Pelarasan gaji penjawat awam akan diumum tidak lama lagi

 \\\


Pelarasan gaji penjawat awam akan diumum tidak lama lagi

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram
 
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memuktamadkan inisiatif penambahbaikan gaji yang turut merangkumi pelarasan gaji penjawat awam dijangka akan diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, beberapa pengumuman penting hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka akan diumum Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, Ogos depan.

“Secara dasarnya pencen yang diterima oleh pesara dan penerima pencen akan turut diselaraskan mengikut Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980.

“Seksyen ini memperuntukkan pencen atau elaun pesaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Jelasnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling berkenaan pelaksanaan SSPA yang akan menjelaskan mekanisma penyelarasan gaji secara terperinci.

Sebelum ini, menerusi beberapa ucapan Perdana Menteri memberi bayangan peratusan kenaikan gaji adalah sesuai dengan bebanan tugas pegawai awam dan telah mengambil kira kos sara hidup semasa.

Katanya lagi, beliau difahamkan kuantum kenaikan gaji bagi kakitangan awam gred rendah turut mengambil kira paras garis kemiskinan. – KOSMO! ONLINE.

No comments: