PERBICARAAN FITNAH DAN HASUTAN PAPAGOMO TERHADAPDS ANWAR IBRAHIM PERDANA...



Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia pro kepada Israel, sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar Datuk Zahairi Baharim memaklumkan perkara itu merujuk kepada penyata rasmi Dewan Rakyat (Hansard) bertarikh 16 Okt 2023, iaitu penerangan daripada Anwar menyatakan ketegasan kerajaan Malaysia terhadap kezaliman, penindasan dan pemerasan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. “Isu Palestin dikendalikan oleh Kementerian Luar dan kementerian berkenaan akan menyediakan jawapan bersama pasukan dan diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri. “Kami di Kementerian Luar diminta untuk memberikan penerangan berkenaan situasi di Gaza di Pejabat Perdana Menteri pada 9 pagi sebelum Perdana Menteri pergi ke Parlimen dan saya hadir semasa penerangan itu,” katanya yang kini memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam. Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, pada perbicaraan kes Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut bahawa kerajaan pro kepada Israel dan barat di laman Facebook Halid Hamidi (Halid Mat Kool), dan ia dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 1 tengah hari 8 Nov 2023. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Perbicaraan bersambung 18 Okt. ======================================================================================== Betulkah kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang paling diktator yang kita ada? Demikian tuduhan Ambiga Sreenevasan terhadap kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Saya menghormati Ambiga mantan pimpinan NGO Bersih dan mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia. Tetapi tuduhan terbaru Ambiga ini saya tidak bersetuju. Saya ahli parlimen dari parti PKR dan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi tunggak kerajaan persekutuan sekarang. Saya nak menyangkal tuduhan Ambiga kerana tuduhan itu salah. Cadangan kerajaan untuk mengenakan syarat bahawa syarikat-syarikat flatform media sosial dari luar negara perlu ambil lesen mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh dibantah, boleh dipertikai dan boleh disanggah semaunya.Tetapi menuduh kerajaan persekutuan terus terus jadi dictator kerana cadangan itu adalah berlebihan dan tidak adil. Saya sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat yang menyokong kerajaan persekutuan sekarang walaupun sedar kerajaan ini ada kelemahannya di sana sini amat yakin bahawa kerajaan ini bukan kerajaan diktator. Saya yang menceburi dunia politik dari muda semasa mahasiswa sehingga ke usia warga emas kini yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara menafikan bahawa kerajaan pimpinan Anwar ini seorang diktator. Bagaimana kerajaan ini diktator sedangkan ia tidak pernah menggantung parlimen dengan mengisytiharkan darurat seperti kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelumnya? Bagaimana kerajaan pimpinan Anwar ini seorang diktator sedangkan di Parlimen Laporan Suhakam dibahaskan? Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) Parlimen dibahaskan secara terbuka di Parlimen? Bagaimana kerajaan persekutuan sekarang jadi diktator sedangkan tiga minggu lalu pada 6 Julai calon yang mewakili parti kerajaan persekutuan kalah teruk di PRK Sungai Bakap? Adakah kerajaan diktator benarkan berlaku calon partinya kalah teruk macam di PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang dan kalah sebelum itu di PRK Kemaman, Trengganu. Jadi, tolonglah Ambiga! Berpada-padalah jika menuduh kerajaan persekutuan yang ada sekarang. Tegur dan kritiklah akan segala kelemahan kerajaan persekutuan ini. Tetapi menuduh diktator itu terlalu berlebihan.




KENAPA NAK TAKUT. TAK PERLU TAKUT PUN KALAU NAK MENGKRITIK. PUNCA TAKUT SEBAB FITNAH DAN CACI MAKI.


 

KEH. KEH.. KEH... IMPIAN OGOS RANAP BERSAMA TAK CUKUP JOMLAH


 

MASA DIA JADI MENTERI KEWANGAN PUN TAK HEBAT MANA. SKANDAL BMF SAPA JADI MENTERI KEWANGAN TAK TAU.


Nazri Hamdan


 Saya setuju. Malaysia sebenarnya tak pernah masuk ke kelab Asian Tigers. Hanya empat negara yang pernah masuk iaitu Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. 



Negara-negara ni dilabel sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tinggi dari pertengahan hingga hujung abad ke 20. Mereka menjadi negara maju pada tahun 1990an.


Kalau nak masukkan Malaysia, boleh dimasukkan ke dalam kelab anak harimau sahaja bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.


Negara-negara Tiger cubs ni dijangka akan ikut jejak langkah empat negara Asian Tigers sebelum harapan musnah apabila Asia dilanda kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-98.



Pelarasan gaji penjawat awam akan diumum tidak lama lagi

 \\\


Pelarasan gaji penjawat awam akan diumum tidak lama lagi

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram
 
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memuktamadkan inisiatif penambahbaikan gaji yang turut merangkumi pelarasan gaji penjawat awam dijangka akan diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, beberapa pengumuman penting hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka akan diumum Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, Ogos depan.

“Secara dasarnya pencen yang diterima oleh pesara dan penerima pencen akan turut diselaraskan mengikut Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980.

“Seksyen ini memperuntukkan pencen atau elaun pesaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Jelasnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling berkenaan pelaksanaan SSPA yang akan menjelaskan mekanisma penyelarasan gaji secara terperinci.

Sebelum ini, menerusi beberapa ucapan Perdana Menteri memberi bayangan peratusan kenaikan gaji adalah sesuai dengan bebanan tugas pegawai awam dan telah mengambil kira kos sara hidup semasa.

Katanya lagi, beliau difahamkan kuantum kenaikan gaji bagi kakitangan awam gred rendah turut mengambil kira paras garis kemiskinan. – KOSMO! ONLINE.

HAWAQ

 

RMS



Tak pernah dibuat oleh mana mana parti politik kecuali PAS saja..letak calon PAS tapi bawah BERSATU.. HAHAHA..😆😆




KOYAK PULAK


Zuwari Md Yusof


 WALAUN2 PAS dan MACAI2 BERSATU sentap bila banyak apps socmed yg bakal di wajibkan daftar berlesen secara SAH di Malaysia.Konon tak pernah di buat dek org lain.Ko hidup kat planet mana dowh?Negara lain banyak dah buat lama dah!


Ini kerajaan paling diktator kita pernah ada - Ambiga


3 tahun bawah PN dulu Ambiga lupa punyalah teruknya diktator PAS,BERSATU sampai istihar Darurat,Tutup Parlimen dan tutup itu ini.Di mana suara Ambiga waktu itu?Ribuan rakyat kibar bendera hitam,putih itu yang paling gagal dan diktator dalam sejarah negara ini.Penyokong jenayah siber sedang panas menggelupur ka Ambiga_S ?Syabas👍🙄


Sekarang yang menentang ingat Nak sekat Kebebasan bersuara. Secara khusus, Kerajaan hanya melaksanakan apa yang termaktub dalam Akta 588.Masalah scam kewangan,buli siber pada tahap kronik.Oleh itu, Kerajaan terpaksa ambil tindakan.Seksyen 211 dan 233 sudah pun ada berurusan dengan kandungan yang menyinggung perasaan.Ia adalah penipuan dan buli yang tidak mempunyai sebarang liputan di bawah mana-mana akta yang berkaitan dengan platform digital.


Amira hanya pentingkan diri sendiri untuk bebas memfitnah politik?


Yang kena ambil lesen itu adalah platform media sosial.


👉Dia ni langsung tak peduli nasib makcik kena scam online.

👉Dia tak peduli jenayah siber berleluasa.

👉Dia tak peduli mangsa buli siber hingga bunuh diri






[PANAS] PAS PIJAK BERSATU RAMPAS KERUSI! MP PAS PULA TUNJUK KEBODOHAN & ...


“Tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang. Cantik bentuknya, macam roket kan?,” demikian kapsyen ditulis Ahmad Fadhli di akaun Facebook miliknya. Walaupun kapsyen disertakan tidak berbunyi sindiran, namun pengguna faham kiasan yang cuba disampaikan. Ia menimbulkan kehairanan dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya motif beliau mahu mengaitkan tiang tersebut dengan roket. Umum juga faham hantaran itu bertujuan mengaitkan dengan DAP. “Ya Allah sampai gini levelnya. Ingatkan palsu, rupanya betul dari akaun rasmi,” komen Malaysia! Networks. “Kesian. Setakat itu sahaja daya fikir seorang YB dari Kelantan,” kata Ahmad Fairuz. “YB sediakanlah peluang pekerjaan di Kelantan. kesian ambo IC 03 ni dah berbelas tahun tumpang rezeki di negeri DAP,” sinis yang lain pula. ============================================================================== Tersebar satu surat pemberhentian sebagai ahli Pas dipercayai milik calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail. Mohd Rizwadi, 41, merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang. Menerusi surat tersebar di aplikasi WhatsApp yang dilihat Harapan Daily, tarikh pemberhentian Mohd Rizwadi sebagai ahli adalah pada 28 Julai 2024. Surat permohonan keluar dari parti itu dipercayai demi menjadi calon Bersatu pada PRK bulan depan “Saya Mohd Rizwadi bin Ismail adalah seorang ahli Pas yang bernombor ahli (tidak jelas nombornya) ingin memohon untuk berhenti menjadi ahli Pas bermula pada tarikh surat ini dikeluarkan. “Sehubungan dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjadi ahli parti Pas,” demikian tulis surat itu, bersama tandatangan Mohd Rizwadi. Surat permohonan itu dihantar pada 28 Julai. Ia telah diterima dan diluluskan pada tarikh yang sama oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Sehari selepas itu iaitu pada 29 Julai (semalam), beliau diumumkan sebagai wakil Bersatu di DUN Nenggiri. Tersebarnya surat itu menimbulkan spekulasi bahawa calon berhenti sebagai anggota Pas untuk dicalonkan Bersatu pada PRK kali ini.







SELEPAS MENANG SG BAKAO ISU MAHB BLACKROCK... KINI PAS BAYAR SYARIKAT TERKAIT BLACKROCK


Gino. Marvella. 


 Pilihanraya Sg Bakap selesai pada 6.7.2024. Isu yg di mainkan MAHB di kaitkan dgn Blackrock. Sebaik saja puak lebai menang PRK Sg Bakap, mereka reka pula isu saraf bagi PRK Nenggiri. 


Ok, berapa kos iklan yang puak lebai Pis Shah Alam bayar kepada sykt Yahudi yang ada Blackrock di belakangnya sejak 7 Julai 2024 - 26 Julai 2024 ?


👉 RM133,377.00  *bukti di sertakan sekali.







Ubi kayu, lembu kenyang, liwat, roh neh roh neh bagai...rupanya parti lebai kelarah juga yg selama ini senyap2 di belakang memberi dana ke isra_el setiap bulan. 😂



TAHNIAH KERANA MENORMALISASI TIDAK ISLAMIK- TOK PERAK


 






Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Kenduri MADANI Rakyat, Tambun, P...

RENTASAN 1622 | PMX SELAMATKAN ORANG MUFLIS, MALAYSIA MASIH TAK SELAMAT?


MENARIK DALAM RENTASAN 1622

1. SAMPAI BILA PERIKATAN NASIONAL HENDAK BERDUSTA? 2. JPKK DAPAT DANA, MASIHKAH MALAYSIA TAK SELAMAT? 3. FAHAMAN PAS JAUH TERPESONG, KATA KHALID





LIVE : BADUT DIGI GAGAL LAGI

Silalah keluar, PAS bukan ‘taiko’, Khalid Samad tegur Maszlee|SEKILAS FAKTA



1)Dakwa rasuah: Chegubard direman dua hari 2) Malaysia sebenarnya monyet, tak pernah jadi harimau Asia, kata Ku Li 3) :Oh: PAS bukan 'taiko', Gerakan tak teragak-agak keluar PN 4)Giliran Tuan Ibrahim pula tegur Gerakan 5) ‘Sila keluar’ - Sanusi mahu Gerakan hormat melayu 7) Kenyataan Maszlee pada Aiman Athirah tak logik, kata Khalid 8) DAP pernah nyatakan Umno perlu kuat, kata MKT 9)Khaled ingatkan Umno supaya jangan terbuai kejayaan lepas ------ Sumbangan anda kepada KiniTV amat bermakna bagi kami Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sedikit sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan scan code QR yang tertera di skrin atau klik pada pautan yang disertakan. https://membership.malaysiakini.com/d... Sokongan anda akan membantu kami menjalankan peranan semak dan imbang serta menghasilkan lebih banyak berita yang berkualiti.



ADUN PN PAPAH WANITA MABUK KE BILIK HOTEL & D1R0G01 PENJARA 13 TAHUN BEK...


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mensabitkan kesalahan terhadap seorang bekas pembantu Adun Gombak Setia Hilman Idham atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah hotel lebih tiga tahun lalu. Bagaimanapun, Mohd Zulfahimin Mahdzir sudah merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan ke atasnya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1 pagi dan 3 pagi pada 5 Dis 2020. Hakim Mahkamah Sesyen Nor Hasnah Ab Razak memutuskan bahawa pembelaan tertuduh tidak mempunyai merit dan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Dalam alasan penghakiman bertulis penuh yang dikeluarkan minggu lepas, dia berkata tertuduh gagal menyangkal keterangan saksi pendakwaan berhubung kejadian yang didakwa.



YB TAK CERDIK KENA HENTAM DENGAN NETIZEN.


Najib Bakar


 Sebelum.     Vs   Selepas


🙈


Teruk Fadhli Shaari kena kenduri di post sendiri.





TIADA ROYALTI JIKA 3 BATU NOUTIKA DARI PERAIRAN.


 Isu bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu adalah tidak berbangkit kerana tiada petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri itu.



Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan apa-apa hasil dari medan petroleum pantai timur Semenanjung Malaysia adalah didapati dan diperoleh di luar perairan negeri iaitu melebihi tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut pantai wilayah selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).


Menurut kementerian itu bayaran tunai hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta 750.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



TUNGGANG AGAMA.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik.



Anwar berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain.


"Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa...siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews


WOIII SANUSI. HANG NAK BELI SATU KILANG HONDA PUN TAK PA. TAPI KAN IA TERKAIT DENGAN BLACKROCK. JENUH NAK BACA QUNUT NA, ILAH KAH.


 

USTAZ NI TIBAI HADI AWANG


 

APA MUHYIDDIN DAN HADI AWANG BUAT MASA BERKUAZA? TAK ADA.


 

PECAH LUBANG PUAK PUAK DAJJAL HASUT ORANG KENA TIOU.


 

ELOK SANGAT.. LEPAS NI TAU LA SAPA DOK FITNAH


 

RINGGIT MENINGKAT

 

Nazri Hamdan


Pergerakan Ringgit dalam masa sebulan terus menunjukkan pengukuhan.



- pemotongan kadar faedah US hampir pasti berlaku tak lama lagi dengan jangkaan 25 basis point pada hujung tahun.


- Ringgit muncul sebagai best performing currency dalam pasaran Asia


- Ringgit top buat masa ini (berbanding USD) diikuti dengan Korean Won dan Rupiah.


- kekuatan Rupiah adalah disebabkan campurtangan Bank of Indonesia dalam pasaran forex



DIMANA DAN BILA IANYA DIBACA.


Che Ibrahim


 QUNUT NAZILAH


1. Dibaca Dalam solat waktu (Suboh/zohor/asar/maghrib/isyak) selepas ruku' pada rakaat akhir (ada qaul/mazhab dibuat sebelum ruku')


2. Dilakukan ketika perang atau situasi tegang antara Islam vs kuffar atau ketika musibah/bencana umum yang besar. 


Bila ianya dibaca dalam Parlimen, Maka ada 2 perkara yang tidak betul/sesat;


1. Membuat syariat sendiri dengan membaca qunut nazilah di luar solat. 

2. Telah melakukan perkara haram @ yang dilarang oleh syarak kerana mendoakan kehancuran sesama umat Islam.



ANAK SAPA PULA NI MENAKAI

 


Polis menyiasat rakaman video tular seorang remaja lelaki memandu kereta dengan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan taman perumahan.



Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semakan laporan sedang dibuat dengan semua ketua trafik kontinjen negeri.


"Kita sedang kenal pasti lokasi kejadian selain akan kesan keluarga kanak-kanak terbabit," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



JAHANAM


 JAHANAM 

Season ke 2



Kepada kesemua senator dan ahli-ahli Dewan Negara yang sangat saya hormati. Sudilah mendengar sedikit rintihan saya.


28 tahun saya mencurah baktı di KKM, tahun ini paling sedih kerana baru saya tahu kesemua usaha yang melatih pakar-pakar adalah sia-sia. Saya tidak diiktiraf sebagai pelatih dan institusi saya, KKM tidak boleh melatih. Mereka MENUDUH KKM telah melanggar akta perubatan 2012. Astaghfrullahalazim.


Season pertama sudah berakhir, masuk season 2. Saya pasti ada season seterusnya. Mereka masih cuba, menyebarkan maklumat-maklumat yang mengarut - mencuba nasib. To me, this is so low. 


Dewan Rakyat dah lulus. Rakyat sudah luluskan. Pindaan ini mengiktiraf KKM. Sedikit kegembiraan bagi kami. Saya mohon dengan rendah diri supaya Dewan Negara juga memudahkan. 


Thank you, from the bottom of my heart,

Rafidah.



TAK ADA USTAZ ATAU USTAZAH KOMEN PROGRAM DI KEDAH? TAK ADA. SEBAB PAS BUAT BOLEH. ORANG LAIN BUAT TAK BOLEH.


Rosly Yusof


 Ada dengar atau baca tak lagi daripada ostad dan ostazah politik hukum program wanita seksi di Kedah kelmarin?



Tak ada kan... sebab tak ada salah pun program tu tapi kalau program tu di buat di negeri yang bukan ostad politik sokong maka barulah akan salah dan ostad serta ostazah politik akan keluarkan hukum haram.


Kesimpulannya kita nak buat apa pun kita buat saja tak payah takut dengan hukum hakan yang di keluarkan oleh ostad politik kerana hukum hakam ostad politik tak ada kena mengena pun dengan islam.



YANG NI NO WAHID.

 


Seorang pelajar Tingkatan Empat dikejarkan ke hospital di Kemaman selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai selepas mengambil rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushrooms'.



Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika berada di sekolah, minggu lalu.


"Kejadian itu disedari rakan-rakan mangsa dan bergegas memberitahu guru. Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh ahli keluarganya sebelum dikejarkan ke hospital," jelasnya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



MACAM PAS NI BAGUS SANGAT. KERJA TOLAK PARTI ITUBOARTI INI.



Che Ibrahim


 Masa Gerakan perintah P Pinang, kamu bersama Dap untuk kalahkan Gerakan, bila Dap menang kamu bersama Gerakan untuk lawan Dap.. 


Kalau kamu berbalah dengan Gerakan, barangkali MCA pula kawan kamu


Pemimpin kanan PAS dan PN itu anggap ugutan dibuat Gerakan adalah politik cara lama.





Selamatkan UPNM, Selamatkan Malaysia.

 

Selamatkan UPNM, Selamatkan Malaysia. 


Antara tujuan penubuhan UPNM ialah untuk melahirkan pemimpin tentera yang bukan sahaja mampu menerima arahan dengan baik dari pihak kerajaan untuk menjalankan misi-misi penting, tetapi juga mampu memimpin tentera dan negara semasa situasi yang memerlukan.







Oleh itu UPNM memerlukan bukan sahaja bakat dan semangat, tetapi juga pelajar yang pintar.


Apabila isu UPNM disensasikan, ramai ibu bapa mula menjauhkan anak masing-masing dari UPNM. 


Jika ini dibiarkan berterusan, UPNM dan negara akan kehilangan bakat penting untuk memimpin angkatan tentera kita, seterusnya mungkin menjadi satu ancaman kepada negara dalam waktu krisis.


Kita dan kerajaan kena akui bahawa ada sesuatu yang tidak enak di UPNM. RCA perlu dibuat dan tindakan pembetulan perlu dilakukan. Saya yakin ia telah dilakukan.


Ibu bapa mesti diyakinkan bahawa gejala ini telah berakhir. Walaupun terjadi gejala ini, kerana faktor individu dan masa, pastikan telah wujud satu mekanisma yang boleh dengan segera gejala ini dihentikan.


Tiada 'backup' tiada simpan bawah karpet.

Semua isu mesti ditangani mengikut undang-undang. 


Tiada kuasa mengatasi undang-undang. Mereka yang bersalah melakukan dan membenarkan ia berlaku atau cuai mesti dihukum.


UPNM mesti dipulihkan. Demi negara kita yang tercinta. Untuk itu rakyat dan ibu bapa mesti memberikan kepercayaan semula.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



CALON BERSATU DI NENGGERI DARIPADA PAS?


MSO


 CALON BERSATU DI NENGGERI DARIPADA PAS?



PN baru saja mengumumkan calon Pirane N41 Nenggeri sekejap tadi. Calon yang diumumkan oleh MB Nassruddin Daud, sdr Mohd Razwadi Ismai 45 tahun. Beliau adalah pesara tentera laut.


Dalam gamat gempita dipengumuman calon PN di Nenggeri itu ada sedikit keganjilan dan jika difahami boleh dimengertikan ada taklifan di situ.


Sebelum ini nama disebut-sebut akan dicalonkan di Nenggeri adalah seorang Penggawa di Nenggeri. Tetapi yang diumum orang lain. Nampaknya berlaku oder lain sampai lain mengenai calon PN ini.


Pengumuman calon dibuat oleh MB Nassaruddin Daud. Seperti mana beliau baca biografi calon itu tadi Razwadi  merupakan bekas ketua  Pemuda Pas yang telah menyertai Bersatu. Beliau akan betanding gunakan logo Pas bukan bunga raya.


Bagi yang tidak benak politik mudah untuk memahami perkara itu walaupun kerusi itu sepatut calon dari Bersatu, tetapi yang bertanding bekas pemuda Pas. Soalnya tidak disebut bila Razwadi  keluar Pas dan bila masuk Bersatu. Atau sekadar takhlif untuk mengabui mata pengundi sahaja.

Silap silap Bersatu dah kena scam dek Pas.


 Kalau benar dia tinggal Pas untuk apa sertai Bersatu, masakan sanggup tinggal parti dekat dengan syurga untuk sertai parti tiada bayangan syurga. Atau ia hanya sandiwara sahaja sebenar Razwadi masih ahli Pas yang dipajak kepada Bersatu sebab phobia dilakukan Azizi masih menganggu perasaan.


Memerhati dan memahami manipulasi politik Pas yang dikenali, 

saya simpulkan Razwadi adalah calon dari Pas. Nampaknya Pas tidak yakin dengan calon original daripada Bersatu Penggawa tersebut. Melihat cara taklif dalam pencalonan ini semacam ada masalah besar ketidakpercayaan Pas kepada Bersatu di sini. Krisis percayaan sedang berlaku.


Sebab itu, sebelum mengumumkan nama calon tadi Nassaruddin beriya berpesan dan membawa cerita ketaatan dalam perjuangan, yang masejnya jangan bantah dan terima siapa saja yang dicalonkan.


Apabila bukan calon pure daripada Bersatu diletak bertanding menunjukkan ada buat tidak arap Pas kepada Bersatu di Nenggeri. Situasi ini semacam tidak beres dalam pemilihan calon dan parti yang diletak untuk lawan BN yang telah awal/awal mengumumkan ketua pemuda Umno Gua Musang Azmawi sebagai calon mereka.Trims.