SUARA RAKYAT, KUASA RAKYAT!



Suara Rakyat (@SuaraRakyat23) | Twitter


Apa yg berlaku sekarang memberi pengajaran kepada rakyat bahawa wakil rakyat yg dipilih mereka mampu membuat hidup mereka sengsara jika mereka takut menegur. Apabila sudah menang, wakil digelar Yang Berhormat enggan lagi BERKHIDMAT! Sedangkan berkhidmat kepada pengundi di kawasan sepatutnya menjadi matlamat wakil rakyat.

Semuga apa yg berlaku akan mengajar rakyat tidak terasa terhutang budi atau diugut oleh wakil rakyat. Semuga rakyat faham kedudukan wakil rakyat adalah kerana pilihan mereka. Maka apabila seseorang wakil rakyat mula bongkak, jangan lagi pilih mereka walau mereka sebelum itu menyandang jawatan penting hatta Perdana Menteri!

Undi rakyat mengubah nasib wakil rakyat sehingga menjadi keparat apabila merasai jawatan, kedudukan, kemewahan. Gaji puluhan ribu setiap bulan. Peruntukan untuk rakyat juga menjadi habuan. Mereka sibuk menguruskan projek untuk mereka makan persen. Agenda rakyat hanya tinggal janji sehingga hampir habis penggal mereka muncul lagi mengemis undi.

Tiada sayang dalam hati mereka kepada negara ini, ehsan kepada rakyat jauh sekali! Rakyat berguna setiap 5 tahun sekali. Ingatlah wahai rakyat jangan pula ambil sikap tidak peduli dan merasakan setiap wakil rakyat serupa sahaja. Mereka jadi serupa tidak mengubah hidup anda kerana anda mengangkat wakil yang sama! Berpuluh tahun lamanya.

Mereka menjadi kaya raya atas kebodohan dan ketakutan anda! Semuga fenomena bendera putih menyedarkan anda, suara rakyat bukan sekadar suara keramat, kerana keramat tidak mempunyai kuasa melainkan khurafat sahaja. Suara rakyat adalah kuasa rakyat! Menggegarkan negara, merubah segala.

Wakil rakyat mendapat kuasa dari rakyat menguruskan, negara dan membela nasib rakyat. Mereka mendapat kuasa dari rakyat setiap 5 tahun sekali untuk memperbaiki nasib rakyat, menambahbaikan prestasi negara. Apabila gagal, rakyat bertanggungjawab memberhentikan mereka bukan pula merasa takut dengan kuasa yang dipinjam kepada mereka.

- KakIda -