MGF08122019_KONGRES-NASIONAL-KEADILAN_21
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berucap pada Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 08 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Sesi penggulungan hari terakhir Konges Nasional PKR menyaksikan dewan kongres bergema apabila Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menempelak sesetengah pemimpin parti itu.
Shamsul yang menyampaikan ucapan penggulungan selaku Ketua Penerangan berkata, mengapa ada sesetengah pemimpin parti idak bersetuju dengan perjanjian untuk menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Sikit lagi kita nak angkat tokoh ini (Anwar Ibrahim) untuk jadi Perdana Menteri, Amanah (Parti Amanah Negara), DAP, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) setuju (Anwar sebagai PM8) tapi kenapa ada bilangan kita yang tida setuju,” katanya di dewan Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), hari ini.
Ucapan itu disambut riuh daripada para perwakilan dalam dewan.
Justeru itu, Shamsul Iskandar menyeru agar semua ahli dan kepimpinan untuk merapatkan saf dan menggesa agar mereka yang tidak hadir diambil tindakan.
“Kita tenang rapatkan saf, yang salah ambil tindakan. Yang mana tidak puas hati, masuk balik dewan, nak panjang-panjangkan cerita buat apa.
“Saya tahu orang marah, saya pun marah tetapi kita mesti ada jiwa besar, kita tidak mahu ada sedikit pun ruang untuk menghalang Presiden kita menjadi PM kelapan,” katanya lagi. -MG