TPM MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN SARJANA ISLAM



Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh sarjana dunia Islam iaitu Omar Suleiman, Yasir Qadhi dan Nuruddeen Lemu dalam Forum Profesional Muslim yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Pertemuan berkisar tentang cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh dunia Islam dan kesannya terhadap global.

Semoga memberi manfaat bagi kesejahteraan umat Islam di saat konflik yang sedang berlaku di Asia Barat susulan pembunuhan komander Iran pada 3 Januari lalu oleh tentera Amerika Syarikat.


No comments: