TIADA ROYALTI JIKA 3 BATU NOUTIKA DARI PERAIRAN.


 Isu bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu adalah tidak berbangkit kerana tiada petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri itu.



Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan apa-apa hasil dari medan petroleum pantai timur Semenanjung Malaysia adalah didapati dan diperoleh di luar perairan negeri iaitu melebihi tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut pantai wilayah selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).


Menurut kementerian itu bayaran tunai hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta 750.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: