CALON BERSATU DI NENGGERI DARIPADA PAS?


MSO


 CALON BERSATU DI NENGGERI DARIPADA PAS?



PN baru saja mengumumkan calon Pirane N41 Nenggeri sekejap tadi. Calon yang diumumkan oleh MB Nassruddin Daud, sdr Mohd Razwadi Ismai 45 tahun. Beliau adalah pesara tentera laut.


Dalam gamat gempita dipengumuman calon PN di Nenggeri itu ada sedikit keganjilan dan jika difahami boleh dimengertikan ada taklifan di situ.


Sebelum ini nama disebut-sebut akan dicalonkan di Nenggeri adalah seorang Penggawa di Nenggeri. Tetapi yang diumum orang lain. Nampaknya berlaku oder lain sampai lain mengenai calon PN ini.


Pengumuman calon dibuat oleh MB Nassaruddin Daud. Seperti mana beliau baca biografi calon itu tadi Razwadi  merupakan bekas ketua  Pemuda Pas yang telah menyertai Bersatu. Beliau akan betanding gunakan logo Pas bukan bunga raya.


Bagi yang tidak benak politik mudah untuk memahami perkara itu walaupun kerusi itu sepatut calon dari Bersatu, tetapi yang bertanding bekas pemuda Pas. Soalnya tidak disebut bila Razwadi  keluar Pas dan bila masuk Bersatu. Atau sekadar takhlif untuk mengabui mata pengundi sahaja.

Silap silap Bersatu dah kena scam dek Pas.


 Kalau benar dia tinggal Pas untuk apa sertai Bersatu, masakan sanggup tinggal parti dekat dengan syurga untuk sertai parti tiada bayangan syurga. Atau ia hanya sandiwara sahaja sebenar Razwadi masih ahli Pas yang dipajak kepada Bersatu sebab phobia dilakukan Azizi masih menganggu perasaan.


Memerhati dan memahami manipulasi politik Pas yang dikenali, 

saya simpulkan Razwadi adalah calon dari Pas. Nampaknya Pas tidak yakin dengan calon original daripada Bersatu Penggawa tersebut. Melihat cara taklif dalam pencalonan ini semacam ada masalah besar ketidakpercayaan Pas kepada Bersatu di sini. Krisis percayaan sedang berlaku.


Sebab itu, sebelum mengumumkan nama calon tadi Nassaruddin beriya berpesan dan membawa cerita ketaatan dalam perjuangan, yang masejnya jangan bantah dan terima siapa saja yang dicalonkan.


Apabila bukan calon pure daripada Bersatu diletak bertanding menunjukkan ada buat tidak arap Pas kepada Bersatu di Nenggeri. Situasi ini semacam tidak beres dalam pemilihan calon dan parti yang diletak untuk lawan BN yang telah awal/awal mengumumkan ketua pemuda Umno Gua Musang Azmawi sebagai calon mereka.Trims.



No comments: