Laporan RCI TH: Ghairah bayar hibah tinggi sejak 2014-2017 punca krisis kewangan TH

 


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati keghairahan membayar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi sejak tahun 2014 hingga 2017 telah melampaui kemampuan kewangan LTH, sekali gus mendorong kepada krisis kewangan terhadap Insitusi tersebut.

Laporan menyatakan bahawa pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi yang dibuat sebelum tahun 2018 telah menyebabkan rizab LTH menyusut.

“Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi ini telah 

menarik para pendeposit yang mencari pulangan yang tinggi. 

“Dalam memenuhi jangkaan pendeposit, ia menyebabkan LTH tergelincir daripada matlamat penubuhannya. 

“Ini mendedahkan LTH kepada risiko pendeposit besar yang berpotensi mengeluarkan deposit mereka (bank run) sekiranya agihan keuntungan (hibah) yang diberi oleh LTH adalah terlalu rendah,” menurut laporan Suruhanjaya.

Ia juga menyebut bahawa “Pendekatan yang diambil oleh LTH dalam mengagihkan keuntungan (hibah) dari tahun 2014 sehingga 2017 adalah tidak mematuhi kawalan statutori di bawah Akta 535 bagi memastikan pendeposit dibayar keuntungan (hibah) daripada keuntungan sebenar, bukannya daripada deposit mereka sendiri”.


No comments: