Oleh: Syukri Ahmad


Apa jasa Azmin Ali kepada PH?

Ketika PR runtuh akibat mainan politik curang Pas, dan ketika Amanah terbentuk dan PH ditubuhkan, Azmin yang menerajui Selangor ketika itu enggan mengiktiraf PH.

Azmin berkeras PR masih wujud di Selangor. Azmin berkeras mahu exco Selangor dari Adun Pas dikekalkan. Azmin persendakan Amanah.

Ketika PH membuat keputusan melantik Tun Mahathir sebagai PM interim, Azmin dan Zuraida paling vokal mengkritik keputusan Majlis Presiden, menolak pencalonan Tun M.

Secara jelas, tanpa ragu-ragu, Azmin adalah ketua mereka yang cuba memperlahankan rentak kebangkitan PH saat menghadapi PRU14 yang baru lepas.

Namun setelah PH menang dan Tun Mahathir terlantik sebagai PM, Azmin dan pesuruhnya pula yang beriya mahu Tun M dikekalkan dan menyalahi konsensus PH.

Apa Azmin mahu sebenarnya? Azmin tidak senang dengan kemenangan PH? Atau Azmin sebenarnya hamba kuasa yang rela gadaikan prinsip demi menggapai autoriti?

Hari ini perlakuan Azmin dalam Keadilan melemahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap PH. Tapi Azmin tak peduli dengan itu semua. Azmin cuma mahu gapai cita-citanya.

Aku mohon Keadilan singkirkan Azmin sekarang. Masih ada masa untuk perbetulkan lompong Azmin tinggalkan jika dia dipecat sekarang. Tapi jika dia dipecat kemudian, masa terlalu singkat untuk perbetulkan keadaan.

Penyingkiran Azmin perlu bagi menjamin kestabilan PH. Lagipun sebagai menteri, Azmin tidak mempunyai apa-apa kerja yang boleh dibanggakan walau sedikitpun.

Manteri lain bodoh-bodoh pun ada juga cerita kereta terbang. Azmin? Hanya skandal dengan Haziq yang mana dia sendiri tak mampu nafikan.

Azmin tak punya nilai sebagai menteri. Juga tiada jasa dalam PH. Azmin hanya barah yang akan membunuh PH secara diam. Singkirkan Azmin demi kelangsungan PH. Noktah.

No comments: