PANAS WAJIB TONTON PMX CERAMAH DI JELAJAH KEKAL HARAPAN NEGERI SEMBILAN


 

Sambutan pengundi semakin positif, Bakri Sawit yakin raih sokongan di DUN Klawan

 




FOTO BERITA: Program Walkabout ziarah rumah ke rumah bersama calon Harapan N.04 Klawang, Tuan Hj Bakri Sawit di Kg Batu Serambai K. Klawang, Negeri Sembilan’. 29hb Julai 2026 (Rabu)

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN N.04 Klawang, Tuan Haji Bakri Sawit, melahirkan keyakinan bahawa sokongan pengundi terhadap beliau terus meningkat menjelang hari pengundian selepas mengadakan Program Ziarah Rumah ke Rumah menyantuni penduduk di Kampung Batu Serambai, Kuala Klawang, pada Rabu.

Menurut beliau, maklum balas yang diterima daripada penduduk sepanjang tempoh berkempen amat menggalakkan, termasuk di kawasan majoriti masyarakat Tionghoa yang disifatkannya memberi sokongan sehingga mencecah sekitar 90 peratus. “Sambutan daripada penghuni amat menggalakkan. Di beberapa kawasan, khususnya kawasan masyarakat Tionghoa, boleh dikatakan hampir 90 peratus memberikan sokongan kepada kita,” katanya ketika sidang media.

Beliau bagaimanapun mengakui masih perlu memperkukuhkan penerimaan dalam kalangan pengundi Melayu, walaupun berdasarkan tinjauan di lapangan, sokongan yang diterima berada pada kadar sekitar 60 hingga 70 peratus. Bakri berkata, hasil gerak kerja di lapangan serta maklum balas melalui tinjauan yang dijalankan menunjukkan beliau telah memperoleh angka sokongan yang diperlukan, namun tidak mahu terlalu selesa.

“Alhamdulillah, angka yang diperlukan sudah kita peroleh, tetapi kita tidak boleh berpuas hati. Kita akan terus bekerja keras sehingga hari terakhir kempen,” katanya. Beliau menjelaskan pendekatan utama yang digunakan sepanjang kempen ialah ziarah dari rumah ke rumah, selain ceramah kelompok dan satu ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung pada malam terakhir sebelum hari pengundian.

Mengulas mengenai cabaran menarik sokongan pengundi muda, Bakri berkata beliau memperkukuhkan pasukan kempen dengan melantik ejen pilihan raya daripada golongan muda sebagai pelapis kepimpinan.
“Saya percaya gabungan pengalaman orang lama dan tenaga anak muda dalam pasukan mampu memberikan impak yang positif kepada kempen kita,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru pengundi di DUN Klawang dan seluruh Negeri Sembilan agar terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan demi memastikan kerajaan negeri kekal sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurutnya, keselarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi memastikan pembangunan serta manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. “Saya memohon kepada seluruh pengundi di Klawang supaya mengekalkan kerajaan Pakatan Harapan.

Prestasi kerajaan negeri telah menunjukkan pencapaian yang baik dan kita menyasarkan pendapatan negeri mencecah RM1 bilion menjelang 2030. Insya-Allah, hasil itu akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif pembangunan dan kebajikan,” katanya.




Laporan RCI TH: Ghairah bayar hibah tinggi sejak 2014-2017 punca krisis kewangan TH

 


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati keghairahan membayar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi sejak tahun 2014 hingga 2017 telah melampaui kemampuan kewangan LTH, sekali gus mendorong kepada krisis kewangan terhadap Insitusi tersebut.

Laporan menyatakan bahawa pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi yang dibuat sebelum tahun 2018 telah menyebabkan rizab LTH menyusut.

“Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi ini telah 

menarik para pendeposit yang mencari pulangan yang tinggi. 

“Dalam memenuhi jangkaan pendeposit, ia menyebabkan LTH tergelincir daripada matlamat penubuhannya. 

“Ini mendedahkan LTH kepada risiko pendeposit besar yang berpotensi mengeluarkan deposit mereka (bank run) sekiranya agihan keuntungan (hibah) yang diberi oleh LTH adalah terlalu rendah,” menurut laporan Suruhanjaya.

Ia juga menyebut bahawa “Pendekatan yang diambil oleh LTH dalam mengagihkan keuntungan (hibah) dari tahun 2014 sehingga 2017 adalah tidak mematuhi kawalan statutori di bawah Akta 535 bagi memastikan pendeposit dibayar keuntungan (hibah) daripada keuntungan sebenar, bukannya daripada deposit mereka sendiri”.


Laporan RCI dedah CEO, Pengerusi Lembaga TH ditamatkan kontrak tanpa sebab

 


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji mendedahkan dapatannya bahawa dua pemimpin tertinggi TH iaitu seorang CEO dan seorang lagi Pengerusi Lembaga ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab pada 2021

Penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berlaku pada 5 Mei 2021, iaitu sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya pada 31 Ogos 2021.

Manakala penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga pada 15 Oktober 2021, sebelum tarikh tamat tempoh kontrak yang baru disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020.

Suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan sebenarnya sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap LTH. 

Penamatan pelantikan mereka secara mengejut tanpa sebab telah memberi kesan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.

“Suruhanjaya berpandangan kuasa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa sebab tidak wajar diperuntukkan dalam Akta 535. 

“Oleh itu, Suruhanjaya mencadangkan sebelum pembatalan pelantikan mana-mana anggota Lembaga, ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan,” menurut dapatan Suruhanjaya.

Suruhanjaya berpendapat cadangan penamatan perkhidmatan mana-mana anggota Lembaga hendaklah diberi sebab yang munasabah sebelum perkhidmatan ditamatkan. 

Jika cadangan Suruhanjaya ini dipersetujui oleh Kerajaan, maka pindaan sewajarnya perlulah dibuat kepada Akta 535.




Ucapan PM Anwar Ibrahim di Jelajah Kekal Harapan Negeri Sembilan @ DUN Sikamat


 

Persetujuan Myanmar Terima 5,000 Pelarian Rohingya Hasil Hubungan Baik Dengan Malaysia – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Minum Petang bersama PMX, di Simpang Durian, Chennah pada 29 Julai 2026.

JELEBU, 29 Jul – Seramai 5,000 orang pelarian etnik Rohingya yang berada di Malaysia akan dihantar pulang ke Myanmar, hasil rundingan diplomatik dan hubungan yang baik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu adalah satu langkah awal dalam menangani isu berkenaan, di samping bagi memastikan isu ketenteraman awam dan sosial di Malaysia terus dapat dipelihara.

Katanya, persetujuan itu dicapai menerusi hubungan baik Malaysia dengan Myanmar, sekali gus membuktikan isu pelarian tidak boleh diselesaikan hanya dengan gesaan supaya mereka dihantar pulang.

Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

“Orang kata ‘hantar balik, hantar balik’. Nak hantar balik ke mana? Myanmar tidak mahu terima. Itu sebabnya hubungan baik dengan Myanmar penting. Sekarang ini mereka setuju ambil 5,000 orang dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama PMX di Simpang Durian di sini, hari ini.

Katanya, Myanmar juga bersetuju menerima semula 300,000 Rohingya yang berada di Bangladesh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir pada Majlis Minum Petang bersama PMX, di Simpang Durian, Chennah pada 29 Julai 2026.

Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan masih berunding dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya yang sekian lama menjadi cabaran kepada beberapa negara di rantau ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap mengambil pendekatan tegas bagi memastikan pelarian Rohingya di Malaysia tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Saya sudah beri amaran, dan saya juga sudah arahkan kepada polis. Saya tidak mahu Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam. Ini Malaysia, tak boleh dia ganggu kita. Jadi polis akan ambil tindakan, pindahkan dia. Kita cegah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir pada Majlis Minum Petang bersama PMX, di Simpang Durian, Chennah pada 29 Julai 2026.

“Sebab itu saya beritahu kepada orang Rohingya, duduk baik-baik, kita sedia tempat asing. Kamu jangan ganggu perniagaan orang Malaysia, jangan ganggu lalu lintas dan tempat mereka duduk, nanti orang marah,” katanya.



PRU Negeri Sembilan: Pertahan Minoriti Tak Jejas Hak Melayu, Islam – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

SEREMBAN, 29 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mempertahankan hak kaum Cina dan India di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan Islam mahupun perlindungan Perlembagaan Persekutuan yang diberikan kepada orang Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia sudah mencapai kemerdekaan hampir 70 tahun dan sepatutnya sudah bergerak melangkaui retorik seperti menyuruh bangsa lain kembali ke China atau India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

“Itu menghina manusia. Kalau saya tanya anak India seorang, balik India, dia tahu balik di mana? Dia tak tahu. Yang dia tahu, ini negeri dia,” katanya pada program ‘Temu Anwar’ di Paroi, Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Beliau berkata, rakyat Malaysia pelbagai kaum mempunyai kewajipan melindungi hak satu sama lain, sambil menambah dengan melakukan demikian tidak akan menjejaskan kedudukan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

“Pertahankan hak orang India ini, dan orang Cina tidak sedikit pun menghakis keyakinan kita tentang Islam, tentang kehebatan Islam.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan melindungi Islam sebagai agama persekutuan, serta Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Namun, ia turut menjamin hak rakyat Malaysia pelbagai kaum, yang sepatutnya dirai sebagai ahli dalam satu keluarga besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

Anwar berkata, kerajaan tidak pernah mengusulkan untuk membuang kedudukan Perlembagaan orang Melayu atau melemahkan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO

“Tak pernah kita cadang dalam Pakatan Harapan, kerajaan Madani sekarang, nak pindah Perlembagaan, nak menolak prinsip-prinsip yang termaktub,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Tarbiah Islamiah, Paroi pada 29 Julai 2026. Foto PMO



RENTASAN 1842 | PANAS!! FITNAH PEMIMPIN BN, PAS TERHADAP PH KINI DIKECAM KERAS?


 

UMNO YANG URUS FELDA TAPI PH YANG DIPERSALAHKAN?


 

@LenTv9 Subscribe MCA: Kerajaan Madani Tidak Mesra Dengan


 

FITNAH


 

@jasonyew_ Join Elaun tahunan akan diberikan kepada semua


 

@jasonyew_ Join "Kalau guru besar itu memilih untuk


 

Kronologi krisis kewangan dan laporan RCI TH

 





JELEBU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab terhadap kerugian Tabung Haji (TH) berdasarkan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang didedahkan hari ini, akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, sebarang unsur penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa yang dikenal pasti akan disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.

Kronologi kes

KRISIS kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang bermula dengan isu ketidakpadanan aset dan liabiliti membawa kepada pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar, sebelum disusuli penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit bagi tempoh 2014 hingga 2020.


Selepas TH melalui proses penstabilan kewangan dan operasi, Jemaah Menteri hari ini bersetuju mengelaskan semula serta mendedahkan laporan RCI itu kepada umum, selain memutuskan siasatan lanjut oleh badan penguat kuasa diteruskan berdasarkan dapatan laporan berkenaan.

Laporan itu menggariskan 25 syor penambahbaikan dengan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus daripadanya manakala agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025 yang diumumkan baru-baru ini membuktikan institusi itu kini berada dalam keadaan lebih baik.

Berikut ialah kronologi perkembangan krisis kewangan, pelan pemulihan dan Laporan RCI TH:

2014 - 2017: TH dilapor membayar agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit walaupun nilai asetnya didapati kurang daripada jumlah liabiliti yang ditanggung.

31 Disember 2017: Kajian semula kewangan mendapati TH mempunyai aset berjumlah RM70.3 bilion berbanding liabiliti RM74.4 billion.

10 Disember 2018: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendedahkan di Parlimen dapatan Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung krisis kewangan TH dengan defisit kewangan mencecah RM4.1 bilion bagi akaun 2017 dan jurang defisit keseluruhan RM10.9 bilion, selain amaran BNM berhubung krisis kecairan yang menyaksikan pengeluaran pendeposit mencecah RM6 bilion dalam tempoh singkat.

31 Dis 2018: Kerajaan menerusi syarikat tujuan khas Kementerian Kewangan Diperbadankan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset bermasalah TH dan menyuntik dana berbentuk sukuk bernilai RM19.6 bilion serta RM300 juta tunai sebagai langkah penyelamatan bagi memulihkan kedudukan kewangannya.

14 Julai 2021: Kerajaan bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH dari 2014 hingga 2020.

2022: Kerajaan MADANI menerima laporan RCI TH tetapi menangguhkan penerbitannya bagi membolehkan proses penstabilan kedudukan kewangan dan operasi TH dilaksanakan terlebih dahulu tanpa menimbulkan keresahan pendeposit.

Mac 2026: TH mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, menandakan pemulihan kestabilan kewangan institusi berkenaan.

22 Julai 2026: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memaklumkan Dewan Negara bahawa cadangan pendedahan laporan RCI TH akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

23 Julai 2026: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan laporan akhir RCI TH sedia didedahkan kepada umum selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

29 Julai 2026: Jemaah Menteri bersetuju mendedahkan Laporan RCI TH, membahaskannya pada sidang khas Dewan Rakyat, serta mengarahkan badan penguat kuasa memulakan siasatan penuh secara serta-merta.




KENAPA BIARKAN DIA CAKAP BEGINI ? KERAJAAN BERLEMBUT KENAPA ? @thekapitanMY ORANG ISLAM WAJIB LAWAN PAS DEMI AKHLAK & AKIDAH


 

RCI dedah kuasa luas menteri dalam urus tadbir TH


Siri Pendedahan Tabung Haji (Part 1): Permulaan Penyelamatan TABUNG HAJI!


 

Siri Pendedahan Tabung Haji (Part 2): Permulaan Penyelamatan TABUNG HAJI!