AzminAli menjemput beliau untuk hadir majlis makan malam yang akan dianjurkan, petang ini.

Menurut beliau, Azmin ada memberitahu beliau bahawa satu majlis makan malam di Renaissance akan diadakan dan jemputan itu dibuat dua hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, jemputan itu tidak dapat dipenuhi kerana terikat dengan satu majlis yang diadakan di rumah beliau, malam ini.

“Azmin ada beritahu dan jemput untuk hadir malam ini dua hari lalu, tapi saya beritahu saya ada majlis di rumah saya kerana setiap Ahad malam, di rumah saya saya ada buat majlis zikir,” katanya dalam sidang media selepas Kongres Nasional KEADILAN kali ke 14, berakhir hari ini.

MAJLIS PRESIDEN PH TENTUKAN PERALIHAN KUASA TIDAK LAMA LAGI

ANWAR PEMAAF,AZMIN SELAMAT

TIDAK TERIMA MUAFAKAT NASIONAL PUNCA AHLI PAS MASUK AMANAH

PERUBAHAN SOKONGAN DI KELANTAN.RAMAI MULA SERTAI AMANAH




 



Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berjalan menunju ke sidang media Lselepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto
SHAH ALAM – Penubuhan Muafakat Nasional di antara Pas dan UMNO dipercayai tidak disenangi oleh akar umbi Pas khususnya di Kelantan susulan kemasukan beramai-ramai ahli parti itu ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendedahkan, Kelantan antara negeri yang teramai ahli Pas yang menyertai Amanah pada masa ini susulan mereka menolak Muafakat Nasional dan UMNO..

“Banyak sekarang ini, sedang berpindah begitu ramai di Kelantan. Ahli Pas memang dididik begitu lama tentang kebencian kepada UMNO dan sampai ke peringkat kafir mengkafir
“Jadi bukan mudah untuk mereka terima Muafakat Nasional begitu mudah, ramai di antaranya memilih untuk bersama dengan Amanah,” katanya selepas Konvensyen Nasional Amanah 2019 di sini, hari ini.
Mohamad juga berasa terkejut apabila Amanah Kelantan khususnya kawasan Pasir Mas mempunyai lebih 2,000 ahli baharu meskipun belum mempunyai cawangan di kawasan itu.


Kelantan di antara negeri yang nampak penambahan ahli kami meningkat begitu mendadak
“Kita tahu ramai tapi yang teramai di Pasir Mas, Kelantan, itu satu kejutan, ramai (ahli Pas) berduyun-duyun menyertai Amanah,” katanya.

Datuk Mahfuz Omar
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendengar sesuatu daripada Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar (tengah) sambil diiringi Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahudin Ayub (kanan) pada ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto

Sementara itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penolakan ahli Pas Kelantan terhadap Muafakat Nasional kerana mereka tidak mahu UMNO dan BN kembali memerintah negara.

“Ahli Pas kebanyakannya menolak Muafakat Nasional kerana mereka melihat ini merupakan pembentukan BN 2.0, sebab itu mereka menolak, mereka tak nak mengembalikan negara ini di bawah kepimpinan BN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

SEJARAH PKR MALAYSIA :

SEJARAH PKR MALAYSIA :

Tim. Presiden menolak PRESIDENnya sendiri menjadi PERDANA MENTERI KE8 yg punya MAJORITI Kerusi PARLIMEN terbanyak

Yang Mana...
Peralihan kuasa ini memang telah TERMAKTUB didalam konsensus yg telah dipersetujui diantara gabungan 4 parti didalam PH

Tetapi...
Sebaliknya SIKITOL ini telah membuat Uturn "Pintu Belakang" dan telah menyokong Tun. M "tanpa Rasa MALU" yg dari pada awal PENUBUHAN PH SIKITOL nih lah yg menentang Tun. M dari menjadi PERDANA MENTERI KE7

Ini semua berlaku adalah kerana
RAKUS DAN TAMAK

Demi utk terus berkuasa
dan mengekalkan jawatannya didalam kerajaan dgn formula "Pintu Belakang" dan cuba berunding dgn sebahagian Pemimpin dari Umno utk kepentingan peribadi...

SIKITOL nih mmg Gila!

BAGAIMANA AMANAH YANG LEMAH MAMPU MENGALAHKAN PAS

BAGAIMANA AMANAH YANG LEMAH MAMPU MENGALAHKAN PAS

8 DISEMBER 2019

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairudin dalam satu tulisan bertajuk "Pan Amat Lemah, Tak Boleh Diharap" yang diterbitkan Harakahdaily menyentuh soal keahlian AMANAH yang menurutnya walau calon AMANAH memperoleh undi yang tinggi dalam PRU14 namun tidak sampai 3000 pengundi yang mengundi AMANAH adalah ahli AMANAH.

Menurut Khairudin, dikawasan Presiden Amanah, Mohd Sabu yang mendapat 90,697, Khalid Samad yang peroleh 55,949, Salahuddin Ayub yang peroleh 55,447 dan beberapa nama lain yang memperoleh puluh ribu undi namun tidak sampai 3000 adalah ahli AMANAH.

Dari sudut "Fakta", benar anggota AMANAH disatu satu kawasan parlimen tidak melebihi 3000 ahli, dan benar sejumlah besar pengundi AMANAH bukan ahli AMANAH.

Ahli yang sedikit, katakan ya kurang 3000 ahli di Kota Raja yang ditandingi Mohd Sabu, ini bermaksud 87,000 bukan ahli AMANAH akan mungundi AMANAH, namun dimanakah ia satu perkara yang buruk? 

Mengatakan AMANAH bergantung pada pihak lain, sebenarnya disitu kebijaksaan pemimpin AMANAH, iaitu membentuk kerjasama dengan parti parti lain lalu sebuah parti yang berusia 3 tahun sewaktu PRU14 berjaya terlibat membentuk kerajaan. 

Dalam Pakatan Harapan setiap parti adalah saling memperkukuh dan memperkuat, tiada parti yang kuat bersendiri.

Kerana itu Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera. Iaitu kerana kebijaksaan, perkara yang tiada pada pemimpin PAS sehingga kini. 

Pencapaian utama sesebuah parti politik adalah jumlah undi yang diperoleh, dan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan semata pada jumlah ahli. 

Dalam pilihan raya yang lalu, AMANAH yang disebut "amat lemah" berjaya memenangi 32.35% dari jumlah kerusi yang ditandingi manakala Pas sebagai sebuah parti yang punyai jutaan ahli, hanya menang 11.25% dari Keseluruhan jumlah kerusi yang ditandingi.

Khairudin juga mendakwa, walaupun AMANAH hampir dua tahun  memiliki 5 Menteri dan 4 Timbalan Menteri mereka serta memiliki Ketua Menteri, EXCO Negeri dan Pengerusi GLC mereka masih tidak mampu mencuri ahli-ahli PAS. 

Benar, Pengerusi GLC dari AMANAH mungkin tidak mampu "mencuri ahli ahli Pas", jawatan yang diamanahkan tidak digunakan untuk kepentingan parti apatah lagi untuk mengumpan "ahli ahli Pas". 

Penyertaan baharu ahli AMANAH adalah konsisten dan berterusan walaupun tidak mencecah angka jutaan seperti Pas, jika sebelum PRU14 hanya sekitar 1000 ahli baharu setiap bulan manakala selepas PRU14 menyaksikan antara 7000-10000 sebulan , namun parti masih konsisten menerima keahlian baharu termasuk di Terengganu sendiri. 

Ahli ahli baharu ini masuk bukan kerana ada pak menteri, juga pengerusi GLC, sebaliknya kerana percaya pada perjuangan parti. 

Mendapatkan ahli seramai mungkin adalah gerak kerja berterusan setiap parti politik, namun hakikat sebenar jumlah ahli tidak akan menentukan kemenangan dalam PRU, kita lihat dalam PRU14 yang lalu, parti politik yang mempunyai keahlian terbanyak, iaitu UMNO dan PAS masing masing tersungkur di Putrajaya. 

Mungkin Khairudin perlu menilai semula keutamaan berpolitik,  adakah keperluan mempunyai jutaan ahli, atau mempunyai kebijaksanaan mengemudi parti. 

Sebelum mendakwa parti lain lemah, cerminlah diri parti Pas yang berusia lebih 60 tahun masih kekal sebagai pembangkang hingga kini.

Bagaimana  AMANAH memperkasa Islam sebagai sebuah parti kerajaan, AMANAH bukanlah parti penuh retorik seperti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, cakap ceramah berapi rapi jika hudud tidak dilaksana di Kelantan akan letak jawatan Menteri Besar, begitu juga RUU355 yang menjadi modal politik dimana akhirnya Marang sendiri menangguhkan untuk dibahas.

Dalam memperjuangkan agenda memartabatkan Islam, AMANAH menerajui dasar Rahmatan Lil Alamin yang kini menjadi dasar negara. Gagasan yang diperkenalkan berjaya meyakinkan agensi dibawah pentadbiran Kementerian Hal Ehwah Agama untuk menerima dasar baharu sehingga ia mendapat  diperkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian agama juga berusaha memperkasakan undang-undang Islam antaranya Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan pindaan 2018 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada  April 2019 dimana pindaan ini sekaligus membolehkan semua sekolah agama termasuk tahfiz dan tadika di Wilayah berdaftar, dikawal selia oleh kerajaan. dan memjadi punca kuasa untuk campur tangan apabila berlaku masalah di mana-mana pusat tahfiz. 

Kementerian agama juga menggerakkan Rang Undang-undang (RUU) Profession Guaman Syarie Wilayah Persekutuan. Rang undang-undang itu akan menjadi model bagi penyeragaman undang-undang profesion guaman Syarie di negeri-negeri.

Kementerian turut memperkenalkan Mahkamah Khusus Kes Nafkah dan Hadhanah bagi membicarakan kes mahkamah syariah yang melibatkan tuntutan bekas isteri terhadap bekas suami yang mempastikan kaum wanita tiada yang teraniaya kesan dari penceraian.

Kementerian juga komited merealisasikan penubuhan Majlis Tahfiz Negara dan akan dilancarkan pada tahun 2020 bertujuan untuk membawa institusi tahfiz di negara  ke arus perdana. 

Majlis Tahfiz Negara berperanan mewujud dan menyelaras mekanisme pengiktirafan, memberi pengiktirafan kepada huffaz di samping memantau pematuhan standard pengiktirafan diberikan.

Hal ini merupakan tamparan kepada para penjaja fitnah yang mendakwa bahawa kerajaan tidak peduli terhadap undang-undang islam dan mahkamah Syariah.

Khairudin Aman Razali seharusnya lebih  menfokuskan untuk cuba membawa Pas untuk menyumbang kepada memperkasakan islam, bukan mengira jumlah ahli parti AMANAH, PAS sehingga sekarang tiada jasa significant dalam memperkasakan agama, namun cukup juara dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. 

Jangan pula AMANAH yang "amat lemah" ini menewaskan PAS dalam segala hal dari prestasi parti mahupun menyumbang kepada agama. 

MUAMMAR QADDAFI BIN MOHD NASIR
Setiausaha
Pemuda AMANAH Terengganu

AZMIN NAK BERDAMAI DENGAN ANWAR? REFORMIS SUDAH LAMA BERANG.



Tidak sampai sejam sebelum Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan tengahari tadi, Azmin Ali yang tidak hadir di kongres tersebut tiba-tiba menulis di laman sosialnya mengiktiraf kepimpinan Presiden PKR itu.
Beliau menyebut “Dia masih presiden saya. Itulah sebabnya saya perlu berunding dan bercakap dengan dia, yang saya lakukan dan saya akan terus berbuat demikian, jadi tak ada masalah.”
Dengan kata-kata yang ditulisnya itu, apakah Timbalan Presiden PKR itu kini sudah mula mengendur lantaran melihat sokongan perwakilan kongres yang kuat kepada Anwar?
Bagaimana agaknya pendirian beliau jika perwakilan yang turut keluar meninggalkan dewan kongres bersamanya semalam melebihi separuh daripada keseluruhan jumlah perwakilan?
Apakah mungkin kata-kata seperti ditulis di media sosialnya itu masih diungkapkannya?
Selain itu, apakah dengan kata-kata yang ditulis Azmin itu yang menyebabkan nada ucapan Anwar semasa penggulungan tadi jadi berbeza dan tidak seperti yang dijangka?
Jika diperhatikan ucapan penggulungan Anwar nampak bernada lebih lembut, santai dan lebih menyeru ke arah perpaduan, walaupun mengakui nada keras ucapan sesetengah perwakilan bukanlah suatu kesalahan.
Beliau juga menjelaskan petikan ucapannya berkaitan Si Kitul dan Raja Mendeliar tidak sama sekali bermaksud untuk menyinggung sesiapa, tetapi hanya berupa mesej peringatan tentang bahayanya fitnah serta pengkhianatan.
Jangkaan perwakilan bahawa Anwar akan membidas Azmin dengan keras kerana meninggalkan dewan kongres semalam dan kemudian mengadakan sidang media mengkritiknya, nyata tidak menjadi kenyataan.
Dalam pada itu, dengan nada berbeza yang tiba-tiba ditunjukkan Azmin melalui media sosialnya itu, apa jadi dengan Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 anjurannya di Hotel Renaissance malam ini?
Apakah ucapan Azmin di majlis itu turut bernada lembut dan tidak lagi menyerang Anwar seperti banyak dilakukannya sebelum ini?
Soalan lebih besar, benar-benar sediakah Azmin mahu berdamai dengan Anwar selepas ini? (ShahbudinHusin 08/12/2019)


Si Kitul, Barua dan Broker..

Aku sampai sekarang, tak faham kenapa Azmin ngan geng dia keluar dewan hanya kerana cerita sejarah "Si Kitul " dari ucapan dasar Anwar Ibrahim.. sapa ikuti Ucapan Ds Anwar ni memang dari zaman reformasi dulu, Ds Anwar sering mengungkap kan sejarah runtuhnya Kota Melaka ini.. dah Kongress pun kat Melaka..

Maknanya jiwa Azmin lebih kecil dan sensitif dari Azwan Ali.. Kalau ikutkan status dan Twitter Azmin Ali selama ini sindir dan perli Ds Anwar dan Wan Azizah lagi kurang ajar dari itu.. Peliknya hat ikut keluar orang bergelar Exco,Menteri.. apa punya standard orang IQ sebegini....

aku bukan orang PKR.. aku taknak sibuk hal dalaman PKR..Cuma aku nak cerita Sejarah PAS.. Sebab aku tak pernah hadir sekalipun Kongress Keadilan, Cuma selalu hadir muktamar PAS dulu...Kalau nak diikutkan Sejarah Mat Sabu dan rakan rakan dia dalam Amanah hari ini lagi teruk diperlakukan..

Bayangkan dalam Muktamar, Haji Hadi sampai sumpah seranah atas Pentas, Keluar istilah Binatang itu biasa, Malah dituduh Barua dan Broker kepada pemimpin Amanah hari ini diatas pentas Muktamar hanya kerana depa itu sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor..

Depa digelar Anwarinas atas pentas Muktamar, Digelar Jebon, Liberal..hatta Dikafir dan dimunafikan dewan Ulama'... Malah Di Nerakakan Presiden..Tidak cukup itu mereka baca pulak Doa Laknat, Bila Hujah mereka cuba dijawab, Mikrofon dirampas Unit Amal macam Samseng..

Ketika Mat sabu merasmikan Dewan Pemuda, Ramai ramai budak budak PAS ,Pemuda yg dikata Ustaz, belajar Agama ini keluar Dewan.. protest kononnya dikata Mat Sabu lebih walak kepada Anwar dan lebih memuji Jokowi dari Presiden Sendiri.. Itu jer sebab depa keluar Dewan.. alasan tidak munasabah..

Walaupun kurang ajarnya Pemuda PAS pada Ketika itu tidak menghormati Timbalan Presiden, tapi bila wartawan tanya Mat sabu, Mat Sabu masih tenang jawab, Mungkin ramai yang keluar untuk Solat..  Sebab masa tu Mat sabu masih menjaga Ukhwah.. nama baik dan kepimpinan parti walaupun dia dihina... Mat sabu tak Keluar buat sidang media merajuk depan wartawan....

Hanipa Maidin dulu bila berucap.. Geng geng Anak si nasir YDP Gombak, samseng Unit Amal siap Buat Kecoh..tengah Pemimpin Berucap.. Depa Booo satu dewan dari ruang pemerhati.. Tapi pemimpin Amanah pada Ketika itu Gentle, Depa jawab masa sesi Penggulungan.. Depa kilas dengan Ucapan..

Kalau ikut Sejarah Pemimpin Amanah yang dituduh Jebon, Anwarinas, Kapir, Munafik ini lagi teruk dari Azmin.. Depa takda salah apapun, Cuma salah depa tak puja Haji Hadi, dan depa Pro dan pertahan pakatan Rakyat seperti mana Almarhum Tg Nik Aziz.. itupun dituduh Pengkhianat..

Walaupun Depa ni diburukkan dalam seluruh Cawangan dan kawasan, Disebarkan Buku burukkan depa yang ditaja UMNO.. Depa kekal Tenang.. Ini baru namanya Kekal tenang.. depa turun ke Markaz Kawasan, Jawab semua Tuduhan..

Masa Mesyuarat AJK PAS pusat, Geng geng Ulama, Bani Geng Ustaz, Si Dusuki, Nazmi Karim, Mokhtar Senik,Azli Taliban dan Geng Tok usin masa tu depa buat demo depan Pejabat PAS Jln Raja Laut.. Siap Pijak gambar Pemimpin PAS yg dituduh Anwarinas  dan jebon masa tu..

Tapi Pemimpin Amanah masa tenang hadapi puak Khawarij ini.. Depa tetap datang juga Mesyuarat, Depa tak Ponteng macam geng Azmin.. Perangai Ponteng Mesyuarat Azmin ni sama jer ngan Haji Hadi masa ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat....

Ini baru gambaran Pejuang.. Ini baru boleh dikatakan menempuh Mehnah dan Tribulasi... Pelik geng Azmin Ali ni, hati tisu.. Sembang mengaku Pejuang, padehal Penjara pun tak pernah kena walaupun sehari.. Anwar tu dikutuk, Dihina,Diaibkan, di ISA kan dan Dipenjarakan pun relax jer..

Aku setuju kali ini Anwar dah mulakan langkah dia untuk bertegas dengan geng Azmin, Itupun Anwar masih menjaga adab dan Akhlak tak menyerang Peribadi Azmin sebagaimana Azmin menyerang Peribadi Anwar, Di Media Sosial.. Bagi Aku Kesabaran Anwar itu cukup kuat melayan perangai dan Kejahatan Azmin.. kalau Haji hadi, Siap lah pelbagai gelaran Binatang yg keluar..

Tak sesuai slogan kekal tenang tu bagi Azmin..Sebab kuat gelabah.. tapi orang yang buat Salah, Buat Jahat memang jiwa tak tenang.. kalau nak tengok contoh mudah, tengok Haji Hadi, Sampai hari ni jiwa dia tak tenang.. Tengok Haji Hadi, Sampai hari ini dia tak senang Duduk.. hari hari serang DAP, serang peribadi Ds Anwar , Walaupun Anwar dah tak sentuh tentang dia..

Sebab orang yg ada Dendam ,Kesumat, dan Sifat Dengki.. Apalagi orang yang tidak punya sifat Ikhlas dalam jiwa dia.. Orang itu takkan boleh tenang, walaupun orang itu Ulama'..Walaupun dia guna slogan Kekal tenang.. :)

Ipohmali
Oleh: Syukri Ahmad


Apa jasa Azmin Ali kepada PH?

Ketika PR runtuh akibat mainan politik curang Pas, dan ketika Amanah terbentuk dan PH ditubuhkan, Azmin yang menerajui Selangor ketika itu enggan mengiktiraf PH.

Azmin berkeras PR masih wujud di Selangor. Azmin berkeras mahu exco Selangor dari Adun Pas dikekalkan. Azmin persendakan Amanah.

Ketika PH membuat keputusan melantik Tun Mahathir sebagai PM interim, Azmin dan Zuraida paling vokal mengkritik keputusan Majlis Presiden, menolak pencalonan Tun M.

Secara jelas, tanpa ragu-ragu, Azmin adalah ketua mereka yang cuba memperlahankan rentak kebangkitan PH saat menghadapi PRU14 yang baru lepas.

Namun setelah PH menang dan Tun Mahathir terlantik sebagai PM, Azmin dan pesuruhnya pula yang beriya mahu Tun M dikekalkan dan menyalahi konsensus PH.

Apa Azmin mahu sebenarnya? Azmin tidak senang dengan kemenangan PH? Atau Azmin sebenarnya hamba kuasa yang rela gadaikan prinsip demi menggapai autoriti?

Hari ini perlakuan Azmin dalam Keadilan melemahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap PH. Tapi Azmin tak peduli dengan itu semua. Azmin cuma mahu gapai cita-citanya.

Aku mohon Keadilan singkirkan Azmin sekarang. Masih ada masa untuk perbetulkan lompong Azmin tinggalkan jika dia dipecat sekarang. Tapi jika dia dipecat kemudian, masa terlalu singkat untuk perbetulkan keadaan.

Penyingkiran Azmin perlu bagi menjamin kestabilan PH. Lagipun sebagai menteri, Azmin tidak mempunyai apa-apa kerja yang boleh dibanggakan walau sedikitpun.

Manteri lain bodoh-bodoh pun ada juga cerita kereta terbang. Azmin? Hanya skandal dengan Haziq yang mana dia sendiri tak mampu nafikan.

Azmin tak punya nilai sebagai menteri. Juga tiada jasa dalam PH. Azmin hanya barah yang akan membunuh PH secara diam. Singkirkan Azmin demi kelangsungan PH. Noktah.

KAH..KAH..KAH...MAK LAMPIR HANTAQ ORANG JUGA KA...

Selagi Jantung Berdenyut

Jangan ngok..
Ngek dengan saya.

Gangguan 'ngok ngek ' daripada team Kak Zu ..saya tak terkesan pun.

Pagi ini ada yang datang..ngok..ngek..cari saya di kaunter..kononnya dia orang Kak Zu.
Tak puas hati pasal 'isu ' Buku PM 8 ..Kak Zu tolak. - saya kongsi dalam fb..

***

Alahai Kak Zu..saya ini 25 tahun jadi wartawan. Sudah terima Anugerai Kajai..ini luahan hati saya sahaja pasal buku kena 'tolak'.
Tak 'mengacau' negara pun..apalagi kerusi-kerusi menteri.

Nota:- Kalau itu bukan 'team Kak Zu'.
Anggap sahaja hantu raya tidak bertuan.
Kalau nak beli buku Anwar PM8 biar bersopan ya. Pesan memesan dengan kebenaran.
#jangantakutbuku.

#AnwarPM8

Cari kawan ..bukan 'makan kawan'.

TU DIA...BALAK HANYUT BUKAN DARI KELANTAN. RUPANYA

Ol



Tu diaaaa...terus nafikan..kiro sisa kayu balak tu datang dari luar Kelantan..

KERAJAAN Kelantan menafikan banjir yang berlaku di Chuchoh Puteri, Kuala Krai baru-baru ini disebabkan kegiatan pembalakan sebaliknya mungkin berpunca daripada aktiviti penerokaan haram.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kegiatan pembalakan dijalankan di luar kawasan Sungai Rek secara sah dan berlesen.

“Bila kita minta penjelasan Pejabat Perhutanan, memang benar berlaku (pembalakan), tapi di luar kawasan Sungai Rek dan dilakukan secara lesen.


Anwar PM8: Parti lain dalam PH setuju, kenapa ada dalam PKR tidak setuju By Muhammad Azizul Osman - 8 December 2019


 

MGF08122019_KONGRES-NASIONAL-KEADILAN_21
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berucap pada Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 08 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Sesi penggulungan hari terakhir Konges Nasional PKR menyaksikan dewan kongres bergema apabila Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menempelak sesetengah pemimpin parti itu.
Shamsul yang menyampaikan ucapan penggulungan selaku Ketua Penerangan berkata, mengapa ada sesetengah pemimpin parti idak bersetuju dengan perjanjian untuk menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Sikit lagi kita nak angkat tokoh ini (Anwar Ibrahim) untuk jadi Perdana Menteri, Amanah (Parti Amanah Negara), DAP, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) setuju (Anwar sebagai PM8) tapi kenapa ada bilangan kita yang tida setuju,” katanya di dewan Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), hari ini.
Ucapan itu disambut riuh daripada para perwakilan dalam dewan.
Justeru itu, Shamsul Iskandar menyeru agar semua ahli dan kepimpinan untuk merapatkan saf dan menggesa agar mereka yang tidak hadir diambil tindakan.
“Kita tenang rapatkan saf, yang salah ambil tindakan. Yang mana tidak puas hati, masuk balik dewan, nak panjang-panjangkan cerita buat apa.
“Saya tahu orang marah, saya pun marah tetapi kita mesti ada jiwa besar, kita tidak mahu ada sedikit pun ruang untuk menghalang Presiden kita menjadi PM kelapan,” katanya lagi. -MG

PH pengkhianat jika benarkan konglomerat ambil alih FGV


Mazlan Aliman



Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Datuk Mazlan Aliman berucap pada ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2019
SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dianggap sebagai pengkhianat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih kepentingan Felda Global Venture Holding Berhad (FGV).
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mazlan Aliman menegaskan, PH hanya mengundang masalah besar pada PRU15 sekiranya isu FGV tidak diselesaikan dengan segera.
“Hari ini saya telah menulis surat kepada Pengerusi Felda Tan Sri (Mohd) Bakke (Salleh) untuk mempertahankan, jangan sampai kepentingan aset 33.6 peratus milk Felda dilepaskan bagi memberi laluan kepada pihak ketiga untuk mengambil alih kepentingan majoriti dalam FGV.
“Kalau gerakan ini berjaya Kerajaan PH akan dituduh sebagai pengkhianat kepada masyarakat Felda dan kita akan terima akibat sangat buruk dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sesi penggulungan ucapan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2019, di sini, hari ini.
Mazlan juga mendedahkan gerakan dalaman dan usaha terancang daripada pihak ketiga itu telah pun bermula apabila Syed Mokhtar telah menemui Perdana Menteri baru-baru ini.
“Pihak ketiga ini pun sudah berjumpa dengan Dr Mahathir. Saya difahamkan esok lembaga pengarah Felda akan jumpa dengan Perdana Menteri untuk bincang ambil alih kepentingan dalam FGV.
“Saya merayu kepada pihak kerajaan pimpinan Dr Mahathir, jangan sesekali benarkan pihak ketiga ambil alih dan saya menyeru kembalikan tanah FGV kepada Felda,” katanya.
Katanya, kepimpinan kerajaan diingatkan agar tidak melambat-lambatkan pembelaan kepada masyarakat Felda kerana ia masih tidak berubah sejak PH mengambil alih pentadbiran negara.
“Untuk mendapatkan sokongan masyarakat Felda, dan pilihan raya lepas kita dapat atas nama PH 19 kerusi daripada 54 kawasan Felda yang melalui undi Felda inilah penyumbang terbesar PH,” katanya lagi. – MG


INI LAH DIA WASSAP YANG DIKATAKAN MEMBAWA BAJU HITAM.


SEJARAH YANG TAK BOLEH DIUBAH



Gambar merakam sejarah yg x bole diubah. Dari awal penubuhan PAS shgga susuk2 tubuh ini dipenjara, dibuang daerah & pelbagai lg tekanan yg dikenakan keatas mrk, mrk ttp tdk menyembah UMNO, melawan parti kjaan yg berkuasa puluhan tahun bukanlah 1 tugas yg mudah. Mrk tdk pernah sesekali tunduk, apatah lg menjilat lendir2 UMNO demi utk menggadai perjuangan. Smoga Allah SWT merahmati & membantu mrk.

BENARKAH TUDUHAN INI? JIKA TIDAK , APA HABUANNYA?



Pengundi Hantu DAP... Jika Benar Tuduhan UMNO, Memang Celaka MELAYU Dalam Imigresen DAN Pendaftaran Negara..!!

Tengok Laporan kini TV tadi, begitu baghalnya perwakilan mamak UMNO, Pulau Pinang mengaitkan Laporan Audit yang 95% Pelancong China DAN India tidak mempunyai rekod keluar, dikaitkan dengan usaha DAP memenangi pilihanraya... tapi itulah cara puak UMNO dan PAS membodohkan orang Melayu...

Sedangkan Laporan tidak ada rekod keluar pelancong asing China dan India itu direkodkan dari tahun 2016 sehingga 2018... diwaktu Najib jadi PM DAN Menteri Dalam Negeri pada ketika itu adalah Zahid Hamidi, Presiden UMNO hari ini...

Lepas Laporan Audit itu dibentang, pemimpin PAS dan UMNO pun tak berani bising di parlimen, masa kes beli IC dulu riuh satu negara, kali ni senyap...

Sebab Apa..??

Sebab depa tahu semua benda tu berlaku dari zaman UMNO dan Najib memerintah... takda kaitan dengan DAP... kalau ada kaitan kerajaan hari ini, PAS dan UMNO akan 'round' satu Malaysia hasut rakyat DAN bani Melayu DAN lebai...

Dalam Laporan Audit itu mendedahkan sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar, bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar... setakat hari ini, status lebih 1.5 juta warga China dan India masih tergantung sebab tidak ada rekod akibat kelemahan sistem... sistem itu diwujudkan Bani Melayu UMNO...

Penyamun-penyamun UMNO masih tak sedar, yang buat kerja jahat tu dok ada atas pentas UMNO hari ini... presiden depa sendiri... inilah wajah pengkhianat! bukan DAP... ini kerja UMNO... sampaikan lebai-lebai PAS pun sama dibodohkan DAN berpuas-hati kepada penyamun UMNO...

Lagi teruk kes rasuah Zahid Hamidi yang didakwa di mahkamah, ada kaitan dengan syarikat DAN kontrak yang diberikan Zahid sendiri bagi memproses kemasukan pekerja DAN pelancong asing, jangan kata warga China, #beruk pun didaftar dalam sistem ini masuk ke Malaysia...

Kalau lah DAP nak buat kerja jahat depa hari ni pun tak boleh, Jabatan Imigresen, PDRM adalah dibawah Portfolio Parti Bersatu, TS Muhyiddin Yasin... malah dari Ketua Polis, Ketua Pengarah
Imigresen, pegawai, sampaikan tukang print passport semuanya bani Melayu... toksahlah membohong sangat...

Memang terbukti selama ini yang gadai Tanah Melayu... hak Melayu DAN Kerakyatan kepada pendatang asing ni kerja UMNO... takda kena mengena dengan DAP... jangan kata warga China; zaman UMNO, Pakistani, Bangladeshi pun ada IC... jangan kata IC; siap ada warga India, Bangla, kaya raya dapat gelaran Datuk lagi...

Entah-entah YANG mamak mengaku Melayu yang duduk atas pentas UMNO tu betul Melayu ker tidak... baik check tu dulu sebelum menuduh orang... kata keturunan Si Kitol karang, ada yang merajuk marah pulak... kata kat orang lain, orang lain yang terasa nanti... sampai keluar dewan... susah, susah...

Karya Ipohmali diedit oleh papa Bob

Pertama kali Ketua Wanita tidak menggulung ucapan dalam Kongres PKR

MGF06122019_Kongres-Wanita-Keadilan-2019_08-1



Haniza Mohamed Talha. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
AYER KEROH – Kongres Nasional PKR yang memasuki hari terakhir hari ini, dikejutkan dengan ketiadaan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita, Haniza Talha dan Dr Daroyah Alwi.
Haniza dan Dr Daroyah yang dipercayai sekutu Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali langsung tidak kelihatan sehingga memaksa penganjur mencari wakil bagi menyampaikan ucapan penggulungan.
Sesi penggulungan sayap PKR itu hanya diwakili Naib Ketuanya Sangetha Jayakumar.
Petang semalam, Haniza dan Dr Daroyah bersama-sama Azmin, Zuraida Kamarudin, Tian Chua, Ali Biju, Timbalan Ketua AMK, Mohammad Hilman Idham bertindak membuat satu sidang media tergempar mempertikaikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidang media yang diketuai Azmin itu rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana Anwar melanggar empat persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat khas pada 4 Disember lalu.

JANGAN BAWA BUDAYA PAS DALAM AMANAH



JANGAN MUDAH TERASA HATI


Nizam Aka.

-Kenapa Azmin tiba2 mudah terasa hati dgn kenyataan sejarah Si Kitul dan Raja Mendaliar?Sdangkan sejarah itu dah berkali2 dia dgr,malah beliau sendiri selalu membawa crita itu dlm ucapannya..

-Apakah Azmin skrg ini merasakan watak Si Kitul dan Raja Mendaliar menyerupai dirinya,lalu dirinya mudah terasa hati?

-Jika begitu,apa yg disebut oleh dsai semlm ada kebenarannya dan Azmin sbgai pemimpin reformasi tdk mudah marah dan sentap dgn kebenaran..

-Apakah Azmin mahu terus berwatak jahat Si Kitul dan Raja Mendaliar dlm menjalani kehidupan seharian sbgai pemimpin reformasi?

-Bknkah dlm hal ini,kesalahannya bermula drp Azmin sendiri?

-Sikapnya yg selalu ponteng mesyuarat,sesuka hati menyanggah dan membantah presiden melalui media dan menunjukkan sikap tdk menyokong presiden parti diangkat sbgai PM,maka tiada utk perwakilan2 menegurnya dan mengkritiknya secara terbuka.. Perwakilan2 bknnya bodoh..

-Apakah Azmin hnya mahu perbuatannya shj yg dianggap betul dan teguran2 org lain semuanya salah?

-Apakah Azmin hnya gemar puji-pujian dan sanjungan semata-mata sepanjang kehidupannya?

-Azmin bkn shj mdh kecil hati tapi juga berjiwa kecil dlm berhadapan dgn Perwakilan2 dlm kongres partinya sendiri..

-EHH..EHH..MANJA SANGATLAH KAU,AZMIN..

Live: Hari Terakhir Kongres Nasional Keadilan.

‘Teman sejati’ hiasi hari terakhir Kongres PKR By Muhammad Azizul Osman - 8 December 2019


 

MGF08122019_Kongres-Nasional-Keadilan-ke-14_01
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Penerangan PKR, Sahmsul Iskandar dan sebahagian ahli PKR menyanyikan lagu 'Teman Sejati' bersama Yassin Sulaiman pada Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 08 DISEMBER 2019


 “Selama Ini
Ku Mencari-cari
Teman Yang Sejati
Buat Menemani
Perjuangan Suci
Bersyukur kini
Padamu Ilahi
Teman Yang Dicari
Selama Ini
Telahku Temui
Dengannya Disisi,”.
Bait-bait lagu nyanyian Yassin Sulaiman ini nyata menyentuh jiwa pada hari terakhir Kongres Nasional PKR, hari ini.
Sebelum sesi ucapan aluan Pengerusi Tetap, Datuk Ahmad Kassim bermula, penyanyi Yasin naik ke pentas bagi menyanyikan lagu Teman Sejati.
Ia dilihat pilu apabila ada rakan-rakan yang naik ke pentas menitiskan air matanya.
Di pertengahan lagu itu, dilihat kepimpinan utama PKR, antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik ke pentas bagi mengambil bahagian dalam nyanyian itu.
Sebelum itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar, dan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, naik ke pentas bagi mengiringi nyanyian Yasin.
Ahmad Kasim selepas itu berkata, lagu yang dinyanyikan Yasin itu memberikan makna yang mendalam kepada perjuangan parti yang berusia 20 tahun itu.
“Makna yang mendalam dan beri erti kepada kita semua,” kata Ahmad Kassim.
Lagu itu seakan memerli kepada kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak kelihatan pada kongres tersebut.
Turut tidak kelihatan dua Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju. 

POSTING BARUA UMNO YANG PATUT DIBACA


Nak gadoh macamana lagi, Pemimpin korup tunggu masa nak masuk jel. Sebut nama pimpinan UMno, semua ada kes, tak kira kecik besaq, semua macam hawaq, jadi hang cakap la apa pun, parti hang hampir nak pupus . Sebab apa, nak bagi penuh dewan pun kena jemput masuk...kah.kah..kah..


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MEMBOSANKAN
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Kita selaku orang UMNO perlu akui yang perhimpunan kita adalah perhimpunan yang membosankan.
Iya lah, mana tak bosannya. Perhimpunan yang dilakukan lebih 70kali di tempat yang sama membincangkan perkara yang sama.

Setiap tahun kita akan membincang, memperingat & mencadang perkara -perkara berkaitan survival orang Melayu serta Agama Islam dalam keadaan yang teratur serta tertib.
Kita orang UMNO perlu berubah. Kita patut mencontohi parti terbesar kerajaan hari ini bersidang.
Kita patut masukkan acara seperti baling kerusi setiap kali pemilihan kita.
Kita juga patut mewajibkan acara tinju dan capoera sebelum masuk ke dewan bersidang.
Sebarang perbezaan pendapat jangan diselesaikan secara aman, kita selesaikan dengan pergaduhan. Baru lah best 👍
Ini bukan saja akan menjadikan perhimpunan-perhimpunan kita lebih menarik malah akan menjadikan perhimpunan kita tumpuan rakyat.
Rakyat akan lebih terhibur dengan acara-acara ini berbanding hanya mendengar pembentang-pembentang bercakap.
Rakyat khususnya orang Melayu tidak mahu mendengar apa permasalahan mereka & cara menyelesaikannya.
Rakyat khususnya orang Melayu tidak mahu mendengar peringatan-peringatan akan ancaman terhadap survival anak cucu mereka.
Rakyat khususnya orang Melayu dah muak mendengar cadangan-cadangan untuk mempertahankan serta memperkukuhkan benteng terakhir Melayu & Islam di negara ini..
Jadi UMNO jika ingin kekal relevan di dalam arus politik negara harus berani melakukan perubahan ini.
Jika tidak, UMNO hanya akan jadi parti yang ketinggalan zaman berbanding parti kerajaan memerintah hari ini.
MOHD SHUKRY BIN ROSLAN
No Ahli UMNO: 03574772