ADUN PN PAPAH WANITA MABUK KE BILIK HOTEL & D1R0G01 PENJARA 13 TAHUN BEK...


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mensabitkan kesalahan terhadap seorang bekas pembantu Adun Gombak Setia Hilman Idham atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah hotel lebih tiga tahun lalu. Bagaimanapun, Mohd Zulfahimin Mahdzir sudah merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan ke atasnya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1 pagi dan 3 pagi pada 5 Dis 2020. Hakim Mahkamah Sesyen Nor Hasnah Ab Razak memutuskan bahawa pembelaan tertuduh tidak mempunyai merit dan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Dalam alasan penghakiman bertulis penuh yang dikeluarkan minggu lepas, dia berkata tertuduh gagal menyangkal keterangan saksi pendakwaan berhubung kejadian yang didakwa.



No comments: