CUBA SEMAK ADA KA TIDAK NAMA ASRAF WAJIDI.

Miqdad Zakaria.


Ramai yang duk PM kononnya ana sebar fitnah.. Walhal kami sudah berhubung dengan pihak Ar-Rabitah sendiri untuk mengetahui status kehadiran Dr. Asyraf Wajdi.. Apa yang kami dapat adalah nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan..

Itu sahaja..



😜😜

PRK KIMANIS: PENYOKONG BERSATU DIARAH UNDI CALON WARISAN

MAJLIS PRESIDEN PH WAJAR BINCANG PENGGANTI DR MASZLEE

TERKINI PKR AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP ZURAIDA

TERKINI


Hamsina Hamzah.

KEADILAN dijangka akan mengambil tindakan ke atas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin atas ucapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019.

Bentuk tindakan ke atas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada 18 Januari ini.

Laporan disiplin ke atas ahli parlimen Ampang itu dihantar oleh sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri mereka Otai Reformis pertengahan bulan lalu.

- Admin

KP SPRM MALUKAN DIRI SENDIRI, RAKAMAN AUDIO SEPATUTNYA DIJADIKAN BUKTI DI MAHKAMAH, BUKAN UNTUK HEBAHAN MEDIA


Pertama-tamanya ingin ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib Razak, Rosmah Mansor atau sesiapa yang lain berkaitan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pagi tadi.
Malah, sejak 2011 sehinggalah PRU14 lalu, sayalah antara pengkritik Najib paling kuat melalui tulisan dalam blog ini, buku dan pelbagai penerbitan yang lain.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pagi tadi iaitu mendedahkan 9 rakaman audio yang didakwa sebagai konspirasi peringkat tertinggi, pembocoran maklumat dan salah guna kuasa melibatkan Najib dan beberapa pegawai tinggi kerajaan dalam usaha menutup skandal 1MDB, adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima.
Apa lagi pendedahan itu dilakukan ketika Najib sedang berdepan perbicaraan di mahkamah berkaitan SRC International, sebuah anak syarijat 1MDB dan sewaktu kempen PRK Kimanis sedang berjalan.
Ia dengan sendirinya menjadikan niat mengapa pendedahan itu dilakukan boleh dipertikaikan.
Walaupun rakaman-rakaman audio itu boleh dianggap menunjukkan adanya kesalahan di pihak Najib dan mereka yang lain, termasuk bekas KP SPRM, Dzulkifli Ahmad, namun membuat pendedahan kepada media bagi tujuan hebahan umum bukanlah cara yang betul.
SPRM adalah agensi penguatkuasa dan sebarang bukti berlakunya pelanggaran undang-undang hendaklah disiasat dan seterusnya dibawa ke mahkamah untuk didakwa dan diadili.
SPRM bukanlah parti politik atau alat kepada parti politik untuk kepentingan mereka yang memegang kuasa.
Untuk itu, SPRM mesti bertindak berlandaskan undang-undang untuk menegakkan keadilan tanpa memilih bulu atau memihak kepada sesiapa.
Walaupun SPRM sebelum ini, terutama di era Dzulkifli sebagai KPnya, badan itu banyak dituduh sebagai alat kepada Najib, tetapi dengan tindakan mendedahkan rakaman audio tersebut, apakah bezanya SPRM sekarang dengan dulu?
Jika KP SPRM dahulu didakwa alat kepada pemimpin politik BN, tidakkah dengan mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib itu menunjukkan KP SPRM sekarang juga seolah-olahbtelah menjadi alat politik kepada PH?
Jika bukan bermotifkan politik, untuk apakah rakaman audio itu didedahkan kepada umum, sedangkan penyiasatan dan rakaman tersebut juga baru hendak diserahkan kepada pihak polis?
Tidakkah sepatutnya siasatan dijalankan terlebih dahulu dan jika cukup bukti – Najib, Rosmah, Dzulkifli dan lain-lain hendaklah dibawa ke pengadilan untuk didakwa serta rakaman audio itu boleh dijadikan bukti di mahkamah?
Mengapakah bukti didedahkan kepada umum terlebih dahulu, sedangkan penyiasatan belum bermula dan pendakwaan pula tak tahu bila tarikhnya?
Apakah pada tanggapan KP SPRM, mahkamah media lebih penting daripada mahkamah sebenar?
Dalam hal ini, Latheefa yang merupakan seorang lulusan undang-undang jelas telah memalukan dirinya sendiri dan keberadaannya mengetuai SPRM telah dah menimbulkan tanggapan umum beliau juga, sama seperti KP SPRM sebelumnya, dengan mudah menjadi atau dijadikan politik sepihak, walhal SPRM adalah agensi bebas untuk membanteras rasuah bersasaskan keadilan.
Ternampak di sini, Latheefa yang pernah aktif dalam politik sebelum memegang jawatan KP SPRM, gagal memisahkan naluri politik dan berpihak dalam tugasnya mengetuai agensi tersebut.
Selain itu, wujudnya rakaman audio secara haram melibatkan Najib ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri ini juga dengan sendirinya membuktikan negara kita tidak lagi selamat dan diancam bahaya.
Kalau Perdana Menteri pun boleh dirakam suaranya secara haram, apatah lagi menteri, ahli perniagaan dan rakyat biasa.
Soalnya, siapakah yang melakukan rakaman itu?
Apakah ini menunjukkan perbualan Perdana Menteri sekarang juga boleh diintip secara haram dan bakal didedahkan kepada umum setelah beliau tidak lagi berkuasa nanti? (ShahbudinHusin 08/01/2020)

VIDEO: TERKINI : ‘Ujian Poligraf’ Tiada Bukti Semua Tak Betul Nak Ujian Apa?? – Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar

Ibrahim bercakap kepada media pada “International Unity In Diversity Conference 2020” di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.



SPRM dedah 9 rakaman audio didakwa konspirasi jenayah tertinggi






Sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu. Sebahagian daripada petikan rakaman percakapan berkenaan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.

VIDEO : SPRM dedah perbualan Azeez dan Dzulkfli bincang siasatan 1MDB, kaitan Tabung Haji







Bekas Pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim tampaknya pernah mengadakan perbincangan dengan Dzulkifli Ahmad menerusi telefon, ketika itu menjadi pegawai Pejabat Peguam Negara, sama ada Tabung Haji terbabit dalam siasatan 1MDB. Perkara ini didedahkan dalam rakaman yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diyakininya sebagai tulen. Dalam panggilan pertama pada tarikh 17 Januari, Dzulkifli yang juga bekas ketua pesuruhjaya SPRM memaklumkan perkembangan kepada Azeez berkenaan suatu perkara, yang menurutnya sudah selesai, dan kini sedang menyelesaikan satu lagi perkara. Selepas ia selesai, kata Dzulkifli, pihaknya akan memberikan taklimat kepada seorang "Tan Sri". "Tan Sri" itu dipercayai merujuk kepada peguam negara ketika itu, Apandi Ali. Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya tidak menjelaskan topik perbualan antara dua individu itu, tetapi dipercayai ia berkaitan kertas siasatan 1MDB. Dalam perbualan telefon itu, Dzulkifli berkata "semua dalam kawalan" sementara Azeez berkata "Tan Sri" telah memberitahunya bahawa dia merancang untuk menghantar kembali apa yang dipercayai sebagai kertas siasatan kepada pegawai penyiasat. Dalam panggilan kedua pada tarikh 22 Januari, Azeez bertanya kepada Dzulkifli sama ada "ia baik atau buruk". Dzulkifli kemudan memberitahu yang selepas kertas siasatan dikembalikan, pegawai penyiasat merancang untuk menambah dua lagi nama, dipercayai merujuk kepada suspek. Dzulkifli: Shamsul, Nik Suboh dan Aziz. Azeez: Aziz mana? Dzulkifli: Aziz something, yang mana tak ingat. Azeez: Ada Aziz? Dzulkifli: Bukan Azeez Rahim lah (ketawa). Azeez: (Ketawa) So Aziz, Shamsul, Suboh, Nik. Ok lah, Rosman tak ada (disebut), Alhamdulillah tak ada kena mengena Tabung Haji (dengan 1MDB). Confirm ya? Dzulkifli: Confirm. Rosman dipercayai merujuk kepada Rosman Abdullah, yang merupakan pengarah urusan Putrajaya Perdana, sebuah syarikat di mana Azeez menjadi pengerusinya pada 2015. Putrajaya Perdana didakwa mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan Jho Low, dan didakwa menerima dana daripada SRC International. Sementara itu, Azeez turut bertanya Dzulkfili sama ada "semua perkara dalam 'perjalanan ke Mexico'", dan Dzulkifli menjawab "ya". Tidak jelas perkara apa yang dirujuk dalam perbualan ini. Azeez menamatkan perbualan selepas menerima panggilan daripada "bos" Dzulkifli. Perbualan kedua itu berlaku empat hari sebelum Apandi membuat sidang media pada 26 Januari, yang membersihkan bekas perdana menteri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB. Pada hari sama Apandi juga dilantik menjadi lembaga pengarah Tabung Haji.

Skandal 1MDB: Kerabat diraja asing, anak tiri Najib antara 20 nama didedah SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan nama 20 individu yang dirakam, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut dalam rakaman perbualan berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bekas anak syarikatnya, SRC International (SRC).
Senarai itu termasuk beberapa pemimpin asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan berdurasi keseluruhan 45 minit yang diperdengarkan SPRM pada satu sidang media, di sini. SPRM yakin rakaman itu adalah tulen.
Perbualan yang dirakam membabitkan lapan individu, iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Yang lain adalah bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukri Salleh; seorang lagi bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin; Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC), Khaldoon Al-Mubarak.
Nama yang disebut dalam perbualan yang dirakam adalah seorang lagi bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan bekas Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail.
Selain itu, bekas Pengarah SRC International (SRC), Datuk Suboh Md Yasin; bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil; bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Najib ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Salleh dan dua bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Yang turut disebut adalah anak tiri Najib, Riza Aziz dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun (Azwan Bro).
Individu asing pula adalah kerabat diraja dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan; Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan dan Sheikh Mansur Mansour bin Zayed bin Sultan bin Zayed bin Khalifa Al Nahyan.


BEGINI CARANYA JIKA AZMIN BERCITA CITA NAK JADI PM



Benarkah Azmin Ali ada cita-cita mahu jadi Perdana Menteri dan memintas konsensus PH yang telah menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-8?
Jika benar, ini cara dan kaedahnya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia ‘memberi laluan’ kepada mana-mana pemimpin dalam parti itu termasuk Azmin kiranya benar beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 menggantikan Anwar.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak salah bagi mana-mana ahli politik untuk mempunyai keinginan sedemikian tetapi ia perlu dilakukan secara tertib.
Menurutnya, langkah pertama ialah Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu membawa nama beliau ke mesyuarat parti supaya dapat mengubah keputusan sebelum ini yang telah menamakan Presiden PKR, Anwar sebagai calon Perdana Menteri Ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad.
“Jika Azmin ada cita-cita hendak jadi Perdana Menteri, beliau mesti berterus-terang.
“Pertama, dia kena zahirkan keinginannya itu.
“Kedua, dia kena bawa perkara itu ke dalam PKR untuk ubah keputusan parti yang sebelum ini menamakan calon Perdana Menteri ke-8 ialah Anwar.
“Jadi, untuk Azmin ada keinginan hendak jadi Perdana Menteri, itu tidak salah.
“Hendak ada cita-cita boleh. Orang politik boleh ada cita-cita itu, tidak salah,” katanya dalam wawancara bersama sebuah akhbar.
Seterusnya, tambah Saifuddin, selepas keputusan parti itu berubah, maka ia boleh dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Majlis Presiden PH akan membincangkan tentang keputusan PKR yang sudah ada calon lain sebagai Perdana Menteri itu,” katanya.
Tegas Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, hanya dengan cara itu sahaja boleh memastikan cita-cita Azmin menjadi Perdana Menteri akan terlaksana.
Macam mana Azmin, sedia melakukannya? (ShahbudinHusin 08/01/2020)

Memahami ‘pendidikan’ versi Siti Kasim

Memahami ‘pendidikan’ versi Siti Kasim

Saya mulakan tulisan ini dengan memohon maaf.

Kepada teman rapat, kawan-kawan, saudara mara, dan semua rakyat Malaysia yang telah meletakkan harapan tinggi kepada Dr Maszlee Malik ketika beliau menjadi menteri pendidikan serta pasukan beliau di Tingkat 18, Pejabat Menteri Pendidikan hampir 20 bulan yang lalu.

Ramai daripadanya yang tidak sempat saya angkat telefon, tak sempat membalas pesanan Whatsapp, tak sempat memproses permohonan kemasukan sekolah berasrama penuh anak masing-masing atau pertukaran guru untuk pulang ke Kelantan.

Tempoh 20 bulan terlalu singkat untuk semua harapan kalian.

Saya juga ingin memohon maaf kepada ramai penganalisis yang meletakkan kesalahan kepada team media di pejabat menteri kerana menurut mereka tidak membuat kerja penerangan. Sudah pasti kesalahan itu di atas bahu saya sebagai setiausaha akhbar (SUA), walaupun saya hanya memangku jawatan tersebut pada Februari 2019.

Saya fikir kami sudah lakukan yang terbaik, walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah antara kementerian yang menjadi sasaran serangan hampir setiap jam, jika bukan setiap hari. Najib Razak misalnya, dalam masa seminggu sebelum Dr Maszlee membuat pengumuman memulangkan semula jawatan, menjalankan sehingga 34 serangan terhadap Dr Maszlee di laman Facebook beliau.

Ini bermakna hampir lima posting serangan dalam masa sehari terhadap Dr Maszlee sahaja.

Apakah itu pendidikan?

Beberapa hari sebelum pengumuman Dr Maszlee tersebut, saya ke pejabat dengan sebuah beg tarik, dengan niat membawa pulang buku-buku saya ke rumah. Saya dan sekumpulan kecil teman sekerja sudah mengetahui mengenai isu ini lebih awal.

Ketika mengemas, saya meneliti semula buku-buku tersebut sebelum memasukkannya ke dalam beg. Salah satu dari buku tersebut adalah hasil kerja seminal Paulo Freire bertajuk Pedagogy of Solidarity.

Di dalam perenggan awal, Freire menyoal semula tiga soalan iaitu; “apakah itu pendidikan?”, “apakah yang boleh dilakukan dengan pendidikan?” serta, “apakah asas praktis pendidikan sepertimana yang difahami oleh kita sebagai manusia?”.

Tiga soalan ini saling berkait namun saya lebih tertarik dengan soalan pertama. Kerana ia mengingatkan semula saya kepada versi pendidikan yang rencam di negara ini atau secara spesifiknya, apakah yang difahami dengan perkataan “pendidikan”; misalnya oleh orang seperti Siti Kasim?

Imperialisme budaya

Soalan pertama Freire itu begitu menarik kerana, sebelum masuk bekerja di Pejabat Menteri Pendidikan, saya sendiri adalah seorang guru dan pendiri sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai seorang guru, yang mengaji dan lahir dari Institut Pendidikan Guru (IPG) kemudiannya mengajar di sekolah kebangsaan, malah kemudiannya mendirikan kelas dan sekolah untuk anak-anak memerlukan melalui NGO; kadangkala saya fikir saya sudah melumati apakah yang dimaksudkan dengan ‘pendidikan’ itu.

Namun sebenarnya kita terlupa, Internet di 10,208 sekolah di seluruh negara masih 4Mbps berbanding Unifi Turbo 100Mbps yang dinikmati oleh mereka yang menginap di MK28 Mont Kiara atau kondominium mewah The Estate di Bangsar. Anak-anak kita menerima defisit kelajuan Internet di sekolah sebanyak negatif (-96Mbps).

Atau kita terlupa makmal komputer yang tak siap-siap di negeri Sabah, walaupun telah memulakan pembinaan sejak pengumuman Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003. Atau sebanyak 1,216 makmal sains, yang sebahagiannya daif atau tak siap-siap di seluruh negara?

Dan lebih menyakitkan, kita terlupa pembangunan sekolah di bahagian Sabah dan Sarawak yang sebahagian besarnya masih daif. Jadi perkataan “pendidikan” seperti yang dipertanyakan Freire itu; apa?

Internet di sekolah-sekolah begitu perlahan seperti berudu. Makmal komputer dan makmal sains yang ada jika tidak cukup, sebahagian besarnya tidak siap-siap. Sekolah-sekolah masih memenuhi kategori daif.

Pendidikan apa yang mahu kita berikan kepada anak-anak kita?

Pengeksport mimpi

Jadi tulis Freire lagi, pendidikan itu tidak boleh dipaksakan. Jika ia dipaksakan, namanya bukan lagi “pendidikan” tetapi imperialisme budaya. Yang menyedihkan, imperialisme budaya seperti yang disebut Freire itu tidak boleh kita diskusikan kerana, sistem yang kita miliki hari ini belum mencapai tahap minima atau tahap paling asas iaitu menyediakan infrastruktur asas.

Tanpa talian Internet yang sesuai dengan aplikasi dalam telefon atau minima sesuai dengan capaian 4G, bagaimanakah agaknya kita harapkan para guru menyediakan anak-anak kita untuk berdepan IR4.0?

Tanpa makmal komputer dan makmal sains yang cukup dengan peralatan asas, bagaimanakah agaknya kita harapkan para guru menekankan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah-sekolah?

Tanpa meja, kerusi dan kelas yang sesuai dengan tahun 2020 yang sama dengan kelas-kelas di sekolah di Putrajaya dan Bangsar, bagaimanakah agaknya anak-anak di Sarawak mahu belajar?

Inilah yang dikatakan Freire kemudiannya; “Kita tidak boleh mengekesport mimpi”.

‘Selective perception’ dalam Bangsar Bubble

Jadi saya tertanya-tanya. Adakah Siti Kasim mempunyai pemahaman tentang soalan-soalan Freire di atas?

Adakah beliau tahu berapa kelajuan Internet sekolah di seluruh negara?

Adakah beliau pernah bercakap dengan para guru yang mengajar di sekolah kerajaan dan memahami masalah makmal sains?

Adakah beliau pernah pergi ke sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak?

Jika semua soalan di atas tidak dapat dijawab oleh beliau, apakah makna “pendidikan” dalam pemahaman beliau?

Kerana itu, ketika P Ramasamy dua hari lepas memberi komen seolah-olah perubahan yang telah dilaksanakan selama 20 bulan ketika Dr Maszlee menjadi menteri pendidikan terlalu kecil dan bersifat minor, saya melihat pattern yang sama di antara P Ramasamy dan Siti Kasim.

Mereka ini, yang dikelilingi ‘bubble’ mereka sendiri, bergaul dalam lingkungan elit politikal dan elit korporat, tidak pernah keluar dari Lembah Klang atau Pulau Pinang, tidak pernah masuk ke sekolah Orang Asli, tidak pernah berbual dengan ibu dan bapa dari keluarga Orang Kurang Upaya (OKU), tidak mempunyai akses kepada keluarga dari kalangan B40 dan duduk terperuk di dalam ‘bubble’ Bangsar mereka; merekalah sebenarnya golongan yang terpisah dari masyarakat kebanyakan keseluruhannya.

Jadi idea “pendidikan” mereka adalah idea elitis yang selalunya dibincangkan di hotel-hotel terkemuka dan idea yang sangat tidak berpijak di alam dunia yang nyata.

Nyatakan kepada saya, bagaimana agaknya kita mahukan sebuah polisi untuk meningkat STEM ketika Internet sekolah seperti berudu dan makmal sains tidak siap-siap?

Lebih dahsyat, pengalaman yang mereka miliki dari kumpulan ‘bubble’ Bangsar ini kadang kalanya hadir dari ‘selective perception’ yang terpisah. Misalnya seorang politikus veteran baru-baru ini begitu marah dengan sistem pendidikan nasional setelah cucunya pulang dari sekolah dan bercerita tentang ‘alam kubur’ yang diajarkan oleh seorang ustazah di dalam kelasnya.

Apakah?

419,904 agen perubahan

Kerana itulah, ketika mula-mula masuk sebagai menteri pendidikan, tiga tag awal yang diperkenalkan Dr Maszlee adalah kasih sayang, hormat-menghormati dan kegembiraan.

Ini adalah kerana kami percaya, hanya dengan memperkenalkan ini di sekolah, kami dapat mengambil hati para guru dan menggunakan seramai 419,904 guru ini sebagai agen perubahan di sekolah.

Beban tugas guru yang tidak relevan semuanya dihapuskan. Kesatuan-kesatuan guru yang dominan seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) didekati. Masalah guru seperti pertukaran duka lara diperbincangkan. Para guru ditonjolkan semula sebagai wira masyarakat. Program Adiwira Guru dan Program Nadi Guru diperhebat.

Guru muda yang hebat mengajar di seluruh negara diperkenalkan kepada umum. Apakah polisi ini terlalu akademik? Tidak.

Buktinya, para guru menangisi pemergian Dr Maszlee. Kerana polisi yang diambil oleh Dr Maszlee dan warga KPM selama 20 bulan yang lalu mengguna pakai teori dan konsep Pedagogy of Solidarity, Paulo Freire.

Seorang teman bertanya kepada saya semalam di atas meja mamak Restoran Syed, Lucky Garden; “Beban pembuktian sebenarnya bukan terhadap KPM, tetapi kepada kerajaan, apakah yang telah kerajaan berikan selama 20 bulan ini kepada rakyat?”.

Saya tidak dapat menjawabnya.

Kerana tujuan saya menulis serpihan pemikiran ini sebenarnya adalah untuk bertanya kepada saudari ‘Siti Kasim and the gang’;

“Apakah yang mereka fahami dengan perkataan “pendidikan” sebenarnya?”

- ZF ZAMIR adalah mantan setiausaha akhbar kepada menteri pendidikan Dr Maszlee Malik yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

PENDEDAHAN SPRM: ROSMAH NASIHAT NAJIB. DENGAR PERBUALAN YANG DIRAKAM CURI INI.:"Can i advise you something?" kata Datin Seri Rosmah kepada Datuk Seri Najib



Ini rakaman membabitkan perbualan antara Datin Seri Rosmah Mansor bersama Datuk Seri Najib Razak.

Rakaman perbualan ini didedah SPRM pada Rabu yang dilapor merupakan rakaman pada 27 Julai 2016 pada 12:46 pagi.



BOOMSHEEL..AZMIN POSITIF DALAM VIDEO.

BOMBSHELL – AZMIN POSITIVELY IDENTIFIED IN GAY SEX VIDEO BY U.S. FORENSICS? MAHATHIR & HIS IGP SCRAMBLE FOR NEW COVER-UP STORY, AG TOMMY TO BE DRAGGED INTO CONSPIRACY TO DUPE THE PEOPLE?

JANUARY 8, 2020
When Inspector-General of Police (IGP) Abdul Hamid Bador declared last July that an explosive gay sex video implicating Economic Affairs Minister Azmin Ali was genuine, but the identities of the two men in the clips could not be determined, the reputation and integrity of the Royal Malaysia Police immediately took a hit. The verdict screams cover-up.
Already tainted with corruption and incompetency for the last 60 years under the thumb of the previous Barisan Nasional regime, the last thing the new police chief needed was another half-baked story that insults peoples’ intelligence. The police force was ridiculed and mocked for relying merely on the local Cybersecurity Malaysia to conduct a forensic of the video clip.

If the police could identify and arrest a Vietnamese woman wearing a white sweatshirt emblazoned with the big black letters “LOL” after the assassination of Kim Jong Nam, despite the great distance between the suspect and airport security surveillance cameras, it was laughable that two men caught in their naughty act in a hotel room could not be identified.
Why didn’t the police send the video clip to the U.S. or China for facial recognition before making a fool of themselves? China has the technology to identify images not only in a fog and near-total darkness, but also possess AI technology. It’s this technology that the Chinese surveillance system keeps facial recognition databases consisting of almost every one of the nation’s 1.4-billion citizens.
Yes, the police under the leadership of IGP Bador appear to be enjoying very much at shooting their own foot. After months of public pressure, the cops admitted in November last year that a team had returned from overseas after handing over the video to experts from a United States university to determine the authenticity of the sex video as well as the identity of the two men in it.
Still, the mystery remains as to why the police could identify Vietnamese woman Doan Thi Huong in the assassination of the half-brother of North Korea’s leader, but could not identify two men who were just a few feet away from a camera. Did the police also engage foreign forensic experts in the case of the murder of Kim Jong Nam at Kuala Lumpur Airport in 2017?
Sex Video Scandal - Azmin Ali and Muhammad Haziq Abdul Aziz - Photo
Exactly when the police went to the U.S. to submit the video to the foreign forensic team is unknown. It was only after the cops returned from the overseas trip that it was revealed that the gay sex video had been submitted. Federal Criminal Investigation Department (CID) director Huzir Mohamed reportedly said the results of the authentication will be available by the end of the year (2019).
However, the last day of the year 2019 came – and gone – without any results being announced, prompting more speculations and rumours. Yesterday (January 6), the cops could not drag their feet anymore. CID director Huzir confirmed the results of foreign expert analysis on the gay sex video have actually been obtained late last year.
Now, the burning question is why the police kept quiet and didn’t immediately reveal the forensic analysis’ results of the scandalous sex video upon receiving it late last year? Make no mistake. It was due to the public pressure that the CID chief was forced to make the statement. Even then, the cops chose to play “tai-chi”, saying it’s not necessary for the police to announce the report.
Interestingly, CID director Huzir claimed that the investigation papers on the sex video were already submitted to the Attorney General Chambers at the end of last year. That could only mean one thing – the forensic results have most likely identified Azmin Ali, the blue-eyed boy of Prime Minister Mahathir Mohamad, as one of the men engaged in gay sex in the video.
Police Chief Abdul Hamid Bador was seen as shielding and protecting Economic Affairs Minister Azmin since the first day the video was exposed, presumably under the influence of the prime minister. If the laboratory results from the U.S. say Azmin was not the man as widely alleged, naturally it would be celebrated with champagne popping follows by fireworks.
Knowing Mahathir, he definitely would have called for an urgent press conference and showed the journalists the official results from the U.S. experts, if his favourite boy did not screw another boy in the hotel. The premier would be grinning from ear to ear, holding the forensic results for its picture to be snapped, as if he had just scored 8A in the recent UPSR examination.
Mahathir Mohamad and Azmin Ali
After all, Mahathir has said multiple times that the mastermind behind the sex video should be punished, not the sex actor Azmin, despite the fact that gay sex is illegal in the country. In November last year, the Selangor Shariah High Court sentenced four men to 6 months’ jail, 6 strokes of the cane, and a RM4,800 fine for “attempting intercourse against the order of nature.”
The premier has been incredibly bias from the beginning when he announced that Azmin was innocent and the video clip was a fake – even “before” the police could start the process of authenticating the video last year. The premature statement from Mahathir put the police in tatters, unable to perform their job professionally and could not investigate the scandal without fear or favour.
Do you think Mahathir would not brag and tell all and sundry that he has been right all along about Azmin’s innocence – if the U.S. forensic analysis had concluded that none of the two individuals in the video clip was the economic affairs minister? Therefore, there could be only two reasons why the police insisted to make a joint statement with the Attorney General Chambers.
Sex Video Scandal - Azmin Ali and Muhammad Haziq Abdul Aziz
First reason – it would be announced that Azmin was indeed the homosexual man caught with his pants down in the video clip. Second reason – the announcement would clear Azmin of unnatural sexual activity because believe it or not, even the U.S. forensic specialists could not determine the identity of the two men (with some deepfake tales). However, if Azmin is cleared, it would lead to more questions.
Try showing the video clip to anybody and they will tell you that it’s above 90% of certainty that Azmin was involved. So, if the foreign forensic report could not identify the men, even with the U.S. latest technology, it means they probably have been bribed to cook up a fake result. That’s why the police needs to make a joint statement with the Attorney General Chambers.
The cops have lost their credibility and integrity in the gay sex video scandal after Mahathir’s interference. They desperately need Attorney General Tommy Thomas’ credential to convince the public that Azmin was still a virgin. However, even if Thomas could be arm-twisted to do that, the police still have a huge problem – Muhammad Haziq Abdul Aziz.
Attorney General Tommy Thomas - Constitutional Law Expert and Civil Litigator
Will the Royal Malaysia Police and the Attorney General Chambers decide to charge Mr. Haziq, who has already admitted to be one of the men in the gay sex video? Haziq has claimed the other man was his sex partner Azmin. Unless the police can prove Haziq was retarded or mentally challenged, he cannot be allowed to walk scot free as if nothing had happened.
Malaysia is clear about same-sex sexual activity. It’s a crime to engage sodomy (as well as oral sex), defined to include both heterosexual and homosexual acts, with punishment including fines and prison sentences of up to 20 years. However, if Haziq is put on trial, he would reveal to the world the details about his sexual activities with Azmin – creating a bigger humiliation to Mahathir.
In a nutshell, if Azmin was innocent, the police would have had immediately announced the results of the foreign forensic investigation late last year. The fact that they didn’t, and require the Attorney General Chambers by their side to make a joint statement suggest that either Azmin has been positively identified, or a new cover-up story is about to be unleashed to insult the peoples’ intelligence – again.
Abdul Hamid Bador with Mahathir Mohamad

TPM MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN SARJANA ISLAM



Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh sarjana dunia Islam iaitu Omar Suleiman, Yasir Qadhi dan Nuruddeen Lemu dalam Forum Profesional Muslim yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Pertemuan berkisar tentang cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh dunia Islam dan kesannya terhadap global.

Semoga memberi manfaat bagi kesejahteraan umat Islam di saat konflik yang sedang berlaku di Asia Barat susulan pembunuhan komander Iran pada 3 Januari lalu oleh tentera Amerika Syarikat.


SETELAH DAPAT ONE OFF....JANGAN PULAK OFF DAN KENCING.

Mohd Shah Rim


Setelah dapat RM400 juta bayaran 'one off' dari Kerajaan Pusat, semoga janji dan jaminan ini menjadi kenyataan bukan sekadar BUAL KOSONG..


AKIBAT SUKA MEMFITNAH...


IA BAPAKAK, IA BATALOR

PELABUR ALU-ALUKAN PH BINCANG TARIKH PERALIHAN KUASA

(function() { var d = document, w = window; w

Kenali tiga golongan penyebab negara kita mundur

  OLEH :  NORMAN RADUAN POSTED BY AMIR WRLR Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 Ahli Parlimen dikecam dengan pelbagai andaian. Bodoh, ti...