ADA YANG KATA RINDU PADA KERAJAAN BN...KAH...INI DIA PERANGAI MENTERI DARI BN...

 


Panas! Pemuda ini jawab bila ada suara sumbang yang kata rindu pada kerajaan BN, memang padu

Saya ni sebenarnya marah jugak dengan kerajaan hari ni, dan saya pun tak berapa lah nak kritik BN sangat sebab dalam tu masih ada rakan dan kenalan saya, ramai pemimpin muda, ada yang baik ada yang pandai.

Tapi… Bila ada lah satu dua suara sumbang berbunyi, rindu kerajaan Barisan Nasional ni saya rasa terkedu kejap.

Yang bini terbang pergi France masa orang duduk rumah tu datang dari BN.

Yang bini dia pulak naik pangkat kemain cepat dalam kementerian, laki dia Menteri BN.

Yang senyap-senyap ada pelan nak jual Lapangan Terbang Subang kementerian BN pegang.

Yang buat PC kemain sombong lepas kemalangan, chairman GLC BN.

Yang marah rakyat kata dah dapat sardin nak ayam pulak sebab bagi talipon kokak, menteri besor BN.

Yang menyokong belanjawan kerajaan ni pada sidang lepas pun ahli parlimen BN (siap buat poster tahniah kome).

Yang ngutuk Vevenoah kata dia berlakon pun Timbalan Menteri BN.

Rindu zaman BN apekebendenye?

Menteri paling ramai datang dari BN, Menteri PPBM pun majoriti lompat dari BN lepas kalah.

Ini zaman BN le ni, nama je lain, orangnya sama!

Zaidel Baharuddin ialah Ketua Penerangan Parti Muda.

Gambar di bawah adalah hiasan semata-mata

Terkini! UMNO bakal jadi PM dalam jajaran baru?

 


Terkini! UMNO bakal jadi PM dalam jajaran baru?

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (MT) diberitahu Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan diberi jawatan Perdana Menteri dalam jajaran baharu disertainya, lapor Utusan Online.

Portal tersebut berkata keyakinan itu dinyatakan semasa pertemuan dengan ahli MT, ia selepas spekulasi Zahid dikatakan sedang cuba membawa UMNO untuk menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Mungkin sebab itu, majoriti ahli MT memberi sokongan kepada Ahmad Zahid untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

“Tetapi kalau jajaran baharu itu membabitkan DAP, bukan sahaja akar umbi UMNO tidak akan terima, malah orang Melayu akan tolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” kata sumber Utusan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan secara lebih terperinci parti yang akan terlibat dalam jajaran baharu yang sedang dirancangnya itu.

Sebelum ini, seorang ahli MT, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa Zahid menukar sokongannya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagal menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN.

Terdahulu, Zahid menerusi kenyataan Biro Politik UMNO selepas bermesyuarat pada 21 Jun lalu mengeluarkan satu kenyataan memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk memanggil sidang Parlimen atau berdepan tindakan tegas daripada parti tersebut.

Tempoh tersebut akan berakhir pada 7 Julai ini dan spekulasi mengatakan Zahid merancang untuk mendesak Menteri dan Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan meletakan jawatan mereka serta-merta.

Sebelum ini, Zahid dikatakan akan bekerjasama dengan Anwar untuk membentuk kerajaan bersama DAP dalam rakaman perbualan antara keduanya yang viral.

Walaupun menafikannya, Ahmad Zahid dan Presiden PKR itu sama-sama tidak membuat laporan polis mengenainya.

Tazkirah buat pemimpin Pas dari abah...

POCA BOY - #IPCMCNow Human Rights Documentary

Chilli Powder and Thinner - #IPCMCNow Human Rights Animation ( FILEM YANG MENYEBABKAN ANA HAR DAN AMIN LANDAK DITAHAN)


KENYATAAN MEDIA

Svara ingin menarik perhatian ramai dan menzahirkan rasa tidak senang terhadap tindakan intimidasi oleh pihak polis terhadap Anna Har dari Freedom Film Network (FFN) dan pelukis Amin Landak. Semalam, 2 Julai 2021, pihak polis telah memanggil kedua-dua mereka ke Bukit Aman untuk disoal siasat berkaitan filem animasi yang berjudul “Chilli Powder and Thinner.” Filem berdurasi kurang empat minit itu menceritakan kisah benar dari testimoni seorang mangsa yang mendakwa diseksa semasa berada dalam tahanan polis.

Tidak hanya berakhir dengan soal siasat, pihak polis kemudiannya mengunjungi pejabat FFN dan kediaman Amin Landak serta merampas beberapa peralatan elektronik untuk siasatan lanjut. Ini jelas satu tindakan membuli yang bertujuan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan warga Malaysia untuk meluah dan menyatakan pandangan kritis mereka. Kami memandang serius perkara ini dan melihatnya sebagai ancaman terhadap kebebasan bersuara dan berfikir dinegara ini.

Kebebasan bersuara seluruh warga negara ini dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia bukan sahaja hak asasi, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada teras struktur yang membentuk perlembagaan yang kita junjung selama ini.

Kekesalan kami antara lainnya adalah kerana ketika seluruh warga negara ini sedang berdepan dengan segala macam himpitan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak berkuasa dan kerajaan yang semakin terserlah ketidak-mampuannya mengendalikan situasi berkenaan tetapmemilih untuk menekan dan menindas warganya sendiri dengan cara intimidasibegini. Sedangkan, perhatian sengaja dialihkan daripada pokok permasalahan yangdibangkitkan dalam video berkenaan, iaitu tentang kes-kes kematian warga negaraMalaysia ketika dalam tahanan polis masih terus berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.

Untuk rekod, bagi tempoh tahun 2013 hingga April 2016, seperti yang didedahkan dalam video berkenaan, seramai 721 individu dilaporkan mati ketika berada dalam tahanan polis. Ini perkara sebenar yang memerlukan siasatansegera, dan tindakan tegas daripada kerajaan serta bagaimana untuk mengelakkandaripada kejadian seumpamanya berulang. Bukannya menggunakan kuasa untuk menekan rakyat seperti yang ditunjukkan dalam hal ini.

Untuk menjadi sebuah negara matang dan disanjung, kuasa tidak boleh dijadikan alat untuk menindas. Nurani dan kebijaksanaan berfikir dari semua kelompok terutama yang memegang kekuasaan perlu dilandaskan kepada undang-undang dan kebenaran. Bukan sebaliknya.

Untuk itu, Svara juga menyokong dua tuntutan bersama yang diusulkan oleh Centre for Independent Journalism (CIJ):

1. Untuk pihak berkuasa menggugurkan semua penyiasatan dan menghentikan segala bentuk intimidasi dan tindak kekerasan terhadap Anna Har, FFN, Amin Landak, whistleblower dan semua yang terlibat dengan filem animasi berkenaan.

2. Segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah dan dolak-dalih, agar kebertanggungjawapan dan profesionalisme pihak polis sentiasa dijunjung.

—Editorial Svara, 3 Julai 2021.


Serbuan ke pejabat Freedom Film Network – sebuah serangan ke atas kebebasan bereskpresi


Aliran mengutuk serbuan polis baru-baru ini ke pejabat the Freedom Film Network, berikutan tayangan filem animasi pendek Chilli Powder and Thinner.

Ini merupakan serangan ke atas kebebasan berekspresi dan bersuara seperti yang dimaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Juga turut diserbu adalah rumah kartunis Amin Landak, yang terlibat di dalam produksi filem kontroversi ini. Kedua-dua mereka – Amin dan pengasas bersama Freedom Filem Network Anna Har – pada awalnya dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan berkenaan filem itu.

Filem ini berkisarkan kisah seorang individu yang mendakwa didera, bersama dua lagi temannya, ketika dalam tahanan polis. Filem ini bertujuan bagi membangkitkan kesedaran serta keprihatian berkaitan isu kematian dalam tahanan.

Tindakan pihak berkuasa yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya merupakan sebuah bentuk penapisan yang pastinya tidak diterima baik oleh para penyokong hak asasi manusia serta mereka yang terlibat di dalam media dan seni.

Kami menyeru pihak polis untuk menghentikan segala bentuk penyiasatan berkaitan kedua-dua individual yang hanya menggunakan hak demokratik mereka.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
4 Julai 2021

PRESIDEN UMNO TANYA LASKAR MAYA PN, TAK RASA BERSALAHKAH PERTAHAN KERAJAAN GAGAL?

 

Saya menyeru kepada pasukan-pasukan siber di sebelah sana berhentilah.

Apakah anda tidak rasa bersalah mempertahankan sebuah kegagalan berterusan?

Adakah anda langsung tiada “empathy” terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan?

Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar?

Tetapi saya percaya dalam sanubari anda tahu keadaan rakyat. Keadaan negara ketika ini.

Rakyat adalah saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga anda. Malaysia tanah air anda.

Selamilah denyut nadi rakyat, rintihan, keluhan, penderitaan dan kerisauan mereka.

Dalam keadaan sekarang rakyat adalah keutamaan. Negara masa depan bersama.

Jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik.

Mereka hanya mahu hidup selesa di sisi keluarga. Fikirkan tentang mereka juga.

Dan kerana itu saya dan UMNO akan terus menyuarakan kepentingan rakyat serta negara.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.

Temerloh: Menziarahi bumi melawan – Muhaimin Sulam

 


Temerloh: Menziarahi bumi melawan – Muhaimin Sulam

Melintasi pekan Temerloh bermakna kita melewati titik tengah Semenanjung Malaysia. Namun untuk yang memahami ia bukan membawa makna Temerloh terletak di tengah-tengah tanah yang mengunjur hingga ke Selat Tebrau di selatan.

Temerloh juga pusat kepada banyak gerakan sosial dan politik tanah air.

Setiap kali melewati Temerloh dalam perjalanan balik ke rumah mentua di Dungun, saya pasti teringat nama-nama seperti Datuk Bahaman, Pak Sako, Lubuk Kawah, Rejimen Ke-10, Suhaimi Said dan sebagainya.

Temerlohlah daerah yang melahirkan para pejuang menentang penjajahan tersebut.

Mohamed Salleh Lamry dalam bukunya ‘Temerloh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan’ menyebut, walaupun di negara ini ada beberapa tempat yang boleh disebut sebagai pusat gerakan nasionalis kiri tetapi Temerloh merupakan tempat yang lebih penting dan lebih istimewa berbanding dengan tempat-tempat yang lain.

 Sebelum sampai pekan Temerloh, kita akan lalu kawasan Lubuk Kawah iaitu sebuah kampung penuh dengan legenda perjuangan. Menyusuri jalan lama di tepi sungai hingga ke Senggang, Lubuk Kawah sepi seperti tiada penghuni.

Hanya namanya terpahat dalam sejarah. Itupun kesan pahatannya sudah kabur dan semakin hilang daripada pandangan orang.

Di tepi Sungai Pahang yang berdekatan Esplande Temerloh adalah tempat orang berehat dan berekreasi. Berswafoto dengan latar belakang tulisan besar nama Temerloh memang suatu rakaman kenangan yang menarik.

Tapi entah kenapa nama Esplande itu yang dipilih. Nyata ia terlalu naif. Barangkali inilah gambaran generasi merdeka yang hilang jati diri. Perkataan yang berasal dari bahasa Sepanyol digunakan untuk nama kawasan pinggir sungai yang bersejarah. Memang amat memalukan.

Pernah saya diberi peluang membaca puisi di tepi Sungai Pahang sewaktu Anuar Tahir, wakil rakyat Temerloh masih sihat pada 2019. Turut serta dalam acara itu ialah Raja Ahmad Aminullah.

Puisi saya bertajuk ‘Marilah Kita Menjadi Sungai’. Serangkap puisi itu berbunyi:

Jadilah sungai yang tidak
pernah kesal dan kasihan
kepada kebebalan,
kesombongan dan
kecurangan.
Jadilah sungai itu!

Selesai sahaja acara itu, saya pergi berehat di sebuah hotel bajet. Saya tidak pasti berapa orang yang hadir dalam acara malam itu faham maksud puisi saya. Semangat perjuangan Pak Sako masuk dalam jiwa saya ketika itu.

Pak Sako adalah anak kelahiran Temerloh. Dari seorang majistret pada zaman penjajah hinggalah menjadi penulis di majalah Gila-Gila pada zaman merdeka, Pak Sako tidak jemu mencoret tentang masyarakat, bangsa dan negara. Beliau lahir pada 1909 dan meninggal dunia 1992.

 

Ditahan dalam penjara, derita berjuang, sengsara hidup. Menempuh seribu kepayahan. Tiada darjah, gelaran segala kebesaran dunia. Semasa hidupnya Pak Sako terpelosok di pinggiran.

Dia duduk sendirian menanti bas di hentian bas Batu 9 Cheras.

“Eh, itu Pak Sako!” kata saya semasa terpandang susuk badannya yang memegang tongkat sambil menghisap paip. Saya ketika itu tinggal di Cheras juga.

Selepas meninggal dunia Pak Sako dikebumikan di tanah perkuburan Kampong Buntut Pulau, Temerloh, yang terletak kira-kira 3km dari bandar.

Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara khazanah daripada Pak Sako untuk kita semua dan tanah air.

Dengan kreativitinya Pak Sako memunculkan watak seperti Tong Sam Pah dan Poh Ki Mak sebagai cara menggambarkan realiti semasa masyarakat dan negara.

Pemikiran politiknya melangkaui selat dan lautan. Tulisan Pak Sako bukan sekadar karya sastera tetapi juga karya untuk membangunkan bangsa.

Sesudah berkali-kali makan ikan patin, takkan sekali pun tidak singgah ke makam pejuang kemerdekaan tulen? Kamu memang dasar tak mengenang jasa dan budi orang yang berjuang membebaskan watan ini agar bebas merdeka. Hanya mengisi perut sahaja.

 

Masuk ke pekan lama Temerloh, singgah seketika di Kedai Kopi Ban Hin. Inilah tempat Pak Sako, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh dan pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bertemu, merancang dan berbahas tentang kemerdekaan tanah air.

Ia terletak di Jalan Ibrahim, Temerloh. Jalan itu dinamakan sedemikian sebagai memperingati pengasas PKMM, iaitu Ibrahim Yaakob. Pejabat PKMM juga ada tidak jauh dari situ.

Selepas mesyuarat secara rasmi di pejabat, mereka bermesyuarat secara tidak rasmi pula di kedai kopi. Biasanya yang itulah lebih telus. Sambil minum-minum, mereka berbincang dan membuat keputusan.

Entah apa rancangan mereka yang dimulakan dari pertemuan di kedai itu. Kebanyakan rancangan mereka bersifat gerakan politik massa dan mengancam kestabilan pemerintahan Inggeris serta sekutunya selepas merdeka.

Dan mereka terpaksa membayar risiko perjuangan itu dengan harga yang sangat tinggi. Dikejar, dipenjara, dihina dan paling tragis, sejarah mereka dikambus hidup-hidup.

Tan Cheng Lock juga mengopi dengan konco-konconya semasa dalam MCA. Saya sedang mencari maklumat tentang cerita di sebalik kedai kopi ini dan seumpamanya.

Ahmad Nizam Hamid, Syed Putra, Abang Bob dan Kamaruzaman Yaakub mungkin boleh membantu saya. Catatan arwah Suhaimi Said, lubukkawah.blog spot mungkin perlu diterbitkan. Arwah lama dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum menyertai PAS.

Kemudian dia masuk Umno sekejap. Syed Husin Ali kata, itulah kekesalan terbesar dalam hidupnya. Suhaimi meninggal dalam PKR.

 

Di dalam kedai, meja sebelah ada sekumpulan lelaki India rancak berbual. Sebelah lagi, lelaki Cina membaca akhbar seorang diri. Kami di hujung sini. Kopi O dan roti bakar adalah menu istemewa kedai kopi berkenaan.

Khabarnya kesedapan hidangan itu tiada tandingannya di mana-mana. Tapi lain lidah, lainlah pula rasanya. Saya sendiri tidak merasa menu itu pun. Saya mengetahui tentang kesedapan itu selepas diberitahu orang Temerloh.

Saya cuba mencari-cari di mana warung atau kedai makan orang Melayu yang memiliki sejarah begitu. Masing-masing menggelengkan kepala. Warung atau kedai orang Melayu dibina dengan kayu yang mudah reput. Mereka berniaga sekadar untuk menyara kehidupan.

Berniaga bukan untuk kaya-raya. Setelah anak-anak membesar dan boleh berdikari, perniagaan tidak diperlukan lagi.

Warung dan kedai pun ditutup. Warung dan kedai kopi orang Melayu hilang bersama sejarah yang ditelan masa. Tidak seperti kedai kopi orang Cina yang hidup turun-temurun.

Inilah ciri-ciri masyarakat Malaya dan juga Malaysia. Mempunyai dua atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama, tidak bercampur gaul, berada dalam satu unit politik.

Begitulah J Furnivall membuat perhatian di lapangan dulu dan kemudian menulis buku yang dirujuk mahasiswa universiti sejak 1970-an hingga kini. Dan situasi itu diperkukuhkan oleh sesetengah bekas mahasiswa yang telah menjadi pemimpin politik.

Berpolitik mengikut kaum dan agama sebagai modal untuk berpengaruh dan berkuasa.

HADI CAKAP PADA SIAPA? BUKAN DIA PUN PEMBOHONG KUAT KAH ?


Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasiq, pembohong – Abdul Hadi




MGF23092020_TEMUBUAL-EKSKLUSIF-PRESIDEN-PAS05

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pelantikan pemimpin tidak boleh dibuat dalam kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar ma‘ruf dan nahi munkar.

Pemimpin yang dilantik juga bukan dalam kalangan mereka yang hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan di akhirat kelak, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

”Bukan alasan lagi, kononnya kini tidak mampu dilaksanakan Islam kerana tiada persediaan dan alasan-alasan lain seperti Islam tidak sesuai pada zaman kini,” katanya.

Abdul Hadi berkata, setiap pemimpin wajib ada secara silih berganti, berpandukan kepada petunjuk Allah SWT daripada kitabNya dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Ilmu dalam al-Quran terpelihara dalam penulisan yang tidak putus hingga kini. – MalaysiaGazette


REMBAT JANDA LAGI ?

 May be an image of 2 people, including Pak Sheikh Zmj, people standing, headscarf and text that says "Wak Seman asked a question in Friends of UMNO. 1h Selamat Pengantin baru YB menteri Rembat janda lagi.? Benda halal.. Duit pula banyak. Cuma musykil sikit. Apa hal nikah di siam? Takut bini tahu ke?"


PANAS! KERANA BÜRÜK PERÀNGÀl PÀS KENA S0UND SĒTĒPĒK!



Perangai pemimpin PAS sejak mereka menjadi Kerajaan Persekutuan memang memalukan. Walhal mereka hanya mempunyai 18 kerusi Parlimen. Macam-macam cerita buruk pasal PAS yang terbongkar. Selain itu kini mereka sibuk pula memperlekehkan kempen Bendera Putih. Apa Sudah Jadi dengan PAS?

Buatlah apa sahaja waktu berkuasa: Dulu tuju kepada Najib, sekarang kena pada Pas

 


“Buatlah apa sahaja waktu kita berkuasa. Sapu apa yang ada. Buat pekak saja apa orang hendak gelar. Apa yang penting anak pinak dan kroni kita kaya dan kenyang.”

Itu antara penegasan Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad pada 28 Julai 2017 dalam hantaran di Facebook miliknya.

Bagaimanapun, kenyataan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kembali ‘dicungkil’ warganet ketika Pas lebih setahun berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Idris juga empat tahun lalu berkata, cadangan pembangkang akan ditolak ketika sedang berkuasa selain mana-mana pihak lawan politik ‘disumbat’ ke penjara dan akan disembur dengan gas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) apabila menyertai tunjuk perasaan.

“Siapa yang tidak undi kerajaan, ini pelampau kaum dan pelampau agama. Ini hujah apabila ada kuasa. Lebih-lebih lagi memang sudah lama berkuasa. Kalau boleh hendak mati sambil berdiri di dalam pejabat Perdana Menteri,” tempelaknya.

Walaubagaimanapun, apabila tidak ada kuasa, hujahnya, pelbagai kritikan dilakukan kepada orang yang sedang berkuasa kerana masalah peribadi bukan maslahat rakyat.

“Pada hal, ini semua produk yang dihasilkan oleh acuan yang sama. Acuannya ialah apabila berkuasa, bukan hendak laksanakan amanah kepada rakyat tetapi untuk tunjuk aku yang paling berkuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Idris yang tewas kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu menyifatkan begitu murah nilai politik di negara ini dengan perut sudah kenyang dan kroni sudah kaya.

“Sekarang berpesta pula maki hamun orang yang kita benci kerana masalah peribadi. Sewaktu berkuasa dahulu berapa ramai rakyat dizalimi. Berapa ramai kontraktor bankrap akibat pilih kasih?

“Berapa ramai kakitangan kerajaan tidak naik pangkat dan ditukar tempat kerja? Berapa banyak gas FRU yang disembur ketika demontrasi? Berapa ramai yang kena sepak ketika demo?” ujarnya.

Idris yang tahun ini beberapa kali memuatnaik gambarnya memasak dalam kumpulan Facebook, ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ (gambar atas) malah menganggap Najib yang ketika itu Perdana Menteri dan Presiden Umno sebagai “tidak risau dengan maki hamun yang dihambur sekarang”.

“Dia (Najib) sudah ada guru yang mengajarnya. Nanti apabila sudah tidak jadi Perdana Menteri, maka naik atas pentas pembangkang balun pemimpin yang sedia ada pada waktu itu.

“Ketika itu semua kesalahan selama ini akan suci seperti air mutlak, suci lagi menyucikan.

“Tidak perlu minta maaf dan mengaku kesilapan yang lampau. Akhirnya, rakyat yang paling malang. Negara tidak diurus dengan baik, hutang pula bertimbun,” katanya.

Dia yang awal tahun ini dijangkiti Covid-19 juga mengingatkan politik seperti itu akan mendatangkan musibah kepada anak kecil yang akan mewarisi negara.

“Betullah acuan baulu tidak akan hasil kuih kacang. Rakyat perlu tukar dasar, bukan orang. Kalau tidak, pi mai, pi mai tang tu ja. Sejahtera Bersama Islam,” tambah Idris lagi.

KENAPA TEKAN HAK BERKARYA SENIMAN – ANWAR


SOKONG BENDERA PUTIH TANDA HATI TIDAK HITAM, KIBAR BENDERA HITAM BUKTI HATI SENTIASA PUTIH

 

Sementara kibaran bendera putih telah banyak berbakti di merata pelusuk negara sejak ia dijadikan tanda seseorang itu perlukan bantuan, semalam pula media sosial hampir sarat dengan kibaran bendera hitam yang menghitamkan alam maya.

Jika bendera putih dikibarkan sebagai tanda masih ramai yang perlukan bantuan dan pertolongan, kibaran bendera hitam adalah isyarat kegagalan PN sebagai sebuah kerajaan.

Ia seterusnya disusuli dengan tuntutan agar Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatan, menyegerakan pembukaan Parlimen dan menamatkan proklamasi darurat.

Dengan Covid19 gagal ditangani dan ekonomi tidak berjaya diuruskan, kegagalan kerajaan itu telah menyebabkan ramai rakyat yang menderita, kelaparan, tersepit dengan hutang dan tidak kurang yang mengambil jalan mudah untuk mengambil nyawa sendiri.

Sesungguhnya, disertai dengan pemandangan ramainya orang beratur untuk menerima bakul makanan dan yang kelaparan di sana-sini, ini adalah keadaan yang tidak pernah sama sekali kita bayangkan akan berlaku.

Sebab itu, inisiatif mengibar bendera putih sebagai tanda bantuan diperlukan begitu mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

Hanya dengan meletakkan bendera atau kain putih di luar rumah, mereka yang dalam kesusahan tidak perlu lagi pergi atau menghubungi pejabat wakil rakyat, pejabat penghulu dan sebagainya, sebaliknya bantuan yang diperlukan akan segera sampai ke rumah mereka.

Sudah terbukti sejak beberapa hari lalu mereka yang didapati ada bendera putih terus memperolehi bantuan sama ada daripada pejabat wakil rakyat, syarikat atau pasaraya dan pihak tertentu dalam kejiranan masing-masing yang secara sukarela menunjukkan keprihatinan.

Makna kata, inisiatif bendera putih telah berjaya merangsang jiwa-jiwa yang tidak hitam untuk turut sama memberi bantuan sesama manusia ketika ramai orang dalam kesusahan sebegini.

Hanya mereka yang berhati hitam saja sanggup menolak kebaikan daripada mengibar bendera putih ini.

Lebih jahat dan terkutuk apabila ada pemimpin tertentu yang enggan memberi bantuan jika kesusahan mereka dikesan melalui kibaran bendera politik.

Entahlah…apa jenis hati yang ada dalam tubuh mereka?

Sebagaimana menyokong, menolong dan membantu inisiatif mengibar bendera putih adalah tanda hati tidak hitam, turut sama mengibar bendera hitam juga memberi maksud yang sama.

Mereka yang menyokong kibaran bendera hitam bererti mereka memiliki hati yang sentiasa putih lantaran kegagalan PN dan Mahiaddin ini sudah tidak boleh dibiarkan lagi berterusan.

Memandangkan Mahiaddin hanya memikirkan bagaimana untuk mengekalkan kuasanya semata-mata, beliau hampir tidak berfikir langsung soal kebajikan dan keperluan rakyat, kecuali jika setelah sangat-sangat terdesak.

Menguatkuasakan darurat, menggantung Parlimen dan berdolak-dalik berkenaan pembukaan Sidang Parlimen, walaupun sudah tiga kali dititahkan oleh Agong adalah tanda seburuk-buruk kerajaan dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.

Dengan itu, selain berlarutan dicengkam kesusahan, rakyat akan terus berada di dalam penderitaan jika Perdana Menteri tidak segera ditukarkan.

Perdana Menteri yang hanya memikirkan soal kuasa, tambahan tanpa keabsahan dan diperolehi melalui pintu belakang, akan sentiasa berfikir tentang mengekalkan kuasa saja sehingga ke akhir kariernya.

Hanya Perdana Menteri baru yang diyakini memiliki sokongan majoriti dapat mengubah keadaan negara ini menjadi lebih baik dan menjadikan kehidupan rakyat lebih terbela.

Bendera putih adalah isyarat rakyat perlukan bantuan, manakala bendera hitam bagi menghantar mesej agar Mahiaddin faham untuk segera meletak jawatan, kalau pun tidak akan disingkirkan melalui suatu kebangkitan.

Menyokong kedua-duanya menunjukkan hati kita sentiasa putih dan tidak hitam.

 (ShahbudinHusin 04/07/2021)


NAIK BENDERA PUTIH PALING CEPAT MOHON BANTUAN


RAKYAT BERPKP, TIMB MENTERI TAMBAH BINI?


POSTING USTAZAH SESAT VIRAL DI FB. BACA KAJIAN TERHADAP PENULISAN BELIAU, MAKA ANDA AKAN TAHU JAWAPANNYA

Selain bodoh akibat lemah dalam DNA..bodoh keturunan dan lemah otak dalam pembelajaran antara yang dapat dinilai melalui posting ustazah hamidah.
Berdasarkan posting dibuat , kajian terhadap penulisan dan andaian, juga apa yang ditulis nampaknya ustazah hamidah lemah sejak dibangku sekolah rendah...dan akibat itu makbapak nya telah menghantar beliau ke sekolah pondok walaun dan lebai kelarah.
Oleh yang demikian..andaian dia dalam agama pun menyeleweng kerana mengambil tempat Tuhan menentukan hukum hakam halal haram kerana mungkin juga beliau anak tidak sah taraf.
Jadi ..menilai orang lain sebagai gagal dalam beribadat kerana tidak menjadi ahli kepada parti yang menyesatkan umat islam sejak berkurun lamanya...sebagai tidak islam dianggap ustazah hamidah ini keturunan bodo keturunan, anak tidak sah taraf dan kapir kerana mengambil tugas Tuhan.Beliau diktiraf sebagai pesakit otak dan abaikan penulisan beliau.
Contoh posting dibawah yidak ada kena mengena dengan ustazah hamidah dalam fb....ianya sebagai contoh sahaja.

Antara dua darjat...oiii walauntit ingatlah...inikah orang yang ampa dok canang sebagai pemimpin ???😏

RAKYAT 👉 TAK MAKAN
DIA 👉 KESEDAPAN




 

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021